BAB 37

Romance Series 41822

Ketiadaan Tan Sri Alvin di rumah menjadi peluang keemasan bagi mummy Danny. Dia melangkah masuk ke dalam bilik bacaan Tan Sri Alvin. Bilik itu sebenarnya terkunci. Mummy Danny telah mencuri kunci pintu bilik itu semasa suaminya sedang tidur.

Dia isteri yang tidak mempercayai suaminya sendiri. Pelbagai rahsia yang tersimpan antara dia dengan suaminya itu. Kotak besi yang mempunyai password sukar untuk mummy Danny melakukan kerja menyelinap. Satu kerja pula dia harus meneka password kotak besi itu.

Laci yang ada bawah meja bacaan tiba-tiba menarik perhatiannya. Dia buka. Banyak dokumen yang tersusun. Jari jemarinya sungguh laju dan cemas menyelak.

Geledah sahaja. Dokumen yang mencurigainya diambil terus. Tangannya semakin berpeluh.

Mummy Danny tergamam.
Terbeliak matanya.Pelbagai kepingan gambar telah dijumpai. Remuk hatinya!

Tiada seulas kata-kata! Dia menangkap gambar-gambar itu dengan menggunakan camera telefonnya. Setelah itu diletakkan semula kepingan gambar itu ditempat asal agar suaminya tidak menghidu perbuatannya.

"Wahhh... Mr Danny jom pergi sana. Ramai-ramai tu mesti best." Ajak Aryana.

Bussker street telah menarik perhatian Aryana pula. Sebelum hendak melepasi perhentian bas. Ramai orang berkerumun menyaksikan nyanyian tepi jalan itu. Aryana mahu kesana tapi dihalang oleh Danny.

"No I tak nak! I tak suka crowded!" Bentak Danny. Kakinya naik lenguh berjalan.

"Tak nak sudah." Aryana tinggal sahaja Danny. Dia melintas terus sebaik sahaja lampu pejalan kaki bertukar hijau.

Kelab malam sahaja bagi Danny tidak sesak? Ketahuilah nanti nyanyian tepi jalan itu lebih baik dari kelab malam.

"INTERN! YA!" Teriak Danny sekuat hati. Nak terkeluar anak tekaknya.

Tiada pilihan.

Dia selalu tewas apabila bersama Aryana.

Geram. Meraub rambutnya. Marah!

Tiada pentas yang mewah mampu ditonjolkan melainkan sebuah persembahan sebagai hiburan orang ramai sekaligus mengasah bakat yang terpendam. Pada masa yang sama cara mereka mencari rezeki yang halal.

Satu kumpulan kecil yang terdiri dari 3 orang. Ada lelaki dan perempuan. Ada yang bermain gitar eletrik, drum dan mengetuai nyanyian. Mereka kelihatan masih muda. Sedang menghidangkan lagu yang enak untuk didengar, penonton dan pendengar boleh memasukkan duit seikhlas hati ke dalam topi yang diletakkan di depan mereka.

Lagu-lagu yang dimainkan cukup menghiburkan hati penonton. Lagu klasik dan moden turut diputarkan. Berbakatnya mereka itu. Menjiwai setiap bait-bait lirik lagu.

"Cepat Mr Danny hayun tangan macam ni wahh uuuu uuu." Aryana ambil tangan Danny untuk melambai tangan ke kiri kanan bersama.

Danny tepis tak mahu.
No class!

"Tak bestlah Mr Danny ni. Kalau ada Rayyan ni mesti best." Nama Rayyan keluar dari mulut Aryana.

Pandangan tajam terus diberikan secara percuma kepada Aryana dari Mr Ocd.

Sungguh lama.

Aryana tak peduli.

Dia dan penonton lain seronok menaikkan tangan ke udara. Bergerak seperti rumput ditiup angin. Ikut nyanyi bersama saat lagu Kenangan yang terindah nyanyian Samsons.

Semua bergembira Danny sahaja muka minta ditumbuk.

"I akan call DBKL. Nyanyian kat tepi jalan ni tak kena rampas pula. Kereta I! Hurgh!" Marah Danny masih belum reda.

Terus Aryana turunkan tangan. Pandang Danny atas bawah. Geleng kepala.

"What? Why?" Soal Danny serong.

Aryana betul-betul nak ceramah Danny. Tak sangguplah dengan sikap dingun Danny satu malam.

"Diorang menyanyi kat sini dapat kebenaran. Mr Danny parking kereta tempat yang dilarang. Kalau Mr Danny tak cakap 'who cares' kita dah lama balik naik kereta. Mr Danny tu yang cari penyakit." Ujar Aryana.

"So salah I? Ni you tengok bukan macam minta sedekah ke? Nyanyi kat tepi-tepi jalan macam ni. Tak ada kerja."

Aryana mengeluh panjang. Sekali lagi geleng kepala.

"Diorang bukan tak ada kerja tapi ini sahaja kerja diorang. Diorang bukan peminta sedekah tapi pencari rezeki. Tak semua kat dalam dunia ni sama cara hidup macam Mr Danny. Nak je dah ada depan mata. Semua dah tersedia." Ulas Aryana dalam.

Danny terdiam.

"Apa perasaan Mr Danny malam ni? Tak ada duit? Nak bayar makanan tadi? Tak ada kereta?" Soal lagi Aryana.

Danny diam.

Hanya menatap mata Aryana.

"Mr Danny tengok perempuan yang menyanyi tu. Dia tak sempurna dia buta. Tapi dia tak ada pilihan lain. Demi kelangsungan hidup dia harus berdiri di depan mikrofon yang tak dapat menjanjikan kekayaan padanya tapi boleh meringankan bebannya." Kata Aryana lagi.

Danny diam membisu.
Tiada kata-kata yang mampu diutarakan.

Hatinya.

Hatinya cukup sakit.

"You pandang rendah pada I?" Soal Danny mendatar nadanya.

"Bila masa pula saya rendahkan Mr Danny? Saya nak Mr Danny buka mata. Fikir orang lain. Faham orang lain."

"So you nak I jadi orang lain? Jadi macam Rayyan?" Suara Danny mula keras.

Berkerut dahi Aryana. Tak faham dengan emosi Danny yang tentu pasal.

"Mr Danny ni dah kenapa? Kenapa Rayyan pula dalam hal ni. Saya tak suruh Mr Danny jadi orang lain. Saya cuma ...."

"Stop it!" Bentak Danny.

Melempiaskan marahnya secara tiba-tiba. Aryana tak faham. Niatnya hanya mahu membetulkan fikiran Danny.
Selajur itu juga Danny beredar dari situ.

Aryana masih tak berganjak dari situ. Memandang hairan ke Danny. Berkerut dahinya . Cuba mencari sebab yang mendatangkan marah Danny.

Tempat begitu seharusnya ceria malah berkelahi pula. Bertelingkah memanjang. Sukar benar menafsir emosi Danny yang asyik berubah.

"Gilalah dia tu." Menyirap Aryana. Meradang.

Bukan tak mahu
Beri cintaku
Tapi adakah benar diriku yang kau mahu
Lalalala uhh uhh
Jangan buat aku keliru

Hey kau
Selalu memandangku
Selalu mengejarku
Apa sebenarnya
Yang kau mahu

Hey kau
Cuba jujur padaku
Cuba kata padaku
Di dalam hatimu
Ada diriku

Lagu Hey kau tiba-tiba dinyanyikan. Tetapi mengapa lagu itu menyelinap masuk ke dalam hati Aryana. Suara nyanyian wanita buta itu memasuki ruang gegendang telinga Aryana akan tetapi matanya tidak beralih dari memandang Danny yang merajuk dengannya.

Dipegang dadanya. Ada sesuatu yang tidak kena dihatinya. Geleng kepala laju-laju. Menolak fikiran yang bukan-bukan.

"I hate you intern! I hate you!" Danny sepak jalan. Melepaskan amarah sorang-sorang. Dia bersendirian di bus stop.

"What's wrong with me? What's wrong with me? Neo! Wae gaereso! Wae gaereso! neo michyeoss-eo!"neo ba boni!?"Danny cakap seorang diri. Memantul dirinya yang begitu bodoh di papan iklan yang ada di bus stop itu.

"Kenapa aku rasa bersalah marah intern!? Wae! Wae!?" Danny memang dah tak betul. Mengkusutkan rambutnya. Mujur dia sahaja yang berdiri di situ. Kalau tidak terserlah kegilaannya.

Tidak lama kemudian Aryana muncul. Danny cepat-cepat kembali normal yang tadi seratus peratus abnormal. Muka ketat. Tak memandang langsung Aryana. Tangan dalam kocek seluar. Tarik muka. Penat sebenarnya.

Aryana berdehem.

Dia juga tak berkata apa-apa. Jarak mereka 1cm. Berpaling antara satu sama lain. Tunggu bas tiba.

Tapi...
Danny asyik curi-curi memandang Aryana.

Apabila Aryana mencerling kearahnya pantas dia menarik semula pandangannya ke tempat lain.

Aryana ketawa kecil. Geleng kepala.

"Mr Danny tengah merajuk ke ni?"

"What? I merajuk? Excuse me? Huh ceh huh ceh huh ceh. This is Danny. Merajuk? Huh cah huh cah." Buruk muka Danny merajuk.

Aryana tersenyum memandang kebawah.

"Dah jom bas dah sampai." Ajak Aryana sebaik sahaja bas sudah pun tiba di stesen perhentian mereka.

Danny berat mahu menggerakkan kakinya. Tak nak naik bas. Tak suka!

"Kalau ada orang ramai macam mana?" Soal Danny risau.

"Tak ramai. Dah cepat jom masuk. Saya kira sampai tiga. Satu .. dua.. ti!"

Danny melulu masuk dahulu. Tak mahu kena tinggal.

Aryana tertawa seorang diri.

Geleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience