Pagi yang cerah menyaksikan matahari terbit dari timur di tasik yang tenang. Udara yang nyaman dan sejuk ditengah perairan yang memberi seribu ketenangan. Celik sahaja mata pemandangan yang indah seolah terpancul dari lukisan terpampang di mata. Bunyi burung berkicauan di awan dan di sebalik hutan yang semakin menghijau. Lebih indah dari lakaran dan lukisan manusia. Aryana membuat sedikit senaman ringan di waktu pagi.
“Good morning.” Sapa Rayyan dari belakang Aryana dengan senyuman mekar di waktu pagi.
Aryana menoleh kebelakang. Senamannya berhenti separuh jalan. Dia mula kekok dengan kemunculan Rayyan secara tiba-tiba. Rayyan berdiri di sebelahnya memandang Aryana. Aryana hanya senyum kelat. Tidak membalas pandangan Rayyan. Apabila Rayyan merasakan pandangannya tidak berbalas dia memalingkan mukanya melihat pemandangan di depan mata. Menghela nafas panjang terselit perasaan kekesalan. Faham.
“Saya pergi tolong dioarang sediakan sarapan dulu.” Kata Aryana mahu meminta diri. Alasannya sahaja.
Rayyan menganggukkan kepala tanpa sebarang kata. Dikemam bibirnya. Aryana beredar dari tempat itu. Tinggal Rayyan seorang diri. Dia menoleh kebelakang melihat Aryana dengan perasaan hampa. Dia mula merasakan cara layanan perempuan itu terhadapnya sudah berubah. Mereka berdua masih lagi terawang-awang dalam persoalan hati yang tiada jawapan. Menunggu adalah suatu perbuatan yang menyakitkan.
“Mana Mr Danny?” Tanya Samsul apabila selesai mandi. Masuk ke dapur untuk membantu menyediakan sarapan.
“Kat dalam bilik dia?” Tanya Aryana hairan.
“Tak ada pun.” Samsul menggeleng kepala.
Mereka mula musykil. Kelibat Danny tidak kelihatan di atas rumah terapung itu. Aryana pergi mencari Danny memanggilnya untuk bersarapan apabila sarapan telah pun siap. Aryana berkeliaran mencari Danny. Turun dan naik menaiki tangga. Membuka semua bilik kosong mahu pun tidak tetapi Danny tiada. Pelik Danny hilang tanpa jejak. Kena telan dengan hantu air ke? Jauhkan! Aryana mula risau. Kenapa dia harus risau? Rayyan juga tidak mengetahui keberadaan Danny.
“Mr Danny gerak malam tadi. Dia terpaksa balik KL sebab ada hal.” Beritahu Alif.
Alif menyampaikan pesanan itu setelah penat lelah Aryana mencarinya semua tempat. Aryana diam di meja makan. Tidak ada selera nak makan. Fikirannya berkecamuk. Dia berasa marah Danny pergi tanpa memberitahunya. Tetapi kenapa mesti tiba-tiba? Dia mula rungsing! Rayyan perhatikan sahaja kelakuan Aryana. Dia tiada hak untuk menahan perasaan yang menyelinap masuk dalam jiwa wanita itu.
Aktiviti mereka tetap berjalan di perkampungan orang asli di hari kedua iaitu hari terakhir mereka di perkampungan itu. Semua orang menjalankan kegiatan mereka seperti biasa kecuali Aryana. Dia merasakan ada sesuatu yang hilang di sisinya. Tetapi dia keliru! Mengapa dia seorang sahaja yang harus tercanggung. Bukankah perasaan bebas dari gangguan Danny yang sepatutnya perlu diraikan. Dia mula tidak fokus. Celaru.
“Tengok tu!” Kata Samsul sekali menunding jari ke arah dua boat yang seperti menuju ke perkampungan itu.
“Banyaknya apa yang diorang bawa tu?” Tanya Alif musykil. Dia hairan tiada NGO selain mereka yang terlibat dalam program ini.
Aryana berkerut. Menunggu sahaja sehingga boat itu sampai kepada mereka. Boat itu membawa muatan 4 kotak besar. Boat yang menjadi tanda tanya selamat berhenti di tepi perkampungan itu.
“Kami dari staf Parkson menerima arahan dari Mr Danny Alvin untuk menghantarkan pakaian kanak-kanak ke sini.” Beritahu seorang lelaki berbaju kemeja hitam setelah turun dari boat bersama stafnya yang lain.
Mereka semua tercengang. Kejutan Danny di luar pengetahuan mereka. Aryana lagi bertambah marah. Danny suka bertindak ikut sesuka hatinya. Staf dan orang-orang Alif membantu menurunkan kotak-kotak yang berisi pakaian mewah kanak-kanak itu untuk diagihkan kepada anak-anak kampung disitu. Betapa gembiranya mereka menerima pakaian yang cantik dan pelbagai jenis warna dan fesyen itu.
“Wahhh baiknya Mr Danny. Tak sangka kan nyah!” Samsul menepuk bahu Aryana.
Aryana hanya diam. Rayyan perasan tingkah laku Aryana yang tak keruan. Dia belum bersedia untuk mendekati wanita itu lagi. Tidak mahu memarahkan lagi keadaan.
Raut wajahnya tegang dan ketat. Pergi tanpa diberitahu. Buat kejutan diluar dugaan. Ingat romantik sangat ke! Aryana pergi meninggalkan tempat pengagihan. Membawa diri di bawah pohon besar tempat melukis semalam. Dia duduk cuba menenangkan fikiran dan hatinya yang tidak bergerak seiring. Meramas rambut kusutnya. Menghela nafas berat.
Melepas dan menarik nafas. Tiba-tiba kepalanya tertoleh ke batang pokok besar yang berada di sebelahnya. Dia terus mendekati pohon itu dengan lebih dekat lagi. Seperti ada tulisan yang ditoreh menggunakan sesuatu benda kasar di batang pokok itu. Aryana gosok-gosok dan meniup tulisan itu. Dia cuba untuk membacanya. Setelah tulisan torehan itu dapat dibaca, bibirnya tersenyum seraya menggeleng kepala. Ada-ada sahaja lelaki gila itu.
Tulisan ‘I hate you intern!’ dia sudah tahu siapa punya angkara. Tak cukup kertas batang pokok jadi mangsa. Aryana cukup-cukup geram! Senyum. Akan tetapi, senyumannya perlahan-lahan mengendur. Dia memegang dadanya. Ada apa dengan hatinya.
“Kenapa dengan kau Aryana? Ada apa dengan perasaan ni? Humph lelaki ni dia buat aku benci dia buat aku ... rindu. Kenapa dengan kau Aryana!” Bentak Aryana dengan kegalauan perasaannya.
Dia tepuk-tepuk dadanya. Hatinya cukup sakit. Kekeliruan yang melanda jiwanya membuatkan dia tersepit diantara dua dunia. Dunia Danny yang dipenuhi dengan permainan atau ketulusan. Apakah dia yang sudah tertewas.
Share this novel