Hari malang sedunia.
Itulah yang dapat digambarkan situasinya ketika ini.
Dengan hati yang penuh sebal, dia menonong laju masuk ke dalam ofis. Monyok saja mukanya. Ucapan selamat pagi dari Qadeja juga langsung tak dijawab. Tak ada mood!
Handbeg diletakkan atas meja. Kemudian telefon dikeluarkan, nombor Aliah di dail. Sekali dua kali namun tiada jawapan. Dia mengeluh lagi. Siapa lagi yang boleh diharapkan.
Pagi tadi belum sempat dia jumpa Aliah, tup-tup perempuan tu dah menghilangkan diri. Laju pulak Aliah gerak pergi kerja harini. Selalunya bukan main lambat dia keluar rumah, maklumlah tempat kerja dekat, tak jem pulak tu. Bukan macam dia, nak kena hadap jem, kematu punggung nak sampai ke ofis.
Dagunya di gosok pelahan. Otaknya sedang ligat berpusing memikirkan sesuatu. Lebih tepat memikir siapa lagi yang harus di hubungi.
Nak harapkan Haqiem? memang tak la. Mamat tu nun jauh kat Sabah. Dah sebulan kat sana. Rindu? mestilah rindu. Sunyi hidup tak ada geng bergaduh.
Ayah? ishhh… tak nakla. Tu menempah bala namanya. Kang tak pasal-pasal jadi modal aku kena balik rumah.
Kereta! kereta! kenapa la saat macam ni kau nak mogok. Nak kata minyak takda semalam bukan main penuh satu tangki badan kau aku isi petrol. Pagi ni boleh pulak kau mogok tak nak hidup. Ish, menyusahkan aku betol. Omelnya sendiri.
Sebenarnya itu tak cukup menghangatkan lagi hatinya. Dia boleh terima lagi bila kereta mogok tak bergerak. Dia boleh naik Grab tapi yang lebih buat dia berapi bila Rafiq muncul lagi di MH Holding. Ke mana lagi dia mahu lari bila lelaki itu sudah terpacak di depan mata. Nak tak nak terpaksa juga dia menurut, walaupun dalam hati dah menyumpah seranah.
Argghhhh….dia memang rimas dengan Rafiq. Tak sudah-sudah dengan pujuk rayu tahap tujuh petala langit dia tu. Kalau terus macam ni makin cepatlah dia check in masuk tanjung rambutan.
Pintu bilik diketuk. Tanpa melihat dia sudah tahu itu pasti Qadeja. Seperti biasa, setiap pagi memang tugasan Qadeja mengingatkan tugasan hariannya.
“ Harini Cik Faiqa ada dua meeting saja. Satu dengan Encik Yahya dari Bina Jaya, jam 11.30pagi. Satu lagi 3 petang dengan wakil IFH dekat PWTC. “ muka diangkat memandang majikan.
Qadeja tahu hari ni mood Faiqa kurang baik. Pagi tadi segaris senyuman pun langsung tak kelihatan. Namun demi tugas hakiki terpaksa juga dia menapak masuk ke sini.
" Please hold meeting with IFH representative. My car was broke. Maybe two or three day can be okey. “
Mukanya masih lagi menekur meja, manakala jarinya ligat menaip pesanan kepada Aliah. Dia amat berharap Aliah akan menghubunginya sesegera mungkin.
Kalau boleh semua meeting dia nak cancel. Mood nak bekerja harini langsung takda, tapi memandangkan meeting pagi ini agak penting dan di adakan di ofis jadi terpaksa juga dia turutkan. Nak balik ni pun transport takda. Aduh, takkan nak naik Grab lagi.
“ Kereta company ada. Kalau Cik nak saya boleh call unit transport. “ bagitahu Qadeja. Mungkin Faiqa tidak tahu syarikat mereka ada menyediakan kenderaan untuk staff.
“ No need. Just postpone. “ Dia menggeleng pula. Lagipun meeting dengan IFH tidak la urgent sangat. Setakat dua tiga hari masih tidak jejaskan apa- apa.
Qadeja mengangguk. Tak guna memaksa. Dia kan kuli jer. Cakap lebih nanti dikatakan memandai pula.
“ anything else? “
Buku di tangan sudah di tutup. Rasanya tak ada apa yang perlu di catit pagi ini.
Faiqa angkat muka. Telefon tadi di letak atas meja. Anak matanya mula fokus pada Qadeja yang manis bertudung.
“ You have any mechanic contact numbers? kalau ada bagi I “
Nak harapkan dia memang tak la. Servis kereta pun tak pandai. Selama ni pun semua driver ayah yang uruskan. Dia tahu isi minyak jer.
“ Ada. Under company. Kalau nak nanti saya bagi. Kalau tak ada apa lagi, saya keluar dulu"
Melihat Faiqa mengangguk dia mula menyusun langkah. Tak mahu berlama lama di situ, kerjanya masih banyak perlu diselesaikan.
Faiqa hanya membiarkan Otaknya masih ligat berfikir siapa yang sudi menjemputnya nanti. Takkan nak naik Grab lagi ?? aduhh….
.
.
.
Adam membelek gambar itu berkali kali. Air mukanya berubah ceria. Senyuman dari tadi tak lekang di bibir.
Koleksi gambar Faiqa di IG menarik minatnya. Sejuk matanya memandang. Bertambah teruja bila melihat Faiqa sopan berbaju kurung menyerlahkan lagi kecantikan gadis kecik molek itu. Dia merenung pula seisi wajah Faiqa, memiliki sepasang mata yang bulat, alis mata yang sedikit tebal, rambut yang panjang dibiarkan terurai sekali pandang seiras pelakon terkenal HongKong Gillian Chung
Dia membelek lagi. Gambar yang baru di upload beberapa hari lepas itu antara koleksi terbaru di IG Faiqa. Dia senyum sendiri. Teringat pulak kisah 2 tahun lepas. Cara ini lah yang dia sering lakukan setiap kali dia merindui gadis itu.
Senyuman kian pudar. Terfikir pulak penerimaan Faiqa sekiranya rahsia hatinya di ketahui. Nak ke dia terima aku? Bukankah selama ni dia anggap aku tak lebih dari seorang abang?
Jangan cepat mengalah Adam. Kau kena berani. Takkan selamanya kau nak pendam perasaan.
Adam mengeluh. Susah juga bila sukakan seseorang dalam diam. Dia sendiri tak ada pengalaman bercinta. Tak tahu macam mana nak mulakan. Kang salah step malu diri sendiri.
Dia melirik ke arah jam. Sudah angka 4 petang. Sekejap lagi dah boleh balik. Lehernya di urut pelahan. Petang ini dia sedikit free, tugas lazimnya di wad awal lagi sudah di selesaikan.
Dia mula bangun, tangannya lincah mengemas meja yang sedikit bersepah. Dia sukakan suasana yang kemas dan teratur.
Telefon berbunyi nyaring. Bekerut dahi Adam bila melihat nama yang tertera di skrin telefon.
Faiqa!
Tak semena senyumannya menguntum.
to be continue...
Share this novel