BAB12

Romance Series 41822

Sampai di kondominum, Danny terus tanggal baju yang dipakainya dari rumah Aryana. Tak boleh nak tengok diri sendiri lepas pakai baju seperti itu. Macam orang tua. Dia ingat dia akan muda ke sampai bila-bila?

Danny terus menghamparkan dirinya diatas katil. Penat. Penat segala-galanya. Sedikit demi sedikit dia mengingat semula peristiwa semalam. Tangannya mengusik bibirnya yang luka. Teringat, ibu Aryana beritahu.

"Sakit lagi ke muka tu. Semalam Aryana yang sapukan ubat untuk Mr Danny. Nak sapu lagi." Beritahu ibu Aryana.

"Aryana sapukan ubat kat muka saya?" Tanya Danny walaupun dia sudah dengar.

Terus dia teringat apa yang sudah dia lakukan kepada Aryana. Dia pegang tangan Aryana. Danny terus bangun dan duduk. Serba salah mula menjetik hatinya. Ah benci perasaan itu. Tetapi dia tidak dapat menolak.

"Apa-apapun yang berlaku I still hate you intern!"

Danny cakap sorang-sorang. Dia tetap ego. Baginya Aryana tetap musuhnya. Sampai bila-bila pun perasaan benci itu tidak akan bertukar menjadi rama-rama yang berterbangan di udara. Ruang berbaik tidak akan wujud. Yakin sungguh dia.

'Kring kring kring'

Telefon Aryana berdering

"HELLO SIAPA NI!?"

Aryana jawab panggilan dengan marah. Dia tidak melihat langsung skrin telefon. Siapa yang menghubunginya pun dia tidak tahu. Marahnya belum hilang.

Terkejut Rayyan. Dia takut. Dijauhkan telefonnya dari telinganya. Ini ke Aryana yang dia jumpa hari tu. Garang semacam.

"HELLO SIAPA NI! nak cakap ke tak nak!"

"Errr sorry... saya Rayyan. Awak awak awak Aryana ke?" Tergagap Rayyan.

"Rayyan mana pula ni!?"

Aryana dah lupa. Maklumlah emosi tidak stabil. Rayyan tengok semula skrin telefon. Betul itu nombor Aryana.

"Saya Rayyan yang awak langgar hari tu. Jus oren ingat tak?"

"Eh awak! Sorry-sorry tak ada niat nak marah awak. Saya betul-betul sorry." Aryana tepuk dahi.

Barulah Aryana teringat. Serba salah dibuatnya. Rayyan pula call dia waktu-waktu Aryana tengah petir. Wrong timing daaa...

"Eh takpe. Saya minta maaf kalau call awak waktu yang tak sesuai. Awak okay ke?" Tanya Rayyan lemah lembut sahaja nadanya. Sikapnya betul-betul berbeza dengan Danny.

"Saya okay saya okay. Tadi ada gaduh dengan orang gila ni. Ada ke patut saya dah tolong dia, dia tuduh saya macam-macam. Kata saya culik dialah! lepastu eh tak bolehlah nak cerita sakit hati saya." Panjang Aryana bebel.

Tak pasal-pasal Rayyan jadi mangsa. Baru sahaja pertama kali on the phone dengan Aryana. Rayyan tahan gelak. Cerita Aryana lucu baginya.

"Kenapa awak call saya?" Aryana berubah nada.

"Awak free tak? Saya ingat nak jumpa awak, nak pulangkan sweater awak."

"Oooo sweater saya... dah lupa dah sweater saya kat awak hahahha... hari ni saya cuti. Nak jumpa hari ni?"

"Boleh boleh boleh.. kat mana?"

Semangat Rayyan.

Aryana berfikir sekejap. Dia sebenarnya nak keluar joging. Dah lama tak excersice. Waktu cuti ni sahajalah dia ada peluang. Tak akanlah nak ajak Rayyan yang baru dia kenal? Aryana garu kepala.

"Saya sebenarnya nak keluar joging. Awak jumpa saya kat Taman Tugu okay?"

"Joging? Wau... kalau saya join sekali boleh?" Rayyan ambil peluang untuk berkenalan lebih rapat dengan Aryana.

"Boleh je! Okay kita jumpa kat sana."

Aryana ni seorang yang mudah untuk bergaul dengan orang. Dia peramah tak kisahlah dengan orang muda atau tua. Semua orang dia anggap kawan.

Dia tak pernah membenci dengan siapa-siapa tapi sejak dia bekerja dengan Danny. Danny adalah orang pertama yang dia benci. Sikap sombong, gila, poyo, OCD Danny yang pelik tu membuatkan lagi dia bertambah benci dengan Danny. Benci Aryana ke Danny setinggi gunung tapi benci Danny ke Aryana setinggi langit.

"Hello bro! Jom gym. Aku stresslah hari ni."

Danny call Rayyan yang tengah bersiap-siap nak jumpa Aryana.

"Hah stress? Kau stress kenapa pula. Gaduh lagi dengan ayah kau ke?" Tanya Rayyan sambil mencari baju. Betul-betul rushing.

"Bukan sebab tu... kau ingat tak bekas staf aku yang aku cerita tu. Aku jumpa dia! Gaduh dengan dia! Geramlah aku dengan dia tu! Sakit hati aku! Aku benci dia!"

Rayyan garu kepala. Tadi Aryana sekarang Danny pula. Apa kena dengan hari minggu ni? Tersepit dia di tengah-tengah. Dengar masalah orang. Dia dah mula kena buat pertimbangan mahu keluar dengan siapa ni?

"Sorry Danny aku ada janji dengan someone nak keluar. Tengah siap ni."

Rayyan serba salah.

"Siapa?? Wuuuu dah ada awek dah. Balik Malaysia sekejap je dah dapat awek. Siapa?" Sakat Danny. Dia tak terasa hati. Faham.

" Ish kau ni sama je dengan umi. Bukan aweklah. Kau ingat tak waitress yang aku cerita tu. Aku nak jumpa dia pulangkan sweater dia. Alang-alang aku join dia joging. Segan tapi hahahaha..." Panjang penjelasan Rayyan.

"Sudahlah kau. Jangan kau tunjuk sangat pemalu kau tu. Kenal-kenal lah dengan dia. Umi tu tak sabar nak timang menantu!" Danny tak habis-habis menyakat Rayyan.

Rayyan senyum-senyum tersipu malu. Rayyan suka berkawan dengan semua orang tak fikir pangkat dan darjat. Pertama kali jumpa Aryana, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dihatinya. Adakah ini dinamakan cinta?

Malu Rayyan semakin beransur pulih. Dulu lagi teruk. Setiap kali orang datang ke rumah dia masuk bilik. Waktu itu dia dibangku sekolah menengah. Danny sahajalah orang yang paling rapat dengannya. Dannylah kawan Dannylah sepupunya.

********

"Hello baby we need to talk please!" Rayu Rachel dalam telefon.

Danny menjawab panggilan Rachel sambil berlari diatas treadmill. Tiga kali Rachel menghubunginya. Tak berhenti-henti telefon dia berdering. Dia tewas dia jawab juga panggilan Rachel.

"You nak apa? Kita dah tak ada apa-apa hubungan."

"Please I still love you. Bagi I peluang. I I tak fikir waktu tu. I betul-betul menyesal please jangan tinggalkan I and I tahu you still cintakan I kan?"

Danny berhenti berlari. Dia switch of butang off treadmill.

"Tak fikir you kata? I ni apa? Lelaki tu siapa? Selama ni you anggap I ni apa Rachel? I dah bagi macam-macam kat you. Whatever you want I give you. Tapi you tak pernah hargai I. You sepatutnya beruntung dapat I. Tapi you dah kecewakan I. I m very disappointed with you."

Rachel menangis. Betul-betul terkesan dengan kata-kata pedas Danny. Tiada peluang kedua dalam kamus Danny. Sekali orang buat jahat dengan dia sampai bila-bila dia akan benci. Perbuatan terkutuk Rachel dia akan ingat sampai bila-bila.

"I nak buat suprise dengan you tapi you dah bagi suprise kat I dengan perbuatan jijik you! Berapa banyak lelaki yang you dah tidur hah!?" Sambung lagi Danny.

"Please Danny jangan cakap macam tu. I m really really sorry. Please don't let me go. I love you baby. I tak boleh hidup tanpa you..."

Rayu Rachel menangis teresak-esak. Berjuraian air matanya.

Danny terus tutup telefon. Dia tidak mahu dengar lagi drama Rachel. Cukup lah semalam dia sudah melepaskan marahnya. Hari ni dia sudah tidak sanggup lagi. Danny sambung lari dengan had yang semakin laju. Dia betul-betul marah.

******
"Awak selalu ke joging kat sini?" Tanya Rayyan.

Mereka berdua berjoging sama-sama.

"Tak selalu bila saya free je saya joging kat sini. Saya suka tempat ni. Aman! Damai! Tenang! dengan pohon-pohon yang semakin menghijau." Beriya Aryana berkongsi tempat kegemarannya.

Rayyan pendengar setia, baru pertama kali keluar dengan Aryana dia sudah merasakan selesa berbual dengan Aryana.

Laluan berjalan kaki dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok yang tumbuh mekar. Lengkap dengan pelbagai fasiliti, di sepanjang ruang berjalan kaki terdapat banyak tempat duduk dan buaian untuk bersantai sambil memejamkan mata dan menghirup udara segar.

Tempat-tempat seperti itu diperlukan oleh Aryana. Dapat dia melupakan kejadian pahit yang berlaku antara dia dengan Danny tadi.

"Hah kat depan tu ada foodtruck. Makanan dia sedap-sedap." Beritahu Aryana.

Dia mengajak Rayyan ke foodtruck pula. Dah makan kat rumah. Mahu makan lagi. Tak tahu erti kenyang Aryana ni.

"Kenapa awak marah-marah masa saya call awak tadi." Tanya Rayyan ingin tahu. Adalah sikit topik nak berbual sambil makan.

"Oh yang tadi tu hurmm panjang ceritanya. Apa yang pasti sebabkan orang gila tu saya jadi serabut." Aryana pegang kepalanya sendiri.

Rayyan berketawa kecil.

"Lawak lah awak ni. Apa yang orang gila tu dah buat kat awak sampai awak jadi serabut?"

"Entahlah penat saya nak cerita. Ada ke dia tuduh saya culik dia padahal dia tu yang bawa masalah. Cakap terima kasih pun tidak lepas saya tolong dia. Awak tahu dia kata apa?"

"Dia kata apa?"

"I hate to say thank you... bla bla." Aryana mengajuk seperti Danny.

Tergelak Rayyan.

"Confirm orang tu something wrong. Orang gila yang awak maksudkan tu apa hubungan awak dengan dia?"

Baru Rayyan mahu tanya siapa orang yang dimaksudkan oleh Aryana.

" Dia tu bekas bos saya. Saya kerja kat hot .. omak kau koyak eh koyak!"

Kaki Aryana terkena air coklat yang dibawa oleh seorang budak kecil. Budak itu terjatuh di depan Aryana. Sejuk kaki Aryana. Tak pasal-pasal melatah.

Rayyan pula cepat-cepat membantu budak berumur 5 tahun itu bangun dari terjatuh tertiarap atas jalan. Menangis tak henti-henti budak itu.

"It's okay its okay sikit je. Cuba abang tengok kaki luka tak?" Pujuk Rayyan.

Rayyan cek lutut kaki budak itu. Mujur tidak luka teruk hanya tapak tangannya sahaja merah dan calar kecil. Tak lama kemudian ibu budak itu datang kepada anaknya.

"Terima kasih terima kasih. Maaf maaf anak saya suka berlari." Mak budak itu meminta maaf kepada Rayyan dan Aryana.

"Eh tak apa mak cik. Biasalah budak. Nasib baik air dia sejuk kalau panas tadi kaki saya hahahahahha..."

Rayyan sekali gelak.

Mereka berdua semakin akrab. Seronok Rayyan keluar bersama Aryana.

"Nah sweater awak. Thanks tau bagi pinjam." Rayyan hulur sweater Aryana sebelum berangkat balik.

"No problem. Lagipun saya kan yang buat jus oren tu tumpah kat baju awak."

Rayyan senyum memandang Aryana. Lama kelamaan dia jadi tamak. Mahu berjumpa lagi dengan Aryana.

"Ermmm bila awak free lagi?" Tanya Rayyan.

Aryana macam boleh agak kalau Rayyan mahu mengajak keluar bersamanya lagi. Dia pun tidak pasti bila dia ada masa lapang lagi.

Rayyan ternanti-nanti jawapan Aryana.

"InsyaAllah minggu depan kalau tak ada apa-apa halangan." Kata Aryana.

Danny senyum. Suka jawapan Aryana.

Dalam kereta senyum je memanjang. Lagu Yang sempurnakan ku nyanyian 6ixth Sense lagi membuatkan jari jemarinya menari-menari sekali.

Angau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience