"Alah ibu nak ikut nak ikut!" Pujuk Lana.
Mahu ikut bersama ke hospital. Ibu Aryana sudah bersiap-siap untuk berangkat. Masak ketam cili api dan ikan masin untuk Aryana dan Danny.
Makan ke Danny nanti? Hurmm...
"Tak payahlah, ibu sekejap je. Lana buat kerja sekolah. SPM nak dekat dah." Kata Zainab
Lana bermuka monyok.
"Alah nak ikut nak tengok bos kakak yang korea tu! Ibu..."
Lana tarik-tarik lengan baju Zainab. Memaksa ibunya.
Ibunya geleng kepala. Picit pipi anak daranya yang seorang itu. Terpaksa ikut sahaja kehendaknya.
Lana terus masuk bilik tukar baju. Pakai cantik-cantik setelah ibunya memberi green light. Beriya sungguh.
"Ibu Lana dah siap!"
Lana keluar bilik. Pusing seperti Cinderella. Dress floral warna pink terletak cantik pada badannya. Tak sabar mahu menziarahi oppa Malaysianya. Kalaulah Aryana tahu masak Lana dikerjakan.
"Kenapa Lana pakai baju ni!?" Marah ibu Aryana.
Lana tersentak.
"Ibu dah suruh Lana buang baju ni! Kenapa simpan!" Tengking ibu Aryana.
Lana terdiam.
Senyuman sehingga ke telinga tadi terus menghilang.
"Tapi Lana suka baj.."
Zainab terus bangun dari kerusi. Wajahnya sungguh baran. Belum pernah Lana melihat ibunya marah sehingga ke tahap itu.
"Tapi ibu dan kakak tak suka orang yang bagi baju ni! Ibu dah suruh buang kenapa simpan! Tanggal baju ni sekarang! Lana dah lupa ke! Kalau kakak nampak baju ni..."
Tak sanggup ibu Aryana mahu menyambung percakapannya.
Mata Lana mula layu, membayangkan wajah sedih Aryana. Dia terpaksa akur dengan permintaan ibunya demi menjaga hati keluarga kecilnya.
Jauh di sudut hati Zainab dia bersimpati melihat wajah sedih Lana hanya kerana sehelai baju yang dibenci.
Baju itu akan mengingatkan kembali peristiwa pahit yang telah terjadi. Hadiah yang tak akan dihargai dari pemberi yang tak diundang.
Lana tak jadi mahu mengikut ibunya. Dia hanya duduk di dalam bilik. Menatap gambar arwah ayahnya. Tak sangka Lana yang ceria sebenarnya menyembunyikan airmatanya.
Tuk tuk
Pintu bilik Lana diketuk.
"Betul ke Lana tak jadi nak ikut ibu?" Tanya Zainab, cuba memujuk puterinya.
Tiada jawapan.
Zainab beredar sahaja meninggalkan pesan. Makanan lebih yang dimasak tadi ditinggalkan diatas meja untuk Lana juga Lini yang akan pulang dari latihan sukan badminton di sekolah.
Dibiarkan Lana bersendirian memujuk diri sendiri.
"Aryana... Aryana..." Panggil Danny sebaik sahaja bangun dari tidur.
Melihat sofa sudah kosong.
Tercari-cari.
Tak mahu dirinya ditinggalkan.
Danny mula kehausan. Toleh ke kiri ada minuman. Tak jadi mahu ambil apabila telefonnya berdering.
"Hello..." Jawab Danny. Suara bangun tidur.
"Hello Danny! Kau kat mana!?" Soal Rayyan.
Danny sedikit mamai tetapi kenal dengan suara itu.
"Aku kat hospital." Jawab Danny selamba.
"Hah hospital? Hospital mana? Why? Kenapa kau ada kat hospital? Sakit apa? Bagi tahu aku kau kat mana?"
"Over lah kau ni. Don't worry aku okay. Kenapa kau call aku?" Soal Danny. Dia mula bangun dari katil dan melihat jendela.
"Don't worry kau kata? Kau gaduh lagi dengan daddy kau kan? Mummy call aku dia call kau, kau tak angkat. Dia risaukan kau Danny. Kalau dia tahu kau kat hospital lagi bertambah risau dia." Berjela Rayyan membebel ke telinga Danny. Danny naik rimas.
"Ye ye ye I know. So kau nak datang tengok aku atau tak?" Danny malas lagi mahu mendengar leteran Rayyan.
"Of course aku datang. Hospital mana?" Tanya Rayyan.
Danny senyum ada makna.
"Kalau kau datang kau bukan setakat jumpa aku."
Rayyan kerut dahi.
"Aku akan jumpa siapa pula?"
Danny mengalihkan pandangan ke sofa dan tersenyum.
"If you want to know come to Kiara Hospital. See you."
Danny tamatkan telefon.
Dia senyum sinis.
Apa yang cuba dia mahu lakukan? Sengaja mahu mempertemukan Aryana dan Rayyan? Apakah reaksi mereka berdua nanti?
"Uuuu sedapnya ibuuuu... Kakak lapar dari tengah malam tadi sebabkan bos kakak yang gila tu." Aryana makan gelojoh.
Ketam masak lemak cili api adalah makanan kegemarannya. Sebut pasal ketam masak cili api macam mengingatkan seseorang. Siapa ye?
"Eh perlahan-lahanlah makan tu. Luka nanti tangan kena kulit ketam tu." Pesan Zainab menuangkan sekali kuah ke nasi Aryana.
Aryana tak peduli. Makanan yang paling enak adalah air tangan seorang ibu.
"Yang satu bekas lagi ni untuk bos kakak. Bagilah dia rasa nanti." Bekas tutup hijau ditunjukkan kepada Aryana.
"Eaa ibu gurau ke apa dia tak makanlah makanan macam ni. Dia tu banyak songel! Tak yah-takyah biar kakak je yang habiskan. Pandai-pandailah dia. Lagipun lepas makan ni kakak ikut ibu balik. Nak buat apa kakak stay sini." Kata Aryana.
Ikan masin pula dicubitnya. Ikan masin lumi-lumi sahaja yang boleh diterima oleh tekak Aryana kerana ikan itu tidak terlalu masin.
"Ish janganlah macam tu. Tak baiklah kakak. Bos kakak pun mesti tengah lapar tu."
Aryana tak dengar. Kusyuk menyedut isi dalam sepit ketam. Tak ingat langsung perihal Danny.
"Ibu kena balik cepat ni. Kesian Lana tinggal sorang kat rumah. Dia nak ikut tapi merajuk pula." Zainab berkemas-kemas mahu mengangkat bontot.
Aryana berhenti makan.
"Merajuk? Merajuk kenapa pula?" Soal Aryana pelik.
Zainab terlepas cakap. Tak ingin Aryana tahu punca sebenar.
"Merajuk sebab nak ikut ibulah. Ibu suruh dia buat kerja sekolah. Okaylah ibu pergi dulu ye. Kakak jangan lupa bagi bos kakak ni makan." Zainab berdalih. Sudah berdiri.
Belum sempat Aryana menghabiskan makanan Zainab sudah tergesa-gesa meninggalkan Aryana.
"Eh ibu dah nak pergi dah ke? Kakak belum habis makan. Cepatnya." Aryana komplain.
Zainab pergi melambai Aryana.
Tinggal dia sahaja di meja makan yang terletak di kafe hospital.
Share this novel