Aryana melihat sahaja ragam itu dari jauh. Geleng kepala. Sudah boleh agak situasi itu akan terjadi. Kedatangan mereka bukan sebagai sukarelawan malah disambut sebagai artis pula. Lama kelamaan Danny naik rimas. Dia beredar dari situ.
Menapak ke arah Aryana yang hanya berdiri berpeluk tubuh memandangnya. Memang tak dapat dinafikan ketampanan Danny tetapi masih menjengkelkan.
“You tak jealous ke I dikerumuni dengan wanita-wanita cantik kat kampung ni?” Tanya Danny bangga.
“Humph. Kalau lah diorang tahu siapa Mr Danny yang sebenar silap-silap diorang boleh di diagnos sakit jiwa.” Jawab Aryana selamba. Menjeling.
“Why? You dah rasa ke sakit jiwa tu? Maksudnya ... I dah berjaya.”
“Berjaya apa?” Soal Aryana hairan. Berkerut dahinya.
“Untuk dapatkan you.” Danny mendekatkan mukanya kepada Aryana.
Aryana terdiam terkedu. Perasaannya berdebar-debar setiap kali Danny berlakuan aneh dan hilang akal. Apa yang dirasai waktu itu tak dapat dicantumkan menjadi sebuah puzzle yang lengkap. Mereka berdua menatap mata. Rayyan dari jauh mula tak senang hati dengan keakraban mereka berdua. Cemburu.
“Saya malas nak layan Mr Danny. Mr Danny pergi sana tolong apa yang patut. Angkat batu bata, simen atau pasir. Jangan lupa Mr Danny tengah dicabar sekarang.” Aryana mengingatkan semula.
“Of course! I tak akan lupa tapi kalau I berjaya sahut cabaran you. I boleh hidup dekat kampung you. I boleh biasakan diri kat kampung you! You kena bagi apa yang I nak.” Danny angkat kening.
Aryana terdiam sejenak.
“Mr Danny jangan nak macam-macam ye. Letak syarat yang bukan-bukan. Dah lah saya malas nak layan Mr Danny. Lama-lama Mr Danny ni menakutkan!” Aryana berdengus selajur beredar dari Danny. Jelingan tajam sehabis berbicara marah. Danny senyum sinis.
Perempuan itu mula goyah. Danny bukan lelaki yang senang dikalahkan. Pantang dicabar. Dia akan memastikan segala kemahuan dan kehendaknya akan menjadi miliknya. Tidak kira dengan cara apa sekalipun. Akan tetapi tidak semudah itu. Kerja yang paling dia benci adalah bermandi peluh! Berjemur di bawah cahaya matahari yang amat terik.
Baru sahaja mengangkat satu kampit simen dia sudah tercungap-cungap. Tak cukup oksigen. Tidak boleh bernafas. Kehausan. Setiap kali melihat Rayyan sudah mengangkat 3 kampit simen dia tercabar. Tak boleh jadi. Dia harus membawa muatan yang lagi lebih dari Rayyan.
“Bagi saya lagi pak cik bagi saya lagi banyak pak cik!” Jerit Danny. Menyuruh Pak cik yang berada diatas lori untuk memberinya lagi kampit simen.
“Biar betul kamu ni. Tak berat ke?” Tegur Pak cik itu.
“Bukan lelaki kalau tak boleh angkat berat! Arghhhh!!!”
Merah padam muka Danny. Dia memaksa badannya untuk membawa 2 kampit simen sekaligus. Anggap sahaja dia sedang memegang dumbbell. Rayyan geleng kepala. Tak faham dengan perangai pelik sepupunya itu. Terlampau taksub dengan cabaran dan perjanjian yang akhirnya boleh mencederakan diri sendiri. Sampai sahaja di tempat pembancuhan simen, Danny terus rebah. Tak mampu berkata-kata. Berehat seketika. Berharap ada seseorang yang boleh memberinya minuman.
“Ow Saya takutlah nak panjat pak cik.” Kata Samsul mendongak ke atas bumbung. Nak terkucil rasanya.
“Takut takut! Naik cepat! Kamu jantan ke betina!” Marah Pak Samad kepada Samsul.
“Betina eh tak jantan. Kalau saya jatuh macam mana? Pak cik sambut ye.” Pinta Samsul. Kakinya masih berat mahu memijak tangga.
Pak Samad tak habis-habis memaksanya agar memanjat bumbung untuk menggantikan zink yang baru. Aryana di bahagian perempuan merewang menyediakan makanan menggelakkan sahaja ragam Samsul.
“Samsul! Kau boleh! Jangan lupa misi kau!’ Jerit Aryana memberi semangat kepada Samsul yang sudah pun naik ke lima anak tangga.
Jeritan Aryana telah menaikkan semula semangatnya. Semakin laju kakinya menaiki tangga. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada diatas bumbung. Kakinya masih menggeletar mahu memijak bumbung yang sudah berkarat dan usang.
Danny masih lagi berehat. Tenaganya sudah tinggal 20%. Matanya hanya melihat orang lalu lalang di depannya membuat kerja. Secara tak sengaja matanya pula teralih kepada rumah warga emas yang sedang dibaiki.
Dia tak menyangka masih ada golongan yang tinggal dalam suasana seperti itu lebih-lebih lagi orang tua yang tidak berkeupayaan untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan. Perasaan sebak mula singgah dalam hatinya. Selama ini dia hanya melihat benda yang indah dan mewah. Danny mula teringat kata-kata Aryana.
“Tak semua sama seperti Mr Danny nak sahaja ada di depan mata. Sudah tersedia.”
Kata-kata itu benar-benar menusuk kalbunya. Menyedarkan dirinya. Hidup ini umpama ilustrasi. Berapa ramai yang tertipu dengan ilustrasi lebih-lebih lagi ilustrasi dan iklan pemakanan. Nampak cantik dan yakin bahawa apa yang diterima sama di dalam gambar. Sebaliknya?
Begitu juga kehidupannya. Lahir dalam keluarga yang mewah dan ternama. Terkenal di merata dunia. Dibesarkan di rumah yang agam dan besar tetapi di dalamnya hanyalah hidup seperti dibawah jambatan. Orang yang duduk dibawah jambatan juga lebih bahagia darinya. Jadi, di dunia ini sebenarnya tiada yang sempurna. Lahir dalam kalangan kaya atau miskin jika tidak bahagia hidup tidak akan bermakna.
Share this novel