Teaser

Romance Series 41822

“Datin Datin Datin okay ke Datin?” Mak Nab dengan perasaan cemas bergegas ke dalam bilik air apabila ternampak mummy Danny muntah tidak henti-henti.

Mummy Danny mula jenuh berulang alik ke tandas. Sudah lima kali dia muntah. Mukanya bertukar pucat dan lemah. Tiada daya lagi untuk keluar masuk tandas. Dia terduduk terus di lantai bilik air.

“Datin jom datin kita pergi hospital Datin.” Ajak Mak Nab risau. Menggosok-gosok belakang badan mummy Danny.

“It’s okay Mak Nab. Saya okay. Muntah biasa je ni. Danny ada call tak Mak Nab?” Suara Mummy Danny semakin lenyap dari sedar. Kepenatan. Tenaganya sudah banyak digunakan kerana asyik muntah.

“Tak ada Datin. Jomlah Datin saya bawa Datin pergi hospital sementara Tan Sri tiada dirumah ni Datin.” Paksa Mak Nab. Dia berani menanggung risiko. Apa yang penting baginya adalah kesihatan majikannya.


Mummy Danny akhirnya akur. Dia menggunakan kesempatan itu untuk pergi ke hospital. Mak Nab memapahnya untuk masuk ke dalam perut kereta. Pemandunya juga sudah bersedia untuk menekan minyak membawa mummy Danny ke hospital. Mak Nab meminta pemandu itu merahsiakan perkara itu dari Tan Sri Alvin. Mak Nab setia menemani wanita yang diuji itu sehingga sampai di hospital.

“I harap you tabah dan kuat untuk menerima berita ni.” Kata Doktor Kris. Kawan baik mummy Danny semasa belajar di Universiti dahulu.


Sungguh berat mulutnya untuk menyampaikan berita buruk itu kepada wanita yang masih termangu memandangnya. Jantung mummy Danny mula berdebar bercampur takut. Nasib malang apakah yang bakal menimpanya selepas ini. Dia harus berlapang dada. Menerima dengan hati yang terbuka meskipun pahit untuk ditelan.

“Apa yang you nak sampaikan kat I Kris? Just tell me, I’m ready for it.”


Meskipun dia harus berlagak bersedia namun perasaan takut tetap menyelinap masuk dalam jiwanya. Raut wajah Kris yang dihimpit pilu dan simpati lagi membuatkan dirinya dalam bongkah keresahan.

“You menghidap colon cancer stage 4.” Beritahu Kris seraya menghela nafas panjang.

Mummy Danny diam terkedu. Tiada kata-kata. Hanya renungan sesalan terperosok di dasar jiwa. Perasaannya diasak dengan pelbagai persolan. Apakah dia diberikan kesempatan untuk hidup atau esok juga kematian menjemputnya. Sakit yang tak tertahan untuk ditanggung. Bukan sakit kerana penyakitnya akan tetapi hatinya yang tak dapat menahan sebak di dada. Matanya mula berkaca-kaca. Air mata mula mengalir menitis di pipi. Air mata yang sekadar mengubat pedih di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience