Bab 48

Romance Completed 57501

Adam labuhkan duduknya di atas kerusi. Telefon yang sedari tadi berada di tangan segera disentuh skrinnya. Aplikasi whatApp dicari.

Blue tick!

Aik takkan baca je. Kenapa tak reply? Mogok lagi ke bini aku ni. Aduh, tak boleh jadi ni. Sampai bila dia nak biarkan Faiqa merajuk begini. Dah dua hari Adam menurut kehendak Faiqa untuk tinggal di rumah keluarganya. Bila Adam ajak balik ada saja alasan Faiqa nak mengelak. Marah sangat agaknya Faiqa pada dia.

Adam mengeluh. Lepas satu-satu masalah jadi.

" Berkerut je dahi? asal? bini lari ke? " soal satu suara dari arah depan.

Adam angkat kepala. Muka Haqiem yang sedang tersenyum sumbing itu dipandang. Spoil mood. Nak tak nak Adam lebarkan juga senyumannya. Nak cover line la konon. Kang kantoi susah pulak.

" Eh, bila kau balik Qiem? ingatkan kau dah tak ingat jalan balik ke sini dah. " usik Adam. Seingat Adam sudah lebih seminggu Haqiem di Sabah. Rindu rasanya nak bergurau dengan abang ipar kesayangan.

Haqiem ketawa lepas. Ayat macam aku pulak yang lari dari rumah.

" Bunyi macam tak suka aku balik kat sini je. Ke seronok sangat main kejar-kejar dengan adik aku? " perli Haqiem masih dalam sisa tawanya. Nak tergelak Haiqem bila dengar cerita mama perihal mereka suami isteri. Macam budak-budak. Dah tua bangka pun masih nak merajuk bagai.

" Kejar-kejar? eh mana ada. Kita orang okay je lah. " tangkis Adam. Cepat betul gosip dia dengan Aika tersebar. Ini kalau Haqiem tahu cerita sebenar confirm kepala dia kena penggal. Sendiri cari pasal. Sendiri pening kepala.

" Chill la bro. Aku faham kau tengah tension. Adik aku tu memang manja tak bertempat. Tapi kalau kau sayangkan dia, kau kenalah banyak sabar. "

Adam senyum segaris. Tak nak komen apa-apa. Dalam hal ni bukan Faiqa yang salah tapi dia.

" Aika mana? dia tak balik sekali dengan kau ke? "

" Tak. Dia keluar shopping dengan Aliah. " ujar Adam seakan berjauh hati. Mana tak jauh hati kalau asyik kena tinggal. Faiqa pun satu, nak pergi shopping je pun. Sampai hati sayang tak bagi abang ikut.

" Oooo.... kes kena tinggal dengan bini la ni. Hahaha.. Kesian! Dah, jom ikut aku. " Haqiem bangun dari duduknya.

" Nak ke mana? "

" Ps5 jom "

" Okay set. "

.
. .

" Sayanggg.... "

Faiqa ketap bibir. Sekali lagi matanya melekat pada pintu bilik air. Merungut-rungut Faiqa dalam hati. Sejak tadi ada saja gangguan dari Adam. Selang beberapa saat terjengul kepala Adam dengan rambut yang basah di celahan pintu.

" Sayang, tolong ambilkan abang towel. "

Faiqa tarik muka. Lepas satu-satu. Tadi berus gigi. Sekarang tuala pulak? apa ke pelik sangat Adam ni. Faiqa jeling sekilas muka Adam. Kaki di bawa ke arah wardrobe. Tuala berwarna putih di ambik lalu diserahkan pada Adam.

" Love you sayang. "

Adam koyak senyum. Sengaja nak pujuk Faiqa yang sudah tayang muka jengkel. Marah lagi lah tu.

Faiqa sambung semula baca majalah di tangannya. Kelibat Adam yang baru keluar dari bilik air dipandang dengan ekor matanya. Hisyh, dah pesan banyak kali pun tak alert lagi ke? Nak keluar dari tandas tu pakailah senonoh sikit. Ni tak asyik nak tayang body je.

" Sayang dah makan? " soal Adam ambil berat. Adam yang sudah lengkap berbaju duduk tepi Faiqa. Muka cantik Faiqa di pandang tak lepas. Rambut Faiqa yang lepas bebas menarik minatnya. Adam telan liur, terasa nafsunya bergelora tiba-tiba. Leher putih mulus Faiqa buat Adam rasa lemas. Behave Adam.

" Dah dengan Aliah tadi. " jawab Faiqa acuh tak acuh. Mata masih tertumpu pada majalah yang dibeli oleh Aliah. Kebetulan majalah itu tertinggal dalam beg kertas pakaiannya tadi. Majalah hiburan tapi sebab bosan baca je lah.

" Sayang baca apa tu? "

" niiiii..... " panjang mulut Faiqa menghala ke arah gambar actor pujaan ramai gadis semalaya. Siapa lagi kalau bukan mamat korea dahi licin tu. Aliah ni pun satu. Majalah k-pop ni jugak lah yang di beli. Buang duit betul.

Adam senyum senget. Hyun Bin?

" Dari tengok yang dalam majalah tu, lebih baik sayang tengok yang real depan mata ni. Kan lebih hensem "

Faiqa mencebik. Perasan!

" Asal cebik pulak? Eh, ramai tau yang cakap muka abang sama macam mamat Hyun Bin tu. so sayang kira beruntunglah sebab dapat abang ni. Full pakej! yang paling penting tak perlu nak kongsi dengan orang lain " Ujar Adam bangga diri. Melebar senyuman dibibirnya. Siapa yang tak bangga kalau diri di samakan dengan international actor. Kira muka aku ni hot item jugak lah kan? Kalau jual produk confirm terlajak laris.

" Tak payah nak perasan. Entah siapalah yang cakap macam tu. Entah-entah orang yang cakap tu terlupa nak pakai spek mata . " ejek Faiqa. Hilang terus senyuman manis di muka Adam. Rasakan.

" Alaaa.. sayang ni tak boleh nak buat gurau langsung. Asyik nak bad mood je. Abang tahu lah abang salah. I'm sorry okay " luah Adam buat kesekian kalinya. Jemari Faiqa yang sudah berada dalam genggamannya di usap pelahan. Dipandang Faiqa dengan penuh kasih sayang.

" Sendiri cari pasal. Sendiri tanggung lah! " Faiqa senyum mengejek. Sebelum kantoi bukan main seronok berdating. Bila dah kantoi tahu pulak cari aku sampai ke sini. Kalau tak buat derk je kan.

" Sayanggg... "

Meleret manja suara Adam. Tak habis lagi ke marah Faiqa ni. Memang betul dia salah. Salah sebab terima ajakan Syira untuk keluar makan. Tapi semua tu hanya kebetulan, mereka terserempak pun kerana menyertai seminar yang sama, bukannya dirancang pun.

" Apa sayang sayang? Dah, ke tepi! Orang nak turun ke bawah. " Faiqa letak majalah atas tilam. Sepit rambut di capai sebelum rambutnya di sanggul tinggi.

" Sayang nak buat apa? "

" Makan coklat. "

Riang ria Faiqa menjawab. Teringat stok coklat Cadbury yang dibelinya petang tadi. Yummy. Mengikut kajian seseorang yang mengalami stress emosi akan kembali stabil bila makan coklat. Betul ke idok?

" Nope! " bantah Adam. Tabiat Faiqa yang satu ni memang tak bekenan betul di hatinya. Tapi Faiqa nak ke dengar nasihat orang. Bagai tuang air ke daun keladi la jawabnya.

.
. .

Hujan lebat di pagi hari. Mata yang baru nak layu jadi segar semula. Faiqa tarik comforter sehingga paras bahu. Sejuknyaaa. Faiqa capai remote air cond yang terletak atas meja. 18 darjah celsius? patut lah dia rasa macam nak beku je. Ini lah bahana kalau derhaka cakap suami. Pukul 2 pagi pun mata still tak mengantuk lagi . Dah lah esok nak pergi kerja. Adoi, cari masalah betol.

Faiqa toleh ke arah sebelahnya. Membulat anak matanya. Spontan tubuh Faiqa tegak 180 darjah. Anak mata dah terjojol macam nak terkeluar. Adam tak pakai baju? Adoi buat hal betol lah mamat ni. Teringat pulak Faiqa kejadian malam tadi, sebab nak elak dengar Adam membebel Faiqa pura-pura tidur padahal ketika tu mata langsung tak rasa mengantuk. Agaknya masa tu lah kot, Adam tanggal baju. Hissyhh apa ke pelik sangat Adam ni. Tak pernah-pernah tidur tak pakai baju macam ni.

Muka Adam dipandang lagi. Pelahan - lahan terukir senyuman di bibirnya. Faiqa akui muka Adam yang seakan mix korea itu buat dia jatuh suka untuk melihat. Salah satu ciri lelaki idamannya ada pada Adam. Mungkin sebab itu Allah jodohkan kami berdua. Faiqa pandang pula tubuh berotot Adam. Faiqa telan liur. Yang ni serius buat Faiqa jadi sasau. Setiap kali melihat tubuh Adam, Faiqa bagai ingin mendakap tubuh sasa itu. Melting sangat. Kalau lah aku dapat landing ni confirm lena sampai ke tengahari. Hahaha...

eh eh..

Apa hal pulak dengan aku ni. Kenapa tetiba cakap bab body Adam pulak. Dah macam perempuan gatal pulak. Dah desperate sangat ke?

Faiqa geleng kepalanya. Bukan gatal. Bukan jugak sebab desperate. Pandang suami tu kan dapat pahala. Ni aku tengah kumpul pahala lah ni. Faiqa senyum lebar. Ah, ada-ada jelah kau ni Faiqa.

Faiqa tarik comforter, badan Adam yang terdedah segera di tutup. Kulit buaya agaknya Adam ni. Tak reti nak rasa sejuk!

Poooommmmm !!!!

Terjongket bahu Faiqa. Faiqa pejam rapat matanya. Bunyi guruh tadi buat Faiqa jadi kaku ditempatnya. Kedua tangan sudah naik menutup kedua belah telinga. Faiqa tunggu buat seketika. Bila bunyi itu sudah tidak lagi kedengaran, Faiqa buka semula matanya.

Gelap!

Faiqa panik. Tak semena air mata mula bertakung. Suasana gelap seperti ni buat Faiqa jadi teringat kejadian malam itu. Faiqa paut kaki dengan kedua tangannya, mukanya ditundukkan ke bawah. Faiqa tahan sebak.

" Sayanggg... "

Adam gosok matanya. Adam cari bunyi esakan yang menganggu tidurnya. Terkebil-kebil Adam atas katil. Gelap. Tapi kenapa Faiqa menangis?

Adam resah. Segera Adam capai telefon tepi bantal. Sebaik saja lampu pada telefon dipasang, Adam lihat Faiqa sedang teresak menangis. Segera tubuh Faiqa ditarik masuk ke dalam pelukan.

" Ssyyyhhhh.. you gonna be safe " pujuk Adam.

" A..ai..aika takut. " ujar Faiqa dalam esak tangisan. Faiqa peluk erat tubuh Adam. Wajahnya dibenamkan rapat ke dada Adam. Saat ini wajah Rafiq muncul tiba- tiba. Faiqa jadi takut.

" Calm down. Sayang tak perlu takut. Abang kan ada. " pujuk Adam. Belakang badan Faiqa dielus pelahan. Adam faham kenapa Faiqa jadi begini. Sudah tentu Faiqa masih belum dapat melupakan peristiwa hitam itu.

" Kalau dia datang? "

" Langkah mayat abang dulu. Abang takkan sesekali biarkan dia sentuh atau apa-apakan isteri abang. " ujar Adam tegas. Tak ada suami yang sanggup biarkan isterinya diperdajalkan oleh lelaki lain.

Makin laju air mata Faiqa merembes keluar. Kenyataan Adam tadi buat Faiqa bertambah sebak. Adam betul- betul sayangkan dia. Sedangkan dia?

" Sayanggg, pleaseee... Stop crying." Adam tolak sedikit tubuh Faiqa. Air mata isterinya diseka perlahan. Cahaya lampu yang samar jelas menunjukkan muka Faiqa yang sudah sembab. Bertambah pilu hati Adam melihatnya.

" Betul ke abang sayangkan Aika? "

Laju Adam mengangguk. Muka Faiqa dipandang tak lepas. Faiqa gigit bibir. Hatinya jadi bertambah sebak dengan pengakuan Adam.

" Sepenuh hati? "

" Of course yes. Why? "

" Tolong bagi Aika peluang. Aika nak jadi isteri abang dalam erti kata yang sebenar. " dalam sebak Faiqa capai tangan suaminya. Dia cium tangan Adam. Kali ni Faiqa serius. Dia perlu minta maaf. Dosanya pada Adam sudah menggunung. Selama ni dia hanya biarkan Adam jadi suami atas kertas saja.

Berkerut dahi Adam. Adam tak faham. Apa maksud Faiqa berkata begitu.

" Sudi tak abang jadi kekasih halal Aika dunia akhirat? "

Adam pegang kedua bahu Faiqa. Muka Faiqa di cari. Hati Adam dah berbunga bahagia. Betul ke apa yang dia dengar?

" Yes. I will sayang. I'm yours. Forever and ever. " ucap Adam yakin. Memang selama ini hatinyq kepunyaan Faiqa. Hanya Faiqa satu-satunya wanita yang dia cintai.

" Thanks abang. "

Adam terharu. Dahi Faiqa dicium. Ini lah saat yang Adam nantikan selama ni. Saat di mana Faiqa redha menerima dia sebagai suami. Besarnya nikmat yang Allah berikan pada mereka. Ada hikmat disebalik apa yang berlaku sebelum ini. Adam tarik tubuh Faiqa agar berbaring dalam pelukannya.

" Abang bersyukur akhirnya hati sayang terbuka untuk terima abang. " Adam letak mukanya di bahu Faiqa. Bertalu ciuman singgah di pipi Faiqa. Faiqa hanya merelakan. Dia mahu yang indah-indah saja berlaku malam ini.

" Selama ni mesti abang kecewa dengan Aika kan? " tanya Faiqa ingin tahu. Saat dirinya hampir dinodai, Allah hadirkan lelaki seperti Adam menjadi suaminya. Seharusnya dia perlu bersyukur dengan perkahwinan ini.

" Menyintai dan memiliki sayang adalah anugerah terindah dalam hidup abang. " Bisik Adam pelahan. Kumisnya sengaja digesel-gesel manja di cuping telinga Faiqa. Leher Faiqa digomolnya geram.

Faiqa menggeliat. Geli.

" Jom tidur. Dah lewat pagi ni. " Faiqa tarik comforter. Perangai buas Adam buat dia rasa tak selamat.

" Sayangggg...... "

" Hurmm... "

" Malam ni malam jumaat. Lebih afdal kalau.... "

Adam senyum nakal. Alang-alang Faiqa kata nak mulakan hubungan baru elok lah kalau dimulakan pada malam yang mulia ni. Tak gitu?

Faiqa berpaling. Keduanya saling berbalas pandangan. Senyuman Adam yang super duper manis tiba-tiba buat Faiqa kehilangan oksigen. Faiqa cuba berlagak tenang tapi gagal. Adam betul - betul buat dia rasa nak lari.

" Dah lewat dah ni. Jomlah tidur. Esok nak kerja " Faiqa senyum paksa. Air liur ditelan berkali-kali. Hormonnya makin tak stabil bila Adam semakin erat memeluknya.

" Small matter. Abang boleh bagi sayang EL " jawab Adam beserta senyuman penuh makna. Jarinya sudah merayap gatal disekitar bibir mungil Faiqa. Dielus pelahan bibir seksi itu. Kemudian bergerak pula di bahagian leher isterinya sebelum turun ke dada.

Membulat mata Faiqa bila jemari Adam sudah berhenti pada butang baju tidurnya. Dadanya berdenyut kencang. Nak serah diri ke tak? Dah bersedia ke dia?

Makin melebar senyuman Adam bila Faiqa diam tak membantah.

Ya Allah perliharalah rumahtangga kami.

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience