"Sejak bila lah Mr Danny ni pandai mabuk. Setahu akak dia tak pernah jadi macam ni." Kata Julia sambil memandu kereta. Cuba sedaya upaya untuk sampai ke hospital yang berdekatan.
"Entahlah kak ni bukan first time, masuk ni dah dua kali saya jumpa dia dalam keadaan mabuk. Saya pun tak percaya mula-mula tu." Aryana geleng kepala. Dia duduk dibelakang bersama Danny.
Mereka berdua berborak di dalam kereta.
Plastik oren kecil digantung di kiri dan kanan telinga Danny, buat persiapan takut-takut muntah. Insaf! Benda yang paling busuk selepas tahi kucing adalah muntah. Trauma Aryana. Kalau lah Danny tahu dia diperlakukan seperti itu, jatuh prestasinya sebagai seorang lelaki macho.
"Hah dua kali? Awak tak cerita kat akak pun." Soal Julia terkejut.
Aryana terlepas.
"Hurmm panjang ceritanya kak. Nanti-nantilah saya cerita tapi kan kak kenapa hubungan Mr Danny dengan ayah dia tak baik sangat sampai bawa musuh?" Tanya Aryana ingin tahu.
Malam itu dalam kereta bercakap tentang Danny sahaja. Latar belakang Danny menjadi topik perbualan mereka berdua.
Julia mengeluh terlebih dahulu. Sukar untuk dia ceritakan kepada Aryana. Masalah Danny dengan ayahnya entah ada penghujung atau tidak.
"Akak nak cerita kat awak pun sampai subuh belum tentu habis. Masalah Mr Danny ni bukannya kecil. Kalau awak nak tahu, awak google lah confirm keluar." Kata Julia.
Dia tak mahu cerita kepada Aryana kerana tak mahu salah menyampaikan maklumat lagipula masalah keluarga Danny kecoh tiga tahun dahulu. Buka fac, instagram, twitter, televisyen pasti ada sahaja isu keluarga Danny. Keluarganya akan menjadi tajuk utama akhbar.
"Ah malas lah saya, tak kuasa saya nak google semata-mata nak tahu pasal dia." Kata Aryana.
Ek eh Aryana ni, tadi tanya sekarang malas pula?
Tak berkenan mahu tahu tentang Danny lebih lanjut lagi. Tak penting baginya. Namun, di sudut hati Aryana dia simpati dengan Danny.
Ketika dia masih mempunyai ayah, di sia-siakan sahaja peluang itu. Sama juga seperti ayah Danny terlalu kuat mengongkong.
Apa yang membezakan nasib Danny dan Aryana adalah Danny belum cukup mendapatkan kasih seorang ayah sebaliknya Aryana belum puas mendapatkan kasih seorang ayah.
Ayah Danny hidup secara jasadnya sahaja tetapi mati di dalam hati Danny.
Bilakah Danny boleh melenturkan egonya?
Bilakah Tan Sri Alvin boleh berubah?
Tak pasti.
"Akak sejukkan sikit aircond boleh?" Suruh Aryana apabila melihat Danny menggigil, sedikit kesejukkan.
Julia akur.
Aryana tanggalkan sweaternya dan menyelimutkan Danny.
"Malam ni je saya baik, lepas Mr Danny dah sihat saya nak tuntut." Bisik Aryana dalam hati. Tuntut apa tak tahulah.
Sampai sahaja di hospital, Danny dimasukkan wad. Wad persendirian. Julia menguruskannya.
Telefon Julia asyik berdering. Julia perlu mengangkat panggilan. Panggilan dari suaminya. Risau kerana sudah pukul 12 tengah malam tak pulang-pulang. Nasib baik suaminya memahaminya. Dia tinggalkan sebentar Aryana dengan doktor yang merawat Danny.
"Doktor macam mana dengan kesihatan dia?" Tanya Aryana ingin tahu.
"Suami awak .."
"Eh! Dia bukan suami saya!" Tegas Aryana.
Terperanjat doktor itu. Silap cakap.
"Oh maaf-maaf sorry sorry. Cepat doktor itu memohon maaf.
"Dia bukan suami saya tapi bekas bos saya!" Terbeliak mata Aryana.
Doktor itu berketawa kecil. Lucu.
"Okaylah, bos awak ni suhu dia tinggi 39 ermm juga sebab stress. Nasib baik cepat bawa ke sini. Badan dia kekurangan air tambahan pula dia di bawah alkohol jadi, lepas dia sedar mungkin ada kesan hangover seperti pening kepala, cirit atau muntah.
"MUNTAH! MUNTAH LAGI!?"
Jerit Aryana.
Terbeliak matanya sekali lagi.
Terperanjat doktor itu sehingga terjatuh stethoscopenya ke lantai.
Perkataan 'muntah' menghantuinya dan akan membawa Aryana ke kejadian buruk dia bersama Danny dulu. Urgh geli! Dia perlu banyak menjauhkan diri dari Danny.
"Hah doktor kata apa?" Tanya Julia. Lega dapat bercakap dengan suaminya sebentar tadi.
"Suhu dia tinggi, lepastu urgh mungkin muntah lepas dia sedar." Beritahu Aryana.
Julia angguk.
"Okaylah, akak nak kena balik ni. Awak nak akak hantar atau jaga Mr Danny kat sini?"
Seriuslah Aryana nak jaga Danny? Dia mula berbelah bahagi. Kasihan pun ada, menyampah pun ada, geram pun ada tak rela pun ada.
Julia masih menunggu
jawapan Aryana.
Aryana diam berfikir. Matanya sekejap ke Danny sekejap ke Julia.
"Kesian pula tinggalkan Mr Danny sorang-sorang." Kata Julia.
Melihat Danny simpati.
Lagi bertambah perasaan serba salah Aryana. Semakin sukar dia mahu membuat keputusan. Ibunya pasti risau.
"Tak apalah, saya stay sini." Jawab Aryana.
"Betul ke ni? Awak nak jaga Mr Danny?" Tanya lagi Julia tak percaya.
Aryana angguk perlahan. Mukanya nampak keletihan. Matanya mula kuyu.
"Okaylah kalau macam tu, akak balik dulu ye. Apa-apa awak call je akak." Pesan Julia.
Aryana angguk sahaja.
Julia beredar dari situ.
Tinggallah Danny dengan Aryana sahaja. Aryana mengeluh.
"Kenapalah aku cepat sangat kesian kan orang?" Soal Aryana dengan dirinya sendiri. Perasaan belas kasihan itu seperti mengurung dirinya sendiri.
Aryana berdiri di sisi Danny.
Melihat wajah tampan Danny yang belum membuka mata. Aryana mula mengimbas kejadian di bukit tadi.
Hati kecilnya mula berbisik Danny sebenarnya memerlukan perhatian dan pertolongan. Dia kesunyian.
"Haih kalau kau ni tak sombong, tak benci kan aku, aku pun tak benci kan kau." Kata Aryana.
Ditenungnya sahaja muka Danny.
"Eh Ya Allah aku kena call ibu." Aryana baru teringat mahu menghubungi ibunya. Sudah 5 panggilan dari ibunya tidak diangkat.
Aryana tinggalkan Danny seorang diri. Dia keluar.
"Apa aku nak cakap dengan ibu ni Ya Allah?" Resah Aryana. Jalan mundar-mandir. Memikirkan alasan untuk diberikan kepada ibunya.
"Hello kakak, kakak kat mana ni? Ibu call banyak kali kenapa tak jawab? Ibu risau sangat ni. Motor kakak rosak lagi ke? Dah lewat ni. Kakak kat mana?"
Ibu Aryana sangat risau. Tak lena mahu tidur. Dapat sahaja panggilan dari anak sulungnya itu terus tanya macam-macam.
"Sorry bu. Kakak okay, kakak tak ada apa-apa." Sekat-sekat suara Aryana.
"Dah tu kenapa balik lambat ni?"
"Ibu, ibu ingat tak bos kakak yang kakak bawa balik hari tu?" Tanya Aryana.
Dia jujur.
Ibu Aryana cuba mengingat semula.
"Ooo Mr Danny tu ke?"
"Ak ah."
"Hah kenapa dengan dia?"
"Dia kat hospital. Kakak jaga dia. Ibu jangan risau kakak okay." Beritahu Aryana. Tak mahu ibunya khuatir dan fikir yang bukan-bukan.
"Hah? Kenapa kakak kena jaga dia? Dia mabuk lagi ke? Kakak, kakak perempuan. Ibu risau tentang kakak. Kalau terjadi apa-apa macam mana?" Bebel ibu Aryana.
Walaupun dia tahu anaknya bekerja keras,kuat dan rajin dia tetap memandang Aryana seorang perempuan yang perlu dilindungi dan adakalanya lemah.
"Dah jadi dah pun..."
Perlahan suara Aryana.
"Hah jadi apa?" Soal ibu Aryana laju. Samar sahaja dia mendengar suara Aryana.
Aryana terlepas.
"Hah tak ada apa-apa. Maksud kakak kalau terjadi apa-apa InsyaAllah doa ibu selalu mengiringi kakak." Cepat-cepat Aryana cover.
"Hurm yelah tu. Bagitahu ibu kakak kat hospital mana? Esok ibu datang bawa makanan untuk kakak dengan bos kakak."
"Hah betul ke ibu?" Suka Aryana.
"Ye..."
Laju-laju Aryana memberitahu lokasinya.
"Ibu pesan kakak jaga batas kakak dengan bos kakak. Kalau dia buat apa-apa pukul je dia takpun jerit sekuat hati."
Danny pengsan seumur hidup, apa yang dia boleh buat? Bunyi bom tepi telinga pun belum tentu boleh sedar.
"Ibu lupa ke kakak ada taekwando?" Yakin Aryana.
Tali pinggang hitam dah dalam tangan Aryana. Siapa yang mahu melawan dia akan tawan.
"Tak kisahlah kakak ada taekwando ke, silat ke kungfu ke di mata ibu kakak tetap perempuan. Ibu percayakan kakak tapi orang lain?" Panjang lebar Aryana kena tazkirah.
"Baiklah Zainab bin Arifin. Saya sedia mendengar arahan anda." Sengaja Aryana mahu melegakan hati ibunya.
Selamat Hari Kebangsaan
#kitajagakita
#tanahairku
#malaysiaku
#negaraku
#herokita
Share this novel