BAB14

Romance Series 41822

'Ting ting'

Whatsapp masuk. Aryana capai telefon bimbitnya dan melihat Rayyan pengirimnya.

"Hai Aryana. Awak sibuk ke? Hujung minggu ni awak free? Saya ingat nak ajak awak keluar he.."

Aryana berfikir. Dia tenung lama pada telefonnya.

"Eh mamat ni asyik ajak aku keluar je. Aduh." Aryana berat sebelah nak membalas Whatsapp Rayyan.

Aryana bercadang membawa Samsul untuk menemaninya sekali keluar dengan Rayyan. Lama kelamaan dia jadi kekok pula nak keluar berdua dengan Rayyan. Mujur Rayyan tidak kisah. Kalau ada Samsul banyak juga benda nak berborak.

"Wau ni studio awak ke? Cantiknya." Puji Aryana ke Rayyan.

Dia melihat sekeliling studio Rayyan. Rayyan mengajak Aryana ke Studio Micasa Ray selepas belanja makan. Dia mahu Aryana kenal lebih dalam lagi dengannya.

"Yup, studio ni beroperasi sejak saya kat London lagi. Jazy banyak uruskan studio ni semasa saya tak ada kat sini." Kata Rayyan.

Aryana mengangguk.

Dia berjalan lagi melihat pelbagai gambar model-model yang digantung di setiap sudut studio. Mereka berada dalam bilik photoshoot.

"Rayyan Rayyan kita ada problem." Jazy datang tarik tangan Rayyan. Bawa Rayyan jauh sedikit dari Aryana. Mukanya cemas.

"Kenapa ni? Problem apa?" Tanya Rayyan risau.

"Model tu tak dapat datang hari ni. Dia tiba-tiba ada emergency. Manager dia bagitau dia tak sihat." Beritahu Jazy.

"Hah apa? Ada backup model tak?" Tanya Rayyan.

Jazy geleng kepala.

Rayyan menghadapi masalah besar. Photoshoot yang sepatutnya berlangsung hari itu amat penting. Tambahan pula, photoshoot itu adalah salah satu projek yang amat besar. Gabungan dengan CM The Model Agency. Berkolaborasi bersama model dari Berlin dan Hamburg.

Rayyan berfikir cuba cari jalan. Dia meraub rambut segaknya. Tiba-tiba matanya teralih ke Aryana. Aryana dan Samsul masih melihat-lihat gambar model yang ada di dalam studio itu. Rayyan mendekati Aryana dengan meletakkan satu harapan.

Rayyan pandang Aryana dari atas dan bawah. Jadi takut Aryana.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Aryana serong.

Rayyan masih muka cemas.

"Awak tolong saya boleh?" Pinta Rayyan.

Berkerut dahi Aryana.

"Nak minta tolong apa?" Tanya Aryana hairan.

"Nanti saya bagitahu. Saya kesuntukan masa ni."

Rayyan terus panggil jurumekap bawa Aryana ke bilik solekan terus.

"Eh eh eh nak bawa saya pergi mana ni??" Tanya Aryana. Jurumekap itu menarik sahaja tangannya.

Rayyan terpaksa walaupun dia tahu kerja itu adalahlah kerja gila. Dia yakin Aryana sesuai untuk menjadi pengganti model itu.

Rayyan baru teringat baju yang sepatutnya dipakai oleh model sebenar amat seksi! Dia tak mahu Aryana memakai baju itu. Rayyan berlari terburu-buru ke bilik persalinan. Berpeluh dahinya.

"Ming Ming .. jangan bagi Aryana pakai baju ni!"

Rayyan terus terjah Ming yang sedang membawa Halter Dress untuk dipakai oleh Aryana. Ming yang merupakan Fashion Coordinator di studio itu tak jadi nak meneruskan langkahnya ke bilik mekap.

"Eh kenapa pula encik Rayyan. Dress nilah yang kita kena ..."

"TAKPE TAKPE ! Tukar-tukar! Cari cari dress lain. Awak cari dress yang yang yang tutup lengan dada Semualah!"

"Hah encik Rayyan mana ada type dress macam tu kat studio kita..." Beritahu Ming. Pening dengan ragam Rayyan.

Rayyan lupa model-modelnya semua adalah international. Rayyan tak peduli dia sendiri geledah dan cari baju yang sesuai untuk dipakai oleh Aryana.

Ming geleng kepala. Tak pernah nampak Rayyan tergopoh gapah seperti itu.

Midi dress, mermaid dress, shift dress, bodycon dress, mini dress semua tak berkenan dimatanya untuk dipakai Aryana! Gawat.

"Eh encik Rayyan itu wedding dress." Beritahu Ming selepas Rayyan pergi pula ke Bahagian Ball Gawn.

"Nah pakaikan dia ni. Ikut je arahan saya. Nanti pandai-pandailah saya nak cover dengan Cristopher."

Rayyan terus ambil long sleeves lace wedding dress putih. Tak kisahlah janji nampak sopan dan cantik. Dia dah boleh membayangkan bagaimana rupa si pemakainya. Dalam banyak-banyak dress, dress itu sahaja yang ada lengan. Ming pasrah. Ikut sahaja cakap Rayyan.

Dalam bilik mekap, Aryana dimekapkan. Dia merasa janggal melihat mukanya di cermin. Seumur hidup dia tak pernah dimekapkan. Alat-alat mekap pun dia tak kenal.

"Nyahhhh cantiknya kauuuuuuu.... OMG!!!"

Samsul terpegun melihat kecantikan Aryana selepas dimekapkan. Tak percaya itu adalah Aryana.

"Apa benda ni Samsul? Kenapa dia suruh orang mekapkan aku?"

Aryana masih lagi berfikir. Apa yang sedang berlaku. Kenapa dia jadi mangsa?

"Aku ada dengar-dengar tadi, model yang sepatutnya hari ni kena datang tak datang. Dia minta tolong kau gantikan model tu. Tapi sumpah nyah kau cantik gila dah setaraf model Adriana Lima! Lana Del Ray kau!"

Samsul tepuk bahu Aryana kuat.

Aryana gosok bahu sekali muka cemberut. Dia tengok dirinya sekali lagi di cermin. Jauh di sudut hatinya, dia merasakan dia amat cantik.

"Kalau ayah nampak kakak pakai macam ni mesti ayah gelakkan kakak tapi ayah tetap kata kakak cantik."

Aryana cakap dalam hati. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Wajah ayahnya telah singgah dalam benak fikirannya. Tapi apakan daya, ayahnya belum pernah melihat Aryana berpakaian cantik seperti itu. Pakaiannya hanyalah seluar jeans, tshirt dan topi. Kasut pula tak pernah pakai kasut tinggi. Sneakers sahajalah yang selesa di kakinya.

"Attention! Ladies and gentlemen! Mempersilakan Aryana Dahlia yang ditunggu-tunggu ramai untuk tampil ke hadapan! Aryana anak ibu..."

Samsul pula over. Jadi MC yang tidak dialu-alukan. Dibuat sekali suara Siti Nurhaliza.

Aryana keluar malu-malu. Jalan perlahan-lahan. Kasut tinggi yang dipakainya membuatkan dia kekok. Dia cuba untuk menstabilkan badannya.

Rayyan pula terpukau dengan kecantikan Aryana. Dia hilang kata-kata. Matanya tak berkedip langsung. Jantungnya berdegup kencang. Sepenggal senyuman terukir di bibir. Langsung tidak penat. Sah! ada sesuatu yang sudah mencuri hatinya. Untuk beberapa saat hatinya hanyut dalam kebisuan.

"Saya nampak ... macam badut ke?" Tanya Aryana sambil mengangkat sedikit kain dressnya yang agak labuh.

Sekelip mata Aryana berubah menjadi ayu.

"Tak... awak... nampak... cantik ... cantik sangat... saya ..."

Rayyan betul-betul tak dapat melanjutkan percakapannya. Seolah-olah dalam studio itu hanya dia dan Aryana sahaja. Matanya langsung tidak mahu beralih dari melihat Aryana.

Aryana tertunduk malu.

"Sis jom kita shoot sekarang." Cameraman datang menyapa.

Tiba masanya giliran Aryana untuk mengambil gambar. Rayyan masih kekal di situ. Dia memberi perhatian sepenuhnya ke Aryana. Rasa berbunga-bunga di matanya. Fairy godmother manakah yang sudah mengubahnya menjadi cantik sebanyak itu?

"Aryana kau ni. Ini bukan nak ambil gambar pasport berdiri tegak gitu! Lentok sikit badan tu macam ni hah macam ni. Gini hah gini."

Samsul lentik badannya ke kiri ke kanan. Bagi contoh posing yang seksi kat Aryana. Tak boleh tengok Aryana berdiri tegak macam patung. Aryana betul-betul kekok, kaku!

"Its okay Aryana ... just be yourself..." Rayyan mencelah ditemani dengan senyuman.

Rayyan tak kisah. Aryana yang ada didepan matanya cukup sempurna. Dia mekap atau tak dia bergaya atau tak, wanita di depan matanya tetap cantik dari dalam hingga luar. Telefonnya berdering langsung dia tak sedar. Terpesona dengan kecantikan Aryana. Terlalu awalkah untuk dia jatuh cinta kepada Aryana?

Dia mula berangan, dia berdiri di sebelah Aryana. Tak lengkap bride tanpa groom. Kenapalah wedding dress itu menarik pandangannya tadi? Di samping itu dia risau jika projek ini gagal. Tema yang dibincangkan telah lari dari perancangan.

"Jazy, Rayyan ada kat dalam? I call dia tak angkat-angkat" Tanya Danny.

Danny datang ke studio Rayyan. Mahu mengajak sepupunya keluar bersama. Jazy yang sibuk kulur kilir mengangkat barang bawa ke kereta nampak Danny.

"Ada tu hah kat dalam. Ada photoshoot. Tapi kalau you masuk jangan sergah dia." Beritahu Jazy.

"Hah kenapa pula?" Tanya Danny hairan.

"Dia tengah di awang-awangan. Lamunan cinta datang menyerang..." Kata Jazy.

Danny tak faham. Malas nak layan merepek Jazy dia terus masuk dalam cari Rayyan. Danny sudah melihat Rayyan dari jauh. Dia menghampiri Rayyan senyap-senyap. Sengaja nak terkejutkan Rayyan.

"Woi! Fokus nampak. Aku jalan kat belakang kau pun tak sedar. Aku call pun tak angkat. Jom keluar makan." Ajak Danny.

"Danny aku rasa aku dah jatuh cinta. Cuba kau rasa jantung aku."

Rayyan ambil tangan Danny letakkan ke dadanya. Danny pelik dengan Rayyan. Inikah yang dimaksudkan oleh Jazy? Buang tabiat.

"Ya wae simjang-i ppalli ttwineungeoya?" Kata Danny laju.

Terbeliak matanya. Jantung Rayyan memang berdegup kencang!

"Kau ingat tak waitress yang aku cerita kat kau? Aku rasa aku... suka dia. Dia ada kat sini. Tu dia?" Tunjuk Rayyan.

Mata Danny terus menjurus ke arah wanita yang dimaksudkan oleh Rayyan. Dia juga mahu tahu wanita manakah yang sudah membuatkan hati sepupunya cair.

Sekejap besar sekejap kecil bola mata Danny. Dia cuba perhatikan betul-betul. Wanita itu sebiji macam Aryana tapi kenapa cantik sangat! Danny gosok-gosok matanya sekali lagi. Ada yang tak kena dengan matanya!

"Pertama kali aku nampak dia, aku rasa kagum dengan perempuan ni. Dia tak macam perempuan-perempuan lain. Dia tak ada style tapi dia selalu buat aku senyum sorang-sorang. Aku tak tahulah nak percaya cinta pandang pertama atau tak tapi hati aku ... aku suka dia. Kau rasa betul ke perasan aku Danny?" Luah Rayyan berjela. Matanya hanya ke Aryana bukan ke Danny.

"Danny? Wei Danny mana kau?"

Danny lesap.

Apalagi menyorok dulu!

Sebelum Aryana ternampak lebih baik dia menyorok dulu. Danny cari tempat sembunyi. Menyorok di sebalik tiang-tiang yang ada di studio itu.

"Danny you dah kenapa ni?" Tanya Jazy. Nampak Danny merangkak tak tentu pasal.

"I pinjam ni sekejap! Ush! You you pergi sana!" Danny halau Jazy.

Dia ambil terus topeng anonymous dari Jazy. Jazy geleng kepala. Danny pakai terus topeng itu. Biar rasa selamat.

"Jamkkanman! naega wae sum-eo??" Tanya Danny dekat dirinya sendiri.

Dia curi-curi mengintai Aryana. Aryana masih lagu sedang bergambar.

"Kenapa intern tu tiba-tiba cantik sangat!? Dia buat apa kat sini!? Macam mana dia boleh kenal Rayyan!? Dia ke perempuan Rayyan cerita selama ni!? Rayyan kau dah tertipu dengan dia Rayyan!? Andwae! Cincah andwae halsuobseo!" Danny cakap sorang-sorang. Tergeleng-geleng kepalanya.

Dia tak nak Aryana kenal dengan Rayyan. Rayyan patut tahu siapa Aryana. Nanti-nanti dia akan fikir jalannya. Apa yang penting dia nak selamatkan dirinya dulu! Kena keluar dari studio sebelum Aryana habis bergambar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience