Bab 5

Romance Completed 57501

"Assalamualaikum... “

" Waalaikumussalam. Umi ada kat dapur ni. "

Adam senyum. Dari muka pintu dia sudah dengar balasan suara Puan Aisyah menyambut salamnya.

Dia terus melangkah ke arah dapur. Aroma nasi goreng menyengat masuk rongga hidungnya. Pasti umi sedang menyiapkan sarapan pagi buat mereka sekeluarga.

Puan Aisyah memandang pelik ke arah Adam. Awalnya balik.

“ Kita ada tetamu umi “ beritahu Adam lembut.

Satu ciuman singgah di pipi tua itu. Dia tersengih memandang Puan Aisyah.

“ Siapa? umi kenal ke? Bukan tadi Adam pergi jogging ke? jumpa kat mana? “

Nampak? bertalu soalan Puan Aisyah persis keretapi laju.

Adam tidak menjawab sebaliknya tangan Puan Aisyah di tarik menuju ke ruang tamu rumah. Dia yakin Uminya pasti akan teruja.

“ Laaa.. Faiqa rupanya. Kenapa nak datang tak bagitahu. Kalau tak boleh umi masak lebih. “ laju saja tubuh gadis itu dirangkul. Seronok betul hatinya. Seingat dia sudah lama Faiqa tidak datang ke situ. Kali terakhir sebelum Adam sambung belajar beberapa tahun lepas.

Faiqa pamer senyum. Namun tidak lama bila tubuh tua itu menghimpit tangannya yang sakit. Adam yang perasan segera bersuara.

“ Umi.. hati-hati tangan Aika terseliuh. “

Adam sudah mendekat. Wajah merah Faiqa buat dia mula cuak.

Pelukan dilepaskan. Tangan kanan Faiqa di raih. Tangan yang lengkap berbalut itu dipandang sekejap. Bekerut dahi tua Puan Aisyah. Dia memandang anak mata Faiqa meminta penjelasan. Risau pulak hatinya.

Faiqa serba salah. Tak tahu nak jawab apa. Renungan itu seperti gam gajah. Berjaya menutup mulutnya untuk bersuara. Lantas muka Adam dipandang sayu, seakan meminta pertolongan.

Adam senyum. Dia faham pandangan mata Faiqa.

“ Tak ada apa apalah Umi. Tangan Aika terseliuh sikit je “ jawabnya tenang.

Dalam hati berdoa jugak agar umi tak banyak soal. Dari ekor mata, dia melihat Faiqa mula tak selesa. Jujurnya dia sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku. Dia hanya nampak pergelutan kecil antara Faiqa dengan kekasihnya. Selebihnya biar Faiqa sendiri yang buka mulut.

“ Ya allah. Habis tu macam mana.. Teruk ke tak ni? “

Faiqa hanya diam. Saat itu tugasnya hanya sebagai pendengar. Dalam diam dia memuji sikap Puan Aisyah yang prihatin.

“ Satu dua hari insyallah baik.”

Puan Aisyah tersenyum lega.

Lantas tubuh kecik Faiqa di raih lagi. Kali ini lebih berhati hati. Faiqa sendiri sudah dianggap seperti anak sendiri. Lagipun Adam berkawan baik dengan Haqiem. Dari zaman sekolah lagi Haqiem dan Faiqa seringkali menjadi tetamu mereka. Jadi tidak hairan la kenapa dia sangat teruja dengan kedatangan Faiqa.

“ Makan kat sini yer.. Sarapan pun Umi dah siapkan tu. “ tubuh Faiqa sudah dibawa ke ruang makan.

Faiqa senyum manis. Kepalanya di angguk laju. Makan free siapa tak nak. Umi memang ramah orangnya, sama macam mama. Layanan yang diberikan memang first class. Tak rasa macam tetamu. Itu sebab bila Adam pelawa datang ke rumah tadi laju saja dia bersetuju. Lagi pula dia dah lama tak jenguk umi. Kebetulan Adam dah balik boleh la menyinggah.

Adam masih di situ. Dia melihat saja keduanya berlalu. Dia suka melihat sikap mesra Faiqa . Kalau jadi menantu umi , confirm tak kena reject.

.
. .

Faiqa kerling Adam di sebelah.

Diam jer dari tadi. Nak ajak borak pun segan. Kalau bukan kerana aku takde kereta nak balik rumah memang tak nak aku susahkan dia.

Haish...macam mana nak ada kalau pagi tadi si Rafiq giler tu yang ambik aku kat rumah. Mengingatkan Rafiq buat dia mendengus geram.

“ Aika ok tak ni? “ muka Faiqa dipandang kejap.

Faiqa mengangguk pelahan.

“ Abangg.... “ panggil Faiqa meleret.

Adam terkesima. Suara manja Faiqa buat dia hilang fokus. Aiseyman..

“ ermm.. “

Dia cuba kawal rasa hati. Lain macam saja rengekan Faiqa. Sengaja dia tidak menoleh, pandangannya lebih tertumpu pada jalan raya yang sesak.

Faiqa senyum senang. Dengar suara saja dia sudah tau Adam boleh di kompromi.

Lagi satu petua yang selalu dia amalkan, kalau nak mintak tolong kenalah buat suara kucing nak mengawan. Baru senang orang nak tolong. tak gitu..

Hahaha. Jahat giler kau Faiqa..ada udang disebalik char kueh tiaw rupanya..

“ Pasal hal tadi tu, abang jangan bagitahu along yer.. “ lembut saja dia memujuk.

Memang itu yang di risaukan dari tadi. Kalau la si Haqiem tahu habislah dia. Mahu menanah telinganya kena bebel 7 hari 7 malam. Paling dia risaukan kalau Haqiem menggunakan kuasa veto memaksanya balik ke rumah. Ahh....Dia tak nak!

“ tapi.. bukan Haqiem patut tahu ke? “ ujar Adam.

Pelik betol dengan pemintaan Faiqa. Kenapa nak berahsia? sebagai abang, Haqiem memang patut tahu hal adiknya. Lagipun dia yakin kekasih Faiqa itu pasti akan datang kembali. Tak kan semudah tu dia nak mengalah.

Faiqa menggeleng laju.

Haqiem memang tak perlu tahu. Dia tak ngam dengan Rafiq! Dia tak nak kusutkan lagi keadaan. Cukuplah Adam saja yang tahu.

“ Aika tak nak Along tahu. Nanti dia paksa Aika balik rumah. Aika tak nak! ” Kepalanya di geleng lagi.

“ Habis tu kalau dia ganggu Aika lagi macam mana? tadi nasib baik abang ada kalau tak….”

“ Abangkan ada. Dia takkan berani kacau Aika lagi . trust me! "

Mudah saja jawapan Faiqa. Dia yakin Adam pelindung yang baik. Dulu pun ketika di sekolah Adam pernah menyelamatkannya dari mangsa buli.

" Okay. Tapi dengan satu syarat "

" Ha, Aika tahu. Abang mesti nak suruh belanja makan kan? No problem. Abang cakap je nak makan dekat mana. Aika belanja. "

Adam menarik lembut telinga Faiqa. Geram dengan jawapan pantas gadis itu.

“Aduhh… sakitlah. “ di gosok perlahan telinganya dengan bibir muncung ke depan.

Geram dengan tindakan Adam tadi. Tangan Adam pula menjadi mangsa cubitannya. Rasakan. Melihat muka cemberut Adam buat Faiqa ketawa seronok. Bagai hilang segala beban masalah yang dihadapinya.

Adam turut pamer senyum. Senang melihat mood Faiqa yang sudah bertukar ceria. Walaupun dia tak berpeluang memiliki cinta Faiqa, mengembirakan hati gadis itu pun dah cukup bagi dia. Bab kata pujangga, menyintai tak semestinya memiliki.

“ Esok Aika pergi kerja sekali dengan abang nak tak? Kebetulan esok abang kena pergi seminar dekat area PJ “

Memang kebetulan sangat seminar yang bakal dihadirinya terletak berhampiran MH Holding, jadi tak salah rasanya kalau mereka pergi bersama.

Faiqa ketap bibirnya. Dia berfikir sejenak. Kalau boleh dia tak mahu menyusahkan Adam lagi. Tapi dalam keadaan tangannya yang masih sakit bukankah perlawaan lelaki itu patut dirai dengan rasa gembira?

Aduhhh….inilah padahnya. Sendiri cari pasal kan dah mendapat.

Lama dia berdiam sebelum kepalanya di angguk sebagai persetujuan.

Adam tersenyum senang. Manis senyuman yang dilontarkan.

Telefon Faiqa tiba-tiba berbunyi. Tak berlengah segera Faiqa mengangkat.

“ yer ma.. kejap lagi Aika sampai. Tak, Aika balik dengan Abang Adam. Nantilah Aika cerita. Ok ma. bye “

Cepat saja Faiqa matikan talian. Mama ni pantang betol dengar nama Adam banyak je tanya. Bukan dia tak tahu mama dari dulu memang suka dengan Adam. Serba serbi tentang Adam baik saja pada pandangan mata mama. Sampaikan mama pernah cakap lelaki seperti Adam memang sesuai jadi calon menantunya.

Haish mama ni pun. Macam dah tak ada calon lain je dia nak kenenkan kat aku. Dalam ramai-ramai orang, boleh pulak kawan baik along ni yang dia berkenan.

Perjalanan berbaki 15minit sepi tanpa suara. Hanya dendangan lagu di radio jadi peneman. Adam fokus memandu. Faiqa pula mengambil kesempatan menghantar pesanan pada Aliah, memberitahu dia akan bermalam di rumah keluarganya malam nanti.

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience