Monyok saja muka Faiqa. Dari tadi dia perhatikan saja tingkah lelaki di depannya. Kelihatan Adam sedang leka memilih sesuatu.
“ Sayang yang ni okey tak? “ kotak bercorak animasi Frozen itu di tunjukkan ke arah Faiqa. Dia sedang mencari hadiah untuk Qyla, anak saudaranya.
“ Hah? “
Faiqa blur. Kata ganti nama Sayang dari Adam buat dia jadi gugup. Selalunya panggilan mesra itu muncul ketika mereka berbalas mesej saja. Bila dengar depan mata tak tertelan air liur dibuatnya.
“ Kenapa ni? tak sihat ke? “ Adam merapatkan sedikit tubuhnya ke Faiqa. Spontan tangan naik menyentuh dahi gadis itu. Manalah tahu kot - kot Faiqa tak sihat. Risau dibuatnya.
Faiqa menggeleng.
" I'm okey. Don't worry "
Dia mendongak memandang Adam yang berada tegak dihadapan. Zupp.. Air liur ditelan. Matanya bertembung dengan sepasang anak mata milik Adam. Cepat - cepat dia mengalihkan pandangannya. Kenapa rasa lain macam pulak ni?
Adam ketawa. Sejak bila Faiqa jadi malu begini.
" Abang tanya apa tadi? " Dia bergerak sedikit jauh dari Adam. Satu kotak mainan di capai. Dari ekor matanya dia perasan Adam sedang memerhatikannya. Hatinya jadi resah tiba tiba.
Dia nampak keikhlasan cinta Adam padanya .Ternyata lelaki itu ikhlas menerimanya, sedangkan dia hanya berpura pura menyintai. Kesian betul dia pada Adam..
“ Nothing. Just want your opinion, you think this toy okey for Qyla ? “ Dia menyoal kembali. Faiqa di pandangnya dengan penuh rasa cinta.
Faiqa berfikir sejenak kemudian kepalanya digelengkan. Satu patung Pony diambil dan di hulurkan kepada Adam. Adam menyambut dengan kerutan di dahi.
" Pony? " tulisan pada patung itu di baca.
" Aah, comel kan. Mesti Qyla suka " Dia mengangguk sambil tersenyum.
" Comel sangatttt. Sayang nak tak? abang belikan satu untuk sayang okay " ujar Adam sambil mengenyitkan matanya. Sengaja nak mengusik Faiqa.
Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak memilih. Pilihan yang ada terlalu banyak. Nasib juga Faiqa sudi menemaninya tadi.
Faiqa menjengilkan matanya.
Dia ingat aku level anak sedara dia ke?
“ eii… ingat kita ni budak - budak sangat ke? “ Menonong saja dia meninggalkan Adam. Muncung dah panjang sedepa.
Adam ketawa lepas.
“ Budak - budak je yang buat mulut macam ni “ Di ciut manja bibir mungil Faiqa yang merah. Dia tahu rajuk Faiqa tak lama. Dia kemudian berlalu ke kaunter bayaran.
Faiqa menghantar pandangan pada tubuh Adam yang berdiri tidak jauh darinya. Dari situ dia dapat lihat gadis kaunter itu sedang bermain mata memandang manja ke arah Adam. Lengok tubuhnya saja seperti sotong kurita. Wei, agak-agaklah boyfriend aku tu kot.
Aik, bunyi macam cemburu jer?
“ Sayang lapar tak? jom kita pergi makan.“ ujar Adam setelah kembali semula. Dia menyaingi langkah Faiqa yang lebih laju ke depan.
Faiqa tahan geram. Merah mukanya bila Adam hanya beriak tenang. Langsung tak ada rasa bersalah.
" Kenal ke dengan budak kaunter tu? " tanya Faiqa seraya menjeling Adam di sebelahnya. Hamboii.. bukan main lebar kau punya senyum kan!
Adam senyum segaris. Bukan dia tak perasan pandangan cemburu Faiqa pada gadis kaunter tadi. Macam nak telan orang jer tapi dia suka. Cemburu tu kan tandanya sayang.
" Tak kenal pun. " Jawab Adam jujur.
" Dah tu kenapa melayan? " Sakit pulak hatinya mendengar jawapan selamba dari Adam.
Adam raih tangan Faiqa. Digenggam erat tangan itu. Dia nak Faiqa tahu cintanya hanya untuk Faiqa seorang. Hati dia milik Faiqa bukan orang lain.
" Sayang cemburu ke? "
Langkah Faiqa terhenti. Dia menoleh memandang Adam di sisi. Lelaki itu sudah tersenyum dan memandangnya penuh makna Pandangan cinta barangkali.
Aku cemburu? Ish, tak mungkin Adam! Kau tu hanya kekasih sementara aku jelah. Bila tiba masanya aku akan pergi tinggalkan kau. Sehingga kini hati aku masih sama seperti dulu. Sekalipun kau tak pernah ada dalam hati aku. Jauh sekali untuk menyintai kau di dunia nyata.
" Jom lah, kata tadi nak makan. " dia sudah meninggalkan Adam yang terkulat di situ.
Tak perlu pun nak jawab soalan tadi sebab aku memang tak cemburu langsung. Adam berhak nak berborak dengan sesiapa pun.
“ Ummi dah tahu pasal kita “ bagitahu Adam. Gembira betul hatinya bila Ummi memberikan restu pada hubungan mereka.
Tersedak Faiqa yang ketika itu sedang makan. Terbatuk kecil dia mendengar berita yang disampaikan Adam. Cepat saja dia mencapai air lantas di minumnya rangkus. Muka diangkat memandang Adam.
Biar betul Ummi dah tahu. Aduh, parahhh!
“ Hah? Habis tu Ummi cakap apa? “ Faiqa kawal riaknya. Luaran memang dia nampak tenang tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.
“ Ummi tanya bila kita nak kahwin? “
Membuntang mata Faiqa. Sesak nafasnya, dadanya berombak kencang. Kalau gini gayanya makin susahlah dia nak berterus terang pada Adam. Macam mana nak kahwin kalau dia sendiri tak cintakan Adam.
“ a..aaa..bang jawab apa? “ ada getaran pada suaranya. Seriuslah, cepatnya Ummi dapat tahu.
Adam genggam jemari Faiqa. Matanya menusuk tajam merenung ke dalam anak mata gadis yang teramat dicintainya.
“ Abang tunggu green light dari sayang untuk masuk meminang. Kalau ikutkan hati ni, esok jugak abang nak halalkan hubungan ni. “ Matanya dikenyitkan. Lebar senyumannya bila melihat wajah kemerahan Faiqa. Malu la tuuu...
Memang dia sudah bersedia sepenuhnya untuk bergelar suami. Umurnya saja sudah 31 tahun. Nak tunggu bila lagi. Tapi dia faham mungkin Faiqa perlukan masa. Jadi dia tak mahu memaksa.
“ errr.. ba...bagi Aika masa. Aika belum bersedia lagi.“ jawapan selamat diberikan. Sebolehnya dia tak mahu Adam mengesyaki sesuatu. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia berterus terang. Padahal nak kenal apa lagi, sah - sah lah Adam tu dia kenal. Mereka berkawan sejak sekolah kot.
“ it’s okey. Take your time. I will wait for you. “ ditepuk pelahan jemari Faiqa. Dia mula menyambung makannya yang tertangguh.
Faiqa hanya diam. Tak mahu komen lebih lanjut. Kang lagi banyak soalan Adam yang menjerut lehernya.
Masing masing diam. Mungkin sedang menikmati hidangan yang menyelerakan. Faiqa seperti biasa, bila dah lapar mana nak toleh kiri kanan. Perut lagi penting saat itu.
“ Dr. Adam.. ! "
to be continue...
** p/s : ada ke yang suka cerita ni ?
Share this novel