Bab 52

Romance Completed 57501

" Overall okay. maybe in 24 hours some inflection can be happen. so we need to monitor and make sure patient follow all the treatment " terang Adam ringkas. File berwarna hitam itu diserahkan kembali kepada MA bernama Haziq. Terangguk saja kepala lelaki berkaca mata itu. Faham arahan yang diberikan.

Adam memicit sekitar lehernya. Tegang segala uratnya bila seharian berada dalam wad menguruskan pesakit.

" Apa kata kita pergi minum dulu nak? " pelawa Dr. Sarah dengan senyuman manisnya. Dr. Sarah pandang wajah kepenatan Adam. Terbit rasa kasihan melihat Adam berkeadaan begitu. Meskipun perkahwinan Adam beberapa bulan lepas telah buat dia kecewa tapi dia perlu bersikap profesional. Soal jodoh bukan manusia yang tentukan. Lagipun mereka bekerja di unit yang sama. Sampai bila nak bermasam muka.

Haziq mengangguk setuju. Tersengih saja dia memandang Dr. Sarah yang ayu berbaju kurung cotton. Rezeki jangan ditolak. Seiring mereka bertiga keluar dari wad yang baru selesai mereka lawati.

" You pulak Dr. Adam? "

Adam angkat kepala. Jarinya berhenti menaip mesej. Muka Dr. Sarah yang sedang menunggu jawapan darinya dikerling sekilas.

" I tak ... "

" Eh! tu bukan wife you ke Dr. Adam? "

Adam yang baru nak buka mulut segera memandang ke arah yang ditunjukkan Haziq. Adam koyak senyum. Lebar. Pelahan kaki di bawa ke arah kumpulan kecil itu tanpa memberi jawapan balas pada soalan Dr. Sarah tadi. Semakin dekat semakin kuat bunyi ketawa yang menerpa gegendang telinganya.

Adam picingkan anak matanya. Apalah yang suka sangat tu? Dari tepi Adam nampak Faiqa yang sedang gelak ketawa bersama Kak Mar and the geng. Bukan main mesra lagi lagaknya. Macam dah lama kenal pulak. Siap tepuk-tepuk bahu bagai.
Faiqa tekup mulutnya. Terhambur juga tawanya meskipun puas dia cuba menahan. Boleh migrain kalau duduk lama-lama kat sini. Lepas satu-satu topik yang dibualkan menarik perhatian dan minat Faiqa. Langsung tak ada rasa kekok.

" Ehem.. "

Adam berdehem. Senyuman manis dilemparkan. Bukan main seronok berborak sampai dia muncul di situ pun mereka tak sedar.

" Sakan berborak. Sampai ke hujung sana saya dengar suara orang ketawa. " usik Adam. Adam kerling Faiqa. Ni pun sorang, bukan main besar mulut tu ketawa. Sukalah tu ada teman berborak.

" Yeke. Rasanya Kak Mar dah habis control dah tadi. " Kak Mar ketawa kecil. Dah masak dengan gurauan dari lelaki yang sudah dianggap seperti adiknya. Wawa pula hanya tersengih di sebelah Faiqa. Kalau dah tiga orang ketawa serentak mana tak kuat Dr. Adam oi..

" Kak Mar ketawa memang cover. Tapi si wawa ni hah, ketawa tak ingat dunia. Bergegar satu unit ni dengan suara dia " Giliran Haziq pula mengusik.

" Eh eh kau ni. Lebih-lebih pulak kan " Wawa tarik muka. Kat sini pun jadi eh kau nak cari pasal. Buat malu aku je.

Haziq ketawa. Kak Mar dah tersenyum dengan telatah dua manusia depannya. Haziq kalau jumpa Wawa memang macam ni. Teman sekolah aka sepupu. Bekerja pula di tempat yang sama. Macam ni lah lagaknya. Ada je benda nak di jadikan bahan gaduh.

Faiqa senyum segaris. Muka Haziq yang masih ketawa itu dipandang. Not bad. Tapi perempuan sebelah dia tu dah kenapa? mencuka je muka. Baru tertelan asam keping ke apa?

" by the way, sejak bila unit kita ni ada staff baru? " usik Adam selamba. Kali ni anak matanya sudah beralih memandang ke wajah Faiqa. Melihat rona kulit Faiqa yang berubah buat Adam semakin galak ingin mengusik.

Faiqa mengetap hujung bibir. Menjeling geram dia pada Adam yang sedang tegak berdiri di sebelahnya.

" Hisyh Dr. Adam ni.. kalau Faiqa ni staff dekat sini alamatnya yang tak sakit pun nak daftar jadi pesakit tau. Wife Dr. Adam ni hot. Tak takut ada pesaing ke? " seloroh Kak Mar.

Adam kerut dahi. Pesaing? Oh No! Aku nak dapatkan dia pun sikit punya susah. Lagi nak cari pesaing. Memang tak lah.

" Aah betul lah tu Kak Mar. Kalau single lagi ni confirm ramai yang nak mengorat. " sampuk Haziq pula. Suka hati melihat muka kelat Adam. Bukan selalu ada peluang begini. Faiqa di sebelah dah tersengih senang hati.

" Single but not available! Dah. Jom kita pergi minum. Siapa lambat dia belanja. " ujar Adam seraya menarik tangan Faiqa supaya mengikut langkahnya. Jemari Faiqa digenggam erat. Nasib saja Faiqa sempat betulkan langkahnya, kalau tidak mahu tersungkur ditarik mendadak begitu oleh Adam.

Dr. Sarah hanya diam memerhati. Tak berkedip matanya dari memerhati merpati dua sejoli yang mesra di hadapannya. Cemburu? sudah tentu lah Dr. sarah cemburu. tapi nak buat macam mana. takkan nak rampas suami orang pulak.

.
. .

" Gila! "

" Tapi tak mustahil kan? kau tolonglah aku. " kali ini kedengaran suara itu merayu lagi. Dia memandang riak muka lelaki dihadapannya, tegang. Langsung tak ada secarik senyuman.

Ah, cara apa lagi yang mampu dia lakukan agar lelaki di depannya ini yakin bahawa dia bukan main-main dengan setiap kata-katanya.

Rayyan pandang muka Rafiq. Kepalanya digeleng sekali lagi. Bahagian mana yang Rafiq tak faham sangat ni. Sungguh, permintaan Rafiq buat Rayyan rasa terbeban.

" Lepas apa yang kau dah buat, kau rasa dia nak ke jumpa dengan kau? Hisyh, kau jangan mengarutlah! " tegah Rayyan keras. Lepas apa yang jadi boleh pulak Rafiq buat permintaan mengarut macam ni.

Rafiq mengeluh. Berat sekali bunyinya. Kalau Rayyan tak nak tolong, siapa lagi yang dapat dia harapkan? Takkan seumur hidup dia harus dibebani dengan rasa bersalah macam ni.

" tapi kau belum tanya dia lagi kan? Macam mana kau yakin sangat dia tak nak jumpa dengan aku? " sela Rafiq pelahan. Terbias raut kesal di wajahnya.

Faiqa! nama yang tak pernah luput dalam ingatannya. Dia rasa bersalah atas apa yang pernah dia lakukan pada gadis itu dahulu.

" Kau ingat Faiqa tu ada penyakit amnesia ke? Takkan semudah tu untuk dia lupakan apa yang pernah kau buat pada dia. Aku minta maaf. Benda lain aku boleh tolong. Tapi bab ni aku memang tak dapat nak tolong. Lagipun aku sendiri pun tak tahu mana nak contact dia. " luah Rayyan panjang lebar. Berharap benar Rafiq ni faham dan mengerti situasi yang ada. Sejak peristiwa beberapa hari lalu, hubungannya dengan Rafiq agak baik tapi tu lah baik pun ada makna agaknya. Mungkin tindakan Rafiq mahu berbaik dengannya hanya kerana hal ini.

Bawa Faiqa datang berjumpa Rafiq? Tak ke memalukan diri sendiri namanya.

" Aku tahu aku salah. Aku dah buat kesilapan paling besar dalam hidup aku. Tapi takkan kau nak biarkan aku rasa bersalah seumur hidup aku. Dengan keadaan aku macam ni kau rasa mampu ke aku bertahan lama? aku boleh mati bila-bila masa je Yan! "

Rayyan ketap bibir. Perkataan mati yang baru keluar dari mulut Rafiq buat Rayyan semakin di himpit rasa bersalah. Perlu ke dia tunaikan permintaan Rafiq?

.
. .

" Dah dahlah tu. Retak cermin tu kang "

Terhenti terus aksi ala model Faiqa depan cermin make up yang berada dalam bilik mereka. Faiqa toleh ke belakang. Adam yang sedang santai berbaring di atas katil di jeling tajam.

" Ala abang ni. Aika baru nak berangan. Tak kasi can langsung. "

" Baru nak berangan? Hisyh, biar betol. Bukan dah berjam ke sayang duk depan cermin tu. Tak penat ke? meh lah duduk sini temankan abang " pujuk Adam manja seraya menepuk pelahan tilam di sebelahnya. Adam senyum. Dari tadi Adam perhatikan saja kelakuan Faiqa di situ. Nak tegur pun rasa serba salah. Ceria luar biasa isterinya malam ini.

Faiqa peluk tubuh. Kaki di bawa melangkah ke arah Adam. Pelahan Faiqa panjat katil mereka. Tercebik saja bibirnya. Adam cuit manja bibir muncung Faiqa sebaik saja Faiqa duduk di sebelahnya. Tergeleng-geleng kepalanya melihat telatah comel si isteri.

" Alololo....merajuk pulak isteri abang ni. But you look so cute sayang dengan muncung macam ni. Buat abang rasa geram je " usik Adam dengan senyuman nakalnya. Adam dekatkan mukanya dengan Faiqa. Sekali lalu bibir Faiqa di ragutnya. Aksi wajib dilakukan setiap kali muncung Faiqa panjang sedepa. Mungkin begitu cara Adam memujuk.

" Siapa yang merajuk? Aika okay je lah. " Faiqa senyum segaris. Penangan ciuman Adam tak pernah gagal buat hatinya berbunga riang. Nak merajuk lama-lama pun terasa rugi. Tak sanggup tidur malam tanpa bantal peluk. Indah sungguh alam perkahwinan ni.

" Baik betul Haqiem belikan sayang handbag. Harga mahal pulak tu. Birthday sayang kan lambat lagi. " Adam bertanya pelik. Mana tak pelik kalau balik saja ke rumah mood Faiqa terus berubah ceria macam ni. Malah dia yakin beg yang di belikan Haqiem bukan seratus dua nilainya. Tengok saja muka Faiqa sekarang. Berseri-seri.

" Entah. Tetiba dia baik hati. " balas Faiqa mudah. Mood masih sibuk dengan handbag baru. Faiqa bangun, handbag lama di capai. Satu persatu barang dalam beg itu di pindah masuk ke dalam beg barunya. Faiqa senyum lagi. Kejap lagi ambik gambar hantar bagi Aliah. Mesti minah tu jeles.

Adam diam. Diperhatikan saja lagak Faiqa. Berat penangan beg mahal Haqiem ni. Buat bini dia jadi lupa diri. Soalan yang di tanya pun di jawab acuh tak acuh. Mata Adam beralih pula pada beg berjenama Prada yang tergenggam kemas di tangan isterinya. Adam sungging bibir.

" Haqiem memang baik hati sayang tapi... dia takkan bagi hadiah mahal macam ni tanpa sebab. Cuba cakap, sayang dapat beg ni sebab apa? " soal Adam mula curiga.

" Rahsia. "

Adam angkat kening. Rahsia dengan suami sendiri? oh big no!

" Nak bagitahu ke tak? Kalau tak.... "

" Kalau tak abang nak buat apa? " pintas Faiqa laju. Muka Adam di kerling. Takkan dengan Haqeim pun nak cemburu kot.

Adam sengih. Segera tubuh Faiqa di tarik masuk dalam pelukannya. Serentak itu Adam rebahkan pula badannya ke belakang. Kini kedudukan Faiqa sudah berada atas badannya. Tak tunggu lama bibir Adam terus menjelajah sekitar muka Faiqa. Di cium bertalu-talu muka itu. Mengekek Faiqa ketawa kegelian.

" Sekarang nak bagitahu ke tak? " ugut Adam sambil mengelus bibir Faiqa yang basah.

" Abang ni kan ganas sangatlah. Tengok tu, habis jatuh beg mahal Aika. " Faiqa pura-pura marah dengan suara manjanya. Beg yang sudah jatuh tepi katil dipandang tak lepas.

Adam ketawa. Tak sedar bila masa beg baru Faiqa jatuh ke lantai.

" Itu baru sikit. Abang boleh buat lebih ganas dari tadi. Nak ke? " Adam rapatkan mukanya dekat dengan muka Faiqa. Belum pun sempat bibir mereka bersatu, Faiqa cepat-cepat menolak muka Adam ke tepi. Faiqa geleng kepalanya. Pelukan Adam segera dileraikan.

" Abang tahu tak Along sekarang dah ada girlfriend? "

" Tak tahu. " Adam menjawab laju.

Faiqa tersengih. Tak mengapalah kalau Adam tak tahu. Bukan penting sangat pun untuk Adam tahu.

" Cantik kan beg ni. Tak sia-sia Aika keluar dengan Along tadi. "

Masih belum puas Faiqa memuji beg barunya. Kemudian beg yang terjatuh tadi di ambil semula sebelum beg itu tiup-tiup kononnya untuk menghilangkan habuk yang melekat. Setelah penat membodek Haqiem. Akhirnya dapat jugak dia memiliki beg idamannya.

" Bernafsu jugak si Haqiem tu kan. " Tersengih Adam bila mengenangkan siapa Haqiem sebelum ini. Lelaki yang tak pernah ada kekasih. Bercinta pun tak pandai. Samalah macam dia dulu. Dan bila dia dapat tahu Haqiem kini sudah berteman, sebagai kawan baik dia turut berasa gembira.

" Eh abang ni, tak baik tau mengata abang ipar sendiri. Apa abang ingat Along tu spesis geng kunyit ke? "

" Tak adalah sampai macam tu sekali, sayang. Abang tahu Haqiem tu lurus. Cuma jodohnya saja yang lambat sampai. Mungkin sebab dia terlalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir soal jodoh. "

Faiqa angguk tanda setuju. Mengiakan telahan suaminya.

" tapi tu lah, along tu berahsia sangat. Aika tanya nama pun dia tak nak bagitahu. Poyo jer.... abang cubalah tanya along. Mana tahu dia nak bagitahu abang. Hmm, Aika rasa tak sabar pulak nak tunggu along tu kahwin. Nanti Aika dapat anak sedara. Mesti best kan... " ceria Faiqa menutur kata. Terbayang kemeriahan keluarga besar mereka nanti.

Adam pandang Faiqa di sebelah. Teruja bukan main eh? Padahal Haqiem tu kahwin pun tak lagi.

" Anak sedara tak sama macam anak sendiri sayang. Dan apa kata kalau .... "

Adam rapatkan bibirnya ke telinga Faiqa dengan senyuman penuh makna.

" .. kita buat anak sendiri. Kan best. "

Faiqa ketap bibir. Merah mukanya bila Adam membisikkan ayat itu. Haish, rasa nak sorok muka dalam beg mahal ni aje. Dah kenapa tetiba Adam ungkit pasal hal ni pulak. Tak kena masa betol. Terus spoil mood!

" Hmm, tiba-tiba Aika rasa mengantuk. Aika tidur dulu la. " terus Faiqa tarik comforter sehingga menutupi seluruh kepalanya.

" Eh, kejaplah sayang. Sebelum tidur kita warming up la dulu. " usik Adam seraya memadam lampu tidur ditepi katil.

" No! "

" Yes "

" No abang!! "

" I'm coming sayang "

" Abangggggg .... !!! "

.
. .

" Macam mana ni kak? Dah 3 hari dah ni. Tak ada tanda-tanda pun Adam tu nak cari Syira. Bayang dia pun tak nampak. " Bebel Syira seusai makan tengahari mereka selesai.

Ainaa panggung kepala. Mata beralih memandang Syira yang sedang menanti jawapan darinya.

" Sabarlah sikit. Benda ni bukan terus jadi. Kau sendiri pun dengar orang tu cakap apa kan? " Ainaa merengus kecil. Tak suka bila di asak begini oleh Syira. Dia sendiri pun tengah menunggu hasil. Takkan Syira ni tak boleh nak bersabar sikit. Dia sudi tolong ni pun dah cukup baik.

" Syira bukan apa kak, Syira takut kita kena tipu je. Bukan sikit tau kita berhabis duit untuk semua ni." ujar Syira.

Memanglah duit bukan masalah besar bagi dia tapi biarlah kena dengan hasilnya. Paling tidak Adam perlu jadi miliknya. Baru lah berbaloi dengan apa yang sudah dia laburkan. Demi Adam, Syira sanggup lakukan apa saja. Besar harapannya agar rancangan dia bersama Ainaa kali ini membuahkan hasil.

" ya akak tahu. Kau tak payahlah nak risau sangat. Kalau tak jadi plan A akak ada plan B. " Tersengih saja Ainaa mengenangkan rancangan terbaru yang sudah bermain di fikirannya. Kali ni mesti menjadi punya. Takkan gagal. Adam pasti akan jadi milik Syira.

" Plan B? Apa tu? "

" Dekatlah sikit.. " Ainaa senyum penuh makna. Segera dia berbisik pada Syira tentang rancangannya.

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience