Kakinya dipacu laju. Sesekali dia memanjangkan leher memandang ke arah belakang. Hatinya resah gelisah. Seolah ternampak kelibat yang menakutkan.
Sampai saja di lif, pantas saja jarinya menekan anak panah ke atas. Di tekan berulang kali. Selang lima saat butang itu di tekan sekali lagi. Dalam kepalanya cuma ada satu. Dia perlu lari dari Rafiq!
Tadi sewaktu dia sampai ofis, dia ternampak kelibat Rafiq di lobi. Apa lagi, cepat saja dia loloskan diri dengan mengikut pintu kecemasan di bahagian kiri bangunan.
Tengah syok mengelamun, dia rasa ada orang sedang menyentuh bahunya. Dia yang panik segera melayangkan beg tangannya bertalu talu.
“ Aika.. ! ” Jerit Haqiem.
Mukanya ditekup, badannya pula dijauhkan sedikit dari Faiqa. Habis rosak rambutnya terkena pukulan rambang Faiqa. Anak matanya merenung tajam ke arah Faiqa.
Faiqa terkaku. Bibirnya melontar senyuman janggal.
Aduh.. memalukan diri sendiri betul.
“ Aika ni dah kenapa? what wrong? mimpi hantu ke apa malam tadi? “ sinis saja suara Haqiem menyoal adiknya.
Faiqa ketap bibir. Haqiem pun satu time ni jugaklah dia nak munculkan diri. Padahal bukan dia tak tahu jadual masuk kerja Haqiem.
“ Along tu la! Lain kali bagila hint dulu. Ini salam tak ada terus jer pegang orang, maunya Aika tak terkejut. “ balas Faiqa cuba mempertahankan diri.
Riak wajah cuba dikawal. Sebolehnya dia tak mahu Haqiem mengesyaki sesuatu yang pelik.
Haqiem mencebik. Ada jer jawapannya.
Melihat pintu lift yang terbuka. Cepat saja dia melangkah masuk. Faiqa hanya mengekor di belakang.
“ Selalu ok jer. Muka Aika tu cuak semacam je dah kenapa? ”
Dari tadi lagi dia perasan muka Faiqa lain dari biasa. Mata itu sentiasa meliar memandang sekeliling. Apa yang dicari?
Faiqa memegang pipinya. Di tepuk pelahan pipinya. Ketara sangat ke?
“ Aika okay je lah. Mana ada apa - apa. Perasaan Along jer tu. “ Dia membuang tawa. Cuba menyembunyikan getar yang bertamu di lubuk hati.
Sungguh, Haqiem tak perlu tahu tentang Rafiq. Lagi pula dia sudah cukup dewasa untuk selesaikan masalahnya sendiri.
Haqiem mencebik. Dia tahu Faiqa sedang sembunyikan sesuatu. Wajah polos itu tak pandai berbohong. Dia cukup kenal siapa adiknya.
" Kalau ada masalah Aika boleh share dengan Along. I'm a good listener. Please! jangan pendam sorang - sorang "
Walaupun luaran dia nampak kasar tapi dia sayangkan Faiqa. Malah dari kecik lagi dia sudah di ajar untuk melindungi adiknya.
Faiqa mengangguk pelahan. Dia hargai keperihatinan abangnya tapi buat masa ni dia belum bersedia untuk bercerita apa-apa lagi kepada Haqiem.
hisshh..nak clash pun payah!
" its okey.. take your time. " sambung Haqiem bila melihat tiada tanda Faiqa mahu buka mulut.
Suit hitam yang dipakai dibetulkan. Penampilan sebagai CEO buat dia kena sentiasa tampil kemas dan bergaya.
“ Minggu depan Along kena fly ke Sabah. Projek dekat Seremban tu Aika tolong handle. File projek tu nanti Along akan mintak Encik Karim hantarkan ke bilik Aika. “ Haqiem mula memberi arahan.
Faiqa sekadar mengangguk. Dia tahu Haqiem sekarang sibuk uruskan cawangan mereka di Sabah. Cawangan di sana lebih memerlukan pemantauan rapi.
“ Oh ya, lagi satu esok malam jangan lupa. Ada kenduri doa selamat dekat rumah Nek Cha "
Pesannya bertalu. Melihat Faiqa tepuk dahi buat dia senyum senget. Sah! Faiqa tak ingat tentang majlis nenek mereka.
Sedangkan dia sendiri pun mama yang tolong ingatkan. Harapkan dia memang taklah. Dia sendiri pun tak lekat kat rumah. Asyik ulang alih ke Sabah.
" itulah.. ajak duduk sekali tak nak. Nak berdikari konon. Kan dah lupa! " sempat lagi Haqiem menyindir. Sengaja ingin mengusik adiknya.
Faiqa menjeling tajam. Muncung saja mulutnya.
Itu je la modal Haqiem nak sakitkan hati dia. Rasa nak cekik jer Haqiem ni.
Baru jer dia nak bersuara pintu lift dah terbuka luas. Hilang terus mood nak membalas.
Haqiem pulak laju jer melangkah keluar. Malas nak dengar bebelan Faiqa. Sekurang - kurangnya kes tempoh hari sudah terbalas.
Dia tersenyum menang.
.
.
.
Laporan X-ray diteliti. Sesekali dia membelek pula file laporan. Dahinya berkerut, satu keluhan kecil dilepaskan. Kini sah pesakit yang baru saja di masukkan ke wad semalam menghidap kanser limfoma stage 2. Dugaan bagi si anak kecil yang baru menginjak berusia 6 tahun.
Ini kes kedua di bawah pemerhatiannya sejak dia ditugaskan di Unit Pediatrik. Pengalaman baru tapi cukup mencabar baginya. Berhadapan dengan emosi anak anak kecil lebih sukar dari pesakit dewasa. Mereka tidak pandai mengawal rasa. Hanya merintih menahan sakit.
Kadang dia sendiri tewas dengan perasan tapi nasib baik juga dia ada anak saudara, sedikit sebanyak dia ada skill memujuk.
Pintu diketuk. Kebenaran diberikan. Selang beberapa saat tersembul muka seorang doktor lelaki di sebalik daun pintu.
“ Jom lunch. Jam satu dah ni.. ” ujar Dr. Firdaus sambil menunjukkan jam ditangan.
Dr. Firdaus teman karibnya ketika dia universiti. Kebetulan sebelum dia menyambung pelajaran dahulu lelaki itu memang telah berkhidmat di sini. Jadi tak adalah rasa janggal sangat dia kerja di tempat baru.
Adam mengangguk, dia turut serta Dr. Firdaus yang sudah pun menunggu di luar bilik.
“ Kau dah baca hasil laporan? Stage berapa? “
Dr. Firdaus terus bertanya. Melihat simptom yang ada dia yakin pesakit semalam penghidap kanser. Pengalamanya di unit itu saja sudah cecah 10 tahun.
“ Stage 2. “
Lemah saja suara Adam. Hatinya masih rawan mengenangkan dugaan si anak kecil.
“ Insyallah msih boleh di rawat. But make sure don’t skip all treatment “
Bagi pesakit kanser, hanya cara itu saja yang mereka ada untuk mengawal sel kanser dari terus merebak. Mereka tak boleh bergantung pada ubat semata mata.
Adam mengangguk. Sebagai doktor mereka hanya membantu, selebihnya Tuhan yang tentukan.
Langkah mereka terhenti di bahagian pendaftaran bila salah seorang jururawat memanggil Dr. Firdaus.
Kesempatan itu Adam ambil untuk membelek telefonnya. Aplikasi whatapp di buka. Laju saja tangannya membelek pesanan yang belum di baca. Matanya lebih teruja membaca pesanan yang dihantar oleh si pujaan hati.
‘ Hai Dr. Adam Qaliff. Thank you sebab baik hati hantarkan makanan ni. Macam tau jer Aika tengah lapar kan.. tapi abang jangan buat selalu macam ni. kalau Along tahu nanti Along cemburu. *ikon senyum* - Faiqa
Adam koyak senyum. Mesej dari Faiqa buat hatinya berbunga indah. Memang dia sengaja pesan makanan dan di hantar ke pejabat Faiqa. Bukan dia tak tahu sikap culas gadis itu. Asyik sangat bekerja hingga selalu terbabas waktu makannya.
Dulu pun masa gadis itu masih belajar, dia rajin hantar masakan Ummi ke rumah sewa Faiqa. Bukan main suka Ummi bila masakannya sentiasa mendapat pujian.
‘ makan tau. Jangan skip lunch. ‘
Dia membalas ringkas mesej Faiqa.
“ Senyum jer.. mesej dari girlfriend ke ? “
Dr. Firdaus sudah berdiri terpacak di sebelah. Dah macam halimunan pulak.
Adam ketap bibirnya. Malu pulak ditegur begitu. Langkahnya pelahan mengikut rentak Dr. Firdaus. Hari ini mereka keluar makan di cafe hospital saja. Maklumlah masing-masing kepenatan.
“ Kawan. “ ringkas jawapan dari Adam.
Walaupun Dr. Firdaus kenalan lamanya tapi dia agak janggal untuk berkongsi cerita. Lagipun betol apa, dia dengan Faiqa sekadar kawan. Belum ada apa apa istimewa antara mereka.
“ Kahwin cepat! seronok tau kahwin ni, ada orang jaga makan pakai. “
Sengaja dia pancing mood Adam. Jujurnya dia sendiri tak pasti status sebenar Adam. Sudah berpunya atau belum.
“ Insyallah. Kau doakan aku ya. “
Adam senyum kecil.
Nak balas apa lagi kalau kawan sendiri dah cakap macam tu. Nak cakap ada memang menipulah. Cuma satu yang dia pegang setiap orang sudah ditentukan jodohnya, bezanya cepat atau lambat saja.
“ Kau nak aku tolong carikan? Doktor pelatih ramai baru masuk. Tak pun Dr. Sarah. Boleh tahan jugak lawa. “
Dr. Firdaus sudah tersenyum.
Bab kenenkan orang dia memang suka. Dia ada banyak kenalan. Maklumlah dia seorang yang peramah. Rajin menegur. Mudah saja buat orang sekelilingnya rasa selesa.
Adam tepuk bahu Dr Firdaus.
Seakan memberi isyarat tidak perlu kawannya itu bersusah payah mencari jodoh untuknya. Dia lebih suka mencari sendiri. Lagipun dia dah ada pilihan sendiri walaupun masih samar.
“ Skip dulu cerita tadi.. kita makan dulu yer.. “ ujar Adam.
Tangan sudah mencapai pinggan, bersedia untuk mengambil nasi dan lauk.
Dr. Firdaus sekadar senyum. Dia tahu Adam cuba mengelak. Sebagai kawan dia menghormati keputusan itu tapi tak salah jika dia mencuba. Dia sendiri nak lihat kawannya itu bahagia. Dah ada kerjaya bagus. Kenapa perlu hidup sendiri.
Dari jauh ada mata yang sedang memerhati. Lenggok lelaki muda yang baru saja masuk ke cafe itu menarik minatnya. Diperhatikan tubuh tegap itu.
Hatinya tertawan.
to be continue...
Share this novel