Bab 18

Romance Completed 57501

Adam mengangkat muka. Mencari arah datangnya suara itu. Sebaik melihat muka lelaki berkumis nipis itu berubah terus air mukanya.

“ Kau buat apa kat sini? “ ujar Adam. Nada suaranya kedengaran tak sekata. Tajam saja matanya memandang lelaki yang sudah tegak berdiri dihadapan.

Fakrul, kawan baiknya ketika di Ireland. Lelaki ini penyimpan terbesar rahsia peribadinya. Segala rahsia Adam ada dalam poket lelaki itu. Memang mati aku kalau mamat ni bukak mulut.

Fakhrul senyum sinis. Melihat air muka Adam yang ketat, dia dapat rasakan kehadirannya sangat tak dialukan ketika itu.

“ Amboii, ayat macam tak suka jumpa aku jer. Aku macam biasalah suami mithali, temankan wife aku pergi beli barang. “ Fakrul ketawa kecil. Sempat lagi bahu Adam di tepuk mesra. Seolah menyatakan dia suka dengan pertemuan ini.

Dia beralih pula pada gadis di hadapan Adam. Mulutnya terlopong sedikit. Woww.. awek kayangan mana yang Adam dapat ni. Cantik! Patutlah asyik bagi alasan busy je sekarang. Mesej pun 2 3 hari baru nak balas. Sakan bercinta noh!

Faiqa senyum seadanya sebelum dia kembali menunduk. Tak berminat nak layan pandangan semacam dari Fakrul yang dilabelkan sebagai pandangan lelaki gatal. Kata suami mithali tapi pantang nampak perempuan juling terus biji mata.

Adam ketap bibir.
Kaki Fakrul dipijak kuat.
Tak beragak kau kan. Berani usha awek aku!

Berubah air muka Fakrul. Bukan main sakit kakinya bila dia hanya memakai sandal ketika itu. Cemburu buta betol mamat sorang ni. Kalau bengkak kaki aku, siap kau!

“ Mana wife kau? “ tanya Adam tanpa rasa bersalah. Dia senyum senget bila melihat kerutan di dahi Fakrul. Kan dah kena. Padan muka!

“ tu kat kaunter, tengah beratur nak bayar. “ muncung saja mulutnya menghala ke isterinya. Kebetulan tempat makan mereka terletak di hadapan sebuah pasaraya.

Adam mengangguk. Dia turut ikut memandang ke arah yang dinyatakan Fakrul. Selesai membuat bayaran, isteri Fakrul terus menghala ke arah mereka bertiga.

" Sorry, ramai pulak orang kat kaunter tadi. " Dia yang ketika itu baru sampai sempat menghantar senyuman kepada Adam. Dia kenal lelaki itu. Suami di sebelah dikerling geram. Pantang leka sikit, suka hati dia jer tinggalkan isteri sendiri.

Dia menilik pulak gadis yang sedikit menekur memandang meja. Eh, macam kenal lah..

" Cik Faiqa? "

Faiqa angkat muka. Matanya terarah pada gadis yang sedang berdiri tegak dihadapannya. Segaris senyuman diberikan.

Adam dan Fakrul saling berpandangan. Berkerut dahi masing masing.

" You all kenal ke? " laju Fakrul bertanya. Teruja pun yer.

Faiqa mengangguk pelahan.

" Qadeja was my PA " jawabnya. Dia sudah rasa tak selesa bila semua mata sudah tertumpu ke arahnya. Adam pun sama. Membulat matanya seakan terkejut.

" wow.. intresting! " Bahu Adam di tepuk sekali lagi. Nampaknya tak susah untuk dia mendapatkan maklumat tentang Faiqa. Dia akan gali sendiri dari isterinya nanti.

Adam mengetap gigi. Mendalam sungguh maksud kata Fakrul tadi. Dia tahu apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nanti kau si penyibuk!

Qadeja senyum mendengar jawapan balas Faiqa, dia memandang Faiqa yang beriak biasa. Jadi inilah perempuan yang dipuja oleh Adam selama ini. Ermm... Sesuai, sama cantik sama padan!

" Eh, jomlah makan sekali " Rasa tak sopan pulak kalau tak pelawa. Dari ekor matanya dia dapat lihat Faiqa mula tak selesa dengan pandangan semacam dari Fakrul.

“ No need. Kami pun nak cepat ni. ” ujar Fakrul. Sebetulnya dia memang tak boleh lama di situ, anak mereka masih di rumah pengasuh. Berjumpa dengan Adam ni pun ibarat bulan jatuh ke riba.

Sebelum pergi sempat dia menghantar senyuman sinis ke arah Adam. Finally.. kantoi jugak kau dengan aku Adam. hahaha

“ Siapa tu? macam tak pernah tengok orang jer “ tanya Faiqa setelah Fakrul hilang dari pandangan.

Adam ketawa mendengarnya. Polos betol soalan Faiqa.

“ Housemate abang masa belajar kat Ireland dulu. Dia memang jenis macam tu, terlebih ramah . “ cerita Adam jujur.

Faiqa sekadar mengangguk. Elok sangat la tu, sekurang kurangnya dia boleh menjalani hidup seperti biasa lepas ni. Tak perlu terikat dengan cinta Adam lagi.

Eh.. jap! tak boleh tak boleh. Kepalanya digeleng beberapa kali. Aku masih perlukan Adam untuk misi sakitkan hati Rafiq dan Adam hanya boleh cari cinta sejatinya selepas Rafiq sepenuhnya pergi dari hidup aku.

“ Kenapa? “ muka Faiqa dipandang pelik.

“ Kenapa apa? “ soal Faiqa blur.
rasanya dia tak ada cakap benda yang pelik.

“ Tadi sayang geleng kepala kenapa? “

Faiqa garu kepalanya. Macam mana dia boleh tak perasan. Nasib baik mulut ni tak celupar cakap yang bukan-bukan.

“ Nothing. Abang dah siap makan kan? Jom balik. " Jam dikerling. 7 malam. Dah lewat ni. Kang membebel pulak mak cik kat rumah tu.

Adam mengangguk. Dia mula berkira kira untuk bangun. Melihat Faiqa disisi buat dia tersenyum bahagia. Tak sangka akhirnya dia berjaya memilik Faiqa. Moga cinta mereka kekal selamanya.

.
. .

“ Fiq! malam ni stok baik punya. Confirm kau mesti meleleh tengok "

Bahu Rafiq di tepuk pelahan. Ceria saja muka Kuzir. Mana taknya bahagian dia pun ada jugak malam ni.

Kecik anak mata Rafiq. Kawan dia yang sorang ni dah tak ada kerja lain agaknya. Kerja nak perhabiskan duit dia saja. Stok baik aka gegadis club bukan itu yang dia cari. Fikirannya masih memikirkan tentang Faiqa. Lagipun dia bukan seperti Kuzir, kaki perempuan.

Rafiq diam membatu. Malas nak melayan Kuzir yang sedari tadi memandangnya. Sejak hubungannya dengan Faiqa berakhir club ni dah jadi rumah kedua baginya. Balik dari kerja wajib baginya singgah ke sini.

Kuzir mengeluh. Sangkanya Rafiq akan teruja tapi nyata dia silap. Usahanya gagal lagi kali ni. Rafiq masih belum move on.

" Sudah sudahlah tu Fiq, kau nak ingat dia lagi buat apa. Setakat Faiqa tu petik jari pun kau boleh dapat lah. " pujuk Kuzir.

Dia sendiri dah mati akal nak memujuk. Entah apa yang hebatnya dengan Faiqa tu sampai Rafiq memanjang duk tayang muka monyok. Dah orang tak nak buat apa nak terhegeh lagi.
" Aku tak nak orang lain. Aku nak dia sorang je. Kau faham tak! "

Rafiq mendengus kasar. Kuzir memang tak faham bahasa agaknya. Bukan mudah dia nak melupakan Faiqa. Bertahun mereka bersama. Semua kenangan indah masih tersemat dalam ingatan. Dia mencintai Faiqa sepenuh hati. Tak mungkin dia dapat melupakan Faiqa semudah itu.

" Habis tu? takkan kau nak tunggu dia lagi? kau jugak yang cakap dia dah ada kekasih baru kan.. buat apa nak terhegeh kat dia lagi. " gila talak betul lah Rafiq ni. Dulu masa orang tu milik kau, kau taknak jaga. Cemburu tak tentu pasal. Bila dah kena tinggal meroyan tak sudah. Buat malu je jadi lelaki.

Rafiq mendengus. Cakap banyak kali pun bukan Kuzir ni faham. Lelaki ni mana pernah setia tu sebab dia tak tahu sakitnya hati bila ditinggalkan. Ada perempuan pun buat pakai buang je.

" Aku tak peduli! Sekalipun dia dah jadi bini orang, aku akan tetap kejar dia! " serius saja suaranya. Kali ini dia tak main - main. Dia akan cari jalan sampai Faiqa jadi miliknya semula.

Kuzir kerut dahi. Wajah tegang Rafiq dipandang. Apa mamat ni nak buat? Takkan nak culik anak dara orang pulak? makan nasi lokap la jawapnya

Rafiq ketawa tiba-tiba.

" Aduhh, kau ni kenapa Fiq. Jangan buat aku seram wei. Kau ok ke tak ni? " makin pelik Kuzir bila ketawa Rafiq semakin kuat kedengaran. Tadi bukan main sedih ni ketawa bagai nak rak.

aduhh, mamat ni sihat ke tak?

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience