Bab 7

Romance Completed 57501

Telefon dicengkam kuat. Hatinya mendidih sakit. Rasa nak campak jer telefon tu sekuat hati. Urat hijau di tangan sudah mulai timbul.

Faiqa! satu nama itu sudah cukup buat hatinya mengelegak panas. Teringat kejadian tempoh hari buat hatinya bertambah sakit.

Titik pengakhiran hubungan mereka.

Sejak peristiwa itu Faiqa tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Mesej yang dihantar sepi tanpa balasan. Tadi dia ada cuba menghubungi Faiqa namun dibiar tidak berjawab.

Ahhh…. dia sendiri tak sangka hubungan mereka benar benar sudah berakhir.

Dia mendengus geram. Kepalanya di geleng beberapa kali.

Bunyi muzik yang bingit langsung tidak menganggu lamunannya. Dia datang ke club pun bukan untuk berseronok. Fokusnya hanya satu untuk merawat hati yang kecewa !

Wajahnya kembali berubah tegang. Teringat pulak peristiwa dua hari lepas ketika dia datang ke MH Holding. Niatnya datang ke situ untuk bertemu dengan Faiqa lantas menjernihkan hubungan mereka tapi hasilnya dia menyaksikan kemesraan Faiqa dengan seorang lelaki yang tak di kenali.

Iyer.. semua kawan Faiqa dia kenal. Tapi yang satu ni.. Ahhh..

Kepalanya pening tiba tiba. Otaknya ligat berputar. Memikirkan kemungkinan yang satu ni buat hatinya membuak panas.

Mungkinkah lelaki itu kekasih baru Faiqa? sebab tu dia sanggup tinggalkan aku? ahh…. Kalau betul lah.. Faiqa harus bertanggungjawab. Dia tak layak untuk bahagia!

Ehh.. jap tapi aku macam pernah tengok lelaki tu... tapi kat mana yer...

“ wei bro.. minum tak ajak! “ sergahan itu buat Rafiq menoleh. Wajah lelaki berambut perang itu dipandang.

“ Ah kau.. macam tak biasa pulak. Duduklah.. “

Tanpa menunggu, Kuzir duduk dihadapan Rafiq. Wajah Rafiq yang serabut dipandang. Kepalanya digeleng sekejap.

Dah kenapa buruk benor muka mamat ni. Monyok jer.. Ni tak lain tak bukan mesti pasal Faiqa.

“ anything to share? “ seorang pelayan datang membawa minuman. Casburg.

Rafiq diam sekejap. Wajah Kuzir dipandang kosong. Tak tertahan rasa hati. Saat ini dia perlukan seseorang untuk meluahkan rasa hatinya. Kuzir mungkin pilihan yang tepat. Dia mula bercerita.

Sesekali Kuzir mengangguk faham. Masalah cinta rupanya! Sambil mendengar, dia meneguk air kesukaan. Dia datang ke situ untuk enjoy, bukan nak dengar masalah cinta Rafiq tapi sebab kawan dia layankan jugak.

.
. .

Aliah membetulkan duduknya. Muka Faiqa dipandang tak berkelip. Dia jadi berminat pulak nak tahu bila nama Rafiq yang di sebut.

Walaupun mereka serumah tapi bukan 24jam boleh berjumpa. Masing masing sibuk, ada saja kerja yang menghalang mereka berdua-duaan begini.

“ habis tu sekarang ni macam mana? dia masih kacau kau lagi tak? “ tanya Aliah. Tegang saja mukanya. Sekarang baru dia tahu hubungan Faiqa dengan Rafiq sudah berakhir.

“ Memang kacau lah. Dah macam orang gila talak pulak aku rasa. Setiap hari dia akan call aku. Mesej jangan cakap lah. Sampai aku rasa nak buang je telefon aku tu. Rimas! “

Muka Faiqa berubah mendung. Sejak mereka berpisah, Rafiq betol-betol buat dia rasa tak aman.

Aliah menggelengkan kepalanya. Dia sendiri pun tak sangka perangai Rafiq macam tu. Kalau dia tahu Rafiq tak mampu bahagiakan Faiqa dari awal lagi dia takkan tolong satukan mereka berdua.

“ kalau dah susah sangat kau tukar jelah nombor telefon. Biar dia tak dapat cari kau lagi. “ Aliah mula menyusul idea.

Itu lebih baik dari stress mengadap perangai meroyan Rafiq . Ishh… dia pulak yang panas.

Laju Faiqa menggeleng.

“ Eh, tak nak lah aku. Nanti kantoi. Haqiem tak tahu lagi pasal aku dengan Rafiq. Pasal tangan aku cedera hari tu pun dia tak tahu. “

Tangan kirinya baru saja pulih. Nanti tak pasal-pasal telinga dia pulak yang kena balut. Haqiem kalau membebel boleh tahan pedih.

Aliah menepuk dahi. Lupa pulak hal tu. Dia menggaru kepalanya sendiri. Cuba mencari idea.

“ Habis tu dia tak cari kau dekat ofis ? “

“ setakat ni tak lagi.. tapi aku risau jugak pasal tu. Buatnya dia datang ofis mampus aku. " Faiqa menyatakan kerisauannya.

Aliah meneguk air mineral di tangan. Cerita Faiqa buat dia tak senang duduk. Otaknya ligat berfikir. Sebagai kawan dia perlu tolong Faiqa. Sikit sebanyak Faiqa pasti perlukan pertolongannya.

Jari dipetik kuat. Idea dah datang. Dia tersenyum senang. Muka Faiqa yang kusut dipandang.

“ Apa kata kau cari penganti. Biar si Rafiq tu berhenti kejar kau. “

Berlapis dahi Faiqa. Idea apa ni ? Aku dahla tengah ada masalah. Takkan nak tambah masalah lagi. Dia mengeluh.

" Maksud kau? "

“ Macam ni, Rafiq kejar kau sebab dia yakin masih ada peluang untuk kau terima dia, tapi aku yakin kalau kau dah ada boyfriend lain mesti dia akan berhenti berharap. " Jelas Aliah terperinci.

Faiqa diam berfikir.

Ada betulnya juga kata Aliah itu tapi..

“ idea kau tu dah bagus tapi….mana aku nak cari boyfriend? apa kau ingat boyfriend tu ada jual kat pasar tani ke? “ bebel Faiqa.

Dia mendengus geram. Sakit kepalanya memikirkan masalah yang bagai tak ada jalan keluar.

“ Adam kan ada. “

Aliah tersengih. Bijak tak aku?

Membuntang biji mata Faiqa. Kepalanya digeleng laju. Tak setuju langsung dengan idea Aliah.

“ Gila. Kau nak aku mati awal ke? Kau Haqiem tahu mampus aku kena tanam hidup-hidup “ dah terang lagi bersuluh Adam tu kawan baik Haqiem. Tak ke menjerut leher sendiri namanya.

“ Pandai buat pandailah simpan. Pandai makan pandailah telan. Lagipun aku suruh kau belakon jer. Bukannya aku suruh kau kahwin dengan Adam tu pun. “

Wah, mudahnya si Aliah ni bercakap. Adam tu ada perasan kot. Entah-entah Adam tu dah ada awek. Tak ke cari bala namanya.

Kang tak pasal aku kena serang. Viral muka aku satu Malaysia.

" Macam tak sesuai jer Lia.. Kau tak ada idea lain ke? "

“ Hmm, idea lain aku tak ada. Setakat tu jer idea yg aku ada. Aku pon dah mengantuk ni. Aku masuk bilik dulu la. “ ujar Aliah sebelum bangun meninggalkannya.

Faiqa termagu sendirian. Otaknya masih ligat memikirkan idea Aliah tadi.

Berlakon bercinta dengan Adam ?
Kerja gila namanya!

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience