Sekujur tubuh seorang lelaki berbadan sasa memakai suit hitam juga kemas keluar dari dalam rumah Tan Sri Alvin. Sekeping envelope saiz A4 berwarna coklat dijinjit ditangannya.
Mummy Danny yang baru sahaja sampai dirumah keluar dari supermarket bersama pembantunya menjadi hairan. Belum pernah dia melihat lelaki itu jejak ke rumah agamnya.
"Siapa lelaki tadi yobo?" Tanya mummy Danny.
Tan Sri Alvin diam. Matanya hanya tertumpu membaca surat khabar.
"Sampai bila you nak rahsia dengan I? You anggap I ni isteri you atau tidak? Jawab Alvin!? Suara mummy Danny mula tinggi.
Tan Sri Alvin terus mencampak surat khabar ke muka isterinya membuatkan isterinya terdiam tersentak. Mummy Danny bikin baran Tan Sri Alvin menjelma.
"You tak perlu tahu!" Tempelak Tan Sri Alvin.
"I sendiri yang akan cari tahu! Selagi I tak dengar dari mulut you I akan gali sampai ke lubang cacing!" Balas mummy Danny.
Pang!
Satu tamparan kuat telah singgah ke pipi mummy Danny.
"This is Alvin. Kalau you nak selamat watch your behaviour with me Darling." Bisik Tan Sri Alvin ke telinga isterinya. Anggap sahaja itu adalah amaran.
Air mata mummy Danny mula menitis. Dia tidak menyangka suaminya sudah berani naik tangan.
Sakit! Sungguh sakit!
Namun, semua itu tidak menggoyahkan hatinya. Dia tetap akan selidik rahsia apa yang cuba diselindung oleh Tan Sri Alvin.
"Ye dik oder?" Seorang pelayan lelaki memakai apron gambar Captain America datang ke meja Aryana dan Danny untuk menanyakan pesanan. Tak perlu buku dan pen. Pesanan yang dibuat oleh pelanggan boleh disimpan di dalam kepala.
"Saya nak nasi putih ikan pari bakar satu dengan ikan bawal bakar satu! Air Milo ais tabur bang!" Jawab Aryana girang.
"Okay. Abang ni pula?" Dialihkan pula pandangannya ke Danny.
Danny memandang serong. Melihat sekeliling dan persekitaran gerai. Bising riuh rendah bunyi sekumpulan lelaki menonton bola. Bunyi TV pula kuat ditambah pula dengan skrin layar besar. Asap ikan bakar berkepul-kepul sana sini. Boleh membuatkan bajunya berbau. Hurgh! Benci.
"Bersih ke kedai ni?" Tanya Danny muka ketat.
Lelaki itu senyum sinis.
"Setakat ni bersih bang. Tak pernah lagi kena serang dengan pejabat kesihatan." Balas lelaki itu dengan ramah.
Danny diam. Matanya masih meliar melihat suasana kedai itu. Bangku yang dia duduk tak dapat badannya mahu menyandar. Hanya sebuah kerusi plastik.
"Oder bang?" Soal lagi lelaki itu. Cuba untuk bersabar melayan karenah Danny.
Aryana pula dah meluat.
"Erm bang tak payahlah layan dia. Dia dah kenyang. Dia datang sini tengok saya makan and bayarkan je." Beritahu Aryana selamba. Menyuruh sahaja pelayan itu segera meninggalkan tempat.
Lelaki itu angguk perlahan. Akur sahaja. Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Mr Danny ni kalau orang tanya jawab jelah ingat lelaki tu bomoh ke nak baca fikiran Mr Danny? Kalau tak nak cakap jelah. Bukan Mr Danny je sorang pelanggan yang dia nak layan." Marah Aryana. Cuba untuk memperlahankan suaranya.
"Tengok muka I sekarang nampak I nak oder ke? I dah kata I tak suka tempat macam ni. Tak pernah lagi kaki I jejak kat kedai macam ni. Kalau I jatuh sakit you bertanggungjawab." Balas Danny berpeluk tubuh.
Aryana buat muka menyampah. Terjongket bibirnya ke belah kanan.
"Kenapa? Masa kecik tak ambil vaksin ke? Tak pernah lagi saya jumpa orang jatuh sakit sebab datang tempat macam ni. Sedihlah saya tengok Mr Danny ni."
Selagi makanan tidak sampai selagi itulah mereka berdua tak akan berhenti berdebat. Ada sahaja akal Aryana mahu membidas Danny. Banyak betul kosa katanya.
"What? Sedih? Apa yang sedih pasal I?" Tanya Danny angkat muka.
"Yelah itu ini tak pernah tak pernah sikit-sikit tak pernah. Mr Danny jangan risau dengan saya Mr Danny akan jadi pernah. Kalau bukan sebab girlfriend Mr Danny yang galah tu kita tak akan ada kat sini. Dahlah makanan tu sedap-sedap. Habis makanan tu. Aish!" Aryana hentak meja separa kuat.
Danny kemam bibir. Tahan gelak. Tercuit hati. Kenapa? Dia berdehem.
"That's why I hate you. Nak je I stapler mulut you."
"Ingat Mr Danny je boleh bencikan saya? Saya lagi benci Mr Danny." Balas Aryana.
Tak lama kemudian makanan yang di pesan telah pun sampai. Bersinar-sinar mata Aryana melihat ikan bakar yang masih lagi hangat dihidang diatas meja. Berkilat! Telan air liur.
Baca doa makan laju-laju. Makan menggunakan tangan lebih menyelerakan.
"Wait!" Danny pegang tangan Aryana pantas.
Ternganga mulut Aryana. Belum sempat mahu mengais nasi.
"You dah basuh tangan ke belum?" Tanya Danny laju.
Terkedip-kedip mata Aryana. Terpinga. Dilema.
Dia sengih.
"Rasanya belum."
Danny tolak tangan Aryana. Geleng kepala.
"Saya basuh tangan jap eah. Jagakan makanan saya."
Aryana angkat bontot mahu mencuci tangan. Dia harus masuk ke dalam kedai untuk pergi ke sinki.
Danny urut kepala. Tak percaya dia bersama Aryana yang... tak boleh nak describe!
Berapa lama lagi dia harus berada di tempat itu?
'Meow meow'
Seekor kucing jantan berbelang hitam dan putih singgah ke kaki Danny.
"Shu shu pergi sana." Halau Danny perlahan.
Kucing itu tetap berdegil. Dia kelaparan. Asyik memerhati ikan diatas meja. Danny tenung kucing itu sejenak.
"Sorry excuse me can I get 1 fork I mean erm garfu." Minta Danny dari salah seorang pelayan wanita yang sedang lalu disebelahnya.
Dia angguk dan mendapatkan garfu untuk Danny. Sempat lagi dalam hatinya berkata Danny sungguh kacak.
"Nah encik garfu." Wanita itu hulur garfu ke Danny dengan senyuman yang cukup manis.
Danny ambilnya dengan sombong. Tak cakap langsung terima kasih. Keras sungguh hatinya.
Danny cubit ikan bakar Aryana menggunakan garfu dan dia berikan kepada kucing yang masih mengiau.
Aryana yang sudah usai membasuh tangan memerhatikan Danny dari jauh. Senyumannnya terukir melihat kebaikan Danny dalam diam.
"Aik! Kenapa ikan saya luak?" Sengaja Aryana.
Danny diam buat-buat tak tahu.
"Ooo Mr Danny makan ye? Kata tak nak makan tadi." Sakat Aryana.
"Nasib baik you dah sampai kalau lambat tadi satu ekor ikan ni I nak bagi kat kucing ni."
Aryana angguk senyum sahaja. Mengiyakan. Dah boleh sambung makan.
Aryana makan penuh selera. Makan nasi bersulam air milo ais tabur. Dicubit kedua-dua ekor ikan bakar itu. Memang menikmati sungguh!
Kruk kruk
Perut Danny berkeroncong. Dipegang perutnya. Lapar! Senyap-senyap telan air liur. Aryana makan tak ingat dunia apatah lagi Danny yang tercongok di depannya.
"Mr Danny betul ni tak nak? Sedap ikan ni ermh ermh! Sedap betul! Nikmat manakah yang hendak kau dustakan?" Sengaja Aryana.
"I tak makan ikan. I hate fish."
"Hurmm ikan pun Mr Danny benci. Memang Mr Danny lahir kat dunia ni untuk benci ke?"
Danny diam jeling. Tak sabar mahu mengangkat kaki.
Danny trauma dengan ikan. Sewaktu dia kecil dia pernah tercekik tulang ikan sehingga bawa ke hospital. Sejak dari itu mummynya sahaja yang akan mencubit ikan untuknya.
Lama kelamaan dia tak suka bergantung dengan orang lain hanya kerana seketul ikan. Lebih baik ditinggalkan sahaja minat itu daripada menyusahkan diri dan orang lain.
Diceritakan sebab itu kepada Aryana.
"Jadi Mr Danny makan ikan kalau ada orang cubitkan lah ye?Alololo kalau macam tu meh saya cubitkan untuk Mr Danny ye. Saya tahu Mr Danny tengah lapar. Tak payah nak cover dengan saya."
Danny berdengus.
"Why I cerita kat you hah? I share my story kat orang yang I benci lagi-lagi you intern huh"
"Mr Danny... Orang yang kita benci tulah akan rapat dengan kita. Tapi... Saya dengan Mr Danny istilah tu tak akan ada. Jangan risau."
"Are you sure?" Danny angkat kening belah kanannya.
Aryana terdiam. Berhenti terus mengunyah. Kenapalah kata-kata semacam itu boleh terlepas dari mulut lasernya.
Danny memandangnya lama. Membuatkan dia tiba-tiba kekok. Kenapa dia jadi takut dengan Danny?
"Nah! Ma ma makan ni. Mr Danny try rasa." Aryana tolak pinggan ke Danny. Mahu memecahkan kekekokkan antara dia dengan Danny.
Danny senyum sinis.
Ikan yang dicubitkan oleh Aryana dihidunya terlebih dahulu. Maklumlah, Danny dari kecil 'picky eater'. Jika mahu makan diluar bukan kedai cikai-cikai tapi perlu double standard. Kalau bukan sebab Aryana dia tak akan masuk ke gerai makanan itu.
"Mr Danny nak hidu ikan tu sampai subuh ke?" Perli Aryana selamba.
Danny meletakkan semula pinggan itu ke atas meja dengan menghela nafas panjang. Muka tak ada selera. Kembali semula berpeluk tubuh bersilang kaki. Tapi perutnya sungguh lapar!
"I tak sukalah." Danny mengomel jeling.
Aryana mengerutkan wajahnya. Mulutnya masih mengunyah. Macam manalah ikan yang sungguh sedap itu dipandang sebelah mata oleh Danny.
"Mr Danny. Mr Danny kena try belum cuba belum tahu."
"Once I tak suka I tak suka jangan paksa I."
"Saya tak paksa saya suruh Mr Danny cuba." Lawan Aryana.
Mengunyah tak henti-henti. Diteguknya pula milo ais tabur. Sakit hati Danny. Tengok pula Aryana sengaja membuat reaksi seperti orang membuat review makanan.
Danny diam sementara. Mencari akal untuk mengenakan Aryana semula. Posisinya masih tidak berubah. Senyuman sinis bergayut di bibirnya.
"I akan makan ikan ni kalau..."
Aryana yang dari tadi asyik menundukkan kepala kusyuk menikmati makanan terus mendongak memandang Danny.
"Kalau apa?"
"Kalau you suapkan I."
Pruh!
Tersembur nasi dari mulut Aryana. Tersedak. Teguk air laju. Rasa nak tercekik.
"Why?" Soal Rayyan serong.
Aryana berdengus.
"Tak kuasa saya nak suapkan Mr Danny e." Aryana geli.
"You sepatutnya beruntung keluar dengan I. You tengok perempuan yang ada kat sini diorang tu semua tengah jealous dengan you. Pandang you dari tadi. Sebab apa? Sebab you keluar dengan lelaki handsome, hot, haih tak tahulah nak cakap apa lagi sebah banyak sangat."
Aryana rasa nak muntah! Perempuan yang ada di sekelilingnya itu sudah tertipu dengan kekacakkan Danny. Kalau mereka ada di tempat Aryana pasti menyesal.
Aryana malas nak layan. Sambung sahaja makan. Dari tadi nasinya tak luak-luak asyik bercakap dengan Danny.
"Suapkan I." Gesa Danny.
" Kalau saya tak nak?"
Danny turunkan kaki. Asak badannya ke meja. Mendekatkan mukanya sedikit ke Aryana.
"I jerit nama you Aryana...." Perlahan suara Danny.
Aryana mahu tergelak. Luaran sahaja nampak gah tapi perangai mengalahkan budak.
"Mr Danny memang kacau mood saya nak makan. Jangan buat lawaklah Mr Danny. Macamlah Mr Danny berani."
"You cabar I? This is Danny. Action louder than words." Yakin Danny.
Aryana angguk sahaja. Memuncungkan mulutnya. Malas nak layan.
"ARYANA! ARYANA! ARYANA!" Teriak Danny kuat. Bangun dari kerusi.
Semua orang terus melihat Danny pelik. Terangkat bahu Aryana kerana terkejut.
"MR Danny! Mr Danny buat apa ni!?" Aryana juga bangun menarik tangan Danny menyuruhnya berhenti dari menjerit tak tentu pasal. Malu mukanya.
"INTERN I HATE INTERN! INTERN I HATE INTERN!" Jerit lagi Danny tak menghiraukan Aryana.
"Dah kenapa mamat ni?" " Sayangnya handsome tapi depress." "Buang tebiat ni." -mulut orang-orang di situ.
"Mr Danny! Duduklah! Okay okay okay!" Marah Aryana.
Danny mengheretkan senyuman bangga. Senang nak menggetarkan Aryana. Dia melabuhkan semula punggungnya diatas kerusi.
Danny nganga mulut. Sudah bersedia untuk disuap. Aryana pandang kiri dan kanan. Orang-orang masih menumpu mereka berdua. Menyesal! Dia lupa Danny suka membuat dirinya dalam bahaya.
Aryana mengecilkan anak matanya. Dia senyum sinis. Nak mengenakan semula Danny.
"Pejam mata." Suruh Aryana.
"Why?"
"Pejam jelah."
Danny pejam sambil membuka mulut.
Aryana cuba menahan gelak.
"Pejam jangan buka."
Aryana ambil kepala ikan keli sumbat ke dalam mulut Danny!
Share this novel