BAB11

Romance Series 41822

"Ihik ihik handsomenya macam Lee Min Ho! Park Seo Joon! Lee Gong Yoo! Lee Dong Wook! Semualah!"

Dah muncul dah Lana dan Lini. Lagi-lagi Lana. Dua beradik tu duk tenung lama-lama muka Danny yang masih tidur. Terpegun dengan kekacakkan Danny. Memang dia Korea pun darah campuran cina.

Dua beradik gelak-gelak, gedik-gedik dekat dengan Danny. Danny yang masih berselimut tiba-tiba dengar suara bisik-bisik. Matanya perlahan-lahan terbuka. Samar sahaja penglihatannya. Kabur. Masih mamai.

"WHAT HAPPENED TO ME!? Where am I!? Who are you!?"

Danny terus terjaga.

Terbeliak matanya.

Takut dengan Lini dan Lana.

Lini dan Lana pula masih terpegun. Muka dia yang terperanjat lagi bertambah handsome. Orang handsome buat apa sahaja tetap handsome. Nampak macam orang bengong pun nampak handsome. Sampai ke situ Lana. Tapi Aryana...

"Hurmm semalam mabuk hari ni gila pula.." Aryana perli.

Dia dengan ibunya di meja makan. Sedang bersarapan. Roti canai terus disumbat kedalam mulut. Makanan lagi kacak dimatanya. Roti canai cicah kari tak pernah mengecewakan hatinya.

"You! Intern! You culik I!? Saya kat mana ni!? Tell me! Whats wrong to me!? Why re you doing this to me!? Macam mana I macam mana I! Jawablah intern! I hate you intern! I hate!!"

Bertalu-talu soalannya ke Aryana. Macam mana Aryana nak jawab kalau dia serupa hilang akal. Macam orang baru lepas kegagalan operation otak.

"Kalau saya culik Mr Danny saya tak bawa kat rumah saya... Saya bawa Mr Danny kat dalam rumah kosong gelap... ikat tangan Mr Danny! Seksa Mr Danny! Belah-belah badan Mr Danny! Jual organ Mr Danny! Dapat duit!"

BUK!

Ibu Aryana pukul kepala Aryana.

"Kakak kenapa cakap macam tu? Tak baiklah itukan bos kakak." Marah ibu Aryana.

Bukan bos tapi bekas bos.

Aryana gosok-gosok kepalanya. Betul-betul sakit. Mulutnya terkumat kamit mulutnya mengutuk ibunya. Dia jeling kearah Danny.

Danny pula terpinga-pinga. Matanya meliar melihat sekeliling rumah. Langsung dia tak ingat! Dia bermimpi ke? Mimpi yang ngeri sekali kalau Aryana dalam mimpinya. Jauhkan!

"Dahlah! Kakak nak basuh motor lagi bagus. Sebabkan ada predator MUNTAHKAN motor! badan! eeeee geli! eeee tak sanggup nak ingat!"

Aryana sengaja cakap kuat. Lepaskan geram. Terbeliak matanya. Kalau Danny masih tak ingat lagi tak tahulah nak cakap apa. Malang sungguh!

Danny belek-belek badannya. Risau kalau diperkosa. Tengah-tengah belek dia bau badannya sendiri. Tak tahan dengan bau sendiri. Rasa nak terjun banggunan! Kenapa dia langsung tak ingat. Tiba-tiba jadi pengemis.

Lini dan Lana masih dekat dengan Danny. Danny kebelakangkan diri. Takut dengan Lini dan Lana. Matanya langsung tak berkedip. Semua yang ada kaitan dengan Aryana baginya tak normal.

"Siapa nama ni tadi Mr Danny ye? Nah baju. Mr Danny pergilah mandi dulu. Bersih-bersihkan badan tu." Ibu Aryana hulur baju bersih kepada Danny.

Danny teragak-agak untuk mengambilnya. Kalau boleh dia mahu pergi cepat tapi disebabkan tak tahan dengan bau sendiri dia ambil saja.

Dalam bilik air, Danny asyik memikirkan apa yang berlaku. Dia cuba untuk ingat tapi tak dapat-dapat. Semakin dia paksa otaknya untuk ingat semakin sakit kepalanya. Betul-betul dia dah hilang ingatan mana tidaknya bantai sampai 3 botol arak.

"What happened to my face!!!!!!" Jerit Danny dalam bilik air.

Terperanjat ibu, Lini dan Lana.

Aryana pula

"Padan muka!"

Danny baru perasan mukanya lebam dan luka sebaik sahaja dia lalu di depan cermin bilik air. Betul-betul terkejut. Dia terus belek-belek mukanya yang handsome itu. Sia-sia menjaga muka siang dan malam. Skincare beribu-ribu habis. Rasa nak menangis dalam bilik air.

"Semua ni sebab intern! I hate her!"

Dia cakap sorang-sorang depan cermin. Salahkan Aryana. Semua salah Aryana. Macam manalah Aryana tak bencikan padanya. Baguslah dua-dua menyimpan perasaan benci. Api dengan api!

"Mr Danny okay ke? Jemputlah makan dulu."

Pelawa ibu Aryana kepada Danny. Danny keluar dari bilik air dengan muka yang sangat masam. Tapi dia juga masih ada adab. Dia cuba untuk menghormati ibu Aryana. Dia cuba untuk tidak mencampurkan perasaan benci Aryana kepada ibunya.

Danny tarik kerusi perlahan-lahan. Muka berlagak dan sombong masih tidak boleh tolak ketepi. Lini dan Lana pula terkinja-kinja duduk sekali. Baru ingat mahu bersarapan. Tak sangka oppa Korea boleh keluar dari TV.

"Jemputlah makan. Ada roti canai, ada nasi lemak , bihun goreng pun ada ni. Bihun goreng ni Aryana yang masak." Ibu Aryana baik hati menyendukkan bihun untuk Danny.

Danny langsung tak ada selera. Makanan yang ada didepannya itu semua makanan yang dia boikot. Berkalori tinggi. Semalam tak fikir pula.
Tambah pula Lini dan Lana asyik memandangnya. Rimas.

"Bagitahu saya kenapa saya ada kat sini?"

Bukan masa untuk makan baginya. Dia harus tahu apa yang sudah berlaku. Kenapa dia boleh ada dirumah Aryana? Kenapa mukanya lebam?. Cepat dia tahu cepat dia pergi dari rumah Aryana.

Ibu Aryana menceritakan semuanya kepada Danny. Danny betul-betul tak percaya. Seolah-olah semalam bukan dirinya. Dah mabuk nak kata diri tu ada DID pula? Macam mana dia nak berdepan dengan Aryana. Sungguh malu!

Danny keluar, cari Aryana. Aryana pula tengah membasuh motor kesayangannya. Itulah satu-satunya hadiah yang dibelikan oleh arwah ayahnya. Banyak jasa motor skuter tu padanya. Dari dia sekolah menengah sehinggalah pergi kerja. Kesana kesini motorsikal itu ada bersamanya. Dia rasa curang pada motor tu bila kena muntah Danny semalam.

Danny pula teragak-agak nak pergi kepada Aryana. Terkial-kial dia dibelakang Aryana. Tengah cari idea nak cakap apa yang penting tidak menjatuhkan prestasinya sebagai seorang lelaki yang berkaliber, berkarisma, lelaki ideal. Mana boleh! Dapat pula kalah dengan Aryana.

"Ehem!"

Danny sengaja berdehem.

Aryana buat-buat tak dengar.

"OHOK OHOK"

Kali ni buat-buat batuk pula.

Aryana tetap tak layan.

Geram rasanya Danny.

"Intern! Fesyen apa yang awak bagi kat saya ni?"

Aryana jeling sikit ke Danny. Baju t-shirt putih kain pelikat. Baju dan kain pelikat itu adalah milik arwah ayah Aryana. Ibu Aryana yang bagi dia mahu salahkan Aryana pula.

"Kira okaylah ibu aku bagi baju tu. Kalau aku yang bagi aku bagi baju Lini dengan Lana. Menyesal pula tak pakaikan semalam."

Aryana berbisik.

Danny dengar. Malas nak layan.

"Berapa?"
Tanya Danny.

Berkerut dahi Aryana. Dia masih tak menoleh kebelakang memandang Danny. Soalan apakah?

"I tanya ni berapa?"

Aryana masih diam.

"You tak dengar ke intern! Pekak ke!? Marah Danny.

Aryana bangun. Campak span. Dia dah mula emosi. Tahu pula Danny terkejut.

"Berapa apa!?" Tengking Aryana. Terbeliak matanya.

"Berapa ganti rugi yang I kena bayar kat you!?"

Aryana nak tergelak. Geleng kepala. Ingat semua kat dunia ni boleh settle dengan wang ringgit ke?

"Sebelum Mr Danny tanya saya berapa. Apalah salahnya cakap terima kasih ke! Minta maaf ke! Menyusahkan ke!"

"I hate to say thank you! Why!?"

Dua-dua tak nak mengalah. Laju je masing-masing menjawab dan berbalah.

Aryana cekak pinggang. Sakit hatinya. Dia mengetap giginya. Pandangan yang amat tajam. Dia betul-betul serius. Marah sesungguhnya.

Ibu Aryana intai mereka berdua dari dalam. Mengeluh melihat Aryana. Kasar sungguh anak daranya itu.

"Eh ikutkan hati saya, saya nak tinggalkan jelah Mr Danny! semua sebab saya ada perasaan timbang rasa lagi!"

"Kenapa awak tak tinggalkan je saya! Saya lebih rela kena pukul! terbaring kat atas jalan tu! Tak payah tolong saya! And you know what, I tak akan appreciate dari orang yang I benci iaitu YOU!"

Danny tunding jari ke Aryana.

Aryana diam sejenak. Dia tak pernah jumpa manusia yang hati batu macam Danny. Dia melihat dalam mata Danny penuh dengan kebencian. Situasi antara mereka semakin tegang.

"Kenapa you diam!?"

Danny betul-betul menguji kesabaran Aryana.

"Dahlah Mr Danny saya malas nak gaduh dengan Mr Danny. Kalau saya cakap pun Mr Danny tak akan dengar tapi satu je yang saya nak cakap 'Jadilah seperti pokok saat orang membaling batu kepadamu kau membalasnya dengan buah yang ranum.' "

Kata-kata arwah ayah Aryana untuk Aryana masih disimpan dan dipegang kuat olehnya. Kerana kata-kata itu dia tidak mahu membiarkan Danny bertambah teruk semalam.

Kali ni Danny pula yang terdiam. Dia sentap. Aryana masuk dalam. Motornya tidak habis dicuci. Danny pula tak dapat nak pasti perasaan apa yang sepatutnya hadir dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience