"Danny! Apa yang kau dah buat ni? Nurse mengadu macam-macam kat aku pasal kau." Rayyan mengomel sebaik tiba di dalam wad Danny.
"Kau datang-datang membebel kat aku macam mak nenek." Kata Danny.
Rayyan geleng kepala. Ada sahaja perangai yang suka dibuat oleh sepupunya. Sejak kecil hinggalah meningkat dewasa. Sudah besar ni lagi menjadi-jadi perangainya.
"Aku risau. Apa yang dah jadi sebenarnya. Macam mana kau boleh end up kat hospital ni?" Tanya Rayyan ingin tahu sangat-sangat.
"Aku mabuk." Jawab Danny ringkas tanpa mengelih mata Rayyan.
Terbeliak mata Rayyan.
"Hah mabuk! Sejak bila kau mabuk ni! Setahu aku..."
"Yeye aku tahu but I'm only human. Aku menyesal sekarang ni." Danny tengok-tengok badannya.
Menyesal merosakkan tubuh badan yang hari-hari di bina. Sia-sia sahaja ke gym. Dalaman?
"Dalaman kau lebih penting dari tubuh badan kau yang seksi ni. Aku dah cakap dengan kau. Apa je masalah yang datang antara kau dengan daddy share kat aku. Aku ada dengan kau."
Danny garu telinga. Bilalah sepupu kesayangannya mahu berhenti membebel.
Kalau dahulu Danny selalu menjadi tiang kekuatan untuk Rayyan. Dia selalu ada dengan Rayyan ketika dia dibuli dan dipersisihkan. Kini, dia mahu memberikan apa yang telah Danny berikan kepadanya iaitu perhatian. Biarpun Danny tidak meminta.
Luaran Danny dilihat sebagai lelaki yang kuat, sombong, dingin, perfectionist, banyak songel semua yang tidak disukai orang ada pada Danny. Tetapi bagi Rayyan sepupunya yang seorang itu selalu menyembunyikan kelemahan dan kesedihannya.
"So siapa yang bawa kau ke sini?" Tanya Rayyan.
Danny terus tersenyum. Juntai kaki ke bawah. Berpeluk tubuh.
"Hah soalan ni yang aku tengah tunggu dari tadi."
Rayyan muka hairan.
"Bila dia muncul je kau akan 'hah?' 'how'? 'why'?" Danny angkat kening buat sekali reaksi.
"Apa yang kau merepek ni?"
Danny senyum sinis.
"One... Two...
"Dah kenapa kau tiba-tiba mengira ni?"
"Three."
Slakk
Pintu bilik wad Danny diselak.
Rayyan toleh kebelakang.
"Mr Danny saya kena balik shift sa...."
Aryana diam terkedu.
Mata dia dengan Rayyan saling menatap.
Perempuan yang selama ini dia rindui telah pun ada di depan mata tetapi penuh dengan tanda tanya.
"Rayyan?"
"Aryana?"
Danny dah boleh agak.
Dia ditengah-tengah. Goyang kaki. Muka selamba.
"Macam mana awak?" Serentak.
Dua-dua mengalihkan pandangan ke Danny. Danny angkat-angkat kening.
"Macam mana awak boleh kenal dia ni?" Laju Aryana bertanya. Tunding sekali jari kepada Danny.
"Dia sepupu saya. Awak pula macam mana boleh kenal Danny?"
"SEPUPU! Awak dengan dia ni sepupu! Biar betul." Aryana tengok atas bawah ke Danny.
"Why? Teruk sangat ke dapat sepupu macam I?"
Aryana jeling.
Rayyan masih terkejut. Tak faham dengan situasi.
"So macam mana korang berdua boleh kenal?" Tanya Danny. Lirik ke Aryana lirik ke Rayyan.
Sengaja mahu mempertemukan Aryana dan Danny untuk mencungkil rahsia. Tanya Aryana tak jawab-jawab. Tetapi kenapa Danny nak tahu sangat? Bukannya pentingpun bagi dia.
"Macam mana kitorang boleh kenal? Kami dipertemukan dengan moment yang indah bagai bulan dan bintang!" Sengaja Aryana buat drama.
Rayyan tersenyum tercuit hati melihatnya.
Danny jongket bibir. Mencanak-canak api menyampahnya.
"Oh really? Rayyan kalau kau nak tahu dia dengan aku mmpmpmp.."
Mulut Danny ditekap kuat oleh Aryana!
Tak mahu Danny menyampaikan perkara yang bukan-bukan.
Rayyan tak faham dengan gelagat mereka berdua. Tetapi, ada sekecil zarah perasaan cemburu terbentuk dalam hatinya melihat keakraban mereka berdua. Walaupun seperti Tom and Jerry.
"BUSUK! OH MY GOD! Bau apa tangan you ni! I hate this smell!"
Rayyan tolak kuat tangan Aryana.
Bau hanyir ikan masin dan ketam tak hilang di tangannya.
Padan muka!
"Rayyan jom kita cakap kat luar." Ajak Aryana.
Dia terus tolak Rayyan ke pintu. Rayyan terpinga-pinga. Ikutkan sahaja.
Danny?
"Aryana! Aryana! Intern! Ya Intern! Ya Ibayo Geomoli! Ya!" Terpekik Danny.
Danny hidu tapak tangannya. Melekat bau hanyir!
"Shit! Urgh!"
Dia terus ke tandas dengan marah.
"Rayyan saya tekan kan kat sini! Saya dengan Danny tak ada hubungan yang istimewa saya ulang TAK ADA! awak jangan salah faham! Saya pun saya pun urghhh sakit kepala dengan dia tu!"
Aryana serabutkan rambutnya.
Rayyan senyum geleng kepala. Dia faham.
"Kenapa saya call awak tak dapat?" Tanya Rayyan.
Aryana kembali bertenang.
"Sorry handphone saya rosak." Beritahu Aryana.
"Saya ingatkan awak dah tak nak berkawan dengan saya."
"Eh taklah. Lately ni macam-macam jadi. Tambah pula dengan urgh..." Aryana mengeluh.
"Saya nak minta maaf dari pihak Danny. Thank you sebab bawa dia ke hospital."
Aryana pandang Rayyan dengan senyuman.
"Hurmm macam manalah awak boleh hadap dengan dia tu? Lainlah awak dengan Danny. Kalau dia tu muncul je dekat depan mata saya otak saya ni otak saya ni rasa nak meletup!"
Rayyan berketawa kecil.
"Kalau awak ada dengan dia hari-hari awak akan faham. Tanggapan awak akan berubah pasal dia." Ujar Rayyan.
Aryana cuba membayangkan. Tak boleh! Sehari pun dah terkuntang kanting inikan pula berhari-hari.
"Alang-alang awak dah ada kat sini. Awak bawalah dia balik. Dia tak nak balik entah apa pasal entah. Saya kena gerak sekarang." Aryana mahu minta diri memandangkan waktu kerjanya di kafe hampir dekat. Jam dua petang.
"Kalau macam tu saya hantarkan awak." Mahu Rayyan.
"Eh takyah takyah. Awak uruskanlah sepupu awak tu. Saya boleh naik teksi bas pun ada kat depan tu. Saya pergi sekarang eh." Minta Aryana.
Dia berlari anak meninggalkan Rayyan yang masih belum terubat rindu.
"Aryana!" Panggil Rayyan kuat.
Aryana berhentikan langkah menoleh kebelakang.
"Nanti... Kita jumpa kat kafe awak okay?"
Aryana senyum.
Buat isyarat tangan okay.
Lambai Rayyan.
Rayyan senyum sehingga ke telinga. Menunggu Aryana hilang dari pandangan.
Perasaan yang melingkari di ruang hatinya dalam bahaya. Adakah salahnya yang tidak pandai untuk meluahkan perasaan? Harinya akan suram tanpa senyuman Aryana. Tamparan cinta dalam kisah dongeng tidak seharusnya dia percaya. Namun bagaimana? Ingin sahaja dia jerit 'Saya suka awak Aryana' waktu itu juga.
"Mana intern?"
Tanya Danny. Terintai-intai mencari Aryana. Hanya Rayyan seorang sahaja yang masuk semula ke dalam.
"Balik." Jawab Rayyan ringkas.
"Balik!?" Danny marah.
Rayyan berdiri sebelah tangan dalam kocek seluar.
"Dia ada shift. Dah jom aku hantar kau balik." Ajak Rayyan.
Danny muka masam. Tangannya mencapai bekal makanan yang dibawa oleh Aryana. Dibukanya.
Tutup hidung.
"Wah ketam masak cili api!" Terbeliak mata Rayyan melihat makanan kegemarannya. Bersinar-sinar.
"Nah kau makanlah." Danny tolak ke Rayyan.
Belum sempat Rayyan mahu mengambilnya Danny menarik semula.
"Macam mana kau kenal Aryana?" Tanya Danny muka ketat.
"Kenapa kau jealous ke?" Sakat Rayyan.
Danny terdiam.
Berdengus.
"Excuse me JEALOUS!?"
Rayyan mencebik.
"Kau tak ingat ke waitress yang aku cerita tu. Waitress tu Aryanalah." Beritahu Rayyan bersahaja.
Itu Danny tahu.
"Kau suka dia ke?" Soal Danny tiba-tiba.
Rayyan pandang Danny lama.
Danny tak mengalihkan langsung matanya dari Rayyan. Mahukan jawapan.
Rayyan angguk perlahan.
"Ya aku suka dia." Jawab Rayyan.
Mengapa mudahnya Rayyan meluahkan kepada Danny tapi sulit baginya untuk menyatakan kepada Aryana. Danny dapat merasakan perasaan Rayyan adalah ikhlas.
"Dah jom hantar aku balik. Tak boleh tengok baju hospital ni. Sakit mata."
Danny angkat bontot. Masuk ke tandas tukar pakaian.
Share this novel