Bab 13

Romance Completed 57501

Faiqa masih diam membatu. Anak matanya masih fokus pada figura di hadapannya. Dia menoleh pula ke sisi kiri lelaki itu, air liur di telan pelahan.

Sekali lagi Adam menyuakan helmet itu kepada Faiqa. Kalau tadi gadis itu menolak, tapi sekarang helmet itu sudah selamat bertukar tangan meskipun jelas dan nyata muka Faiqa sudah berubah riak.

Adam ketawa lucu. Lagak Faiqa tak ubah macam kena kahwin paksa.

Faiqa ketap gigi.

Ketawa Adam sangat tak kena pada masanya. Dahlah dia tengah cuak, boleh pulak Adam ketawa senang hati. Haish, nak kena ni.

“ Sorry lah. Hari ni abang merempit. Nak balik rumah takut lambat sampai pulak. ” ujar Adam seraya menyarungkan helmet di kepala. Nasib baik sebelum sampai ke situ, dia sempat singgah beli helmet spare untuk Faiqa.

Faiqa tersenyum kelat.

Lemah lututnya, bila melihat moto berkuasa tinggi Adam sudah terpacak depan mata. Kalau tadi dia begitu sabar menanti lelaki itu datang, sekarang rasa nak lari pulak.

Arrgghhh….

Adam ni pun satu tah bila boleh terjebak beli moto besar ni pun dia sendiri tak pasti. Mesti terpengaruh dengan Haqiem agaknya.

Seumur hidup dia tak pernah pun naik motosikal. Walaupun sebelum ni ada beberapa kali Haqiem mempelawa, namun dia tak pernah menurut. Dia fobia pada kelajuan. Tapi sekarang?

Eh, kau ni Aika.. dah mintak tolong orang banyak songeh pulak. Cuba belajar bersyukur sikit. Faiqa senyum paksa.

“ it's okey. Janji Aika boleh balik. “

Dia cuba memaniskan muka. Helmet tadi dipandang sekali lagi.

Hah. Macam mana nak pakai ni? Mana depan mana belakang? Gerutu hatinya.

" Kalau Aika nak tahu, naik moto lagi best dari naik kereta tau.” Adam cuba memujuk. Seakan memahami situasi Faiqa, dia lantas mencapai helmet tadi dan terus saja dipakaikan di kepala gadis itu.

Usai itu, enjin motonya dihidupkan. Bunyi ngauman sudah kedengaran kuat. Sekali dengar dah macam bunyi bom atom nk meletop aje. Faiqa pandang tubuh Adam yang sudah menapak naik atas motosikalnya.

Air liur ditelan. Faiqa tarik nafas panjang.

Dengan berhati hati, dia mula memanjat naik moto Kawasaki z800 milik Adam. Posisi tubuhnya dibetulkan agar kedudukannya menjadi lebih selesa. Tangannya kini sudah beralih ke pinggang Adam. Berada di atas moto besar itu buat tubuh keciknya seperti berada di awangan saja.

Bertambah debar dan panik Faiqa saat tayar moto mula bergerak. Matanya dipejamkan rapat. Seakan tak mahu dilepaskan, pinggang Adam terus di peluknya seerat mungkin.

.
. .

" Cukup tak ni? kalau tak cukup, abang oderkan lagi? " Faiqa yang sedang menghirup kuah tomyam terus angkat muka. Berkerut saja dahinya.

Ni nak ajak aku makan ke melantak?

Makanan di atas meja dipandang satu persatu, ada tomyam, ikan siakap 3 rasa, sayur campur dan telur dadar. Semuanya masih banyak berbaki. Siapa nak habiskan? Dia atau Adam?

" Kenapa? "

Adam jongket kening.

" Makanan ni pun tak habis lagi. Nak oder lagi buat apa. Membazir jer. " rungut Faiqa.

Dia kenal sangat dengan perangai Adam, suka oder makanan banyak-banyak padahal diri sendiri makan sikit jer. Nak jaga badan la tu.

Adam hanya senyum.

Pulak dah. Tadi bukan main kata lapar. Dia nak hantar balik tapi Faiqa ajak singgah makan.

Senyuman Adam menarik minat Faiqa. Dah lama dia tak merenung wajah itu. Lelaki yang sudah di anggap seperti abang kandung sendiri. Lelaki ini terlalu baik, sentiasa ada disaat dia perlukan seseorang. Tak pernah cakap tidak, sehingga dia merasakan layanan yang Adam berikan kepadanya terlalu berlebihan. Memang bertuah badan siapa yang dapat Adam ni.

" Abang ada girlfriend? "

Entah kenapa soalan itu terpacul dari bibirnya. Orang sebaik Adam ni takkan la takda yang nak. Muka pun ala k-pop, kerjaya pun bagus. Pakej lengkap nak di buat suami.

Berubah air muka Adam. Seram sejuk tubuhnya. Soalan dari Faiqa buat dia terasa gugup tiba-tiba. Tengkuknya di gosok pelahan. Selama ni Faiqa tak pernah pun nak ambik tahu status dirinya. Ni tetiba tanya dah kenapa?

" Kenapa tiba-tiba nak tahu? "

Dia cuba mengawal riak. Minuman di atas meja disedut pelahan sebelum dia kembali memandang wajah Faiqa.

Faiqa senyum senget. Tanya pun takkan tak boleh.

" Saja jer nak tahu. Mana tahu dah ada girlfriend, nak jugak Aika kenal dengan bakal 'akak ipar'. "

Sengaja dia tekankan perkataan akak ipar. Wajah Adam direnung dalam. Tangan kanannya pula sudah menongkat dagu. Matanya dikelip-kelipkan seakan menghantar isyarat bahawa dia sedang menunggu jawapan dari lelaki itu.

Tak keruan Adam jadinya. Ternyata renungan mata Faiqa mampu membunuh seluruh ketenangan hatinya.

" Jangan nak buat muka manja macam tu. Gigit nanti baru tahu. "

Adam buat-buat ketawa.

Saat terdesak macam ni, boleh pulak datang idea nakal nak mengusik.

Faiqa mencebik.

Cis, aku beriya nak tahu boleh pulak dia buat lawak macam tu.

" Nak tahu pun tak boleh. Jangan jadi macam Along dahlah. Sampai sekarang kesepian tak berteman. " omelnya pelahan tapi masih jelas di telinga Adam.

Adam yang mendengar sudah menyimpan senyum. Kuat bebel jugak awek sorang ni. Gigit betul-betul nanti baru tahu.

" By the way, esok pergi kerja naik apa? nak abang jemput? "

Bersinar terus bebola mata Faiqa. Laju dia mengangguk. Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal.

Yahoo.. cancel terus oder Grab. Haha..

" Mestilah nak! Aika tunggu abang esok. Jam 8 ok. "

Senyuman paling manis di lemparkan pada Adam. Tangan menari laju menyuap nasi ke dalam mulut. Bila hati dah senang apa lagi, makan jelah. Berselera jadinya.

Adam koyak senyum.

Ish, budak ni senang betol mood dia berubah. Orang perempuan memang macam ni ke?

Dalam pada itu mata terus ralit memerhati si gadis pujaan.

Faiqa yang dulu tak jauh beza dengan Faiqa yang sekarang. Tetap comel dan menarik pada pandangannya.

.
. .

“ Kau dah kenapa pandang aku macam tu? “ bentak Faiqa. Geram pulak dengan pandangan sinis Aliah.

Nak tengok tv pon tak senang.

“ Amboiii…sejak jadi minah rempit ni bukan main belagak kau eh. “

Aliah tahan ketawa. Ikutkan hati mahu saja dia menghamburkan ketawa. Masih terbayang aksi Faiqa petang tadi. Saling tak ubah seperti minah rempit dalam filem. Tertonggek di belakang Adam. Hahaha.. Feeling bebenor member aku ni.

Tak sempat Aliah mengelak, sebiji bantal sudah melayang ke arahnya. Tepat mengenai bahagian dada temannya.

Faiqa tersenyum puas.

Dari tadi asyik nak bahan aku jer. Kelakar sangat agaknya tengok aku merempit dengan Adam.

“ Salah kau lah.. aku call tak jawab. Sibuk mengalahkan menteri. “ balas Faiqa geram. Sekarang bukan main kau nak gelakkan aku. Siot je member aku ni.

Aliah senyum kelat. Kan dah kena setepek.

“ Alaa… sorry la. Hari ni aku betul-betul sibuk. Pagi tadi aku rushing sampai tak sempat nak kejutkan kau " jelas Aliah dengan mimik muka bersalah.

" Habis tu yang kau sakan gelakkan aku tu dah kenapa.. Kau ingat aku nak sangat ke jadi minah rempit terhormat ni? "

Melihat wajah mencuka Aliah buat hatinya ketawa riang. Padahal dia okey jer. Seronok pulak naik moto besar ni. Tak payah aircond. Angin fresh kena muka.

“ Tapi kan aku tengok tadi bukan main sweet kau dengan Adam. Cara Adam tanggalkan helmet kau, fuhhhh... sebijik macam korang ni laki bini "

Sempat lagi dia mengenakan Faiqa. Hilang terus rasa bersalahnya tadi.

Membulat mata Faiqa, lantas sekali lagi bantal di layangkan, kali ni tepat ke wajah Aliah. Rasakan!

“ Dah! kau jangan nak melebih-lebih. Adam tu aku anggap dah macam abang aku. Lagipun aku tumpang dia sebab nak larikan diri dari Rafiq je "

“ Rafiq? “

“ Erm, dia ada datang ofis pagi tadi. “ laju Faiqa menceritakan kejadian pagi tadi pada Aliah. Kerana tak sanggup berdepan dengan gangguan Rafiq, dia terpaksa tebalkan muka mintak tolong dengan Adam. Padahal dia tahu bukan dekat Adam nak menapak datang ke ofisnya.

“ so apa plan kau? “

“ Dah alang-alang dia tuduh aku ada laki lain, aku ikut idea kau. “

Lagipun itu saja pilihan yang dia ada. Dia dah tak nampak jalan lain lagi dah. Dia tak nak mengalah dengan pujuk rayu Rafiq. Hubungan mereka dah tamat. Titik.

Aliah mengangguk setuju. Memang itu yang patut Faiqa buat dari awal.

“ Tapi, aku tetap rasa Adam bukan pilihan yang tepat. "

Ini lagi satu masalah. Kalau boleh dia tak nak hubungan baiknya dengan Adam berjejas. Dia takut kalau Adam fikir dia sengaja libatkan lelaki itu dalam hal ni.

Tapi kalau bukan Adam calonnya, siapa pulak yang sesuai jadi boyfriend aku?

“ Ala relax la. Kau bagitahulah dia dulu. Kalau dia reject baru kau cari orang lain. “ pujuk Aliah.

Walaupun dia tak berapa kenal sangat dengan Adam tapi dari cara layanan Adam pada Faiqa dia yakin Adam pasti takkan menolak.

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience