“Tuan muda Danny Tuan muda Danny bangun.” Pemandu itu menggerakkan badan Danny berulang kali.
Danny seorang sahaja yang berada di dalam kereta perkhemahan. Tidur tidak ingat dunia. Setelah dikejutkan berulang kali Danny menggeliat dan masih separa sedar. Mamai sekali menguap. Lihat sekeliling. Kosong.
“Kita dah sampai Tuan muda Danny.” Kata pemandu itu.
“WHAT!?” Tercengang Danny. Marah. Aryana tidak mengejutkannya. Membiarkan dia tidur sendirian di dalam kereta perkhemahan. Terasa disisihkan.
“Saya kena gerak ke KL semula. Tan Sri asyik hubungi saya.” Beritahu pemandu itu berhemah.
Danny menghela nafas panjang. Marahnya masih belum reda. Meraub rambutnya yang sudah kusut. Lihat pula jam di tangan. Tak sangka perjalanan yang sungguh jauh telah membuatkan dia tidur terlalu lama.
“Okay and one more thing you jangan bagitahu mummy and daddy yang I ada kat sini.” Tegas Danny.
Pemandu itu menganggukkan kepala tanda mendengar arahan Danny. Sejauh manakah dia mampu merahsiakan perkara itu dari Tan Sri Alvin? Sebuah kereta Mercedes Benz hitam sudah menunggu pemandu itu untuk membawanya semula ke KL. Setelah pemandu itu berlalu pergi Danny turun dari kereta teragak-agak. Tiada siapa-siapa di depan rumah. Dia mengintai-ngintai untuk melihat di dalam. Takut hendak masuk tanpa disambut. Tengah-tengah mengintai tiba-tiba sahaja kepalanya diacu dengan bucu senapang oleh seseorang. Danny terus berdiri tegak. Automatik kedua belah tangannya terangkat serupa penjenayah. Tahan nafas. Muka pucat.
“Kamu ni siapa? Terhendap macam penyamun!?” Suara seorang lelaki garau menyapa. Berkain pelikat, baju melayu dan berkopiah. Mahir dalam memegang senapang. Tepat kepala Danny ditarget.
“S s s s sa sa sa.” Tergagap Danny mahu menjawab.
“Sa sa sa sa APA!” Jerkahnya lagi.
Kaki Danny betul-betul menggeletar sehingga tak terasa jejak di tanah. Lelaki tua itu benar-benar menggetarkan seluruh badannya. Tak pasal-pasal kena tuduh penyamun. Dia mahu menjerit nama Aryana tetapi lidahnya juga sudah beku.
“Atuk! Jangan atuk! Ni oppa atuk!” Lana keluar berlari mendekati kearah mereka berdua. Mengalihkan senapang dari kepala Danny. Danny menarik nafas lega. Selamat.
“Opah? Sejak bila bini aku jadi lelaki?” Marah atuk Lana. Terkejut sedikit dengan kemunculan cucunya.
Mereka yang berada di dalam rumah terus berlari anak sebaik sahaja mendengar suara kecoh di luar. Berkerumun di serambi rumah. Aryana tidak ketinggalan menyaksikan situasi itu. Dia berdiri menggelakkan Danny. Rayyan dan Samsul sudah mula takut dengan atuk Aryana.
“Ayah ini tetamu kita Ayah. Dia ni bos Aryana. Mereka semua ni join program Pak Samad.” Beritahu Zainab membetulkan keadaan. Danny apa lagi berlari menyorok belakang Zainab. Aryana di belakang neneknya asyik menggelakkan Danny. Padan muka.
“Sejak bila kamu sampai? Tak bagitahu pun ayah nak balik?” Katanya sekali ‘death glare’ ke Danny. Menurunkan senapang dan menapak untuk masuk ke dalam rumah.
Rayyan dan Samsul takut-takut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan atuk Aryana. Tertunduk terus 360 darjah bagi laluan. Atuk Aryana seorang pesara tentera pangkat Jeneral. Tegas dan garang tetapi penyayang. Orang kampung menggelarkan dirinya Tok Rimba kerana sikap kewibawaannya. Dia juga merupakan ketua kampung Durian Hijau.
“You jahatkan tak kejutkan I. Kalau I betul-betul kena tembak dengan atuk you macam mana?” Marah Danny. Cuba memperlahankan suarannya selagi boleh. Dia menarik tangan Aryana. Tidak memberi Aryana masuk ke dalam dahulu. Hanya mereka berdua sahaja masih di luar.
Aryana ketawa tutup mulut. Danny mula menyirap.
“Ni baru sehari Mr Danny kat sini. Saya rasa tak menyesal Mr Danny ikut saya.” Aryana gelak terbahak-bahak. Masuk dalam terus meninggalkan Danny.
Danny mengepal satu penumbuk. Geram! Dia mula membayangkan nasibnya selama seminggu di kampung Aryana? Masih hidupkah atau mati? Kakinya mula terasa berat untuk melangkah masuk. Tidak! Dia pantang dicabar. Danny mula ingat dengan perjanjian bersama Rayyan. Dia tidak akan membiarkan Rayyan bersuka ria meluangkan masa bersama Aryana.
“Tan Sri ini adalah gambar untuk hari ini.” Pembantu Tan Sri Alvin menyerahkan lima keping gambar kepada Alvin.
“Dia buat apa di tempat ni?” Tanya Alvin sambil melihat gambar yang ada di tangannya.
“Saya tak pasti Tan Sri tetapi itu adalah kampung perempuan di dalam gambar itu. Tuan muda Danny juga mengingatkan saya supaya tidak memberitahu Tan Sri dia berada di situ.” Beritahu pembantu Alvin tanpa melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Aku nak kau cari maklumat tentang perempuan ni termasuk latar belakang keluarga dia.” Arah Alvin. Mencampak gambar itu diatas meja. Raut wajahnya di penuhi dengan muslihat.
Alvin telah lama memantau Danny sejak Danny tidak tinggal sebumbung dengannya. Danny bukan anak yang terbaik baginya. Dia memasang spy bukan bererti dia mengambil berat tentang Danny sebaliknya dia mahu melihat sejauh manakah Danny boleh hidup tanpa hartanya. Apabila tiba masanya dia sendiri akan menghancurkan kehidupan Danny.
“Datin makan datin, dari siang datin tak makan.” Pembantu rumah yang amat rapat dengan mummy Danny mencuri masuk ke dalam bilik untuk memberi makanan sekali melihat keadaan mummy Danny.
Mummy Danny menggeleng lemah. Sudah dua hari dia dikurung di dalam bilik. Hanya termenung di luar jendela. Menahan hati yang sedang sakit tak dapat dijahit. Terlalu merindukan Danny. Gambar Danny sewaktu kecil asyik dipeluk.
“Mak Nab...” Mummy Danny bersuara memanggil sayu pembantunya.
“Ya Datin.” Jawab Mak Nab. Pinggan yang berisi makanan masih ditangannya.
“Kalau terjadi apa-apa dekat saya. Mak Nab jagakan Danny.” Ujar mummy Danny melihat Mak Nab.
“Kenapa Datin cakap macam itu? Selagi Mak Nab ada kat dalam rumah ni Mak Nab akan jaga Datin.” Mak Nab mengusap kepala mummy Danny lembut.
“Saya tak rasa saya boleh hidup lama Mak Nab.”
“Datin jangan pernah berputus asa. Saya percaya Danny masih memerlukan Datin. Tentan Tan Sri Datin kena banyak bersabar.” Nasihat Mak Nab kepada majikannya.
Mummy Danny tidak mampu lagi berkata. Mengharungi sebeban masalah yang tidak berkesudahan. Terasa berat menghentak ubun-ubun kepala. Suara hatinya meronta-ronta untuk meluahkan perasaan yang tidak mampu terpunggah. Luka lama tidak tersembuh apatah lagi luka baru yang menunjang kehidupannya. Adakah semua ini pembalasan atas perbuatannya?
Share this novel