BAB19

Romance Series 41822

'Pang!'

Satu tamparan kuat telah singgah di pipi Danny. Terus merah pipinya.

"You are not my son! I don't have son like you!" Tempelak Tan Sri Alvin ke Danny.

"Yobo jangan cakap macam tu. Danny anak kita. I yang mengandungkan dia I yang melahirkan dia."

Nasihat mummy Danny kepada suaminya dengan cara baik. Bilalah dia boleh merasai kebahagiaan dalam sebuah keluarga. Hatinya mula menyesal, membiarkan Danny cepat membesar

Menggigil tangan Danny menahan marah. Dia merasakan dirinya tidak berguna lahir ke dunia. Untuk apa dia dilahirkan jika dirinya asyik dibenci oleh ayah sendiri yang hanya memikirkan kedudukan dan politiknya sahaja.

" I think you're late daddy."

Danny ketawa kecil dan berdengus. Tak serik dengan tamparan dari Tan Sri Alvin.

Terlambat untuk Tan Sri Alvin tahu mengenai kejadian Danny mabuk dan bergaduh dengan lelaki sado tempoh hari. Videonya telah tular di media sosial.

'Anak Ahli Korporat Terkenal Mabuk Keluar Dari Kelab Malam Teruk Dibelasah.'

Tajuk itu sudah membuatkan kedudukan Tan Sri Alvin goyah. Air mukanya turut tercalar.

"Sebabkan kau reputasi aku jatuh! Kau betul-betul tak layak menjadi anak aku! Sejak bila kau pandai mabuk!"

Tan Sri Alvin betul-betul marah.

"Since when?" Tanya Danny semula.

Danny geleng kepala. Dia gelak. Lucu mendengar soalan dari ayahnya.

"Daddy tak pernah ambil tahu pasal Danny. You re only thinking about your reputation but not me. Why? Daddy takut? Daddy takut kedudukan daddy hilang? Come on Tan Sri Alvin!"

'Pang!'
Sekali lagi Danny ditampar!

"Yobo!!" Jerit mummy Danny.

Kali ini tamparan yang cukup kuat. Air matanya mula mengalir. Danny menahan kesakitan. Pipinya di pegang. Pandangan yang cukup tajam diberikan kepada daddynya.

"Kurang ajar! Kau keluar dari sini! Aku tak nak tengok muka kau! Aku mati jangan kau datang tengok aku! Berambus! Keluar!" Halau Tan Sri Alvin.

Danny tak ingin menjejakkan kaki ke rumah itu kalau bukan kerana ingin memberi hadiah hari jadi mummynya. Danny tak sempat membuat kejutan. Hadiah sekalung rantai untuk mummynya hanya terbiar di dalam kereta.

"Fine, kalau daddy tak pernah anggap Danny anak daddy... I don't have father like you!"

Danny terus pergi membawa sekali kesedihan yang sudah lama terpendam. Tan Sri Alvin cukup puas. Dia masih berwajah bengis.

"Danny! don't leave mummy Danny! Danny jangan cakap macam tu. Danny ada mummy! Danny!"

Teriak mummy Danny. Namun, sedikitpun Danny tidak hirau. Mummy Danny menangis teresak-esak.

"You jahat! You jahat! I yang mengandungkan dia! You jahat!"

Mummy Danny pukul-pukul dada Tan Sri Alvin. Dia amat benci dengan tindakan suaminya yang hanya mementingkan diri. Sia-sia sahaja pengorbanannya sebagai seorang ibu tetapi tidak dihargai oleh suami.

Dalam bilik mummy Danny hanya menangis dan hanya mampu melihat gambar-gambar Danny semasa kecil. Dia mula rindu dengan senyuman riang Danny. Alangkah baiknya jika masa indah itu dapat diputarkan semula.

"Hai, I Cyna. I boleh temankan you. Dari tadi I nampak you stress je why?" Seorang perempuan seksi datang menggoda Danny.

Sekali lagi Danny masuk ke kelab malam. Lama kelamaan dia sudah tidak peduli dengan prinsipnya. Perinsip itu kini menjadi sampah.

DJ kelab malam semakin seronok memainkan muzik. Lelaki dan perempuan bebas menari mengikut rentak. Seolah-olah bisa hidup di dunia buat selama-lamanya. Tidak memikirkan langsung hari esok bakal ada atau tidak.

"I tahu tempat yang best untuk I layan you." Perempuan itu bisik ke telinga Danny. Suara yang boleh membuat nafsu lelaki kecundang.

Danny meneguk dua cawan arak. Gelas dihentak. Dia meraub rambutnya.

"Really?" Tanya Danny separuh mabuk.

Danny pandang atas bawah kepada perempuan itu. Cukup seksi. Pakaian yang tidak cukup kain sehingga menampakkan lurah buah dadanya. Jari Danny perlahan-lahan membelai rambut panjang perempuan itu.

Perempuan itu senyum tanda suka kerana godaannya telah berjaya. Senang dia hendak membuat kerja menyeluk poket Danny. Jika Danny melayannya, Danny adalah mangsa ke tiganya untuk malam itu.

"No no no Tak nak lah kat sini. Apakata you bawa I kat hotel."

Perempuan itu cepat-cepat menghalang mulut Danny dari singgah ke mulutnya. Tak mahu misinya gagal.

"I boleh bagi lebih dari mulut I..." Katanya lagi bisik ke telinga Danny. Jari jemarinya pula liar meraba dada Danny membuat sekali mata yang boleh menaikkan nafsu Danny.

Danny senyum sinis.

"I pun boleh buat ... mulut you cacat." Danny menyentuh bibir perempuan itu perlahan. Perempuan itu terus diam terkedu. Jarak muka Danny dengannya amat dekat.

"Sayang kau silap orang hari ni. Kau perempuan yang tak layak untuk layan aku." Giliran Danny bisik ke telinga perempuan itu. Tajam lidah Danny.

Perempuan itu terus menolak Danny dengan marah. Rupanya dia tertipu. Tidak semudah itu Danny terpedaya.

Danny gelak. Sambung minum.

Melihat yang baik-baik dan indah-indah adalah satu hadiah dan ganjaran kepada diri sendiri kerana ciptaan diri kita adalah juga terbaik dan terindah dari kuasa penciptaan-Nya.

Aryana duduk diatas motosikal. Mendongak kelangit. Melihat bintang yang berkelipan, terasa mahu menggantikan tempat bintang itu. Hanya dia sahaja di bukit Fly.

"Apa yang aku nak dalam hidup ni Ya Allah?" Aryana mengeluh panjang.

Fikirannya semakin kusut.

Satu-satu masalah hadir dalam hidupnya. Kemana dia mahu lari? Dengan siapa dia boleh meminta tolong?. Lama dia berfikir. Mujurlah, masih ada ibu, Lana dan Lini sebagai penguat untuknya.

"Kakak... kalau kakak rasa kakak susah ada yang lagi susah dari kakak. Hidup ni kena cekal."

Tiba-tiba sahaja kata itu terlintas dalam hatinya. Walaupun ayahnya sudah lama pergi meninggalkannya namun nasihat dan pesanan ayahnya tidak pernah meninggalkan Aryana.

"Aryana! kau boleh! kau boleh! Don't think feel!"

Aryana bangun pantas. Membuat satu tumbukan ke langit. Semangatnya yang hilang tadi telah kembali semula.

"ARGHHHH!!!!!"

Jeritan kuat yang tidak ketahui datang dari mana membuatkan Aryana tersentak. Terangkat bahunya kerana terkejut.

"Siapa pula yang jerit tu?" Desis hati Aryana.

Matanya meliar melihat sekeliling kawasan itu. Baru sedar tempat itu menjadi seram. Aryana jalan cuba cari jeritan itu.

"Argh!!!! Just kill me instead! Lebih baik aku mati! Lifeless! Loser! WHY! WHY! WHY!"

"Mr Danny!" Panggil Aryana dari belakang.

Danny terus toleh.

Danny rupanya orang itu. Berteriak serupa orang tak betul.

Danny gelak.

"Hai intern! good to see you! If you're happy happy clap your hand if you're happy clap your hand!"

Danny hilang akal. Menyanyi bertepuk tangan.

"Mr Danny mabuk lagi? Turun Mr Danny bahaya!"

Arah Aryana melihat Danny berdiri di atas bukit yang curam. Badan Danny goyang kiri dan kanan beridiri di tempat itu kerana mabuk. Danny boleh membahayakan dirinya. Namun, dia tak peduli. Itu yang dia mahu. Lebih baik bunuh diri.

"Let's sing together intern! Twinkle twinkle little star how I wonder what you're up above were so high Hahhahahhahahahhaha like a diamond in the perut! hahahahahhaha!!

Aryana betul-betul risau.

"Mr Danny turun! Jangan degil! turun Mr Danny! Saya kira sampai tiga kalau tak..."

Aryana baru teringat peristiwa pahit dan buruk apabila dia bersama Danny. Aryana geleng kepala laju-laju. Tak mahu peristiwa itu terjadi lagi. Sebelum perkara membawa malang datang lebih baik dia elak.

"Susu suka hati Mr Danny! Sa sa saya pergi dulu!"

Aryana mahu beredar.

"Intern!" Panggil Danny.

Langkah Aryana terbantut.

"Intern.." Panggil lagi Danny. Suara nya mula lemah dan sayu.

Danny menangis.

Tak jadi Aryana mahu meninggalkannya.

Mereka berdua menatap mata.

"Intern.... I nak bunuh diri... I ..." Danny menangis.

Aryana geleng kepala. Tak faham dengan ragam Danny. Niat Aryana untuk meninggal kan Danny seorang diri tidak jadi. Aryana datang dekat dan berdiri di sebelah Danny yang lagi tinggi darinya.

Aryana garu kepala. Melihat kebawah. Melihat paras ketinggian bukit itu.

"Rendah sangat kalau Mr Danny nak bunuh diri kat sini. Pergi kat Menara KL sana lagi tinggi. Sementara nak jatuh bawah sempat Mr Danny ingat-ingat balik kenangan-kenangan manis." Selamba Aryana.

"Elok-elok bukit yang cantik ni memberi ketenangan jadi tapak berhantu pula nanti." Sambung lagi Aryana.

Sakit hati Danny.

Lama Danny pandang Aryana tanpa kata.

Betul-betul geram.

Aryana ketawa kecil.

"Kenapa? marah?" Sindir Aryana.

Dia tahu mulut lasernya membuatkan telinga Danny merah.

Danny jeling.

Aryana berdehem.

"Haih... dah hidup nak mati. Dah mati minta hidupkan semula. Kita ni tak pernah puas, tak bersyukur, tak terima kesalahan sendiri, tak..."

"Don't judge my choices when you don't understand my reason!"

Danny memotong ucapan Aryana. Danny masih lagi mahu menyombong.

Aryana buat muka menyampah.

"Sampai bila-bila orang tak akan boleh faham diri kita sendiri. Mr Danny pun sebenarnya tak faham dengan diri Mr Danny. Selagi kita minta orang faham kita selagi itu kita terseksa. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya yang mencederakan diri kita." Ujar Aryana.

Danny masih keras hati.

"Kita hidup bukan untuk orang lain Mr Danny tapi untuk diri sendiri. Percayalah, dalam 1000 orang yang mengecewakan Mr Danny pasti ada seorang yang masih setia dengan Mr Danny." Sambung lagi Aryana.

Tiba-tiba wajah mummy Danny terpancar di depan mata Danny. Entah kenapa, kata-kata Aryana membuatkan hatinya mula sebak.

'Danny ada mummy jangan tinggalkan mummy Danny.'

Panggilan yang dia hiraukan tadi, mula datang dalam relung fikirannya.

"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan kita, percayalah tuhan akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka." Sambung lagi Aryana.

Danny terus menoleh, menatap mata Aryana sedalam-dalamnya. Perempuan itu telah menyedarkan dirinya. Kebenciannya terhadap Aryana seakan-akan mahu surut.

"Dah tu meh turun." Pujuk Aryana.

Aryana hulurkan tangannya kepada Danny. Danny teragak-agak mahu menyambut tangan itu.

"Hurm macam budak kecillah dugong ni." Kutuk Aryana.

"What? budak kecil? You sebut apa tadi? dugong? you mean dugong tu I?"

Tak jadi Danny mahu mengambil tangan Aryana. Dia menarik semula tangannya. Cukup sensitif.

"Kalau kelakuan Mr Danny macam ni lagi nampak betul-betul macam dugong. Dah malas layan Mr Danny turun sendiri."

"What!? Ya intern! Intern!" Jerit Danny tak puas hati.

Aryana pergi sahaja meninggalkan Danny yang meroyan.

"Arhhh internnn! Help me!"

Danny terjatuh. Tangannya cepat-cepat
memegang kayu keras yang boleh menahan badannya dari jatuh kebawah.

Aryana gegas berlari semula ke Danny. Tapi...

"Bahahhahahahahahhahahah"

Aryana gelak terbahak-bahak pecah perut. Melihat Danny bergayut seperti monyet.

"Awak ingat lawak ke!? Please intern help me! Intern!!!" Rayu Danny bercampur marah.

" Tahu takut tadi nak sangat bunuh diri. Selamatkanlah diri sendiri." Aryana jelir lidah.

Mata Danny asyik melihat kebawah. Gerun hatinya. Sungguh gelap. Tak boleh bayangkan jika dirinya betul-betul terjatuh ke bawah. Mula sedar betapa berharganya hidup.

"Aryana please help me! Saya takut please!!!!"

Aryana senyum.

Pertama kali nama Aryana keluar dari mulut Mr Ocd yang dibenci.

Setelah puas mengenakan Danny, Aryana hulurkan tangannya ke Danny.

"Ya Allah beratnya. Pegang tangan saya kuat-kuat!" Kata Aryana.

Sepenuh tenaga dia membantu Danny naik ke atas. Danny juga sedaya upaya untuk membantu Aryana agar dapat membantunya.

"Mr Danny. Mr Danny. Bangun!"

Aryana goyang badan Danny. Mereka berdua terbaring di atas rumput. Danny telah terhempap diatas badan Aryana. Tiba-tiba sahaja Danny pengsan. Aryana cuba untuk menolak Danny tapi tenaganya tidak kuat.

"AstaghfiruAllah Aldzimmmm...." Tiga lelaki tua berkopiah melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Aryana.

"TIDAKKKKKKKKK!!!!!!!!"

Nasib malang apa pula kali ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience