"Hari tu aku ada terserempak dengan Rachel. Wau bersungguh kau tempah dress untuk dia." Beritahu Rayyan sambil memandu kereta.
"What!?"
"Apa yang what?" Rayyan Hairan. Sekejap melihat Danny sekejap ke jalan.
"D d dress!? Perempuan tu cakap apa lagi kat kau?"
"Lah kenapalah pula kau tanya aku? Dia girlfriend kau kan tak kanlah kau tak tahu."
Kereta Rayyan berhenti di traffic light. Danny mula nak marah.
"Ex-girlfriend! Aku dengan dia dah breakup. Dasar tak sedar diri. Sejak bila aku tempah dress untuk dia."
"Hah? Seriuslah? Kenapa korang break?" Tanya Rayyan.
"It's a long story bro. Dia curang dengan aku. Aku nak surprise untuk dia last-last dia bagi kejutan kat aku buat maksiat dengan lelaki lain!" Jelas Danny.
"Biar betul? So maknanya dia tak tahulah event aku minggu ni?"
Rayyan menekan minyak semula meneruskan perjalanan sebaik sahaja lampu isyarat sudah bertukar hijau.
"Of course lah. Event kau pun aku tak ajak dia inikan pula nak tempah dress untuk dia. Memang tak lah!"
Rayyan garu kepala.
"Wait!" Danny terus tak jadi nak kebelakangkan kerusi untuk baring dengan selesa.
"Kau ajak dia ke!?" Tanya Danny. Muka cemas.
Rayyan serba salah. Dia terhimpit dengan isu antara Rachel dengan Danny. Kalau Rachel hadir ke majlis Rayyan untuk apa? Apa rencananya?
"Sorry Danny aku betul-betul tak tahu. Patutlah dia macam was was je masa aku tanya. Aduh!"
Danny kelihatan tenang. Bersandar.
"Dia ingat dia sorang je ke ada rancangan aku pun ada. This is Danny. Aku nak tengok apa reaction dia nanti masa event kau."
"Rancangan? Rancangan apa?" Soal Rayyan.
"Wait and see by the way lepas kau hantar aku. Kau pergi mana?"
Rayyan senyum.
"Jumpa Aryana. Aku dah janji nak datang kafe dia." Beritahu Rayyan.
"Kafe?" Soal Danny berkerut dahinya.
"Hah kafe, bukan tu je kau nak tahu macam-macam pekerjaan dia buat. Delivery pizza! Cashier 7-eleven. Wah aku salute perempuan macam tu." Puji Rayyan melambung tinggi.
Danny di sebelah diam. Rayyan asyik senyum. Danny menyaksikannnya.
"Aku betul-betul sukakan dia lah Danny tapi aku malu. Aku tak tahu nak luahkan kat dia macam mana. Kau tolonglah aku Danny." Kata Rayyan.
"Apa yang special sangat kau nampak kat intern tu? Aku tengok dia perempuan biasa je yang aku tahu she's clumsy! Melawan! Ish i hate her!" Balas Danny.
Tiada jawapan.
Rayyan sendiri tidak tahu mengapa gila sungguh sukanya terhadap Aryana. Ya memang Aryana perempuan biasa sahaja tetapi bagi Rayyan Aryana sungguh luar biasa.
"Tapi kau jangan terkejut pula apa yang akan jadi masa event kau nanti. Don't worry aku tak akan ada perasaan dengan dia." Ujar Danny.
"Hah apa yang korang cuba planning ni? Jangan buat aku tertanya-tanya." Rayyan penasaran. Mula risau. Perjanjian apa yang terjadi antara Danny dengan Aryana?
(Imbasan di hospital)
"Mr Danny..." Panggil Aryana perlahan. Dia bangun semula dari selubung. Tak jadi Danny mahu melangkah semula ke katil.
Aryana berbelah bahagi untuk menyatakan sesuatu kepada Danny membuatkan Danny tertunggu-tunggu.
"Hah kenapa? Tadi beriya sangat tak nak buka selimut tu." Danny kembali semula melabuhkan punggungnya duduk diatas meja. Berpeluk tubuh. Jenuh menunggu.
"Erm... T t t..."
"Sejak bila jadi gagap ni?" Spontan Danny.
Berat sungguh lidah Aryana untuk berkata.
"You nak cakap apa ni?"
"Saya ... terima jadi... girlfriend Mr Danny maksud saya..."
"Really!?"
Tak sempat Aryana nak habiskan katanya Danny sudah mencelah.
"Kenapa tiba-tiba?" Sambung Danny lagi. Tak percaya Aryana boleh berubah fikiran mengenai tawarannya.
"Tapi ada syarat."
"Apa dia?"
"Saya nak advance."
"Hah!? What!? Hello kerja pun tak start lagi nak advance?"
Terperanjat Danny dengan syarat Aryana.
"Berapa?" Tanya lagi Danny laju.
Aryana kemam bibirnya.
"20K"
"WHAT!? 20K! Are you kidding me! You ingat 20K tu I boleh bagi pejam mata je ke??"
Terbuntang biji mata Danny.
"Alah Mr Danny kan kaya itu pun nak berkira ke." Selamba Aryana.
"Sebab I kayalah I berkira sebab I berkira lah I kaya!"
"Mr Danny ingat saya nak sangat ke jadi fake girlfriend Mr Danny semata-mata. Saya... terdesak je." Turun naik turun naik nada Aryana.
Aryana tak sanggup gajinya yang cukup-cukup itu asyik dipotong. Semasa dia duduk mengenang nasib di bukit tempoh hari dia asyik memikirkan tawaran Danny patut atau tidak dia terima.
"Why? You ada masalah ke?" Tanya Danny ingin tahu.
"Tak penting pun Mr Danny tahu so macam mana deal? Mr Danny jangan risau saya akan menjadi pelakon yang hebat untuk Mr Danny boleh up gaji saya. Deal?" Yakin Aryana. Buat isyarat tangan okay.
Geleng kepala Danny dengan Aryana. Tak pernah seumur hidupnya ada perempuan yang berani memintanya wang sebanyak itu. Rachel, bekas teman wanitanya pun paling-paling shopping habis 2K sahaja. Sekarang, rasa menyesal habiskan duit kepada wanita yang durjana.
"So macam mana Mr Danny deal?" Tanya lagi Aryana. Danny asyik diam berpeluk tubuh.
"Okay deal. Tapi I pun ada syarat juga." Terangkat kening sebelah kanan Danny. Senyum sinis.
"Apa dia?"
Danny dekatkan mukanya ke Aryana membuatkan Aryana semakin kebelakang. Gaya penumbuk automatik terbentuk oleh tangan Aryana. Dia hampir-hampir lupa dia bersama dengan orang yang tak boleh dipercayai.
"Syarat dia...." Bisik Danny.
Semakin berdebar-debar jantung Aryana. Jangan cuba nak main-main dengan Aryana. Malam itu juga kuasa tali pinggang hitam itu boleh terkeluar!
"Erm nanti-nantilah I fikir. Tiba-tiba mengantuk pula. Goodnight." Danny sengaja menguap menggeliat. Kenyit mata.
Telan air liur Aryana.
Sakit hatinya.
Danny berjalan bersiul kembali semula ke katil. Tarik selimut. Tidur dalam senyuman. Moga mimpi yang buruk bertukar indah.
Aryana pula tak sabar nak tunggu waktu siang menjelma. Mahu pergi cepat meninggalkan Danny. Menemankan Danny adalah keputusan yang salah.
Dia harus meletakkan 'mindset' buang sifat keperimanusiaan ketika bersama Danny tetapi bagaimana nasibnya untuk seterusnya setelah dia menjadi teman wanita palsu Danny!? Semua sebab 20K! Gawat! Serabut kepala otak Aryana. Tanpa dia sedar, dia sudah terperangkap dalam 'Danny Maze'.
"Jeff I pregnant." Beritahu Rachel.
Pregnant test dua garis merah membuatkan Rachel bersengkang mata. Jeff yang ada di atas katilnya yang empuk itu sedang baring melayan perempuan lain tanpa pengetahuan Rachel.
"What!? Pregnant! You mengandungkan anak siapa ni?" Tempelak Jeff. Campak telefon.
"You tanya anak siapa? Lelaki yang hanya buat sedap dengan I only you Jeff!" Balas Rachel.
Jeff tak senang duduk. Dia terus bangun berdiri bertentang mata dengan Rachel. Jeff berdengus.
"Kalau you boleh bawa I masuk dalam rumah you boleh menyundal dengan you tak mustahil ada lelaki lain yang you dah layan right?"
PANGG
Jeff terus ditampar.
"Anak dalam perut I ni anak you! Tak ada lelaki lain yang sentuh I kecuali you! Katil ni boleh jadi saksi! Sebab I cintakan you! I sanggup curang dengan lelaki yang setia dengan I hanya untuk you! You dah janji dengan I! You nak happykan I! Jeff!" Terketar-ketar suara Rachel menahan marah.
"No I tak nak mengaku itu anak I. Kalau you nak I mengaku itu anak I. You gugurkan anak tu sebab You nak I mengaku anak tu adalah anak I so I ada hak!"
Jeff terus menolak Rachel sehingga tersandar ke dinding. Jeff menguak pintu bilik dengan darah yang panas.
"Jeff! I want this baby! Please Jeff!" Jerit Rachel memanggil Jeff yang sudah pun beredar keluar dari rumahnya.
Rachel mula buntu. Dia menangis teresak-esak. Apakah yang patut dia lakukan demi menyelamatkan bayi yang ada dalam kandungannya?
Share this novel