Bab 54

Romance Completed 57501

Air mata mengalir deras.

Lemahnya Faiqa saat ini. Sudah 4 hari kejadian itu berlaku. Namun keadaan mereka suami isteri masih sama tak berubah. Adam biarkan hatinya nanah tak di rawat. Adam tikam hatinya berkali-kali dengan kesalahan yang Faiqa sendiri tak tahu mana puncanya. Tanpa dengar penjelasan sebenar Adam mula menjauhkan dirinya dari Faiqa. Membiarkan hati Faiqa terus di runtun rasa pilu.

Besar sangat ke salah Aika pada Abang?

Faiqa seka air matanya. Jam di kerling. 10 malam. Kenapa waktu begini Adam masih belum balik lagi?

Teringat sewaktu mereka bertembung di tangga tadi. Adam sudah bersiap-siap untuk keluar. Pakaian Adam kemas. Tshirt berkolar dengan seluar jeans. Belum pun sempat Faiqa buka mulut, Adam sudah tergesa-gesa meninggalkannya tanpa segaris senyuman. Entahlah. Dia sendiri tak tahu ke mana destinasi Adam.

' Esok kau free tak? aku nak jumpa kau ' - me

Faiqa senyum tawar. Dalam keadaan sekarang dia perlukan teman. Dia tak boleh terlalu mengikut perasaan. Kalau berterusan begini satu kerja pun dia tak mampu nak buat. Dia stress.

' Esok aku cuti. Kita jumpa tempat biasa. Boleh lunch together ' - Aliah

' Ok' - me

Sebaik terdengar bunyi kereta Adam di bawah laju Faiqa matikan telefonnya. Comforter ditarik. Matanya di pejamkan rapat.

Adam masuk ke dalam bilik. Langkahnya bersahaja. Riaknya juga kelihatan tenang. Jam dan telefon diletak atas meja. Sekilas tubuh Faiqa yang sudah terbaring dijeling. Tanpa sepatah kata, tuala di capai sebelum tubuh itu hilang di balik pintu bilik air.

Faiqa ketap bibir. Tangan naik menyentuh dada sendiri. Hatinya jadi sebak tiba-tiba. Layanan dingin Adam buat Faiqa rasa terasing. Di saat seluruh hatinya diserahkan pada sang suami, Allah uji rumahtangga mereka.

Sungguh, dia rindukan Adam yang dulu.

.
. .

Suraya pandang muka suaminya. Sejak balik ke rumah tadi, suaminya hanya diam di situ. Langsung tak menegur dia dan anak kecil mereka seperti kebiasaan. Mengelamun depan tv yang terpasang. Entah apa yang dia sedang fikirkan.

Suraya bangun. Dia yang baru selesai menyuap makanan pada anak kecil mereka berjalan ke arah Rayyan. Kerutan di dahi suaminya menyakinkan lagi Suraya pasti ada sesuatu yang berlaku di rumah mertuanya tadi.

" Kenapa dengan abang? Abang ada masalah ke? " Suraya sentuh bahu suaminya. Anak kecil yang berusia 3 tahun itu di lepaskan bermain atas tatami depan mereka.

Rayyan senyum segaris. Senyuman yang hambar dirasakan oleh Suraya.

" Serabut kepala abang bila fikirkan permintaan mama. " ujar Rayyan pelahan. Nak bercakap pun dia rasa tak ada mood.

" Permintaan apa? "

" Bawak Faiqa jumpa dengan Rafiq. Keadaan Rafiq dah makin teruk. Masalahnya nak ke Faiqa tu jumpa Rafiq lepas apa yang dia dah buat? " Rayyan gosok batang lehernya. Hatinya berbelah bagi. Dia jadi serba salah. Tempoh hari Rafiq. Hari ni Puan Yusrina pula yang mendesak.

Suraya mengangguk pelahan. Ingatkan masalah apa tadi. Kalau hal itu dia sendiri sudah sedia maklum keputusan suaminya. Rayyan jadi berat hati bila memikirkan kemungkinan tindakan yang akan di ambil keluarga Faiqa. Sudahlah keadaan Rafiq begitu.

" Aya tahu abang risau kalau keluarga Faiqa dakwa Fiq. Tapi tak salahkan kalau abang mencuba. Sekurang-kurangnya kita cuba tunaikan permintaan Fiq. " pujuk Suraya lembut. Suraya bukan apa kesian tengok mertuanya susah payah jaga Rafiq siang dan malam. Sedangkan Rafiq hanya pasrah terbaring atas katil tanpa mahu berusaha mengubati dirinya. Semuanya kerana rasa berdosa Rafiq pada Faiqa. Dia rela menyakiti dirinya sendiri.

" Kalau Faiqa tak setuju macam mana? "

" Tak apa. Janji kita dah cuba. " pujuk Suraya positif.

Rayyan mengeluh berat. Mukanya diraut. Suntikan semangat dari Suraya buat bibirnya kembali mengukir senyum. Rayyan yakin dengan keputusannya.

" Kalau macam tu nanti abang pergi rumah parent dia. "

" Aya rasa lagi bagus abang direct ke ofis Faiqa. Rafiq kata Faiqa kerja kat MH Holdings. "

Rayyan mengangguk setuju.

.
. .

Mentari pagi menyuluh terang. Faiqa gosok kelopak matanya. Selesai solat subuh tadi dia terus kembali berbaring atas katil. Kepalanya mula terasa berat. Semalaman Faiqa menangis bila Adam mula bertindak diluar jangkaan. Adam mula mengasingkan tempat tidur mereka. Adam tidur di bilik tetamu. Sejauh itu tindakan Adam cuba menjauhkan diri dari Faiqa. Nampaknya marah Adam kali ni bukan untuk sehari dua. Mungkin lebih dari itu.

Faiqa bangun. Kalau dia terus begini, boleh mati sel otaknya. Fikirkan masalah yang dia sendiri tak tahu punca. Life must go on. Lebih baik aku bersiap sebelum minah senget tu membebel.

" Badan kau nampak susut sikit sekarang? kenapa? kau tak cukup makan ke? " perli Aliah sebaik saja mereka bertemu tengahari itu. Dari tadi Aliah perhati saja gerak geri Faiqa yang luar dari kebiasaan. Bukan saja tubuh Faiqa yang menyusut, muka Faiqa juga pucat. Matanya bengkak. Eh, apa kes ni?

" Ada-ada je la kau ni. Aku rasa aku makin gemuk ada la. Ni tengok perut aku ni, makin ke depan dengan jayanya. Nasib baik aku cover pakai baju besar. Kalau tak boleh terjojol keluar tahu tak. " seloroh Faiqa.

Hambar senyumannya bila lawak yang tak berapa nak jadi tu tak dapat reaksi positif dari Aliah. Malah terhias cebikkan panjang di bibir Aliah yang merah menyala.

Aliah letak sudu dan garfu. Muka Faiqa di pandang penuh minat.

" Kau tak payah nak menipu aku la, Aika. Aku bukan kenal kau sehari dua. Tengok muka kau ni pun aku dah tahu. Kau ada masalah kan? " Aliah yakin, pasti ada sesuatu. Faiqa tak boleh tipu. Mereka berkawan sudah lama.

Faiqa diam. Kepala di geleng pelahan. Makanan yang terhidang dipandang kosong. Baru suku yang disentuh. Bila Aliah dah soal macam ni hilang terus seleranya.

" Ceritalah. Takkan kau tak percayakan aku. "

Faiqa menggeleng. Bukan itu masalahnya.

" Kau bergaduh dengan Adam ke?" desak Aliah lagi. Dia tak boleh sabar bila Faiqa mendiamkan diri seperti ini. Sekurang-kurangnya ceritalah. Biar dia tahu hujung pangkalnya.

Faiqa melepaskan keluhan. Berat sekali bunyinya. Muka putihnya sudah berubah rona. Dipandang Aliah dengan linangan air mata.

" Eh, kau kenapa ni Aika? kenapa tiba-tiba kau menangis ni? " kelam kabut Aliah capai tisu sebelum mengesat air mata Faiqa yang mula laju turun di pipi.

Teresak-esak Faiqa menangis. Bila Aliah dah asak dia begini memang cepat hatinya rapuh. Dahlah dia tak ada tempat untuk mengadu. Masalah rumahtangga takkan nak cerita pada keluarga. Kehadiran Aliah sekarang sangat tepat pada masanya. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

" Sekarang cerita. Kau sedih ni sebab apa? Apa yang dah jadi sebenarnya? " Ketika itu mereka berdua sudah kembali semula ke kereta. Aliah tak nak Faiqa menangis di tempat awam. Kalau Faiqa nak melalak sekalipun biar dia saja yang dengar.

" Adam..d...di..dia... "

" Jadi betul lah tekaan aku. Adam punca kau jadi macam ni. Dia buat apa pada kau hah? dia pukul kau ke? " laju Aliah meneka. Tak bagi peluang langsung Faiqa habiskan ayatnya. Hatinya mula membuak dengan pelbagai rasa, sudah pastinya rasa marah itu lebih menguasai dirinya sekarang.

Faiqa ketap bibir. Air hidung dikesat. Dah habis sepeket tisu ditonyoh ke mata dan hidung. Kali ni sedihnya betul-betul datang dari hati.

" Bukan. Dia tak pukul aku. "

" Habis tu? dia perempuan lain? "

Faiqa jongket bahu.

" Aku tak rasa dia perempuan lain. Tapi Adam dah berubah. Dia dah tak sayangkan aku lagi. " cerita Faiqa dalam esaknya.

Bergaris dahi Aliah. Apa yang Faiqa cuba sampaikan ni? satu pun Aliah tak dapat tangkap. Makin keliru ada lah.

" Kejap. Aku tak faham. Apa maksud kau dia tak sayangkan kau? Bukan Adam tu cinta mati ke kat kau. " tanya Aliah keliru. Laju otak cuba mencerna maksud ayat Faiqa tadi.

Faiqa tunduk. Setiap kata-kata Adam tempoh hari kembali bermain di fikirannya.

" Dulu memanglah dia sayangkan aku. Sanggup lakukan apa je untuk aku. Tapi sekarang dia dah bencikan aku. Dia dah tak sayangkan aku lagi. Dia cop aku isteri derhaka. Dia tuduh aku macam-macam hanya sebab Rizwan hantar aku balik rumah. "

Aliah terdiam. Dia cuba menghadam setiap kata yang keluar dari mulut Faiqa. Berat jugak kes laki bini ni. Baru kahwin berapa bulan, dah dapat title isteri derhaka.

" Rizwan tu kan sepupu kau. Tak habis lagi ke cemburu Adam pada mamat tu? yang Rizwan tu pulak dah kenapa tetiba dia hantar kau balik? " Berdas-das soalan keluar serentak dari mulut Aliah. Dah serupa mesin gun je.

" Sebab kereta aku rosak. "

" Habis tu kenapa kau tak bagitahu Adam? kenapa tak terangkan perkara sebenar pada dia? "

Faiqa tarik nafas. Kalaulah semudah itu kan bagus. Tak perlu aku nak menangis macam orang mati laki. Faiqa buang pandang. Kelibat kereta yang lalu lalang depan kereta Aliah dipandang. Pelahan kepalanya menoleh memandang Aliah yang sabar menantikan jawapan.

" Macam mana aku nak jelaskan kalau Adam sendiri tak nak dengar penjelasan aku. " pelahan saja suara Faiqa. Sedih hatinya bila mengenangkan sikap Adam akhir-akhir ini.

Aliah terdiam. Air mata di pipi Faiqa buat lidah Aliah jadi kelu. Berat jugak masalah kali ni.

" Sabar. Tak ada masalah yang tak ada jalan keluar. Kau kena kuat. Kau tak boleh lemah macam ni. Kalau Adam boleh ignore kau, kenapa kau tak boleh buat? "

" maksud kau? "

Aliah senyum. Panjang lebar dia menerangkan pada Faiqa apa yang perlu Faiqa lakukan. Ramai isteri down bila suami buat pasal. Menangis meratap takkan dapat selesaikan masalah. Perempuan tak boleh jadi lemah. Jangan mudah kena buli. Apa lelaki ingat dia seorang je ke ada ego.

" Tapi aku... "

" Buat dulu. Tak jadi kita buat plan baru. "

.
. .

Faiqa hirup kopi panas itu pelahan. Nikmatnya bila dapat merasa air tangan mama. Lupa segala masalah yang bermaharajalela dalam tempurung kepalanya. Selesai saja berjumpa dengan Aliah tadi terus ke sini destinasi Faiqa. Dapat pandang muka mama buat hati Faiqa tenang dari kesedihan.

" Minum tu pelahan-lahan. Tersedak nanti. " Dari dapur Faiqa dengar suara sayup Datin Faridah. Faiqa senyum. Dari bujang sampai dah jadi bini orang pesanan penaja dari mama tak pernah hilang. Dulu bila dengar rasa menyampah sekarang rasa rindu pulak. Alahai..

" Betul ke ayah cakap Aika mintak cuti 2 hari? Aika nak pergi ke mana? " tanya Datin Faridah yang baru muncul dari dapur dengan sepinggan kuih kaswi. Memang wajib minum petang di rumah ini ada kuih tradisional. Tak tunggu lama, laju tangan Faiqa mengambil sepotong sebelum di sumbat masuk ke dalam mulut. Ah, nikmatnya.

" Tak pergi ke mana pun. Ingat nak belajar masak dengan mama. Boleh tak? " ujar Faiqa dengan lenggok suara manja. Faiqa hanya senyum bila Datin Faridah pamer reaksi muka terkejut. Kalau dulu paksa macam mana pun Faiqa tak mahu, sekarang tetiba serah diri pulak. Pelik tu.

" Mestilah boleh. Walaupun macam dah terlewat. " seloroh Datin Faridah dengan tawa halus.

" Terlewat ke? kalau macam tu tak jadilah. " Faiqa pura-pura merajuk. Cemberut saja mukanya. Rindu nak bermanja dengan mama.

" Alololo.. merajuk pulak baby tua mama. Ni kenapa datang sorang je? menantu mama mana? dah lama mama tak jumpa dengan Adam. "

" Adam sibuk " ujar Faiqa ringkas.

Malas nak ulas lebih-lebih. Dia datang ke sini untuk melupakan kesedihan. Adam sendiri pun tak tahu dia ke sini. Kalau diberitahun pun Adam bukan nak layan. Sama macam pagi tadi, beria Faiqa mesej bagitahu nak keluar tapi apa yang Faiqa dapat? baca mesej dia pun Adam tak nak. Blue tick pun tak. Entah-entah whatsapp dia pun dah kena block dengan suami sendiri. Entahlah. Malas nak fikir. Serabut.

" Dah. Makan cepat. Kejap lagi kita start class memasak. "

" Okey Datin "

Faiqa ketawa. Mengeliat tubuhnya bila Datin Faridah geletek pinggang bertalu.

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience