Rayyan mula serba salah membuatkan Aryana dalam keadaan panik. Dia mengangguk laju tanda membenarkan perempuan itu balik ke KL dalam keadaan yang tergesa-gesa. Zainab membenarkan Aryana pulang dahulu ke bandar bersama Rayyan pada malam itu juga.
Sementara di hospital Kuala Lumpur, Maryam dan Amanda masih menunggu keputusan doktor. Pembedahan telah dilakukan ke atas Danny. Hampir dua jam Danny berada di dalam bilik pembedahan itu. Maryam cuba mententeramkan mummy Danny yang menangis serta menyalahkan diri sendiri.
“Semua ni salah I Maryam. I mummy yang jahat! I berdosa Maryam. I tak nak perkara-perkara buruk berlaku kepada Danny! I nak jadi ibu yang baik untuk Danny! Maryam ...” Amanda menangis dalam kekesalan. Tak dapat menahan sakit di hati. Perasaan sakit menerkam berterusan.
“You kena kuat Amanda. You kena yakin Danny dapat diselamatkan. Nothing bad will happen. You jangan salahkan diri you lagi sebaliknya you kena berdoa. Doa ibu adalah hadiah yang sangat bermakna.” Nasihat Maryam lantas dipeluknya ibu yang tersakiti itu.
Dia tidak mampu menjaminkan sesuatu hanya nasihat dan semangat sahaja mampu dia berikan untuk meredakan kemaslahatan itu. Hanya fikiran buruk berlegar-legar dalam minda Amanda. Jiwa dan otaknya kacau bilau.
“Umi!” Teriak Rayyan dari jauh.
Langkahnya semakin laju untuk mendekati dua orang perempuan itu yang hampir dua jam menghabiskan masa di kerusi itu. Maryam dan Amanda melepaskan pelukkan sebaik sahaja teriakkan itu datang. Aryana melambatkan langkahnya apabila wanita yang dipanggil umi itu adalah Maryam. Segalanya telah terungkai. Maryam yang dia kenali sebagai mak cik baik hati itu adalah ibu Rayyan. Getus hatinya berkata, semua itu mungkin kebetulan.
“Mummy are you okay? Semuanya akan baik-baik. Trust me.” Rayyan memeluk Amanda. Dakapan itu sedikit sebanyak dapat mendinginkannya.
“Rayyan mummy takut Rayyan.mummy takut.” Ujar Amanda teresak-esak. Semakin kuat pelukkan itu.
“Rayyan yakin Danny akan selamat. Kita sabar dan tunggu doktor keluar bagi keputusan okay?” Rayyan menyeka air mata Amanda.
Maryam dan Aryana saling berpandangan. Aryana cuba untuk menolak ketepi mengenai hubungan Rayyan dan Maryam. Baginya dalam situasi begini tidak penting untuk dia mengambil tahu siapa Maryam. Maryam pula merasakan sudah tiba masanya Aryana tahu siapa dirinya yang sebenar. Apabila keadaan kembali baik dia akan mencuri masa untuk menjelaskan kepada Aryana.
“Auntie kena kuat untuk Mr Danny. Walaupun Mr Danny berada kat dalam tak sedarkan diri tapi dia dapat merasakan doa auntie.” Aryana merangkul tangan lembut Amanda.
Nadanya lembut dan perlahann Pandangan Amanda semakin layu. Kata-kata Aryana membuatkan hatinya kembali tenang. Maryam dan Rayyan memberi sokongan. Amanda selajur memeluk Aryana. Aryana membalas pelukkan itu dengan tenang. Amanda berharap kata-kata Aryana menjadi benar.
Selang minit kemudian, seorang doktor berpakaian hijau yang merupakan pakaian doktor apabila melakukan pembedahan keluar dari bilik bedah. Topeng mulut ditarik ke bawah dagu untuk bercakap dengan ahli keluarga Danny. Amanda, Maryam, Rayyan dan Aryana bingkas bangun dari kerusi sebaik sahaja pintu bilik bedah dikuak perlahan. Mereka semua disulami dengan perasaan cemas dan berdebar-debar. Menantikan keputusan.
Doktor yang berusia 40-an itu menghela nafas berat. Hampir 2 jam setengah dia terperangkap di dalam bilik bedah untuk menjalankan tanggungjawabnya. Seraut wajah kepenatan yang tidak boleh ditunjukkan.
“Alhamdulilah, operasi pembedahan telah berjalan lancar.” Ujar Doktor itu tanpa seulit senyuman.
Mereka semua menghela nafas lega dengan berita baik itu. Air mata tadi bertukar senyuman.
“Pesakit kini masih dalam keadaan stabil cuma...” Kata-kata doktor itu tiba-tiba tersekat.
Nafas lega yang dirasai oleh mereka hanya sementara. Raut wajah cemas kembali semula. Perkhabaran apa pula yang tertinggal di mulut doktor itu membuatkan mereka kembali tertanya.
“Cuma apa doktor?” Soal Rayyan tak sabar.
Share this novel