BAB 31

Romance Series 41822

Jam 6 petang seperti biasa Aryana sudah bersiap-siap untuk pergi kerja di 7-eleven. Sebelum hendak menghidupkan enjin motor dia memeriksa minyak motornya terlebih dahulu. Cukup-cukuplah untuk 3 hari sebelum gaji.

'PON PON!'

Terkejut Aryana terpelanting helmet dari tangannya. Tak sempat mahu menyarungkan ke kepala.

Bunyi hon secara mengejut dari sebuah kereta Ferrari hitam yang tiba-tiba muncul di depan rumahnya membuatkan Aryana toleh dengan marah.

Cermin tingkap kereta diturunkan.

"Geomoli! Masuk!" Arah Danny suka hati dari dalam. Dia berkaca mata hitam.

Berkerut dahi Aryana. Berwajah bengis.

"Nak pergi mana! Saya kerjalah!" Jerit Aryana yang tidak berganjak dari motornya. Angin dia dengan Danny.

"I dah masukkan advance dalam akaun you. So start from today you re mine!"

"Apa!?"

Tercengang Aryana.

Secepat itu Danny membuat keputusan. Tak beri ruang langsung kepada Aryana untuk membuat pertimbangan semula. Aryana bingkas ke kereta Danny.

"Mr Danny tak boleh buat saya macam ni! Tak tanya saya dulu pun! Saya nak berubah fikir..."

"Siapa-siapa deal dengan I no choice. Muktamad. Don't waste my time. Masuk."

Aryana sudah mula was-was dengan keputusannya. Dia belum bersedia. Jika dia berpaling dari Danny, masalahnya dengan hutang cafe tak akan selesai! Sama juga, jika dia ada ada dalam bulatan dengan Danny sampai bila-bila dia merasakan dirinya terancam.

'Krek!'

Danny senyum sinis.

Aryana akhirnya tewas. Dia buka sahaja pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta mewah Danny biarpun dia sudah berfikir panjang.

"Kita nak pergi mana? Mr Danny nak bawa saya pergi mana?" Soal Aryana berterusan.

"Adalah." Jawab Danny ringkas.

Terus tekan minyak. Memandu dengan had yang laju.

Segala persiapan majlis yang telah dimesyuaratkan dan dirancang akhirnya sudah berlangsung. Semua tetamu dari luar negara dan dalam negara turut hadir meraikan Annual Dinner Micasa Ray.

Barisan model yang terkenal juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi majlis. Semua tetamu lelaki dan wanita mengenakan masquerade mask sebagai tema utama majlis tersebut. Muzik yang rancak turut dimainkan.

"Encik Rayyan nah ni text untuk Encik Rayyan speech." Jazy serahkan sehelai kertas yang merupakan ucapan untuk Rayyan selaku tuan punya majlis.

"Oh thank you." Rayyan ambil tanpa melihat Jazy. Matanya sibuk meliar.

"Encik Rayyan cari apa?" Tanya Jazy.

"You ada nampak Danny? Dia dah sampai ke?" Soal Rayyan.

"Rasanya belum. Kenapa encik Rayyan?"

"Nothing."

"Wahhh nampak handsomelah Encik Rayyan hari ni." Puji Jazy. Scan Rayyan dari atas hingga bawah. Baru nak tegur pemakaian Rayyan.

Gaya Italian Suit Style telah menjadi pilihan Rayyan. Navy suit adalah warna kegemarannya. Ditambah pula dengan Salvatore Ferragamo dan casual watch memperlihatkan Rayyan cukup-cukup hot dan versatile!

"Tak adalah biasa-biasa je. Jazy I nak tanya you something." Rayyan mula serius.

"Tanya apa encik Rayyan? Kenapa ada yang tak kena ke dengan majlis kita? Lampu spotlight semua okay tak ada masalah saya dah...." Jazy mula curiga.

"No no bukan pasal tu. Everything is okay. Don't worry. I nak tanya benda lain erm you no erm I ada kawan I dia sukakan someone. Tapi dia tak tahu nak luahkan macam mana. Kalau you kat tempat dia you buat apa?" Soal Rayyan ingin tahu.

Jazy mengecilkan anak matanya. Diam sejenak. Usap-usap dagu. Jazy bab-bab itu sudah tertanam dalam jiwanya. Hampir lima wanita sudah berjaya meninggalkannya.

"Kalau saya lah kan..."

Rayyan semakin dekat dengan Jazy saat Jazy mula membuka mulut. Betul-betul nak tahu.

Jazy pegang bahu Rayyan.

"Lupakan." Kata Jazy.

Rayyan muka pelik. Kebelakang semula.

"Ini pengalaman saya. Kalau kawan encik Rayyan tu tak nak kena serangan jantung jangan luahkan. Sebab rata-rata perempuan yang saya dating hanyalah jadian. Suruh kawan Encik Rayyan tu cek betul-betul." Sakat Jazy.

"Ish awak ni, yang ni perempuan betul-betullah." Yakin Rayyan.

"Sebab dia Aryanakan?" Senyum Jazy angkat-angkat kening.

Rayyan terdiam.

"Alah encik Rayyan ni acah-acah kawanlah. Bagitahu jelah orang tu dia. Macam lah saya tak tahu." Sakat lagi Jazy.

Rayyan senyum tersipu malu. Garu tengkuk.

"Luahkan je. Terima atau tak itu belakang kira encik Rayyan yang penting encik Rayyan yakin encik Rayyan cintakan dia." Jazy kembali serius.

Adakah pada majlis itu adalah hari yang sesuai untuk dia luahkan perasaannya kepada Aryana. Rantai untuk Aryana masih terletak elok dalam poket seluarnya. Apakah perasaan terburu-buru ini dapat menyelesaikan hatinya yang sedang bergolak dengan cinta atau ia hanya berakhir dengan sekadar fatamorgana.

"Nah you try ni?"
Danny terus bagi Ballgown dress peach colour kepada Aryana yang belum sempat menyambutnya.

Cemberut dahi Aryana menilik dress yang ada ditangannya. Dress yang menggelembung sehingga boleh sapu lantai mahu dipakainya oleh Danny?

"Kenapa saya kena pakai baju-baju macam ni Mr Danny? Kita nak buat apa ni?" Tanya Aryana tak puas hati.

"You ni banyak tanyalah. You sendiri yang janji dengan I you akan jadi pelakon yang hebat untuk I so just do it." Arah Danny.

Aryana mengeluh. Jeling terus ke fitting room. Danny duduk bersandar di sofa yang betul-betul terletak di hadapan bilik persalinan Aryana.

Dia asyik tersenyum. Tak sabar mahu melihat Aryana keluar dari bilik itu. Aryana pula tak habis-habis mengomel. Menyesal dengan keputusan yang akhirnya menjeratnya.

Krek

Pintu bilik persalinan terbuka.

"Hurm okay ke?" Tanya Aryana muka tak ada perasaan. Tak kisah langsung dengan dress yang ada pada badannya.

Danny pula sedang mempertimbangkan fesyen yang dikenakan. Lihat Aryana dari atas sampai bawah.

"Ermm no no tak sesuai. Dress ni tak sesuai dengan you nampak macam Cinderella kena dera tukar lain."

Aryana muka ketat. Tak ada hati langsung!

Danny bingkas bangun memilih dress yang lain untuk Aryana. Staf yang ada di Glamour Style Boutique layankan sahaja pelanggan VIP seperti Danny.

"Try yang ni pula." Arah lagi Danny.

Pencil dress nude colour pula menarik perhatiannya. Aryana ambilnya tanpa berkata apa-apa. Kalau dia cakap pun langsung tak dilayan.

Sementara menunggu Aryana menyalin pakaian yang lain. Danny meminta staf yang bertugas untuk memilih aksesori seperti kasut dan beg yang sesuai untuk dipakai oleh Aryana.

"Yang ni macam mana pula? Saya tak nak tukar-tukar dah." Kata Aryana. Muka penat.

Danny terus pusing belakang sebaik sahaja suara Aryana kedengaran.

Ketek!
Danny petik jari.

"Okay good I like. Now follow her." Arah Danny kepada Aryana.

Mata Aryana terus teralih kepada staf wanita yang datang menghampirinya untuk membawa Aryana ke bilik make-up.

"Silakan Miss." Pelawa staf yang melayan mereka berdua.

Aryana ikutkan sahaja sambil tu matanya tidak ketinggalan untuk menjeling Danny yang hanya memandangnya dengan senyuman sinis.

Dalam bilik make up, Aryana didandankan dengan cantik sekali. Lengkap dengan semua teknik dari jurumakeup professional.

"Wow you look so beautiful miss." Puji jurusolek itu kepada Aryana.

Aryana tersenyum malu. Rambut panjang yang selalu diikat dilepaskan pada malam itu. High heel Gladiator turut disarungkan ke kaki Aryana. Kasut itu akan membawa Aryana ke majlis yang buat pertama kalinya dia hadir.

"Mr Danny Aryana dah siap." Beritahu Staf itu.

Aryana keluar dengan langkah perlahan-lahan. Kasut itu lansung dia tak selesa. Terkebil-kebil dia mahu mengimbangi badannya.

Danny terus toleh.

Terdiam!

Terpana!

Tiada kata-kata!

Jantungnya berdegup kencang!

Matanya tidak berkedip langsung!

"O o okay ke?" Tanya Aryana. Menarik-narik kebawah skirt yang sudah pun labuh sehingga ke paras bawah lutut.

"Lets go." Danny tak menjawab.

Dia terus berpaling.

Aryana buat gaya penumbuk dari belakang. Capai baju asalnya dan meninggalkan tempat itu. Terpaksa jalan macam baby baru nak belajar jalan. Malangnya Aryana tertinggal kasut sneakersnya di Boutique itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience