"Assaaalaaaamualaikummmm." Suara melenggok memberi salam dari luar telah menceraikan perbualan rancak mereka.
Siapa lagi kalau bukan Samsul. Terus masuk alang-alang pintu sudah terbuka. Aryana berdiri menyambutnya.
"Nyahhhhh!!!" Jerit Samsul menimang panggilan itu.
"Haih mana kipas pink kau?" Perli Aryana.
"Kipas pink aku .. OH! Terkejut mak!" Terkejut Samsul. Tangan lembutnya di dada. Mulut ternganga. Danny terangkat bahu terkejut dengan reaksi Samsul.
Samsul tarik tangan Aryana jauh dari mereka. Kelakuan mereka diperhatikan sahaja oleh Zainab, Rayyan dan Danny. Terutamanya Danny.
"Nyahhhh macam mana Mr OCD tu ada kat rumah kau nyahhh!" Samsul cuba memperlahankan suaranya.
"Kebetulan. Apa mimpi kau datang rumah aku ni?"
"Aku rindu kaulah nyah! Aku contact kau tak dapat dapat geramlah aku dengan kau ni!" Samsul pukul bahu Aryana.
"Handphone aku rosak. Dah jomlah makan mak aku ada buat kuih tu." Ajak Aryana.
Mereka berdua kembali semula ke meja makan sambil bercakap. Zainab mempelawa pula Samsul yang baru singgah untuk menjamu kuih.
"Hah dah lama tak nampak encik Rayyan berseri-serilah sekarang ni." Usik Samsul sambil menyuap kuih seri muka ke dalam mulutnya sendiri.
Rayyan senyum tersipul malu. Danny masih dengan muka tiada perasaannya.
"Mesti berseri-seri sebab Aryana kannn."
BAP!
Aryana sepak kaki Samsul bawah meja.
"Ouch! Sakitlah nyah!"
Geram Aryana!
"Makan jelah kuih niii." Aryana sumbat pula kuih kaswi ke dalam mulut Samsul yang masih terisi.
Senyuman Rayyan semakin mekar. Senyuman itu disaksikan oleh Zainab. Naluri seorang ibu mengatakan lelaki itu memang jelas ada hati dengan anak perempuannya. Tak boleh disorokkan lagi.
Danny?
Dia sahaja yang tidak suka dengan gurauan itu. Pandangan kilat terus tersambar ke arah Samsul. Samsul perasan bercampur hairan. Takut pun ye.
Kehadiran Samsul semakin memeriahkan suasana. Celoteh sana celoteh sini. Rayyan tukang gelak. Danny di sebelah menyorokkan gelak. Ego masih ada. Lama kelamaan dia iri hati dengan keluarga kecil itu. Dia sahaja yang merasakan dia seorang tidak normal dalam kelompok itu.
"Yelah nyah! Jantung aku waktu tu dup dap dup dap lama-lama dup dup dup dup!" Cerita Samsul tak ingat dunia.
"Lepas tu apa jadi?" Tanya Rayyan berbaki tawa.
"KO! Malu tau muka aku waktu tu!" Samsul tutup muka.
"Kau kena berlagak jantan kalau kau nak dia. Confirm! Aku jamin mesti dia terpikat dengan kau!" Kata Aryana.
"Tapi macam mana nyah! Kau kena tolong aku!" Ujar Samsul bersungguh-sungguh. Memegang tangan Aryana.
"Hujung minggu ni kami nak balik kampung. Rumah nenek Aryana. Pak Samad ada buat program membaiki rumah warga emas kat kampung tu hah boleh lah kamu join Samsul." Zainab mencelah.
"Hah ak lah Sam! Boleh menguji daya kecergasan fizikal dan mental kau! Lepas ni kau sado ah!" Kata Aryana tolak bahu Samsul dengan bahunya.
"Wah bunyi macam best je. Saya nak join sekali boleh?" Rayyan pula berminat.
"Eh apa tak bolehnya boleh nanti mak cik bagi nama kamu dengan Samsul. Bolehlah merasa suasana kampung. Mr Danny?"
Danny diam.
Aryana, Samsul dan Rayyan memandangnya. Menunggukan jawapan.
Share this novel