BAB18

Romance Series 41822

"Lambat kakak balik hari ni.."

Tegur Lana, melarikan matanya sekejap dari melihat telefon. Menonton drama korea dari pukul 9.00 malam.

Aryana rebah di sofa. Kepenatan. Sudah dua hari dia pulang kerumah menaiki bas. Hampir jam 11.00 malam baru sampai.

"Kenapa Lana tak tak tidur lagi? Esok sekolah lambat nanti bangun." Tanya Aryana. Nadanya lemah.

Lana terus pause drama kegemarannya sekejap. Toleh kepala, mulut dimuncungkan.

"Akak esokkan sabtu mana ada sekolah." Kata Lana.

Aryana tepuk dahi.

Lana geleng kepala. Sambung semula menonton drama koreanya.

Sekejap sungguh masanya berlalu. Tak sangka sabtu dan ahad sudah menjelang tiba. Apalah nak jadi dengan kehidupan sehariannya. Masalah yang menimpanya berhari-hari sentiasa dia sembunyikan.

"Lana tengok cerita apa tu?" Tanya Aryana.

Matanya mengintai sedikit skrin telefon adiknya. Nak tahu drama apa yang membuatkan Lana kusyuk sangat.

"Best kak cerita ni tajuk dia 'Noble My Love'. Diorang ni mula-mula benci antara satu sama lain lama-lama jatuh cinta! Kelakar!"

Semangat Lana memberitahu Aryana.

"So maknanya, kalau kita bencikan orang tu lama-lama kita akan jatuh cinta! Jadi, Lana nak benci crush Lana, nanti dia jadi jodoh Lana. Akak pun kalau benci bos akak lama-lama akak dengan dia mpmp..."

Aryana baling kusyen ke muka Lana.

"Merepek! Lana terpengaruh sangat dengan drama tu!" Marah Aryana.

Tak mahu kata-kata Lana menjadi satu doa. Seumur hidup dia akan membenci Danny.

"Akak manalah tahu bos akak tu pun sebenarnya suka kan akak cuma dia sengaja buat jahat kat akak. Kita tak tahu kak." Sambung lagi Lana.

Berkerut dahi Aryana.

"Lana kita ni hidup dalam realiti. Apa yang Lana bayangkan macam dalam cerita korea tu tak sama dik. Orang kalau benci benda pertama yang akan dia buat sekali adalah buat jahat. Culik, rompak, bunuh, sihir macam-macam dik dia akan buat untuk puaskan nafsu dan dendam." Pesan Aryana ke Lana.

Hidup ini tidak seindah di dalam televisyen atau novel. Coretan demi coretan sedih dan terluka hanya mampu dipendam. Bukan cerita Cinderella, Rapunzel mahupun Sleeping Beauty, hero pasti akan datang. Tidak semua cerita berakhir dengan 'happy ending'.

"Dah, akak nak tidur. Sudah-sudah tu tengok korea tu. Esok-esok je sambung."

Aryana angkat bontot. Meninggalkan Lana yang masih memikirkan kata-kata kakaknya. Hirau waktu itu sahaja, esok dah lupa lah tu. Meneruskan dunia khayalannya.

'krekk'

Pintu bilik Lini dikuak perlahan.

Aryana menjengah sahaja dari pintu. Melihat adik manisnya Lini sudah terlena. Bantal peluk dolphinnya tak boleh terpisah. Sayu mata Aryana melihat adik kesayangannya sudah pergi ke bulan.

Aryana tutup semula pintu bilik Lini perlahan-lahan.

'krekk'

Pintu bilik ibunya pula dikuak. Senang hati Aryana melihat ibunya sudah tidur. Kalau tidak asyik menjahit sahaja. Aryana selimutkan ibunya sekali memberi ciuman sayang ke dahi ibunya.

Hatinya cukup tenang sebaik sahaja tenung muka ibunya. Dia boleh melupakan segala masalah hidupnya yang berhari-hari. Aryana tidak pernah menceritakan masalahnya kepada ibunya. Biarlah dia sahaja yang menempuhinya seorang diri. Tak mahu menambahkan beban ibunya.

Aryana singgah pula kebilik seninya. Sudah lama tidak masuk ke bilik itu. Lukisan lama banyak yang berhabuk. Ada satu gambar besar yang ditutup dengan kain putih, Aryana selak. Gambar itu adalah, wajah ayahnya yang dilukis oleh Aryana.

Lukisan ayahnya memakai uniform polis trafik, masih disimpan elok. Lukisan itu adalah hadiah dari Aryana untuk ayahnya.

"Sampai bila-bila ayah adalah hero kakak. Akak masih tak tahu siapa yang langgar ayah. Akak sedih, sebab kematian ayah tak dapat dibuktikan. Sampai bila-bila akak tak akan maafkan orang yang dah langgar ayah. Kakak tahu, ayah mesti tak nak perasaan tu ada dalam hati akak, tapi akak sakit ayah. Akak, Lana, Lini dengan ibu masih perlukan ayah."

Lana usap gambar arwah ayahnya. Air matanya mula menitis. Tak tertahan menyimpan perasaan sedihnya. Hanya mampu menangis seorang diri dalam bilik kecil seninya itu. Aryana peluk erat gambar arwah ayahnya. Masih lagi tidak dapat mengubat rindu.

ting tong ting tong ting tong

Berkali-kali bell pintu rumah Danny berbunyi. Danny tak hiraukan.

"Danny! Open the door! I akan kacau you! I nak you buka pintu ni! Selagi you tak buka selagi tu i akan tekan bell ni!"

Paksa Rachel.

Sampai bila-bila Danny akan diganggu dengan perempuan itu. Danny betul-betul rungsing. Tak sangka dia bercinta dengan perempuan gila selama ini.

"You nak apa!"

Danny akhirnya buka pintu.

Namun, tindakan Rachel di luar jangkaan sebaik sahaja Danny membuka pintu.

"What are you doing Rachel!"

Marah Danny.
Dia cepat-cepat kesat mulutnya.

Rachel mencium mulut Danny. Tak mahu melepaskan ciuman itu.

Rachel mengharapkan ciuman ghairah itu dapat melenturkan ego Danny. Meletakkan harapan yang tinggi kalau Danny akan kembali ke pangkuannya.

"I tak akan give up! Sampai bila-bila I akan paksa you untuk get back dengan I. I dah buat macam-macam cara untuk dapatkan you balik tapi you tetap tak maafkan I. I told you! I'm sorry! Macam mana I nak buat you terima I!"

Mereka berdua bergaduh di dalam kondominium Danny. Kondominium kalis bunyi milik Danny dapat menyelamatkan pertikaman mereka berdua .

"You curang dengan I! You buat apa-apa sekalipun I tak akan pernah terima you lagi! I nak you go! Go dari rumah I dari hidup I! I dah lupakan you! I dah ada perempuan lain!"

"Who!? Tell me who!? I tak percaya! I tak percaya!" Desak Rachel.

"I tak paksa you untuk percaya. Semua ni berpunca dari you! I sayangkan you I cintakan you tapi you sia-siakan kepercayaan I! So now and forever I tak akan terima you dalam hidup I! Get out from my house! Sebelum I call polis!"

Danny ugut Rachel.

Rachel menangis.

"Please jangan buat I macam ni Danny. I tak boleh hidup tanpa you. Please please I sanggup berubah demi you. I tak akan curang dengan you lagi please I tak sanggup I tak sanggup."

Rachel menangis teresak-esak. Memegang tangan Danny tetapi Danny menepisnya dengan kuat.

"I tak nak tengok muka you. I jijik dengan you. You merayu! meratap kat I, I tetap tak akan terima you lagi. Please I pun merayu dengan you. Lupakan I."

Rachel mengesat airmatanya. Wajah yang sedih tadi bertukar bengis dan marah. Lakonannya tak menjadi.

"You ingat, kalau I tak dapat you orang lain pun tak akan dapat. I akan pastikan selepas I tahu siapa perempuan tu, I akan buat dia dalam bahaya. This is me Rachel!"

Pandangan tajam diberikan kepada Danny. Sedikit ada perasaan risau dalam hati Danny. Danny kenal sungguh sikap Rachel. Rachel akan membuat apa sahaja demi memuaskan kehendaknya.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Aryana masih tak dapat tidur. Gelisah sana gelisah sini. Sekejap baring diatas katil sekejap baring diatas lantai. Asyik-asyik kedapur, membuka peti ais mencari air sejuk. Masuk ni sudah 5 kali dia ketandas.

Aryana masuk kebilik seninya semula. Ditenungkan sahaja lukisan-lukisan lamanya. Mula berfikir.

"Kalau aku melukis aku jual lukisan aku agak-agak laku tak?"

Aryana soal Aryana jawab.

Tapi, mana dia nak dapat idea? Sudah lama dia tidak memegang berus, pensel, dan cat-cat warna itu semua.

Fikiran Aryana kusut kerana 20K. Sampai bila gajinya harus dipotong untuk melangsaikan ganti rugi pinggan itu.

"Gila ada juga pinggan harga 20K. Apa yang kau kena buat Aryana?"

Aryana mengeluh. Diserabutkan rambut panjangnya. Terasa dirinya pembawa malang.

"Wo! beruang hitam sesat mana masuk dalam kedai ni?" Sakat Ju.

Terperanjat tengok 'eyebag' Aryana. Dia tidak tidur semalaman. Aryana datang sebagai pelanggan bukan pekerja kerana shift nya waktu malam.

"Ju bagi aku panadol actifast satu papan tu." Minta Aryana malas.

Ju ambil sahaja di belakangnya.

"Nah, kau dah kenapa? Macam orang ada masalah je." Tegur Ju sambil tangannya scan barkod panadol yang dibeli oleh Aryana.

"Kau ada 20K tak?" Tanya Aryana tiba-tiba.

"Hah!? 20K? 20 hinggit pun tak ada dalam dompet aku kau minta 20K. Apasal?"

Aryana keluarkan 10ringgit dari dompetnya dengan hampa. Bayar panadol yang berharga 5ringgit sepapan. Tahu, mustahil Ju ada duit sebanyak itu.

Aryana ceritakan semuanya kepada Ju.

"Tulah gelabah kau tak boleh bawa bincang. Aku ingat lagi satu row makanan kat raga ni kau langgar. Habis berterabur. Nasib yang tu makanan kering. Tak ada benda kena ganti. Dah tu macam mana?"

"Macam mana apa? Aku tengah fikirlah ni mana nak dapat 20K. Silap akulah kerja cafe branded. Tak pasal-pasal aku kena cari 20K."

Aryana garu kepala.

Kalaulah daun-daun kering kat luar kedai itu boleh ditukar menjadi duit. Senang hidup. Mahu atau tidak, Aryana harus terima hakikat. Kenyataan memang menyakitkan.

'Blop'

"HANDPHONE AKU!!"

Handphone Aryana terjatuh dalam longkang.

"Ya Allah kenapa dengan kau ni Aryana? Tangan kau ni kenapa tangan? Kenapa cuai sangat!"

Aryana pukul tangannya sendiri.

Terpaksalah dibongkokkan badannya untuk mengambil telefonnya yang jatuh ke dalam longkang.

Handphone jenama samsung tak dapat diselamatkan. Aryana tutup hidung, hanya dua jarinya sahaja mampu memegang telefon yang sudah disaluti dengan lumut hijau.

Pasrah.

"Aryana wait!"

Danny tahan Aryana. Ada sesuatu yang ingin dia katakan.

"This is for you..."

Danny keluarkan sebentuk cincin diamond.

Terbeliak mata Aryana.

"Mr Danny... kenapa secepat ini? Kita baru..."

"I dah lama simpan perasaan I kat you cuma I tak tahu nak luahkan pada you. I tak pandai nak bermadah cuma I yakin I suka kan you.. Aryana."

Aryana terharu.

Ditepi pantai yang indah, ombak menari-nari keriangan. Angin sekali menyanyi. Burung bersiulan. Oh, hati oh jiwa mengapa diri ini terseksa. Terseksa dari menahan cinta yang telah datang.

"I love you. Sarangheyo. Wo ai ni. Ashiteru. Ahbak. Ich liebe dich. Je t'aime. Main tumase pyaar karata hoon."

Segala bahasa Danny luahkan. Bukti cintanya pada Aryana.

Aryana malu.

Dipukul dada Danny manja.

"Nal Jabwa bwa raaaa... ihik."

Aryana dan Danny bermain kejar-kejar. Alangkah indahnya cerita cinta ini.

'BEDEBUK!'

Aryana jatuh katil.

Mimpi rupanya.

"Aduh..."

Aryana mengadu kesakitan.

Digosok-gosok pungungnya. Mukanya langsung tak kelihatan diselumuti dengan rambutnya yang panjang. Sudah serupa rumpai laut.

"Dah kenapa aku mimpi dugong tu... eee ..."

Aryana geli.

Petanda apakah itu?

"Kakak!!"

Panggil Lana kuat.

Lana buka pintu bilik Aryana. Aryana masih mamai.

"Akak ada orang hantar motor akak." Beritahu Aryana.

"Hah!?"

Terus Aryana buka mata. Tercengang.

"Bang bang! Sekejap!"

Aryana tahan dua lelaki yang menghantar motorsikal Aryana. Mereka baru sahaja mahu masuk ke dalam perut lori.

Muka baru bangun tidur langsung Aryana tak kisah keluar dari rumah. Percayalah 99/100 perempuan adalah seperti itu.

"Siapa yang suruh hantar motor saya ni?" Tanya Aryana.

"Tak tahu lah pula, kami just hantar je. Orang yang suruh hantar ni dah settle buat pembayaran repair." Beritahu seorang lelaki yang berkulit agak gelap sedikit.

Dia hanya menjalankan kerjanya sahaja.

Aryana terpinga-pinga.

"Mak cik tu ke?"

Tanya Aryana dalam hati.

Aryana tak mahu terhutang budi. Dia bersiap-siap keluar rumah dan mahu ke rumah mak cik yang baik hati itu. Hendakkan kepastian.

"Assalamualaikum encik. Kami dah hantar motorsikal ke alamat yang encik bagi tu."

Beritahu lelaki yang menghantar motorsikal Aryana sebentar tadi.

"Baguslah, terima kasih. Nanti saya tambah payment ye. Dia ada tanya tak siapa yang suruh encik hantar?"

"Ada encik ada, tapi saya cakap tak tahu. Macam yang encik Rayyan suruh lah." Beritahu penghantar itu.

Rayyan telah menemui sticker nama Aryana di motorsikal Aryana malam itu. Setelah dia yakin motor itu adalah milik Aryana, dia berbesar hati untuk menghantar ke kedai membaiki motorsikal.

Kebaikan yang dilakukan secara sembunyi itu, sebenarnya boleh membuatkan Aryana serba salah. Tapi, cinta adalah buta. Mencintai seseorang untuk pertama kali, apa sahaja yang dia miliki dia mahu berkongsi bersama.

"Rayyan betul ke nak umi rahsiakan dari Aryana tu?" Tanya umi Rayyan.

Rayyan mengangguk perlahan.

"Rayyan suka dia ye?" Umi Rayyan asak lagi pertanyaan. Tenang sahaja suaranya.

Senyuman dari seorang ibu untuk anak kesayangannya.

Rayyan juga senyum tertunduk malu.

"Umi dulu jumpa ayah Rayyan sweet juga tau. Waktu tu kami tertukar beg masa umi dengan ayah study di UK. Kebetulan beg kami sama." Kata umi Rayyan.

Menceritakan kisah cintanya dahulu.

" Ayah Rayyan dulu pemalu sangat, macam Rayyan lah. Dalam diam-diam dia sukakan umi tapi hurmm ayah Rayyan tak romantik. Tahu tak hadiah birthday umi dia bagi apa?"

"Apa dia?" Tanya Rayyan ingin tahu.

Dari tadi bibirnya tak lekang dengan senyuman. Seronok mendengar cerita cinta uminya.

"Baldi."

Jawab ringkas umi. Muka kecewa.

Rayyan gelak berdekah-dekah pecat perut.

"Betul Rayyan. Umi tak tipu. Ayah Rayyan kata baldi ni lagi penting untuk student. Dia pun beli juga baldi yang sama macam umi. Haih sampai sekarang umi tak boleh lupa." Ujar umi Rayyan. Geleng kepala.

Walaupun begitu, dia bersyukur dapat suami seperti ayah Rayyan. Tak romantik tidak semestinya tidak penyayang.

Semasa mengandungkan Rayyan, Maryam banyak mual dan loya. Ada sahaja tidak kena. Makan itu ini tak boleh, apa sahaja lidahnya merasa tak diterima tekak. Umi Rayyan banyak kali keluar masuk tandas tengah-tengah malam kerana muntah.

Sehinggakan, Maryam terpaksa tertidur di tandas. Ayah Rayyanlah yang menjadi penemannya sehingga ke subuh. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak.

"Buk Maryam ada tetamu di luar mau jumpa sama ibuk." Beritahu Ati.

Perbualan mereka jadi terbantut.

"Tetamu? siapa Ati?" Tanya Maryam hairan.

"Ngak tau bu, tapi nya perempuannya cantik sekali."

Rayyan dan Maryam saling berpandangan. Sudah tahu siapa yang datang. Kelam kabut Rayyan lari masuk kebilik. Tak mahu Aryana tahu, kalau Maryam adalah ibu Rayyan.

"Assalamualaikum mak cik, maaf kacau mak cik. Mak cik ke yang suruh orang hantar motorsikal saya?"

Maryam dan Aryana hanya berdiri di depan pintu.

Maryam berfikir sejenak. Tipu helah apa yang perlu dia berikan kepada Aryana. Tak pasal-pasal dia tertarik sekali dalam rahsia anak tunggalnya yang seorang itu.

"Ak ak ah... Mak cik yang hantar. Mak cik tengok dah lama sangat motor tu kat depan. Aryana tak kisah kan?"

"Macam mana mak cik tahu nama saya?"

Maryam tertelan air liur. Cuak.

"Ooo mak mak cik nampak nama kamu kat motor kamu." Beritahu Maryam gugup.

"Mak cik saya sebenarnya serba salah dengan bantuan mak cik, kalau orang lain mesti tak suka motor saya dibiarkan lama-lama. Berapa mak cik saya bayar."

Maryam diam sejenak. Dia tersenyum lagi. Patutlah anak tunggalnya sukakan perempuan itu.

Keikhlasan tak dapat dilihat dengan mata kasar, apabila hatinya bersih orang lain dapat merasakannya.

Lidah Maryam sebenarnya degil, mahu sahaja dia menceritakan perkara yang sebenar tetapi disebabkan kehendak Rayyan, dia terpaksa akur.

"Tak apa Aryana, mak cik senang hati dapat bantu Aryana. Setiap orang ada cara dia sendiri. Mak cik tak rasa terbeban pun membantu kamu. Bila kita permudahkan urusan orang lain. Urusan kita juga akan dipermudahkan. Doakan je untuk anak mak cik."

Ops Maryam terlepas cakap.

"Anak mak cik?"

Tanya Aryana terkejut.

"Anak mak cik sakit ke?" Tanya lagi Aryana.

Maryam ketawa kecil.

"Tak adalah, mak cik silap cakap maksud mak cik doakan untuk mak cik. Aryana panggil je saya umi Maryam. Nanti-nanti kita boleh jumpa lagi kan?"

Maryam inginkan pertemuan sekali lagi dengan Aryana. Maryam mahu sahaja mengajak Aryana masuk ke dalam tetapi disebabkan ada Rayyan terpaksalah dia kebelakangkan niat baik itu.

"InsyaAllah mak cik, apa-apapun saya tetap nak balas budi baik mak cik." Kata Aryana.

Dia juga ada perasaan yang sama. Setiap perbuatan ada balasan. Aryana mahu membalas kebaikan Maryam. Kebaikan yang tidak disangka-sangka. Tetapi apakah reaksi Aryana jika disebalik kebaikan itu sebenarnya dari Rayyan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience