Sudah seminggu mereka suami isteri tak bertegur sapa. Faiqa sakit hati bila Adam malukan dia depan Rizwan. Adam tuduh dia tak mendengar kata dan keluar tanpa meminta izinnya. Faiqa rasakan Adam terlalu berlebihan dalam hal ni. Isu kecik sengaja diperbesar-besarkan. Mereng!
Adam pulak makan hati. Dia anggap Faiqa tak hormat dia sebagai suami. Nak cinta jauh sekali. Macam mana mereka nak bahagia seperti pasangan lain kalau hanya Adam seorang saja yang berusaha. Sedangkan Faiqa sendiri tak pernah letakkan dia di tempat yang sepatutnya.
" Kau ni dah kenapa bro? masam je muka. Bergaduh dengan bini ke? Ala, relex la. Adat rumahtangga memang macam tu. " Fakrul tepuk bahu Adam. Dari tadi dia dihidangkan dengan pandangan menyakitkan mata. Adam ajak keluar tapi muka monyok semacam. Eh, spoil mood betol.
Adam pandang Fakrul. Fakrul ni macam ahli nujum pulak. Tahu-tahu je dia ada masalah.
" Well.. aku ni nampak je macam ni tapi ilmu rumahtangga penuh di dada. Tak goyah di uji, tak cepat mengalah " sambung Fakrul bangga diri. Maklum lah orang dah lama kahwin, hati dah kental. Bukan macam Adam baru sekali di uji muka dah kelabu asap.
Adam senyum senget.
" ye sangatlah tu... Cakap tak serupa bikin. Kau jangan sampai aku ungkit kisah kau tertinggal flight kat Ireland dulu. Menangis sambil hentak-hentak kaki gara-gara tak dapat jumpa Qadeja " sedas Adam bagi pada Fakrul. Kejadian di Ireland itu buat Adam ketawa kecil. Muka garang, hati tisu.
Fakrul gosok lehernya. Cis! tak bagi peluang langsung aku nak up diri sendiri.
" tapi perempuan memang spesis pelik kan? susah betul nak faham apa yang dia orang nak "
Adam buang pandang. Di hadapan mereka sekumpulan peminat bola sepak sedang leka menyaksikan siaran langsung yang dipasang di skrin besar di luar kedai. Kalau bukan kerana serabut kepalanya Adam pun nak join sekaki. Team Arsenal kot!
Fakrul mengangguk setuju.
Perempuan memang pelik. Kadang tak kelakar pun dia orang ketawa. Tak marah pun dia orang menangis. Diam mereka membawa banyak erti. Terutama melibatkan hati dan perasaan.
" Aku dulu pun macam kau jugak. Mula-mula kahwin memang tak sekepala. Ada je benda yang tak betul. Benda kecik diperbesar-besarkan. Tapi lama kelamaan aku mula faham apa kehendak pasangan aku. Dan kau pun perlu ingat setiap proses kematangan itu perlukan waktu. Kita sebagai suami kena lebih sabar dan positif berbanding isteri yang kadangkala bertindak mengikut nafsu semata-mata. " nasihat Fakrul. Kali ni Fakrul betul-betul turunkan ilmu rumahtangga pada Adam. Berselisihan faham itu biasa tapi jangan berlarutan. Nanti jadi luar biasa pulak.
Adam mengeluh panjang.
Masalahnya Faiqa tu tak nak dengar cakap. Dah pesan banyak kali, kalau keluar ke mana-mana bagitahu aku dulu tapi Faiqa buat kepala dia je. Faiqa anggap semua benda aku setuju. Bukan main sakit mata Adam tengok aksi Rizwan dan Faiqa tempoh hari. Boleh dating lunch berdua je. Suami mana yang tak cemburu.
Sebagai lelaki Adam rasa maruahnya dipijak bila Faiqa seolah-olah sengaja membelakangkannya.
" Harap-harap macam tu la. " Adam gosok-gosok kepalanya. Rambutnya yang kemas sudah jadi serabut. Sama macam otaknya sekarang.
" Kau ni serabut pasal lelaki hari tu ke? " Fakrul mulai faham. Situasi Adam sekarang seolah mengambarkan lelaki yang bersama Faiqa itu menjadi punca utama masalah mereka suami isteri.
" Dia orang kan cousin. Work at the same place. Yang kau marah sangat Faiqa tu sebab apa? kau syak dia orang ada affair ke? " tanya Fakrul tak bertapis.
Tempoh hari dia juga ada di tempat kejadian. Apa yang dia tahu Faiqa dan Rizwan rapat sebab kerja. Jadi kenapa Adam nak rasa tergugat sangat? kot ya pun nak cemburu biarlah bertempat.
" Aku tak suka dia orang rapat! " serius saja nada suara Adam. Ikut kan hati nak je dia suruh Faiqa berhenti kerja dan duduk kat rumah. Biar dia je berkerja tapi memang bertuahlah kalau Faiqa tu nak dengar cakap dia.
Tergeleng-geleng kepala Fakrul. Sah! Adam cemburu buta.
" Chill la bro. Kau tak payahlah nak cemburu sangat. "
Adam diam. Tak ada komen untuk itu.
" Kau lebih kenal siapa isteri kau. Pada aku Faiqa tu pandai jaga diri dan aku yakin dia seorang yang setia." pujuk Fakrul. Bahu Adam di tepuk-tepuk. Menyejukkan hati Adam yang sedang panas.
Sekilas Adam pandang Fakrul. Kau tak tahu cerita sebenar. Kau tak tahu aku kahwin dengan Faiqa sebab apa? dan kau jugak tak tahu sampai sekarang aku masih jadi orang luar dalam hati isteri aku sendiri.
" Setia je tak cukup Rul untuk aku ikat Faiqa jadi milik aku. Ada yang lebih penting dari tu. " Adam bangun berdiri. Pusing kepalanya nak hadap masalah yang dia sendiri tak tahu bila akan ada jalan keluar.
Fakrul garu kepalanya. Adam yang sudah berlalu ke kaunter dipandang.
Apa maksud Adam tadi. Dia takut Faiqa tu tak setia ke? Parah lah kalau macam ni! Baru kahwin dah tak percaya pasangan sendiri.
.
.
.
Faiqa menjenguk kepalanya sedikit ke dalam bilik. Tadi masa dia tengah gosok baju dia dengar pintu utama di buka. Dia boleh agak itu siapa. Dah tentu lah Adam kan. Tahu pulak laki aku tu nak balik ke rumah. Ingatkan seronok sangat hidup jadi orang bujang.
Kaki di bawa masuk ke dalam bilik. Adam yang sedang berbaring di kerling sekilas. Faiqa cuba berlagak tenang. Baju dan seluar Adam yang telah siap digosok diletakkan dalam wardrobe suaminya. Faiqa buka pula pintu wardrobenya. Selesai kerjanya di situ, Faiqa berlalu pula ke bilik air.
Tak berkelip mata Adam melihat perilaku Faiqa yang bersahaja. Nampak sangat Faiqa masih mogok tak nak bercakap dengan dia. Sakit pula hati Adam bila Faiqa langsung tak nak menegurnya. Dah macam tunggul pula Adam rasa.
Hmm, kau tunggu lah.
" Aika! "
Faiqa yang baru keluar dari bilik air langsung dipanggil Adam. Faiqa berhenti melangkah. Adam yang sedang menuju ke arahnya dipandang dengan bibir diketap pelahan.
" Esok kita pergi kerja sekali. "
Dah seminggu Faiqa memandu sendiri ke ofis. Adam rindu masa-masa meraka bersama. Faiqa memang tak boleh ditegur, kalau tidak macam ini lah. Beku macam ais. Keras macam batu. Adam pandang tepat muka Faiqa yang beriak tenang. Berlagaknya bini aku ni, buat macam tak ada apa yang berlaku je kan.
Faiqa angguk saja. Malas nak cakap apa-apa. Nanti Adam cakap dia suka melawan pulak. Adam kan semakin pelik. Semakin sukar diramal. Marah tak tentu masa. Baran tak kena tempat. Baru Faiqa nak angkat kaki, lengannya dah dipegang Adam.
Faiqa jongket kening.
" Abang nak cakap apa lagi? kalau tak ada apa-apa Aika nak tidur. " senada saja suara Faiqa. Langsung tak menunjukkan minat bila bersama dengan Adam. Lagipun Faiqa penat. Tadi dia sampai lewat ke rumah.
Adam tahan rasa. Selama mereka bergaduh, Faiqa langsung tak berusaha pulihkan keadaan. Kalau Adam tak tegur, memang tak bersuara lah mulut emas Faiqa. Nampak tak siapa yang ego sekarang. Faiqa Eryna tau...
" Aika masih marahkan abang ke? " soal Adam pelahan. Lengan Faiqa sudah digenggamnya erat. Adam pandang tepi muka Faiqa. Dia rindu tapi dalam masa yang sama dia juga tengah rasa marah.
Faiqa senyum mengejek. Siapa yang marah siapa sekarang? kau tu yang masih marahkan aku! dulu panggil aku sayang sekarang Aika je kan? sedihhh...
" Tanya orang lain buat apa. Tanya la diri sendiri. " bidas Faiqa sinis. Lengannya direntak kuat. Rasa sakit pulak digenggam jemari kasar Adam.
Adam mendengus. Tercabar egonya bila dibidas begitu.
" so you want to blame me? keluar tanpa izin suami tu bagus sangat ke Faiqa Eryna? " tempelek Adam. Bila Faiqa kasar begitu, hati Adam terus rasa membahang. Tajam matanya memandang Faiqa.
Faiqa menentang anak mata Adam. Dah malam begini pun Adam masih lagi nak cari pasal? huhh...
" apa masalah you eh? beratus kali nak ulang ayat yang sama. Apa yang you tak puas hati sangat ni? " Mengelegak hati Faiqa. Panggilan Abang juga sudah ditukar. Rasanya panggilan Abang tu tak sesuai untuk Adam. Memang Adam sudah berusia tapi otak Adam macam budak-budak. Childish sangat!
" I akan ulang sampai you faham apa yang I nak! "
" so apa yang Dr. Adam nak? " Faiqa senyum. Senyum tak ikhlas. Nak je dia bla cepat-cepat dari situ. Malas nak mengadap muka Adam.
Adam senyum senget. Nampak sangat Faiqa tak fokus apa yang dibebelkan selama ni.
" I tak suka you berkawan rapat dengan Rizwan! Apatah lagi you nak keluar lunch berdua dengan dia. I tak izinkan! Lepas ni kalau you nak keluar lunch, pergi dengan staff perempuan. Kalau tak ada, tak payah keluar. I boleh oderkan makanan untuk you. "
Faiqa sungging bibir. sampai begitu sekali? Hantu apa yang dah masuk dalam badan Adam ni?
" Pleaselah! jangan jadi budak-budak sangat boleh tak? Rizwan tu tak ada buat salah apa pun. You kenal Rizwan pun tak, sesuka hati you je nak kondem dia. " marah Faiqa. Dia bukannya nak beck up Rizwan tapi Faiqa nak Adam tahu dia anggap Rizwan tu tak lebih dari seorang sepupu.
Tanpa menunggu jawapan balas dari Adam, Faiqa terus berlalu ke arah katil. Ikatan pada rambutnya dilepaskan. Dari ekor mata Faiqa tahu Adam sedang merenung ke arahnya.
Tak berpuas hati, Adam lantas merentap kembali lengan Faiqa. Akibat tak bersedia, tubuh Faiqa terdorong sedikit ke depan menyebabkan kepalanya terhantuk ke dada bidang Adam. Adam senyum senget. Muka Faiqa ditentang. Sungguh, Adam pantang bila dia bercakap orang berpaling muka.
" I tak kondem dia! I cuma mintak you jauhkan diri dari dia je. Susah sangat ke you nak tunaikan permintaan I tu? " soal Adam tepat ke muka Faiqa. Hembusan nafas Faiqa terasa panas menampar kulit mukanya.
Faiqa mendengus. Serabut! Adam betul-betul buat dia rasa serabut!
" Kenapa you tetiba jadi macam ni eh? Dulu you tak macam ni pun. You tak pernah nak kongkong hidup I. Sekarang kenapa semuanya tak boleh? you tak suka Rizwan pasal apa? " kali ni Faiqa serius nak tahu, Faiqa jadi pelik sangat dengan perangai Adam sekarang. Kenapa Adam beriya sangat nak jauhkan dia dengan Rizwan. Apa salah Rizwan?
" tak payah banyak soal. Kalau nak syurga dengar cakap suami. "
Adam lepaskan tangan Faiqa. Faiqa dipandangnya sekejap sebelum dia berlalu keluar dari bilik.
Faiqa terjeda.
to be continue......
Share this novel