Teaser

Romance Series 41822

" I dah tak tahan dah Maryam I dah tak tahan!" Mummy Danny menghempaskan perasaan kecewanya kepada Maryam.

Maryam datang menjenguknya di rumah. Ketiadaan Tan Sri Alvin menjadi peluang buat mummy Danny meluahkan perasaan yang terpendam.

Maryam mengusap belakang wanita tabah itu perlahan-lahan. Memberi kata-kata semangat.

" I dah penat dengan semua ni Maryam. Danny dah tak mahu menjejakkan kaki ke rumah ni." Ujarnya lagi sambil menangis. Tisu sudah kali ke lima ditarik. Air mata masih tidak berhenti mengalir.

Maryam hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Cuba memahami perasaan berdarah mummy Danny. Jelas mummy Danny sudah lama menyimpan perasaan terluka itu.

"I tak suka Alvin membenci Danny. I tahu semuanya bermula dari kesilapan lalu I. I terlalu mengikutkan nafsu I." Sambungnya lagi teresak-esak.

Dia mula menyesali atas perbuatan kotornya dahulu. Menyalahkan diri sendiri masih tidak cukup. Terperangkap dalam kegalauan dan dosa hitam yang lalu.

"I mummy yang jahat! I punca Alvin membenci Danny!"

Maryam lantas memeluk mummy Danny. Mengusap dan membelai kepalanya dari belakang.

"Jangan cakap macam tu. You dah cuba melakukan yang terbaik. Walauapapun yang terjadi you kena kuat demi Danny. Danny masih memerlukan you. You are everything for him. Trust me." Pujuknya lagi. Menyeka air mata mummy Danny.

"I nak you buat sesuatu untuk I." Pinta mummy Danny tiba-tiba.

Satu dokumen bertulis dalam envelope saiz A4 berwarna coklat diberikan kepada Maryam.

"I nak you jaga dokumen ni baik-baik." Amanah mummy Danny kepadanya.

Meskipun berat amanah itu untuk digalas. Maryam akur dengan permintaannya. Sanggup menanggung risiko demi menjaga maruah dan keselamatan mummy Danny.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience