" Ummi betol ke Adam dengan si Faiqa tu bercinta? "
Puan Aisyah yang sedang melipat baju menjeling sekilas anak perempuan sulungnya. Tegang saja muka mak anak dua ni.
" Siapa yang cakap? "
Ainaa duduk berhadapan uminya. Sehelai baju anaknya diambil dan dilipat. Dia memang tinggal di situ. Suaminya seorang ustaz, mengajar di sekolah rendah berhampiran rumah mereka. Alang-alang Ummi duduk sendirian apa salahnya mereka sekeluarga menumpang duduk di sini.
" Semalam Naa dengar Adam tu berborak dengan Faiqa. Siap bersayang-sayang bagai. Jadi betullah kan yang diaorang tu tengah bercinta? " Ainaa menyoal lagi. Hatinya tak puas selagi tak dapat pengesahan dari Puan Aisyah.
" Kalau betul pun apa salahnya. Kalau Aika jadi pilihan Adam, Ummi tak ada masalah. "
Dia memandang wajah ketat Ainaa. Entah apa yang ada dalam hati anaknya itu. Kalau dulu Ainaa bising sebab Adam tak kahwin - kahwin dan sekarang bila Adam dah ada calon masih membingit tepi telinganya.
Ainaa mencebik tak puas hati.
" Ish, Ummi ni. Mana boleh macam tu. Ummi cuba bukak mata sikit, dia tu tak sesuai langsung untuk Adam! "
Entah kenapa dia tak berkenan sungguh dengan Faiqa. Mungkin cara pemakaian Faiqa langsung tak menepati piawaian untuk menjadi adik iparnya. Sekali pandang, macam gadis sosial pun ada. Terdedah sana sini. Senang cerita memang tak sesuai langsung Adam dengan Faiqa.
" Ya Allah budak ni. Kalau Adam tu dah suka kat Aika, Ummi nak cakap apa lagi? biarkan ajelah. Lagipun Ummi tengok Aika tu pun baik orangnya. " geram pula Puan Aisyah dengan Ainaa yang tak faham bahasa. Macam dia pulak yang nak kahwin. Patutnya dia seronok. Dah boleh tarik nafas lega bila Adam dah jumpa calon isterinya.
Bertaut kening Ainaa.
Ummi ni biar betul? perempuan macam tu nak dijadikan menantu?
" Eh, mana boleh macam tu! Ummi janganlah ikutkan sangat selera Adam tu. Ini kalau saudara mara kita tahu buat malu jer tau. Perempuan tak bertudung macam tu nak dibuat isteri, ish memang tak sesuai langsung! " dengus Ainaa keras.
Sudahlah keluarga mereka semuanya jenis bertudung litup, menjaga aurat. Takkan nak biarkan Adam berkahwin dengan perempuan seperti Faiqa. Boleh rosak keturunan mereka.
Melopong mulut Puan Aisyah dibuatnya. Teruk sangat ke Faiqa di mata Ainaa?
" Astagfirullah al azim... Apa Naa cakap ni. Kita bukannya malaikat nak catat salah laku orang. Lagipun Ummi tak nampak pun mana silapnya dengan pilihan Adam tu. Kalau bab tudung yang buat Naa tak puas hati, nanti dah kahwin pandailah Adam tu nak didik isteri dia. "
Puan Aisyah masih dengan pendiriannya. Walaupun Ainaa pandai menjaga auratnya tapi itu bukan lesen untuk Ainaa sesuka hati menilai orang lain. Dia langsung tak berkenan dengan perangai Ainaa yang satu ini.
" Beringat sebelum terkena Ummi. Takkan nak tunggu orang luar mengata keluarga kita dulu baru kita nak beringat. Dari awal lah kita patut halang. " Panas betul hatinya bila Ummi masih mempertahankan pilihan Adam yang nyata tak menepati citarasanya.
Faiqa, apasal dia pulak yang jadi pilihan Adam. Dah kena ubat guna - guna ke adik aku tu.
Kemunculan Adam secara tiba - tiba menghentikan perbualan mereka anak beranak. Ceria saja muka Adam. Maklumlah orang tengah bercinta. Semuanya indah. Kentut pun bau wangi.
" Ummi, Adam nak keluar sekejap " tangan Ummi diraih dan dicium mesra.
Dia hanya menjeling sekilas ke arah Ainaa yang sedang pura - pura sibuk melipat kain. Bukan dia tak dengar tadi bukan main kakaknya itu memperlekehkan Faiqa. Setiap perbualan mereka amat jelas diperdengarannya. Tapi entahlah, malas dia nak ambik pusing. Ainaa kan memang macam tu, diri dia jer yang sempurna.
" tengok la tu, sejak bercinta ni mana nak lekat kat rumah. Asyik keluar dating jer. Dah tak ingat halal haram. " ngomel Ainaa setelah bayang Adam hilang dari pandangan.
" Adam tu dah cukup dewasa Naa. Pandailah dia nak jaga diri dia. Yang Naa duk sibuk sangat hal orang ni dah kenapa. Dah tak ada kerja? Nah! Naa lipat kain ni semua sorang-sorang. Ummi nak ke dapur." Naik seoktaf suara Puan Aisyah. Dia lantas bangun meninggalkan Ainaa.
Lemas pula di asak dengan soalan Ainaa yang nyata bukan bidang kuasanya. Soal siapa pilihan Adam dia memang tak suka masuk campur. Masing-masing berhak memilih.
Ainaa mendengus geram. Sakit hatinya bila Ummi langsung tak mengendahkan larangannya tadi. Marah dia lagi adalah.
Hishhh, ini semua sebab Faiqa !
.
.
.
Petang itu balik saja dari ofis, Faiqa mengajak Aliah berjogging bersama. Sudah agak lama dia tak bersenam. Masing-masing sibuk dengan kerja. Nak suruh dia berjogging sendirian memang taklah.
" Aduhh, rasa nak putus urat kaki aku " kelihatan Aliah sudah terduduk kepenatan. Nafasnya ditarik panjang. Kalau bukan sebab Faiqa ugut dia memang dia takkan susahkan diri untuk datang ke sini. Dahlah harini last episod drama korea kesukaannya.
Faiqa mencebik. Putus urat kaki konon?
Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Aliah. Air mineral ditangan diminum separuh. Lega!Pandangannya meliar pula ke sekeliling. Masih ada ramai lagi orang di situ. Berjogging, bersantai, berdating. Macam macam la. Hey, nama pun taman rekreasi kan..
" aku tension lah " luah Faiqa.
Dia datang ke sini pun sebab nak tenangkan fikiran. Dia bukan macam sesetengah perempuan, asal tension jer shopping. Tempat dia menghilangkan tension adalah dengan berjogging.
Aliah kerutkan dahi. Dia duduk senget mengadap Faiqa.
" Kau belum bagitahu Adam lagi? " Cepat saja dia meneka. Kes berat ni kalau Faiqa terus biarkan Adam syok sendiri.
Faiqa menggeleng. Berat betul masalah yang di tanggung sekarang. Dia terhimpit dengan perasaannya sendiri.
" Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Cara layanan dia buat aku rasa serba salah sangat. Aku takut dia benci aku. "
Faiqa mengeluh pelahan. Bukan dia tak mencuba tapi setiap kali berdepan dengan Adam lidahnya jadi kelu. Setiap perbuatan Adam menambahkan lagi rasa bersalahnya.
" betul ke kau tak cintakan Adam? " soal Aliah serius. Dia bukan tanya saja -saja. Fikirnya, kalau Faiqa ada perasaan cinta pada Adam semuanya akan jadi lebih mudah. Faiqa tak perlu nak berterus terang pada Adam. Teruskan saja perhubungan mereka.
" Tak! aku anggap dia macam abang aku jer "
Aliah diam. Otaknya berfikir
" Hah, aku ada idea. "
" apa dia ? "
.
.
.
Hari minggu itu seperti biasa Faiqa akan kembali ke rumah orang tuanya. Dalam kemalasan yang menebal dia relakan juga dirinya memandu pulang.
“ monyok je muka tu kenapa? “
Dengan langkah pelahan dia menghampiri Datuk Heykal. Tangan dan pipi ayahnya di cium. Ketika itu Datuk Heykal sedang membaca jurnal di gazebo yang terletak di bahagian kiri halaman rumah. Gazebo itu sememangnya di reka khas untuk dijadikan ruangan rehat mereka sekeluarga.
“ Tak ada apa la ayah.. Mengantuk. “ Dia turut melabuhkan punggung di situ. Sudah lama mereka tidak berbual mesra. Ayah pun dah jarang masuk ofis. Kalau ada urusan penting baru ayah akan masuk.
“ aikk.. bunyi macam kena dera jer. Banyak sangat ke kerja kat ofis tu. “ kedengaran ketawa di bibir ayah. Bukan senang nak jumpa Faiqa di sini, ada saja alasan nak mengelak. Anak muda lebih selesa hidup di luar berbanding rumah keluarga.
“ Boleh tahan. Harap - harap hujung tahun ni dapatlah bonus 4 bulan gaji. “ Faiqa senyum, tayang gigi. Terus terbayang KLCC dan Pavillion.
Tergeleng kepala Datuk Heykal melihat anak gadisnya. Tahu sangat perangai kuat shopping Faiqa yang persis isterinya.
“ Nak bonus tak payah tunggu hujung tahun, sekarang pun ayah boleh bagi. “
Bulat mata Faiqa. Ceria terus wajahnya. Yeyy…yeyy..ayah nak belanja.
“ .. tapi ada syarat. “
Faiqa mencebik. Adoi, bab syarat ni yang tak suka. Nampak sangat ayah tak ikhlas. Sedih.
“ apa dia? “ lemah saja dia bertanya.
Datuk Heykal dah senyum senang.
“ Balik rumah, tinggal kat sini. “
Faiqa senyum kelat. Ada jer cara ayah nak pujuk dia balik. Tenggelam terus angan-angan nak pakai baju baru. Hmm…
“ tak apalah. Baju lama pun boleh pakai lagi. " merundum terus mood Faiqa. Kepala yang tak gatal digaru pelahan.
Datuk Heykal dah tergelak kecik. Di taburkan duit pun tak nak balik lagi. Susah betul nak pujuk Faiqa balik. Aduhai anak..
“ Laaa… kat sini rupanya. Mama ingatkan Aika belum sampai lagi. “ ujar Datin Faridah yang baru tiba di situ. Air kopi suam dihulurkan kepada sang suami.
“ Dah lama sampai. Mama jer yang tak perasan " namun dari pandangan mama , dia dapat mengagak ada sesuatu yang mama sembunyikan.
Datin Faridah senyum.
“ Mama nak ajak keluar, pergi beli barang. Boleh? “ wajah berkerut Faiqa dipandang.
“ itu jer? kenapa tak ajak ayah? ayah pun boleh teman. Kan ayah? “ soal Faiqa pelik. Dia yang jauh ni jugaklah mama nak ajak. Patutlah beriya benar mama mesej dia dari semalam.
“ Ayah dah offer. Mama yang tak nak “
Datuk Heykal sudah mencebik tapi dalam hati sebenarnya suka. Dia tahu isterinya itu mahu melencong ke tempat lain dan sememangnya dia jenis tak suka menunggu.
Faiqa pandang Datin Faridah.
Ada la tu?
“ Mama nak ajak pergi salon sekali. “ tersengih jer mama. manakala ayah dah buat muka
“ ooo… patutlah Ayah taknak layan. “ seloroh Faiqa. Tergelak Faiqa bila mama sudah muncung sedepa.
“ Mama ada lesen tapi takut nak drive. Buat rugi je ma..“ sempat lagi Faiqa membebel.
“ ish.. elokla mama takut drive, kalau tak nanti asyik hilang je. Kempunan ayah nak minum air kopi mama nanti. “ ayah pula menambah. Ketawa ayah bila mama sudah buat muka itiknya. Ayah dengan Haqiem sama je. Kaki buli.
to be continue....
Share this novel