Keluarga Rayyan mengajak keluarga Danny untuk makan malam bersama. Masakan melayu masakkan yang paling dirindui oleh Rayyan setelah 5 tahun di London. Air tangan ibu tak boleh dikalahkan dengan mana-mana restoran walaupun tahap 10 bintang. Ketam masak cili api adalah kegemaran Rayyan.
"Makanan kat hotel kau pun tak boleh kalahkan masakan Umi aku Danny." Kata Rayyan sambil menyedut ketam. Betul-betul menikmati.
"Letihlah lepas ni umi nak layan kau. Silap-silap ketam kat pasar pun habis!"Usik Danny.
Semakin rancak mereka semua berborak di meja makan.
"Seronoklah you Maryam, Rayyan balik boleh habiskan makanan you. Rasa air tangan you. Danny sekali sekala no no no bukan sekali sekala jarang nak balik rumah Mummy and daddy dia." Mummy Danny mencelah.
Danny terus berubah muka. Muka ceria bertukar tak selesa. Mummy Danny sebenarnya rindu Danny. Dia nak sangat Danny tinggal bersamanya. Tak mahu anak bujangnya tinggal seorang diri di kondominium. Melihat keakraban Rayyan dengan ibu dan ayahnya, mummy Danny jadi cemburu.
Danny pula tetap dengan keegoannya. Selagi hubungannya bersama ayahnya yang tidak berpenghujung selagi itulah, Danny tidak akan tinggal bersama.
Ayah Danny seorang yang panas baran. Sikap ayah Danny tidak seperti ayah Rayyan. Ayah Danny suka mengongkong dan kalau boleh dia mahu anak-anaknya wajib mendengar kehendak dan arahannya. Anak yang patuh sahaja adalah anaknya.
Mungkin di mata orang lain, ayah Danny seorang yang berjaya dan cukup segala-galanya. Yakin, anak-anaknya juga mengikut jejak langkahnya. Sebaliknya, Rayyan seorang anak yang keras kepala. Dia ada matlamat dan cita-citanya sendiri.
"Tak payah balik pun tak apa, i dont care." Tiba-tiba suara garau ikut campur dalam perbualan. Kata-kata yang keluar dari mulutnya, langsung tak akan pernah memikirkan perasaan Danny. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Alvin Liong iaitu Ayah Danny!
Panas hati Danny. Suasana yang ceria tadi terus jadi suram di meja makan. Rayyan sudah mula risau dengan sikap dingin Danny. Nampak betul complicated nya keluarga itu.
"Abang jangan cakap macam tu, biasalah anak muda. Bila mereka sibuk, mereka betul-betul sibuk. Kita sebagai orang tua kena faham dan kenal anak kita." Ayah Rayyan cuba untuk menenangkan keadaan. Lemah lembut dan tenang sahaja dia menasihati abangnya. Dia pun cukup kenal dengan sikap abangnya itu.
Mummy Danny sudah mula serba salah. Kalaulah dia tidak terlepas cakap pasti, sindir menyindir tidak terjadi antara suami dan anaknya berlaku.
"Hurm! aku dah cukup kenal dengan sikap anak aku. Tapi anak aku yang masih lagi tak kenal dengan aku. Memalukan aku ada lah! Dia ni sahaja yang tak pernah nak jaga air muka aku, tak sama macam abang dia." Tan Sri Liong mula meninggi suara.
'Kliking!'
Danny terus mencampak sudu di atas pinggan. Terangkat bahu mereka semua yang ada di meja makan kecuali ayah Danny.
Kesabarannya sudah cukup teruji. Kalau bukan sebab mahu meraikan kepulangan Rayyan, Danny tak mahu datang dan bertemu dengan ayahnya. Kalau mereka bersua pasti lidah masing-masing tak boleh diikat. Ada sahaja pertelingkahan yang kecil menjadi besar boleh berlaku.
"How can i should know you but you never know me! What i want! what i need! what i hate! and!!!"
Danny cukup geram. Menggigil tangannya. Jujur dia sungguh malu memperlihatkan dirinya sebagai seorang anak yang kurang ajar di depan ayah Rayyan. Dia dah tak sanggup mahu melanjutkan ketidakpuasan hatinya lagi.
Danny menolak kerusi kebelakang dan terus beredar. Ibu Danny menjerit-menjerit memanggil Danny agar tidak mengikutkan marahnya. Rayyan pula mengejar Danny.
Riak kesal sedikitpun tidak terukir di wajah ayah Danny.
"Bro janganlah macam ni. Kau macamlah tak kenal ayah kau. Biasalah orang tua kita kena faham. Semakin diorang berusia semakin budak-budak perangai diorang." Rayyan cuba untuk menyejukkan hati Danny.
Danny sudahpun mahu menghidupkan enjin kereta Ferrari hitam miliknya. Semuanya biasa! biasa! biasa! dia dah cukup muak!
Hati kecil Danny berkata, Rayyan beruntung dapat ayah yang boleh memahami dan sentiasa menyokongnya dari belakang.
Mungkin, ini sudah menjadi bahagian hidupnya. Dia harus berbangga, dengan apa yang dia ada sekarang adalah hasil dan titik peluhnya sendiri. Dia dapat membangunkan hotel yang megah dan terkenal itu tanpa pertolongan ayahnya sendiri.
"Sorry Rayyan, aku dah tak boleh nak kawal marah aku. Next time je kita keluar." Rayyan terus tutup pintu kereta, tekan minyak dan terus beredar. Rayyan terpaksa memahami dan akur dengan kehendaknya.
Danny membawa keretanya dengan sungguh laju di atas jalan raya. Melepaskan geram. Dia menghentak-hentak stereng kereta dan menjerit seorang diri!
Dia cukup-cukup marah! Emosi dan mentalnya cukup-cukup terseksa. Dari dia kecil sehingga dia meningkat dewasa ada sahaja yang tidak kena dimata ayahnya. Dia sempat berfikir, apakah dia ini bukan anak ayahnya. Dirinya seperti dianaktirikan!
Danny memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia mahu meredakan kemarahannya sendiri. Dia meraub rambutnya dan meletakkan kepalanya di stereng kereta. 10 minit dia di dalam kereta.
'kruk kruk kruk'
Perutnya mula lapar.
Semasa di rumah Rayyan dia tidak banyak menjamah. Danny mengeluh, matanya mengintai keluar cermin kereta. Mahu mencari kedai-kedai yang dekat untuk membeli makanan. Kenapa dia merasakan hidupnya terlalu menyedihkan.
Danny parking kereta di depan kedai 7-eleven. Lapar tapi tak ada selera nak makan makanan berat tetapi sempat memilih. Jangan haraplah, dia nak lalu di bahagian snack. Makanan tidak sihat dia tak akan pandang.
Jangan lupa dengan penyakit OCD nya. Nampak tak tersusun, disusunkannya.
"Dah kenapa lelaki tu, annoying pula aku tengok." cashier mengumpat tentang kelakuan aneh Danny. Dia bernama Ju.
"Itulah dari tadi aku perhatikan aje. Tapi handsome wei!" Terpegun Qila. Tak guna cakap dengan dia.
"Aryana, kau tengok lelaki tu sejak dari tadi susun-susun barang kat situ. Geram pula aku tengok. Kau pergi tegur sikit." Suruh Ju kepada Aryana.
Eh! sejak bila pula Aryana kerja 7-eleven ni! Berapa banyak kerja dia nak sapu?
Aryana melirikan mata ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Ju. Aryana apa lagi terus tenggalam ke bawah meja mesin duit. Menyorokkan diri!
"Woi kau dah kenapa Aryana, macam cacing terus masuk dalam tanah ni?" Tanya Ju yang pelik dengan tingkahlaku aneh Aryana.
Aryana membuat isyarat jari telunjuk di mulutnya kepada Ju. Jangan bagi Ju menyebut namanya dengan kuat kalau tak masak Danny akan dengar.
Danny kalau stress, penyakit OCD nya akan menjadi-jadi. Hampir 15 minit dia di dalam kedai, hanya membeli sandwich dan air mineral sahaja. Selebihnya hurmmm...
Danny ke kaunter pembayaran membayar makanan yang dibelinya. Tak berkelip mata Qilla memandang Danny. Terlalu handsome! Wangi pula tu!
"Kerja you all just berdiri kat sini ie ke, tak boleh ke susun barang-barang yang senget dan bersepah tu?"
Berkerut sekali lagi dahi Ju. Tiba-tiba pelanggan yang entah dari mana cakap macam tu. Dia bukannya peduli handsome atau tak. Sungguh menjengkelkan. Aryana kat bawah meja pasang telinga.
"Ek eh dugong ni, tak akanlah sampai kat sini dia nak bawa OCD dia ni? Teruknya... Jap! kenapa aku kena menyorok??" Aryana cakap sorang-sorang.
"Encik masuk sini nak beli ke nak complain?" Tanya Ju serong.
"Dua-dua!"
Danny bayar dan terus pergi. Dia tak memerlukan duit baki.
"Eh mamat ni! gila ke!" Ju tengking kepada Danny tetapi Danny sudah pun keluar. Kalau dia dengar, dia tak peduli.
Selepas Danny keluar dari kedai, barulah Aryana mahu munculkan diri. Naik lenguh kakinya mencangkung di bawah meja. Si Ju tak habis-habis membebel.
"Kau kenal ke lelaki gila tu Yana!?" Tanya Ju marah-marah.
Aryana geleng kepala.
"Eh ada dompet, dompet siapa ni?" Qila jumpa dompet hitam diatas lantai.
Aryana datang dekat ke Qila. Dompet itu milik Danny. Tercicir. Qilla beriya nak kejar Danny dan memulangkannya. Aryana tak bagi. Dia sendiri mahu memulangkang dompet Danny. Tadi rasa tercabar. Jadi pengecut tak kena tempat. Sekarang dia tau nak bahan apa kat Danny.
"Mr Danny... Mr Danny..." Panggil Aryana. Suaranya nak tak nak sahaja memanggil. Menyampah.
Danny tak dengar. Dia tak menoleh.
"Pekaklah pula... Mr Danny! Woi Mr Danny!" Jerit Aryana sakit hati.
Danny terus pusing belakang. Dengar amat jelas namanya dipanggil sebegitu rupa.
Langkahnya terus berhenti. Terkejut perempuan yang selalu memeningkan kepalanya muncul di depannya!
"YOU INTERN! kenapa kau ada kat sini!?"
Terjongket bibir Aryana. Dia tak terkejut pun. Aryana relaks. Tadi jelah gelabah sekarang berlagak cool.
"Ingat kat bumi ni Mr Danny je ke yang tinggal? Saya pun tak inginlah nak terserempak dengan Mr Danny. Kalau kat bumi ni saya sorang je tinggal dengan Mr Danny saya sanggup buat planet saya sendiri. Nah amek ni."
Aryana hulur dompet Danny.
"That's my wallet!"
Danny kenal itu dompetnya. Dia terus meraba-raba poket seluarnya.
"Dah tau ni dompet Mr Danny nak raba-raba lagi poket tu buat apa? Ameklah ni. Panas dah tangan saya ni."
Kat tempat awam pun mereka boleh bergaduh. Macam budak kecil.
"You curi wallet I kan! Hah kalau mencuri tu cakap jelah!"
"Eh kalau saya curi saya tak pulangkanlah! Dia tu yang nyanyuk!"
Geram pula rasanya Aryana. Orang dah baik hati nak pulangkan. Tuduh Aryana macam-macam.
"What nyanyuk! awak cakap saya nyanyuk! Tak pernah lagi orang cakap saya nyanyuk! Why hah Saya jumpa awak! Waktu-waktu macam ni!"
Marah tadi hampir reda, timbul marah baru. Boleh dapat darah tinggi Danny kalau macam ni.
"Mr Danny yang suka cari pasal dengan saya. Saya buat apa! Kira baiklah saya pulangkan dompet Mr Danny! Jangan sampai Mr Danny rasa penumbuk saya kali ke-2! nak ke tak nak wallet ni!"
Bawa malang sangat ke Aryana dalam hidupnya. Aryana pun tak tahu apa salahnya. Jumpa Danny je gaduh! Ingatkan kat hotel je. Dimana ada Danny pasti Aryana naik hantu!
Danny terus merampas dompetnya dengan muka yang sombong dan tidak puas hati.
" I HATE YOU!" Kata Danny dan terus pergi.
Aryana geleng kepala. Confirm ada wayar yang terputus dalam otak Danny.
"I HATE YOU MORE MORE MORE!!!!!!!!!" Jerit Aryana sekuat hati. Orang yang lalu lalang di situ mendengar jeritan Aryana
Sakit hatinya!
Gila!
Share this novel