Adam menerkam ke arah pintu rumah. Matanya di liarkan mencari kelibat Puan Aisyah. Panggilan telefon dari Ainaa sebentar tadi telah membawa separuh nyawanya melayang.
" Ummi! " laju Adam menghampiri Puan Aisyah. Dia duduk di tepi katil sebelah ummi. Tubuh ummi yang terbaring dipandang tak lepas. Hatinya jadi sebak.
Puan Aisyah buka mata. Dia yang baru nak lena memandang ke arah Adam dan Faiqa. Sedikit senyuman tergaris di bibir tuanya.
" Ummi sakit ke? jom Adam bawak Ummi pergi klinik. " cuak muka Adam. Jemari ummi digenggam erat. Sungguh, dia macam orang sasau bila Ainaa bagitahu keadaan Ummi yang ditemui pengsan di ruang dapur.
Faiqa disebelah hanya diam. Matanya di bawa memandang muka Ummi yang pucat.
" Adam tak payahlah risau. Ummi tak ada apa-apa. Penat sikit je " Ummi senyum segaris. Tangan Adam ditepuknya pelahan. Riak Adam yang risau dipandang dengan mata redupnya.
Adam mengeluh. Penat sikit? Kalau penat takkan Ummi boleh jatuh pengsan? ummi bukannya ada masalah kesihatan. Kalau ada pun darah tinggi itu pun masih di peringkat terkawal. Lantas telapak tangan diletakkan atas kepala ummi, panas!
" Ummi demam ni. Jom! Adam bawak ummi pergi klinik. " risau pula Adam bila melihat keadaan ummi yang lesu. Muka ummi pucat, bibir ummi tak merah seperti selalu.
Faiqa pandang tepi muka Adam. Belum pernah dia tengok muka Adam secemas tadi. Gugur jantung Faiqa saat Adam memandu keretanya dengan kelajuan agak luar biasa. Dia yang sememangnya fobia dengan kelajuan hanya diam di sebelah Adam.
Puan Aisyah menggeleng laju.
" Adam buat Ummi macam Qyla pulak. Ummi tak ada apa-apa lah. Dah, pergi bawak Aika rehat. Sian menantu Ummi ni, dia mesti penat. " seloroh Puan Aisyah. Sedaya upaya dia cuba menyakinkan Adam tentang kesihatannya. Dia rasa bersalah bila terpaksa menyusahkan anak menantunya. Sudah lah baru kahwin, penat semalam pun mesti tak habis lagi.
" Kalau Ummi macam Qyla, Adam tak cakap banyak. Adam terus dukung bawak pergi klinik je. " selamba Adam menjawab. Dia gelak kecik bila Puan Aisyah sudah menjengilkan biji matanya. Faiqa di sisi senyum simpul. Ciri-ciri Haqiem ada sikit pada Adam, suka loya buruk.
" Tengok lah tu Aika, Adam kalau jaga Ummi memang macam ni. Pantang sakit sikit, asyik nak dibawa ke klinik je. Padahal Ummi sihat je " bebel Ummi. Dia pandang Faiqa yang sudah menyengih. Dia bersyukur, akhirnya dapat juga dia bermenantukan Faiqa yang dah lama dia anggap macam anak.
" asyik nak mengelak je ummi ni kan. Ni ummi dah makan ubat ke belum? " tanya Adam lagi. Dia jeling atas meja sebelah ummi, kosong.
" Dah, ummi dah makan panadol tadi. Lega sikit rasa. "
Adam mengangguk. Dia tak nak paksa ummi lagi tapi dia nekad, kalau demam ummi masih tak kebah, dia sendiri akan dukung dan paksa ummi pergi klinik. Dia dah tak peduli. Kesihatan ummi lebih penting.
" Kalau macam tu Aika ambikkan kain basah, letak atas kepala Ummi eh? " Faiqa menawarkan khidmatnya. Dia senyum bila melihat anggukan Puan Aisyah.
" Hah! reti pun balik. Ingatkan tadi dah tak kisah pasal ummi " serentak Adam dan Faiqa memandang ke arah pintu. Muka tegang Ainaa dipandang. Adam pandang Ainaa. Apa hal pulak cakap macam ni?
Ainaa melangkah masuk ke dalam. Bubur yang sudah siap di masak di bawa ke arah katil. Sempat lagi dia menjeling Faiqa yang beriak tenang. Semua jadi pasal kau lah! sibuk sangat nak kahwin tergesa-gesa sampaikan ummi aku tak cukup masa nak rehat.
" Ainaa! " tegur ummi. Suaranya tegas. Dia tak nak Ainaa buat kecoh lagi. Dia tak nak Faiqa terasa hati seperti tempoh hari.
" Akak cakap apa ni? siapa yang tak nak balik?! " soal Adam sinis. Ayat Ainaa memang sengaja nak cari gaduh. Selama ni pernah ke dia abaikan ummi? Baru sehari dia tak ada dah cakap macam dia sengaja lepas tangan.
Faiqa di tepi Adam sudah diam membisu. Lengan Adam dicari lalu dicengkamnya pelahan. Tak terkutik tubuhnya bila pandangan tajam Ainaa sudah tepat ke mukanya. Sekarang jelas perempuan merangkap kakak iparnya itu memang tak sukakan dia.
" Dah lah tu Naa. Apa yang nak di bisingkan sangat. Ummi tak sihat bukan salah Adam. " berubah nada suara Puan Aisyah. Jelas sekali dia tidak suka dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Ainaa yang berada disebelahnya dipandang tak lepas. Bertambah sakit kepalanya melihat lagak Ainaa.
Ainaa mendengus marah. Kasar saja dia meletak mangkuk bubur yang di bawanya tadi.
" Dahlah! Nak tegur sikit pun tak boleh. Manjakanlah sangat anak menantu ummi tu " perli Ainaa. Dia lantas berlalu dengan rasa sebal di dada. Entah kenapa dia jadi sakit hati bila melihat Faiqa ada di situ.
Adam menghantar pandangan geram pada Ainaa yang sudah keluar dari bilik. Dia alihkan pula matanya memandang Faiqa di sebelah. Air muka Faiqa berubah . Riak mukanya bersahaja tapi Adam tahu Faiqa mesti terasa hati.
.
.
.
" Awak pun satu, mulut tu bukan reti nak jaga. Ikut suka hati awak je nak marah Adam tu depan isteri dia. Cuba jaga sikit air muka adik awak tu. Dia kan baru kahwin. " Malik yang sedang menyemak kertas peperiksaan pelajarnya membidas perilaku Ainaa. Dia memang sedia maklum, Ainaa tak sukakan isteri Adam atas sebab-sebab tertentu. Tapi tak adil rasanya Ainaa menyalahkan Adam punca ibu mertuanya jatuh sakit.
Ainaa yang sedang menyusukan Alysa menoleh tak puas hati. Dah kenapa dengan laki aku ni? aku cerita kat dia bukan mintak kena marah.
" Habis tu bukan sebab bini dia ke ummi jatuh sakit? Kalau setakat kena tangkap basah tu, tak kahwin pun tak apa lah. Bayar je duit denda. Ini tidak sibuk sangat nak kahwin, yang ummi pun layankan sangat sampai satu rumah dia duk kemas. Bila badan tak cukup rehat ni lah jadinya. "
Belum puas lagi Ainaa melepaskan kemarahannya. Baru sehari jadi menantu, ummi dah beck up si Faiqa tu. Macam lah elok sangat perangai bini Adam tu.
Malik mendengus pelahan dengan kepalanya digelengkan beberapa kali. Pen merah ditangan diletakkan semula di atas meja. Hilang tumpuannya nak menyemak kertas Pendidikan Islam yang masih menimbun. Selaku ketua bidang sudah menjadi kebiasaan baginya membawa balik kerja ke rumah.
" Saya peliklah dengan awak ni. Dulu bukan main sibuk awak suruh Adam tu kahwin tapi bila dia dah kahwin awak pulak jadi macam ni. Membebel tak henti. Rimas saya! " marah Malik. Dia memang jenis yang jujur punya orang. Tak suka simpan dalam hati. yang salah tetap salah
" sebab saya tak suka dia kahwin dengan Faiqa tu! Ada yang elok bertutup, yang terdedah sana sini tu jugaklah yang dia pilih. " Makin beremosi Ainaa dibuatnya. Dia turun dari katil. Memangku Alysa untuk diletakkan ke dalam buaian.
Sekali lagi Malik menggeleng. Semakin pelik dia dengan perangai Ainaa yang suka cakap tanpa berfikir. Siapa dia nak tentukan jodoh orang. Adam tu memang adiknya tapi Adam tu dah besar panjang. Ada citarasa. Biarlah Adam buat pilihan sendiri. Takkanlah Adam tu nak ikut selera orang macam Ainaa pulak.
" Tak habis lagi ke angan-angan awak nak jodohkan Adam tu dengan Syira? Adam tu adik awak tau, Syira tu kawan awak je. Jangan sampai hubungan awak dengan Adam renggang disebabkan orang luar. " bidas Malik. Dia berlalu ke arah pintu bilik. Panas dia berlama dengan Ainaa di dalam bilik mereka. Orang tegur bukan nak dengar, asyik dia saja yang betul.
Ainaa ketap bibir. Geram betol dia dengan Malik yang terang sudah tidak menyokong usahanya.
.
.
.
Faiqa memerhati sekeliling ruang bilik Adam. Bilik yang kemas dengan susun aturnya yang simple membuatkan dia rasa kagum dengan kreativiti si pemilik. Sudah hampir satu jam dia di tinggalkan Adam dalam bilik itu, sementara Adam pergi menjenguk ummi di biliknya. Dia tahu Adam cuba jauhkan dia dari berjumpa Ainaa. Dia yang masih tak boleh lupa dengan pandangan jengkel Ainaa hanya menurut tanpa banyak soal.
Faiqa pandang diri sendiri. Baju Adam yang tersarung di tubuhnya buat dia rasa janggal dan tak selesa. Itu lah kau Faiqa, tadi Adam nak hantar kau balik rumah tapi kau berlagak tolak. Sekarang redha je lah pakai baju suami kau yang besar ni. Memang besar pun. Baju kemeja ni saja dah sampai paras lutut Faiqa. Sudah lah tubuh dia kecik molek, nampak sangat ini baju pinjam kan.
Adam menutup pintu bilik. Faiqa yang sedang berbaring di atas katil di pandang. Satu senyuman manis dihadiahkan kepada isterinya.
" kenapa sayang tak tidur lagi? kan abang dah cakap tak payah tunggu abang " Adam panjat atas katil. Dia duduk berbaring di sebelah Faiqa yang sedang mengadapnya.
" Ummi macam mana? panas lagi tak badan Ummi? " Soalan Adam diabaikan, sebaliknya dia pula menanyakan soalan lain pada Adam.
" Nampak macam dah okay sikit. Ubat pun abang dah bagi tadi. "
Faiqa senyum segaris. Lega mendengar khabar keadaan ummi yang sudah semakin baik. Kalau bukan sebab Ainaa, dia sendiri pun nak pergi jenguk ummi tapi nak buat macam mana. Hati masih belum kental nak mengadap mulut Ainaa yang seperti cili api. Apa lah salah aku kat agaknya? Sampai menyampah sangat dia kat aku.
" Pasal Kak Ainaa tu abang nak mintak maaf. Abang pun tak tahulah apa yang dia nak marahkan sangat, padahal waktu majlis kita tu ummi sihat je " riak wajah Adam sedikit tegang. Masih ada sisa marahnya pada Ainaa. Sepanjang berada dalam bilik ummi tadi dia langsung tak bertegur dengan Ainaa, dia geram dengan kelancangan mulut kakaknya.
" Tak ada apalah. Bukan salah abang pun. " Faiqa malas nak ambik pusing, asalkan Adam dan ummi suka dia sudahlah. Dia pun bukannya nak hidup bergantung harap pada Ainaa.
" Abang janji kita tak lama kat sini. Bila ummi dah sihat je kita balik semula ke rumah mama. Tak pun ke rumah kita "
Adam sauk kepala Faiqa untuk baring di atas dadanya. Faiqa yang tak bersedia, hampir saja mencium dada sasa milik Adam. Merona merah muka Faiqa menahan malu. Terimbas semula kejadian siang tadi sebelum mereka ke sini.
" Are you blushing sayang? " tegur Adam dengan senyuman nakal di bibir. Dia suka tengok muka merah Faiqa. Comel! Rasa nak gomol-gomol je.
Faiqa pegang kulit mukanya. Dia cuba beriak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Dari ekor mata dia tahu mata Adam sedang merenungnya.
" Jom tidur. Aika mengantuklah "
Faiqa menarik semula tubuhnya dari pelukan Adam. Dia tarik comforter sehingga ke paras dada. Dia penat, seharian tak rehat. Lemau tubuhnya.
Adam sengih. Dia tolak sedikit tubuhnya ke arah Faiqa. Dia juga ikut masuk ke dalam comforter. Badan Faiqa dipeluknya dari arah belakang. Adam cium bahu Faiqa yang dibaluti dengan kemeja miliknya. Nak dibagi seluar, Faiqa menolak. Besar sangat katanya. Adam senyum lagi, tangannya ditolak pelahan oleh Faiqa, dia tahu Faiqa tak selesa tapi dia suka.
" Abang! "
" Pleasseeeee.. abang nak tidur peluk sayang " Adam buat suara manja. Dia peluk semula pinggang Faiqa. Berharap malam keduanya sebagai suami lebih indah dari malam pertama.
to be continue.....
Share this novel