Pukul 10.00 pagi waktu sarapan pagi. Seperti biasa Rayyan akan ke perpustakaan. Sanggup berlapar duduk di dalam perpustakaan semata-mata mahu melihat bunga kecilnya. Melihat bunga kecilnya menjaga kaunter memulangkan dan meminjam buku sahaja sudah mengenyangkan perutnya.
"Macam mana bawa tak?" Tanya Danny. Dia sudi membantu Rayyan.
Rayyan tidak berseorangan untuk kali ini. Ada misi yang perlu dia selesaikan.
Kanak-kanak berumur 12 tahun sudah pandai hendak bercinta cintun. Ada sahaja akalnya Danny mahu membantu sepupunya.
"Tapi aku malu lah..."
Rayyan tidak yakin. Dinaikkan spek mata besarnya keatas. Asyik nak gelongsor sahaja ke hidung
"Ish bagi jelah, kau jangan risau kalau aku yang bagi mesti dia datang punya. Sini bagi aku."
Rayyan teragak-agak mahu keluarkan dari poketnya.
Bab-bab eksperimen cinta bagi sahaja ke Danny. Comfirm tak akan kena reject. Sebab apa? Danny adalah murid lelaki yang hot. Popular dalam kalangan murid perempuan walaupun kaya dengan sikapnya yang sombong dan poyo itu. Kalau Danny lalu sahaja di mana-mana terkinja-kinja perempuan melihatnya. Reaksi Danny?
Cool muka ketat!
"Eh eh kau buat apa ni?"
Halang Rayyan. Tak mahu Danny menghancurkan surat yang ditulisnya semalaman. Perah otak mahu memikirkan ayat.
"Hah itulah kau tak tahu, inilah kuasa nak bagi dia minat dengan kau. Ush kau diam je."
Danny sepenuh hati tabur bedak Baby Johson banyak-banyak keatas surat itu tak cukup dengan itu disemburnya minyak wangi milik mummynya. Minyak wangi Coco Mademoiselles yang tinggal separuh alang-alang dihabiskannya sahaja.
"Wah wangi..." Danny mencium surat yang sudah dimandikan dengan bedak dan minyak wangi.
Rayyan pula asyik bersin dan terbatuk-batuk. Dua orang budak nakal buat perangai dalam perpustakaan.
"Danny tak naklah aku malulah. Tak payahlah." Rayyan berubah fikiran.
"Kau ni jangan risau aku ada. Nal mid-eo oh!" Danny tepuk dada bangga. Dari manalah dia belajar semua itu.
Danny tak peduli.
Dia berjalan berlagak menuju ke kaunter buku, tempat pujaan hati Rayyan berdiri di situ.
Rayyan dari jauh hanya memerhati dah macam tikus menyorok dari kucing. Sepupunya betul-betul gila dan berani. Cemburu. Seronok jadi seperti Danny. Digilai ramai.
"Nah this is for you." Danny muka sombong hulur sepucuk surat kepada budak perempuan itu.
Dia tercengang.
Tak percaya budak lelaki seperti Danny datang mendekatinya untuk memberikan sesuatu.
Danny terus pergi. Muka selamba. Settle!
Budak perempuan itu merasakan dirinya sungguh beruntung! Dia lekas membuka surat yang diberikan oleh Danny. Buka sahaja surat berterabur bedak jatuh kebawah.
'Hai, saya sukakan awak. Erm dah lama saya suka awak. Awak cantik. Saya nak jumpa awak kat kantin boleh lepas habis kelas? Saya tunggu awak.'
Budak perempuan yang berambut panjang ikal mayang, muka bagai bulan penuh, bibir bagai limau seulas itu meloncat kegembiraan! Tak tertahan mahu mengheboh satu sekolah, Danny yang digilai ramai telah menyukainya.
Namun, apakan daya surat itu bukan dari Danny sebaliknya dari Rayyan.
'Kringggg'
Bunyi loceng sekolah berbunyi tanda sudah tamatnya sesi persekolahan.
Rayyan terus berlari menuju ke kantin. Tidak lupa dengan temu janjinya. Berdebar-debar jantungnya mahu berjumpa dengan perempuan yang dia sukai dalam diam.
Rayyan telah sampai dahulu di kantin, dia membelikan jus oren untuk budak perempuan itu. Itu adalah cadangan Danny. Harap-harap menjadi.
Rayyan gelisah. Tak senang duduk. Seminit telah berlalu, budak perempuan itu pun muncul.
Debarannya semakin terasa!
"Erm erm hai Nadia..."
Gagap Rayyan.
Nadia namanya.
"Hai, kau siapa?" Tanya nya serong.
Dia tak mengenali Rayyan.
Tangan Rayyan mula berpeluh.
"S s s sa sa ya Rayyan. Saya yang su su su kan awak tu."
Semakin parah gagapnya.
"Saya ada belikan air oren untuk awak. Nah." Rayyan malu. Speknya tak habis-habis mahu gelongsor kebawah. Matanya pula tak berani mahu memandang Nadia.
"Surat tu dari kau ke!?" Nadia seperti tidak suka. Kecewa! Bagi harapan sahaja!
Rayyan mengangguk perlahan.
Nadia amat marah! Wajahnya bengis. Merah satu muka.
"Jadi bukan Danny yang suka kan aku! Tapi kau!?"
Rayyan mula tak sedap hati.
"Ye, sebenarnya surat tu dari saya. Danny tolong saya bagi surat tu kat awak saya..."
'SPLASH!'
Jus oren terus disimbah kemuka Rayyan!
"Aku tak suka kau! Dahlah gemuk! Gagap pula tu! Kau tak layak suka aku! Buang masa aku je!" Herdik Nadia.
Semua mata memandang kearah mereka berdua. Rayyan berasa malu. Menitis satu persatu jus oren dari cermin matanya. Tak mahu mendongakkan kepala. Tak mahu menanggalkan cermin matanya yang sudah dileleh air jus oren. Hatinya cukup sakit.
Nadia terus pergi. Rayyan masih terduduk membisu.
"Budak gemok oooo budak gemok budak gemok ooo budak gemok! Ooo suka Nadia eaa...."
Dua budak lelaki datang mengacau Rayyan. Sudah menjadi hobi mereka mengejek Rayyan.
"Uuu siap belikan air oren kawan-kawan. Belanjalah kitorang mok!"
Jus oren yang tinggal baki sedikit itu dicurahkan keatas kepala Rayyan. Rayyan tak melawan sedikitpun. Dia menangis dalam diam. Dia mengesat airmatanya perlahan.
"Woi!!"
Suara menjerkah datang dari belakang mereka.
"Berani kau kacau sepupu aku!" Danny marah.
Mereka berdua takut. Tak berani mahu melawan Danny. Danny tolak dada seorang budak lelaki yang menjadi ketua membuli Danny.
"Apahal kacau sepupu aku! Kacaulah aku!" Cabar Danny.
Mereka berdua terdiam. Mahu mengalah.
"Kau okay tak? Sini aku lap cermin mata kau. Nanti aku ajar budak perempuan tu." Danny mahu menanggalkan cermin mata Rayyan tetapi Rayyan menahannya.
"Semua sebab kau. Aku dah kata aku tak nak. Semua sebab kau!"
Rayyan menolak Danny. Dia lantas bangun dan menjeling Danny. Rayyan menyalahkan Danny.
Sampai dirumah, Rayyan bermuka masam. Tak memberi salam langsung.
"Rayyan jom makan, umi masak makanan kegemaran Rayyan ni." Ajak Maryam kepada anak tunggalnya itu.
"TAK NAK MAKAN!" Tolak Rayyan. Jerit melepaskan marah.
Dia naik tangga menghentak-hentak. Masuk bilik, kunci pintu. Tak mahu makan langsung! Mula benci dengan fizikalnya!
Suara ejekkan masih tersimpan dalam ingatannya. Masih sukar untuk dia lupakan. Rayyan yang sekarang bukan Rayyan yang dahulu.
"Ya Allah Rayyan gemuknya kau haha. Kau ke ni Rayyan?" Rayyan bermonolog.
Menilik semula gambar-gambar majalah sekolahnya dahulu. Tersenyum sorang-sorang.
Danny sahajalah kawan baiknya. Selalu ada ketika dia dibuli di sekolah. Sebab itulah, mereka dihantar di sekolah yang sama kerana Maryam berharap Danny dapat melindungi Rayyan dan Rayyan tidak kesunyian.
"Manalah dia sekarang kan?"
Terlintas seseorang dalam ingatannya yang turut wujud dalam zaman kanaknya. Bukan Nadia tetapi seseorang yang menjadi sotirasnya selain Danny.
Rayyan senyum.
"Kami nak minta maaf dari pihak kami. Setelah diteliti melalui cctv memang ada salah faham." Beritahu ustaz muda itu.
Akhirnya Aryana boleh melepaskan nafas yang amat lega. Julia disebelah tumpang gembira.
Kejadian antara Aryana dan Danny diatas bukit, pejabat agama tergerak hati mahu melihat cctv untuk mengelakkan sebarang kecurigaan.
"Kamu pun satu, kamu tu perempuan sorang-sorang kat atas bukit tu buat apa!? Nasib baik ada cctv kalau tidak ku kahwin kan korang berdua tak kahwin denda!" Marah ustaz Undertaker.
Aryana belajar dari kesilapan. Kesilapan bersama Danny yang tidak habis-habis menyusahkan hidupnya. Satu satu musibah melanda setiap kali bersama Danny. Serik lepas ni!
"Akak akak kita duduk sekejap kat sini kak, lenguh dah tangan saya papah batu ni kak." Ajak Aryana. Semput.
Mereka menuju ke mini garden yang terdapat di depan pejabat itu. Ada bangku. Bolehlah duduk sekejap untuk menyelesaikan masalah yang seterusnya.
"Ish! Geram saya dengan dia ni! Sebab kan dia saya jadi tak tentu hala." Keluh Aryana. Danny duduk di sebelahnya. Tersandar. Tak sedar langsung dirinya diumpat.
"Kita kena fikir sekarang nak bawa Mr Danny kat mana. Kalau bawa balik ke kondo akak tak tahu password rumah dia." Beritahu Julia. Dia hanya berdiri.
"Kondo? Kenapa kondo?" Tanya Aryana hairan.
Aryana pernah menjejakkan kaki ke rumah keluarga Danny yang gah dahulu. Ingatkan tinggal sebumbung. Tak tahu Danny tinggal berasingan dari keluarganya.
"Mr Danny tak tinggal dengan parents dia. Hubungan dia dengan ayah dia tak berapa baik. Akak takut kalau kita bawa dia ke rumah orang tua dia tak pasal-pasal keluar belang dia kat kita." Jelas Julia.
Dia cukup kenal dengan bosnya. Julia juga pernah diberi amaran oleh Danny apa sahaja yang berlaku keatasnya Dia melarang Julia memberitahu keluarganya.
Aryana terus mengerling tajam ke Danny. Banyak pula karenahnya. Danny patut tahu betapa seksanya menguruskan dirinya yang sudah tak terurus.
"Dah tu kita nak buat apa ni? Kalau ikutkan hati saya nak je hantar balik kat bukit tu. Biar dia tidur kena gigit nyamuk. Rasakan! takpun biar je dia tidur dalam kereta tu sorang-sorang!" Aryana tolak bahu Danny. Cukup-cukup geram.
Julia cuba berfikir. Dia harus cepat berfikir kerana tak boleh meninggalkan anaknya lama-lama dengan suaminya. Mula tak percaya dengan suaminya.
"Hah! Apa kata kita minta tolong Samsul atau Wan. Bagi Mr Danny tumpang tidur kat rumah diorang nak tak?" Cadang Julia.
Aryana mengangguk laju tanda setuju. Dia pun sudah tiada idea.
"Okay, awak tunggu sini sekejap akak call diorang tau."
Julia tinggalkan Aryana dan Danny berdua di bangku.
Aryana mengeluh. Melihat Danny disebelahnya. Geleng kepala. Tak faham dengan nasib Danny. Ingat dia sahaja yang malang, rupanya ada yang malang darinya.
'Bap'
Kepala Danny tumbang diatas peha Aryana.
Tersentak Aryana.
"Amboi sedap nya ... Ingat peha aku ni bantal? Mr Danny, bangun Mr Danny bangun!" Kejut Aryana. Menggoyangkan bahu Danny.
"Mr Danny bangun, Mr Danny bangun!" Aryana tampar pula pipi Danny. Agaknya dah berapa kalilah pipi Danny ditampar oleh Aryana malam itu.
"Mr Danny bangun Mr Danny bang..."
Terhenti tangan Aryana seketika. Rasa panas.
Pipi dan dahi Danny panas! Tangannya juga!
Aryana merasa juga dahinya sendiri. Mahu tahu perbezaan suhu badannya dengan Danny. Mula tak kena.
"Eh panas badan dia ni! Mr Danny! Bangun!"
Danny betul-betul tak sedar langsung. Bibirnya pucat.
"Aryana, Samsul dengan Wan diorang balik kampung." Julia telah selesai membuat panggilan.
"Akak badan Mr Danny panas kak. Cuba akak rasa." Cemas Aryana.
Julia sekali. Tangannya terus ke dahi Danny.
"Eh ak ahlah! Panas sangat ni. Ki ki kita kena bawa dia pergi hospital."
Julia dan Aryana cepat bertindak. Masuk sahaja ke perut kereta. Julia tekan minyak, pecut ke hospital.
#kitajagakita
#kita pasti menang
#merdeka
#tanahairtercinta
#malaysiaku
Share this novel