Tuk... tuk ... tuk
Bunyi tapak kasut memasuki pintu masuk Hall majlis Annual Dinner Micasa Ray yang masih berlangsung.
TAPI kenapa semua mata tetamu tertumpu kepadanya!?
Terpegun!
Terpukau!
Slow motion!
Muzik yang tadi kedengaran seolah-olah ranah di telinga masing-masing.
"Wow siapa tu?" Terbuntang biji mata Akmal memandangnya.
"Ish kau ni itu pun tak kenal ke?" Marah Ming.
"Seriously kau tak kenal!? Baik kau berhenti kerja je macam tu." Rose mulut lepas pula mencelah.
Akmal garu kepala. Dia harus banyak mengambil tahu tentang bidang Modelling, magazine dan fashion terutamanya siapakah? Apakah? Bagaimanakah? Model itu. Jadi siapakah wanita yang menjadi perhatian ramai itu?
"Kalau kau orang tak kenal dia biar aku bagitahu." Jazy tepuk bahu Akmal. Mereka bertiga hanya memberi telinga. Mata masih tidak mahu ralit dari melihat wanita itu.
Tinggi! Rambut panjang gaya WAIST LENGTH! Leher jinjang! Elegant! Fantastic! Amazing! Style! Dia adalah Veronica Nad!
"Model dan artis Malaysia yang sudah lama menetap di London. Dia di tangga kedua selepas Victoria Anne!" Beritahu Jazy megah.
Melopong mulut mereka bertiga. Lagi membesar biji mata melihat Veronica. Memang tak dapat dinafikan beliau amat cantik.
"Tapi..."Rose pula mahu menyambung.
Akmal laju menoleh.
"Veronica dengan Victoria diorang adalah pesaing yang tidak sihat. Musuh terang-terangan." Kata Rose.
Ya!
Mereka berdua dari agensi yang sama tapi tak sekepala. Tak boleh bersua muka. Mereka akan menampal peperangan yang tak diduga pasti terjadi. Masing-masing mahu 'show of'. Tak boleh ada yang lebih mahupun kurang.
"Hai nice to meet you."
Senyuman manis dipamerkan ke Rayyan. Veronica yang disebut-sebut mahu berjabat tangan dengan Rayyan. Jari jemarinya dihiasi dengan pelbagai aneka bentuk cincin.
"Nice to meet you too." Balas Rayyan.
Senyuman Veronica kepada Rayyan lain macam. Matanya menggoda.
"Veronica."
"Yes I know you."
"Wow terharu. I know you too. Rayyan." Veronica angkat kening sebelah kanannya.
Rayyan mula tak selesa dengan wanita yang ada di depannya itu. Pandangannya penuh dengan perasaan kecundang. Sepertinya, Veronica sudah memeriksa latar belakang Rayyan.
"I have to go now. Saya harap awak enjoy dengan majlis ni." Rayyan mahu meminta diri.
Veronica hanya menampilkan senyuman sinis. Matanya tidak mahu beralih dari memandang Rayyan sehingga Rayyan benar-benar beredar dari tempat itu.
"Ouch! Hot. Handsome. I like." Katanya seorang diri.
"Ver esok flight kita jam 6 petang ke London." Beritahu Nona.
Nona yang berambut kerinting kembang keperangan sudah dua tahun menjadi PA Veronica. Celoteh dan ragam Ver sudah dihadam.
"Cancel." Jawab Ver ringkas.
"Hah!? Tak boleh Ver kita ke..."
Mulut Nona disumbat dua strawberry oleh Veronica. Kembung mulutnya. Apa pula kali ni?
"Ouh I berubah fikiran. I nak stay lama kat sini. Reason? You should know. Muah." Ver kenyit mata.
Nona mengeluh panjang geleng kepala. Tak sepatutnya perkara ini berlaku. Ver akan meninggalkan kerja-kerjanya di London secara mengejut.
"Hai Veronica nak sign. Ss sa saya fan awak." Seorang lelaki datang tersimpul malu mahu mendapatkan autograph Veronica.
Veronica ambil pen dan buku milik lelaki itu. Senyum lelaki itu sehingga ke telinga. Tak sangka Veronica yang selalu muncul di TV ada di depan matanya.
"Sign kan." Arah Veronica selamba kepada Nona.
Dia terus pergi.
Nona senyum sengih.
Lelaki itu terkelu.
"Err dia memang macam tu tak apa tak apa saya pun popular juga. Saya sign kan untuk awak."
Popular menggantikan muka Veronica bila dia membuat masalah. Bukan kali pertama dia membuat perangai seperti itu. Suka ikut mood dia sahaja.
"Mr Danny kat depan tu ada gerai ikan bakar. Ikan pari bakar! Ikan bawal besar bakar! Ikan keli bakar! Sedap gila! Saya nak makan kat situ!" Beriya Aryana tunding jari ke arah gerai yang dimaksudkan.
Perutnya semakin menjadi-jadi tatkala mengingatkan ikan pari bakar cicah kuah asam. Pergh! Menjilat jari. Tak sabar nak tunggu Danny berhenti dan singgah di ke kedai makan kegemarannya. Gerai makanan itu betul-betul terletak di tepi jalan dihiasi dengan lampu kalimantang berwarna warni untuk menarik pelanggan.
"No I tak suka makan kat tempat macam tu. Makan kat tempat lain." Ujar Danny sombong.
Senyuman Aryana terus mengendur. Bercemberut wajahnya.
"Tapi saya nak makan kat situ. Kalau Mr Danny tak nak makan tak payah oder. Saya tak kira saya nak makan kat situ juga!" Berkeras Aryana.
"No way I yang drive Ikut I nak makan kat mana. You beruntung I bawa you makan kat restoran mahal." Berlagak Danny tak mahu mengalah.
"Saya tak peduli mahal ke murah ke mewah ke saya nak makan ikan bakar kat situ juga! AH! saya tak kira!" Jerit Aryana.
Mahu berbalah pula mereka berdua di dalam kereta. Bingit telinga Danny melayan Aryana.
"Mr Danny yang kena beruntung kena balas balik jasa kat saya. Siapa yang selamatkan Mr Danny kena belasah? SAAAYAA! Siapa yang selamatkan Mr Danny jatuh bukit!? SAAAYA! Siapa yang jaga Mr Danny sakit kat hospital!? SAAAYA! OOOOOO ADA LAGI! Predator muntahkan Motor! Badan! Saya! Siapa!? Mr Danny! Siapa yang!..."
"Enough!!!! Yes-yes!!" Teriak Danny. Mengalah.
Aryana senyum angkat kening.
Tepuk-tepuk bahu Danny.
"Hidup ni kena adil Mr Danny." Sindir Aryana.
"I hate you intern!" Terkumat kamit mulut Danny mengutuk Aryana.
Aryana sahaja perempuan yang boleh mengalahkannya. Danny yang dipandang macho, cool, cold akan berubah menjadi gila dan kebudak-budakkan ketika bersama Aryana. Mungkin itu adalah perangai sebenarnya.
"Encik Rayyan cari apa?" Tegur seorang waiter. Dari tadi melihat Rayyan mundar mandir mencari sesuatu apabila dia melihat Rayyan terbongkok-bongkok di semua ruang belakang jauh dari majlis.
"Awak ada nampak tak satu kotak kecik warna merah?"Tanya Rayyan dengan suara lelah. Penat mencari.
"Tak adalah pula. Sepanjang saya jalan kat sini. Ada apa dalam kotak tu?" Tanya semula waiter itu.
"Berharga. Berharga sangat. Kalau awak jumpa bagitahu saya. Saya betul-betul perlukan kotak tu." Pinta Rayyan bersunguh.
Rayyan terus mencari. Sudah tak peduli dengan status dan pakaiannya. Dia nekad naik ke atas pentas semula. Tempat dia berucap. Tertunduk sana sini dia meraba-raba pentas itu. Ke semua tempat termasuk bilik istirehat dan persalinan dia periksa namun satu bayang kotak kecil itu langsung tidak nampak. Rayyan sungguh kecewa.
Bup!
"Mr Danny langgar apa?" Tanya Aryana penasaran.
Terdengar sesuatu yang terjatuh dilanggar oleh Danny sebaik sahaja keretanya parking ditepi berdekatan dengan gerai makanan yang digilai oleh Aryana.
"Who cares." Kata Danny.
Matikan enjin. Buka tali pinggang terus keluar. Tak ambil kisah. Aryana yang juga ikut keluar dari perut kereta cuba mengintai. Objek apa yang dilanggar oleh Danny.
"Ish-ish nak bagitahu ke tak? Tak payahlah. Bukannya dia nak dengar pun." Aryana pun 'who cares.'
Share this novel