Bab 30

Romance Completed 57501

Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan

Adam membaca tulisan yang tertera pada dinding di hadapannya. Dia duduk di atas kerusi khas yang tersedia di situ. Mukanya diraup beberapa kali. Rambutnya yang serabai dibiarkan tak terurus. Dia sendiri masih kaget dengan apa yang terjadi. Dia tak sangka niatnya datang ke rumah Faiqa telah mengundang satu lagi mimpi ngeri kepada gadis itu.

Mereka berdua telah ditangkap berkhalwat oleh orang pejabat agama. Dia sendiri tak tahu macam mana semua ini boleh berlaku. Sudah diterangkan apa yang terjadi namun mereka berdua tetap dicurigai kerana duduk berduaan dalam rumah yang gelap.

Adam menoleh pelahan ke arah sisinya. Dipandang Faiqa yang sejak tadi hanya menunduk bersama esak tangisan. Sungguh. Bukan ini yang Adam mahukan. Tidak pernah dia fikir semua ini akan terjadi dalam perhubungan mereka.

" Sayang, i'm so sorry. " ucap Adam buat kesekian kalinya. Dari tadi dia melafaskan kata maaf itu biarpun reaksi Faiqa masih sama. Hanya diam membisu. Seulas bicara langsung tak kedengaran sejak tadi.

Faiqa pejamkan matanya rapat-rapat. Dia cuba tenangkan dirinya yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa. Ucapan maaf yang berulang kali dilafaskan oleh Adam buat hatinya menjadi bertambah sebak. Lelaki itu tak bersalah, Adam juga mangsa seperti dia.

Air mata yang mengalir, di seka pelahan-lahan. Sekali lagi dia mengerling jam dipergelangan tangan. Hatinya jadi resah tiba-tiba. Sudah hampir satu jam dia menunggu di situ namun bayang ahli keluarganya masih belum lagi kelihatan. Sementelah perlawaan Adam yang mahu menghantarnya pulang tadi sikitpun tak diendahkan. Hatinya enggan mahu menyusahkan lelaki itu lagi. Cukuplah dengan apa yang jadi. Dia serabut.

Sudahlah dirinya hampir di rogol Rafiq dan sekarang di tuduh pula berkhalwat dengan Adam.

Ya Allah dugaan apakah ini?

" Aika... "

Faiqa menoleh.

Dari jauh dia nampak kelibat Haqiem sedang berjalan menuju ke arahnya. Tanpa menunggu lebih lama, dia berlari anak menuju ke arah lelaki itu. Tubuh Haqiem di peluk seeratnya. Dia menangis semahunya persis anak kecil.

Haqiem mengusap lembut belakang Faiqa. Hanya itu yang mampu dia lakukan. Dia memandang pula ke arah Adam yang juga turut berdiri tidak jauh darinya. Dia perlukan penjelasan dari lelaki itu.

Apa sebenarnya yang dah terjadi?

.
. .

" Kenapa tak bagitahu Along? kenapa mesti rahsiakan? bila dah jadi macam ni semua orang susah tahu tak!! " bentak Haqiem kasar.
Menyinga dia memandang ke arah Faiqa. Dia menumbuk dinding beberapa kali. Ketika itu hanya mereka bertiga di rumah. Ayah dan mama bermalam di rumah Nek Cha. Dia rasa kecewa sangat dengan Faiqa. Sebagai abang dia rasa tak berguna bila tak mampu nak pertahankan maruah adiknya sendiri.

Faiqa diam tak bersuara. Badannya masih lemah. Nasib saja dia tak mengalami apa-apa kecederaan serius. Sejak balik dari klinik tadi, dia hanya menyaksikan kemarahan Haqiem yang bertalu-talu. Dia dapat melihat tahap kemarahan Haqiem sudah sampai ke tahap maksimum. Haqiem tak pernah begitu. Walaupun Haqiem tegas tapi abangnya itu tak pernah sekalipun menegking herdik dia seperti sekarang tapi dia harus akur. Dia yang bersalah. Dialah puncanya.

Adam yang sejak tadi diam menarik nafas panjang. Dia menjeling sekejap ke arah Faiqa. Kemudian ke arah Haqiem yang berwajah tegang. Dia jadi serba salah bila terpaksa menceritakan semua kebenaran kepada Haqiem. Dia tak mampu menolak tatkala dirinya sendiri telah diugut oleh Haqiem.

" Macam mana budak jahanam tu boleh masuk ke dalam rumah? pintu rumah kunci ke tak?! " tanya Haqiem serius. Hatinya masih marah. Tak dapat dia bayangkan seandainya Adam terlewat datang. Pasti adiknya jadi mangsa rogol. Tak guna punya Rafiq! Mati kau aku kerjakan!

Faiqa angkat kepala. Muka Haqiem dipandang takut - takut.

" Kunci. Aika yakin pintu memang berkunci. Mungkin dia masuk guna kunci pendua. " terang Faiqa. Dia juga masih tertanya-tanya tentang itu. Mudahnya Rafiq menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Dia bukanlah seorang yang cuai. Dia sangat yakin rumahnya telah berkunci.

Haqiem mendengus kasar. Sesak fikirannya. Macam mana dia nak terangkan pada kedua ibu bapa mereka yang masih tak tahu apa-apa. Sah-sah darah tinggi ayah akan naik mendadak. Mama, sudah tentu mama akan menyalahkan dia sebab gagal jaga Faiqa dengan baik. Kira nasib baik tadi orang pejabat agama menghubunginya kalau telefon Datuk Heykal mahu mengamuk orang tua tu.

" Kalau dari awal lagi Aika dengar cakap Along jangan berkawan dengan budak tu, semua benda ni takkan jadi. Tapi Aika degi! Cakap orang semua tak nak dengar. Sekarang tengok lah apa dah jadi. "

Masih belum habis kemarahan Haqiem. Dia yang sejak tadi berdiri mengambil tempat di sebelah Adam. Dia tak peduli dengan esakan dari Faiqa. Dia sakit hati setiap kali perkataan rogol itu muncul dibenaknya.

Faiqa ketap gigi. Sakit hatinya bila Haqiem tak sudah menyalahkan dia. Sudahlah tu di ungkit pula cerita lama di depan Adam. Dia juga ada perasan malu.

" Itulah. Lain kali jangan degil! Jangan nak keras kepala sangat! ajak pindah ke sini tak nak. Konon nak belajar hidup berdikari. Last-last menyusahkan orang! "

Adam terdiam. Kelu lidahnya nak mempertahankan sang kekasih.

Faiqa kesat air matanya pelahan. Teresak-esak dia di situ. Pedas sungguh bicara Haqiem sampai dia rasa nak jerit kat telinga Haqiem biar Haqiem sedar apa yang berlaku bukan atas kerelaannya.

Sekali lagi Haqiem mendengus. Makin sakit hatinya bila esakan Faiqa masih kedengaran di cupingnya.

" Dahlah Qiem.. Kita pun tak minta semua benda ni jadi " Adam bersuara juga akhirnya. Bahu Haqiem ditepuk pelahan. Haqiem kalau dah marah memang macam tu. Cakap main lepas je. Langsung tak fikir hati orang.

" Memanglah tak minta tapi dia menempah. Kalau dia kena rogol macam mana? Apa aku nak jawab dengan mak ayah aku? " Haqiem menghela nafas berat. Lehernya di gosok pelahan. Dia kecewa. Dia rasa kesal.

Adam diam. Rogol? Kalau sampai itu yang terjadi sanggup ke dia menyintai Faiqa sama seperti sekarang?

" Sorry bro. Tak pasal-pasal kau terlibat sama dalam hal ni. " Haqiem menyambung bicara. Suaranya sudah sedikit kendur. Dia memandang Adam dengan rasa bersalah. Disebabkan adiknya maruah lelaki itu turut tercemar.

Adam menggeleng. Tak ada apa yang nak di kesalkan. Untuk Faiqa dia sanggup lakukan apa saja.

" Tak ada apalah. Aku okey je, Qiem. Janji Aika selamat." ujar Adam ikhlas.

Faiqa pandang Adam. Jawapan Adam mengundang satu rasa di hatinya. Begitu ikhlasnya Adam cintakan dia. Sedangkan dia, masih ada rasa takut untuk menyerahkan hatinya pada lelaki itu.

" Esok kau free? " tanya Haqiem setelah agak lama mereka diam melayan perasaan masing-masing.

" Aku ambil cuti 2 hari. Kenapa? "

Setelah apa yang jadi ada eloknya dia ambil cuti untuk tenangkan fikirannya. Lagipun masih ada perkara yang perlu dia selesaikan. Dia nak pastikan keadaan Faiqa betul-betul stabil baru hatinya tenang nak bekerja.

" Esok kau datang ke sini. Kita bincang hal kau dengan Aika "

Adam pandang pelik. Bertaut keningnya. Hal dia dan Aika? apa maksud Haqiem?

to be continue ....

** ada ke peminat cerita STC ?
kalu ada tlg tinggalkan komen yer. komen anda sgt dialukan. moga sy dpt improve lg jln cerita ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience