"Ayah jangan ayah jangan! Lepaskan Nad ayah tolong ayah! AYAH!!"
VERONICA terus terbangun. Tercungap-cungap. Menangis. Memeluk tubuhnya. Ketakutan. Menggigil satu badan.
Peristiwa hitam yang menimpanya sewaktu dia berusia 12 tahun masih melekat dalam ingatan. Mimpi yang menyerupai realiti lagi membuatkan dia takut untuk meneruskan kehidupan. Takut untuk melelapkan mata. Isomnia nya baru sahaja mahu pulih.
Veronica menangis dalam gelap. Begitulah hari malamnya. Dia tidak menghubungi Nona untuk datang kebiliknya.
Dadanya mula sesak. Diurutnya perlahan. Mencapai segelas air di sebelah katil. Menangis, sahaja cara untuk mengubati luka yang susah untuk dirawat sampai bila-bila.
Tuk tuk
Pintu bilik Veronica tiba-tiba sahaja diketuk.
Veronica bangun. Mengintai dahulu melalui lubang intip pintu hotel. Tetapi tiada siapa-siapa. Sekali lagi dirinya diganggu. Dia tidak hairan kerana bukan kali pertama. Bukan sahaja di hotel, malah dirumahnya juga. Mungkin sahaja peminat gilanya. Obses dengannya terlampau.
Veronica kembali semula ke katil tanpa menarik selimut. Matanya masih tertumpu kepada pintu. Tak mahu menyambung tidur. Selalunya, dia akan mengambil pil tidur untuk meninggalkan alam realiti buat sementara.
Tuk tuk
Sekali lagi pintunya diketuk.
Kakinya kali ini teragak-agak untuk ke pintu. Mula takut untuk mengintai buat kali ke dua.
"Ver...."
Nona rupanya.
Mukanya yang masih mengantuk. Rambutnya kembang sekembangnya. Berdiri tercegat. Menunggu Veronica membuka pintu.
Automatik muka Veronica berubah ketat.
"What?" Soal Veronica serong.
"I nak tidur dengan you boleh? I tak dapat tidurlah." Minta Nona muka monyok.
Veronica buka pintu luas. Mengajak Nona masuk hanya menggunakan isyarat kepalanya membenarkan Nona tidur bersamanya. Tiada senyuman sebaliknya jelingan.
Nona terus menghamparkan dirinya ke katil Veronica. Memeluk bantal yang dibawanya dari kamarnya sendiri. Tarik selimut yang empuk. Selesa sungguh.
Veronica hanya duduk di sofa. Melihat telefon.
"Ver kenapa tak tidur." Tanya Nona. Baru sedar tiada Ver di sebelahnya.
Veronica tidak menjawab.
"Wait? Kenapa... mata you merah?" Nona nekad bangun mendekati Veronica.
"Ver ... Kenapa dengan you?" Lembut nada Nona. Dia memegang tangan Veronica. Dia kenal sungguh dengan sikap Veronica yang gagal menyembunyikan kesulitan ketika bersamanya.
Veronica menangis.
Nona terus memeluknya. Tidak mengajukan lagi soalan kepada Veronica.
"Apa-apapun yang jadi I ada selalu dengan you Ver. It's okay just cry with me. Lend on me." Nona menepuk-nepuk manja belakang Veronica.
Veronica hanya mengalirkan air mata. Tidak menyatakan apa-apa. Pelukan yag diberi oleh sahabatnya sudah cukup.
Sahabat yang ada bersamanya di kala susah dan senang. Sabar melayan karenahnya hari-hari. Veronica merasakan dia sahaja tidak layak untuk Nona.
"Selagi I hidup, I akan selalu ada dengan you. Okay?" Nona kesatkan air mata Veronica yang tidak berbicara.
Nona merasakan pengorbanannya kepada Veronica tidak lah sebesar mana hendak dibandingkan dengan pengorbanan Veronica terhadapnya. Dia berjanji mahu menjadi jambatan untuk perempuan itu agar perempuan itu dapat meneruskan perjalanannya yang seterusnya.
"Bestkan Mr Danny?" Tanya Aryana senyum nampak gigi.
Danny duduk di tepi tingkap. Tiada ramai orang di dalam bas. Aryana bukakan tingkap untuk Danny. Memberi angin masuk sambil menikmati pemandangan dan aura malam. Lampu jalan dan kedai berkelipan sepanjang bas lalu di jalan raya.
"Nak lagi best Mr Danny buat macam ni. Waaaa oooo uuuu waaa anginnn" Aryana ajar Danny.
Menjengahkan kepalanya di luar tingkap bas. Nganga mulut besar-besar. Rambut panjangnya ditiup angin. Sampai tak sedar badannya telah rapat dengan Danny. Danny perhatikan sahaja gelagat pelik Aryana.
"You tak takut dengan I kalau layan I baik?" Danny bersuara.
Aryana terus palingkan mukanya ke Danny. Terkedip-kedip matanya memandang Danny yang sedang memandangnya lama. Baru sedar dia sudah terlebih batas. Cepat-cepat dia menjauhkan dirinya dari Danny.
Aryana mula kekok.
Gusar.
Danny senyum sinis. Tidak berkalih langsung dari melihat Aryana. Aryana gerakkan sedikit badannya dari duduk dekat dengan Danny.
Danny senyum meleret.
Danny mengalihkan pula pandangannya di sekeliling dalam bas. Toleh belakang hanya dua dan tiga orang sahaja.
Melihat pula di luar jendela bas. Tenang. Itu adalah kali pertama dia menaiki bas. Tanggapannya mula berubah. Belum cuba belum tahu.
Dia sudah terbiasa hidup mewah. Lahir-lahir sahaja sudah berada dalam keluarga kaya. Setelah meneliti dunia luar rupanya dia adalah manusia yang ketinggalan.
"Aduh..." Aryana mengadu kesakitan. Merengus perlahan.
Danny terus toleh menghala pandangan ke Aryana semula.Aryana menanggalkan kasut tinggi yang dipakainya semalaman. Melecet kakinya. Duduk dalam bas dapatlah kakinya berehat.
Danny serba salah.
Tapi...
Tak tahu hendak khabarkan.
Dia duduk bersandar. Berpeluk tubuh. Dijeling sahaja matanya kebawah melihat kaki Aryana. Aryana masih membelek-belek melihat keadaan celah ibu jarinya.
"S s sorry." Ucap Danny tersekat-sekat.
Langsung tak bertemu mata dengan Aryana. Pandangan lurus sahaja.
"Hah apa dia?" Tanya Aryana. Tak dengar .
Danny paling tak suka ulang banyak kali. Pandang tajam ke Aryana terus.
"I said sorry." Kata Danny lagi. Merenung Aryana tanpa segarit senyuman pun.
Aryana angguk perli.
Muka Danny terkerut.
"You perli I?"
"Mana ada. Saya nak ucap terima kasih kat Mr Danny. Hadiahkan saya... pakaikan saya kasut mahal-mahal macam ni. Sebab kasut ni juga kaki saya ... Terlalu cantik!." Tekan suara Aryana. Buat thumbs up.
Danny kecilkan anak matanya. Perempuan disebelahnya paling berani mengacahnya.
"Kenapa Mr Danny tak suka naik bas."? Tanya Aryana. Membiarkan kakinya berkaki ayam seketika.
Nampak gayanya mereka hampir dalam perbualan panjang.
Danny angkat kedua bahunya. Tak tahu.
"You selalu ke naik bas?" Soal Danny semula.
"Selalu. Kalau motor saya rosak." Seloroh Aryana.
Danny ketawa kecil.
"Wah, Mr Danny pandai ketawa rupanya."
Ketawa Danny terus lesap.
"You ingat I ni apa? Alien? Tak boleh ketawa?"
"Agaklah." Balas Aryana.
Sekilas jelingan Danny ke Aryana. Ada sahaja akal perempuan itu mengenakannya.
"Rayyan ada cerita dengan I you buat banyak kerja. Why?"
"Why? Mr Danny tanya? Saya buat banyak kerja lepas bekas majikan saya pecat saya. Apalah nasib majikan saya tu?" Sindir Aryana.
Danny tahan senyum.
"Tapi kenapa kena banyak. Satu kerja pun cukupkan?" Soal Danny. Serius ingin tahu.
"Saya nak tolong mak saya. Ayah saya dah meninggal. Jadi, boleh ringankan beban dia tampung adik saya. Tak sangguplah saya tengok dia menjahit malam-malam." Kata Aryana.
"Ayah you meninggal? Sebab apa?" Danny tak bersandar lagi.
"Kemalangan. Sadisnya punca kematian ayah saya disembunyikan." Suara Aryana mula sedih.
Danny cuba mahu merasai perasaan itu. Namun, gagal. Tidak merasai kemanisan perkataan 'ayah'.
"Baguslah tak ada ayah." Selamba Danny.
Laju Aryana menoleh. Terkejut dengan kata-kata Danny.
"Kenapa Mr Danny cakap macam tu?"
Dia bersandar semula. Silang kaki.
"Ada ayah macam tak ada ayah. I have father but hidup dia hanya untuk benci I. Tak hargai I. Tak kisah pasal I."
Aryana terdiam.
Simpati.
Danny tiada ditempatnya. Begitu juga dia . Dia tiada ditempat Danny.
Mereka berdua bersandar sama-sama. Pelbagai lagu yang tak diketahui tajuknya dipasang di radio oleh pemandu bas. Dengarkan sahaja.
"I nak minta maaf apa yang Rachel dah buat kat you." Ujar Danny tulus dan ikhlas dari hatinya.
Automatik Aryana membuat tangan menumbuk. Tarik nafas dalam-dalam. Danny memandangnya pelik.
"Jangan Mr Danny sebut! Nama perempuan tu. Hurgh! Perempuan galah tu. Macam mana hah Mr Danny boleh tersangkut dengan perempuan tu!?"
"Tersangkut? Apa maksud tu?" Tanya Danny. Mata ke atas.
"Oh lupa Mr Danny foreigner." Tak faham banyak sangat bahasa melayu.
Danny tarik hujung rambut Aryana.
"Aduh kenapa Mr Danny tarik rambut saya?"
"I'm not foreigner." Terangkat kening sebelah kanan Danny.
Aryana menggosok-gosok kepalanya. Cepat betul tangan Danny membalas loya buruknya.
"Maksud saya macam mana Mr Danny boleh dapat girlfriend macam tu? Hah? Dialah yang buat Mr Danny nak bunuh dirilah. Mabuklah. Ee bila cakap mabuk saya teringat motor saya badan saya malang ih tak sangguplah nak ingat!" Aryana geleng kepala berulang kali.
"I don't know. I think I'm stupid."Danny disebelah mengeluh berat.
"Baru sedar ke?" Perlahan suara Aryana.
Aryana toleh memandang Danny. Mahu menyampaikan sesuatu berupa pesanan. Benci macam manapun sekali terhadap Danny ayahnya pernah berpesan 'buat baik selalu dengan orang buat jahat sekali sekala.' Aryana mengubahnya.
"Haih apa pun yang berlaku Mr Danny janggggan mabuk. Tengok apa jadi bila Mr Danny mabuk? Kena belasahlah, nak bunuh dirilah, yang paling teruknya menyusahkan orang terutamanya saya! Asalkan Mr Danny mabuk je muka ni muka ni terlibat sekali. Malang bagi saya tahu tak Mr Danny." Aryana urut kepalanya.
"Mr Danny jangan cakap lagi. Bagi saya cakap." Aryana tahan mulut Danny. Tak sempat Danny nak buka mulut. Belum habis.
"Lagi satu, saya ni tak perrrnah ada musuh. Tak perrrnah bencikan orang tapi sebabkan Mr Danny. Mr Danny manusia pertama saya paling benci. Kita ni Mr Danny kena saling hormat menghormati, bertolak ansur, memaafkan, berterima kasih baru lah hidup positif. Lagi satu ye Mr Danny tak elok bermusuh-musuhan. Dari kita bermusuh lebih baik kita berkawan." Ulas Aryana panjang lebar.
Danny merenungnya lama.
Mendekatkan mukanya ke Aryana. Aryana membelakangkan dirinya. Tak selesa dengan posisi Danny. Berkerut dahinya.
"You tak menyesal kalau kawan dengan I?" Tanya Danny. Dalam suaranya.
"Kenapa nak menyesal pula? Kawan jelah. Saya kawan dengan semua orang. Rayyan saya kawan." Beritahu Aryana selamba.
"I dengan Rayyan tak sama. You boleh buat I salah faham dengan you."
Perlahan-lahan Aryana menggerakkan bontotnya dari tempat duduk. Hampir nak terjatuh. Danny sambut!
Kaku!
Beku!
Jantungnya berdetak laju.
"Why? Nervous?" Soal Danny.
Masih memegang badan Aryana. Aryana telan air liur. Menyesal dengan kata-katanya sendiri. Ditolaknya Danny.
Danny berdengus sekali senyum sinis.
"Sebelum you bercakap fikir dulu. You pasang jerat you sendiri. Tak semua orang sama pemikiran dengan you. Lagi-lagi I." Kata Danny.
Aryana terdiam membisu.
Tak berani mahu menatap mata Danny yang masih memandangnya.
Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu
Hey kau
Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku
Lagu tu lagi! Lagu tu lagi! Terbeliak mata Aryana memandang Radio pemandu bas.
"PA PA PAK CIK PAK CIK! TUKAR LAGU!" Teriak Aryana sekuat hati.
Menghantuinya!
Share this novel