Bab 20

Romance Completed 57501

" Eh, betul ke tu boyfriend dia? hensemnya.. sekali pandang dah macam pelakon korea yang aku suka tu la " tanya Lily teruja. Baru masuk ofis dah dihidangkan dengan pandangan indah macamni siapa yang tak teruja. Terus hilang angin sendunya tadi.

Qadeja mencebikkan bibir.

Perempuan ni memang spesis angin monsun kan. Mood tu sentiasa berubah, tadi bukan main muncung mulut tu bercerita perihal tunang yang buat perangai, sekarang bukan main ceria bercerita hal orang.

Tak puas stalker orang tu kat lobi sekarang nak tanya aku lagi. Betul betul minah kepochi la.

" Siapa? " dalam malas dia melayan jugak Lily yang masih menepek di mejanya. Nak buat kerja pun tak senang la.

" Hyun Bin! " Laju saja dia menjawab. Yer, lelaki tadi persis pelakon Korea yang dipujanya. Dari atas sampai bawah dia meneliti ketampanan lelaki itu. Beruntungnya badan kalau dapat. Kalau la dia jadi laki aku, confirm aku setia hingga hujung nyawa.

" Yeke sama? aku tengok biasa jer. Kau tu dah mabuk dengan Hyun Bin agaknya. Semua orang kau nampak macam pelakon idaman kau tu " perli Qadeja. Bukan dia tak tahu si Lily ni fanatik giler kat Hyun Bin, buktinya kat screen telefon pon nak letak gambar lelaki tu, macam manalah en. tunang tak buat perangai. Diri sendiri yang tak betul.

Lily mencebik. Tak sporting betul Qadeja ni. Sajalah tu nak menyakitkan hati aku.

" tapi betul ke tu boyfriend dia? " Lily masih berminat untuk tahu. Qadeja antara orang paling dekat dengan Faiqa tentunya dia lebih tahu.

Qadeja mengangguk pelahan. Mengiakan tekaan Lily. Lagipun dia malas nak biarkan Lily berlama di situ. Takda faedah pun nak bercerita perihal bos sendiri. Kerjanya masih banyak yang belum di selesaikan. Nasib jugak la Faiqa ada meeting sekarang. Kalau tak mahu ditempelek mereka berdua yang jelas tengah membawang.

" Kawan hubby aku. "

Melopong sedikit mulut Lily. Dia terus tarik kerusi dan duduk di sebelah Qadeja. Makin bertambah minatnya nak mengorek rahsia bos sendiri.

Qadeja jungkit kening. Dah kenapa beriya sangat perempuan ni?

" Yeke, dia kerja apa? bujang lagi ke? " Dia sepertinya tak sabar nak tahu lebih lanjut pasal lelaki tadi. Muka Qadeja sudah dipandang tepat. Terujanya lain macam.

Qadeja mendengus halus. Lily dipandangnya jelek.

" Helloo.. aku ni PA Cik Faiqa je tau..bukan adik beradik dia pun. Kalau kau berkenan sangat nak ambik tahu hal dia, better kau direct tanya dia sendiri " ujar Qadeja geram. Dia menolak pelahan tangan Lily yang menapak di atas mejanya.

Hishhh, rimas betul aku dengan perempuan ni. Ingat aku ni jenis suka selak kain orang ke? membawang sana sini? Dari aku layan soalan merapu kau tu lebih baik aku settlekan kerja aku yang banyak ni. Bebelnya dalam hati.

Lily tarik muka. Geram dengan perilaku Qadeja yang menjengkelkan. Dia bukan nak kepochi pun, sekadar nak ambil tahu. Takkan itu pun salah.

" Selamat Pagi Cik Faiqa. " Ucap Qadeja sebaik saja terlihat kelibat Faiqa.

Faiqa yang baru saja habis meeting berhenti apabila di sapa Qadeja. Senyuman diberikan. Lily di sebelah Qadeja pula dipandang pelik. Pagi hari lagi dah tuang kerja?

" Please bring me one hot coffee. " pinta Faiqa. Dah jadi habit pulak buat kerja sambil minum kopi. Lagak orang tua sangat kau Faiqa.

Qadeja mengangguk faham. Memang itu tugas wajibnya setiap pagi. Tak pesan pun dia tetap akan buatkan.

" and you Lily, go back at your place and doing your work " Faiqa terus berlalu. Meninggalkan Lily yang sudah terkulat - kulat malu di situ.

Qadeja senyum senget. Muka Lily di lihatnya sudah memerah. Padan muka! Busybody lagi, kan dah kena sound.

.
. .

" Boleh tahan jugak jiwang kau ni kan? bersayang sayang bagai. Aku ingatkan kau ni jenis beku tak berperasaan " Belum pun sempat punggung cecah kerusi Haqiem sudah memberinya kata sindiran. Ketika itu dia baru sampai di Daily's Cafe House.

Adam tayang gigi. Ayat Haiqem terasa menusuk ulu hatinya. Mamat ni bab mengenakan aku tak menyempat. Cubalah bagi dia duduk dulu.

" Itulah kau, pandang orang sebelah mata. Kau ingat orang jenis macam aku ni tak reti bercinta ke? " sinis Adam. Bukan main bangga dia berdepan dengan Haqiem. Maklumlah status dia sekarang dah berubah. Bukan macam lelaki depan dia ni, masih belum berpunya.

Haqiem senyum senget. Hamboii, belagak betol mamat ni sekarang.

" Manalah aku tahu. Aku ingatkan orang macam kau ni reti bercinta dengan buku jer. " Haqiem masih dalam mood mengusik. Bila dah lama tak berjumpa ni mulut pun dah tak ada insuran. Cakap pun ikut dan jer.

Adam menguntum senyum. Memang betul cakap Haqiem, orang seperti dia hanya tahu berkepit dengan buku saja. Mana reti nak bercinta seperti orang lain tapi nasib baik dia berkawan dengan Fakrul yang berhati sasterawan. Bole la dapat ilmu dari lelaki itu yang kebetulan sudah berumahtangga ketika mereka belajar dulu. Hampir setiap hari dia menadah telinga mendengar Fakrul beromantis bersama isterinya Qadeja.

" Itu dulu, sekarang tak dah. Kalau kau nak aku ajarkan kau pun boleh bro. Nak ke? "

Haqiem mencebik. Cis. nak kenakan aku pulak

" Dah, kau tak payah nak berlagak hero depan aku. Sejak bercinta ni, bukan main poyo kau kan. " perli Haqiem. Sengaja ditayang muka sebal.

Perbualan mereka terhenti bila seorang pelayan datang ke meja mereka. Adam sekadar memesan minuman kesukaannya Coffee Latte manakala Haqiem Carrot susu. Masing - masing belum ada mood untuk makan. Barangkali belum puas lagi berborak.

" Relex la bro, aku poyo dengan kau jer. Kau kan suka bahan aku. "

Adam sudah tersengih di situ. Sesekali pandangannya meliar ke sekeliling cafe. Melihat orang keluar masuk yang membawa pelbagai tujuan. Bukan semua orang ke sini untuk minum, ada jer yang datang sekadar nak dapatkan wifi free. Macam zaman belajar dulu kat mana tempat ada wifi kat situlah tempat mereka akan berkumpul. Alamak, kenapa tetiba teringat perangai jahil diri sendiri ni. haha

Dia hanya tersedar bila bau Coffee Latte mula menyengat masuk ke rongga hidungnya. Entah bila minuman itu diletakkan. Itulah asyik sangat berkhayal.

" Who is she? " tanya Haqiem tiba - tiba. Makin menebal rasa ingin tahu. Puas jugak otaknya meneka siapa gerangan yang berjaya memikat hati Adam tapi langsung tak dapat nak agak. Dan dia baru perasan selama ini Adam tak pernah bukak mulut bercerita hal cintanya atau mungkin selama ni dia yang terlepas pandang.

Adam membiarkan dahulu soalan Haqiem tak berjawab. Dia lantas menghirup pelahan Coffee Latte miliknya. Nikmatnyeee...

Bila dia mengangkat muka, wajah Haqiem segera dicari. Air liur ditelan pahit. Mak ai, tajam betul pandangan abang ipar!

Haqiem ketap bibir. Geram dengan lagak bersahaja Adam. Bukan Adam tak tahu dia tengah tunggu jawapan dari lelaki itu. Saja je kau kan.

" Not now! bila tiba masanya nanti aku akan beritahu kau." ujar Adam kemudian.

Teringat pesanan Faiqa 2 hari lepas. Dia tak mahu Haqiem tahu pasal hubungan mereka. Alasannya hubungan mereka masih baru selain perangai Haqiem yang suka menyakat. Tentunya Faiqa akan bertambah tak selesa. Adam hanya menurut, baginya tak besar mana pun permintaan si buah hati tapi bagus jugak diam - diam macam ni sebab dia sendiri pun risau dengan reaksi Haiqem kalau tahu dia sedang bercinta dengan Faiqa.

" What the funny man! Dengan aku pun kau nak berahsia ke? Kalau macam ni la gayanya aku cancel terus jadi pengapit kau! " ugut Haqiem geram.

Dia mendengus. Tak percaya Adam akan cakap begitu. Konon kawan baik. Baru bercinta dah kerek. Kalau dah kahwin nanti sah terus lupa kawan.

Adam ketawa.

Macam budak sangat. Nak ugut - ugut bagai. Entah kenapa tiba-tiba Haqiem beriya sangat nak tahu perihal dia.

" Aku okey je. Jangan cancel jadi abang ipar sudah. " kata Adam perlahan.

" What? abang ipar? " soal Haiqem kuat. Dahinya berkerut seribu. Wajah Adam dipanah tepat. Ayat Adam tadi samar di telinganya. Hanya sepatah dua yang dia dengar jelas tadi.

Adam garu kening. Menghilangkan celaru di hati. Dia cuba berlagak biasa. Macam mana la dia boleh terlepas cakap.

" Eh, kau salah dengar tu. Mana ada aku cakap abang ipar. Aku cakap lapar. Kau dah makan ke belum ni? " sengaja Adam memesongkan soalan. Lagi banyak mereka berborak, lagi besar kemungkinan dia terlepas cakap.

" Belum. " sepatah saja jawapan Haqiem. Dia masih perhatikan lagak Adam yang tiba-tiba berubah rentak . Rasanya dia tak salah dengar tadi.

" Haa, cepatlah oder. Aku dah lapar ni. " Buku menu sudah di beleknya ralit. Woww, ada menu baru la. Boleh cuba ni.

" Kau oder jelah apa - apa. Aku tak kisah. "

Adam angkat muka. Sejak bila Haqiem jadi tak cerewek ni. Pelik.

to be continue.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience