Permulaan hari yang baik tapi berakhir dengan kejadian ngeri. Faiqa mengeluh. Serabut sangat fikirannya sekarang.
' Adam kan ada. Dia dah jadi suami kau pun. Apa-apa masalah kau share lah dengan dia. Kau jangan diam. Trust him, Adam can protect you better than you know. Aku yakin dia boleh jadi pelindung yang baik untuk kau - Aliah
Faiqa mengeluh berat.
Aliah ni masih tak faham lagi agaknya. Memanglah Adam tu suami aku tapi bukan semua benda aku perlu share dengan dia. Buatnya Adam mengamuk macam kes Ainaa hari tu tak ke haru biru aku.
Hah bercakap pasal Ainaa buat Faiqa teringat pulak pada kejadian tempoh hari. Petang tu lepas Adam mengamuk, Ainaa ada datang berjumpa dengannya. Faiqa yang positif, ingatkan Ainaa datang nak mintak maaf, alih-alih Faiqa pulak yang kena maki hamun. Tak pasal-pasal di label anak manja dan kuat mengadu. Hmm.. nampak gayanya sampai ke sudah lah Ainaa tu tak suka pada kau Faiqa.
Faiqa alihkan anak matanya ke sebelah kanan. Adam yang sudah lena dipandang. Jatuh kasihan pula dia melihat muka kepenatan suaminya. Kalau lah mulut ni mudah melafaskan kata sayang kan bagus. Tadi bukan main risau Adam pasal dia. Macam-macam soalan yang ditanyakan. Tapi macam biasalah Faiqa ni kalau dah takut diam membatu je lah kejanya. Nak bukak mulut pun payah.
" Sayang, kenapa tak tidur lagi? jam berapa dah ni? " terpisat-pisat Adam memandang Faiqa. Adam kerling ke arah jam di dinding. 1.33 pagi. Mulutnya menguap kecil.
Adam gosok matanya. Tubuhnya ditolak sedikit ke belakang. Dia duduk menyandarkan badannya pada kepala katil.
" Kenapa tak tidur lagi ni? Apa yang sayang fikirkan? " comforter ditarik agar menutup bahagian dadanya yang terdedah. Sejuk.
" Tak ada apa. Abang tidurlah. Aika okay " Faiqa senyum paksa.
" I know something happened with you, sayang. Your face can't lie "
Adam pandang riak Faiqa. Kalau okay kenapa muka Faiqa resah semacam? padahal sepanjang mereka berkahwin belum pernah lagi dia nampak Faiqa seresah ini.
" or you still not trust me? still thinking I'm an outsider? " tambah Adam lagi. Itu yang dirasakan Adam sekarang. Entah apa yang di sorokkan Faiqa. Puas juga dia memujuk tadi tapi nampak gayanya Faiqa memang susah nak dijinakkan. Orang luar mungkin nampak mereka pasangan yang ideal sedangkan mereka tak tahu Adam hanya dapat jasad Faiqa sedangkan roh isterinya masih jauh darinya.
Faiqa pandang Adam. Apa maksud Adam?
Adam terasa hati dengan aku ke? Eh, takkan lah. Selama ni Adam okay je. Bukan Adam tahu aku masih lagi dalam proses nak menyesuaikan diri.
Tapi sampai bila kau nak tunjuk ego kau tu? sampai bila kau nak tunjuk keras hati pada suami sendiri? Kau tak kasihankan dia ke? nama je dah kahwin tapi kau layan dia macam orang luar je kan? Faiqa ketap bibir. Bisikan halus itu benar-benar menganggu benaknya.
" Please don't say like that. You're my husband. Tak ada istilah orang luar antara kita tapi.. Aika perlukan masa. "
Faiqa pejamkan matanya sekejap. Jujur dia katakan dia memang sayangkan Adam tapi untuk menyintai Adam dia perlukan sedikit masa.
" until when? atau hati Aika masih ada pada orang lain? " duga Adam.
Faiqa bangun dari baringnya. Adam dijeling geram. Dia tengah tuduh aku ke apa ni? pagi-pagi buta dah nak cari pasal.
Adam pandang wajah tegang Faiqa. Muncung Faiqa dah panjang sedepa. Adam raup mukanya. Dia beristifar seketika. Tak sepatutnya dia berasa sangsi dengan isteri sendiri.
" I'm sorry sayang. " Bahu Faiqa diraihnya semula. Kalau Faiqa batu dia perlu jadi air. Takkan ke mana hubungan mereka kalau dia terus mengikut rentak Faiqa.
Faiqa keraskan badannya. Sakit pulak hati di tuduh suami sendiri. Apa dia ingat aku ni kemaruk sangat ke dengan jantan lain?
" Sayang. "
Sepi
" Sayanggggg..... " Adam merengek manja. Bahu Faiqa ditolak manja.
Faiqa merengus. Hatinya masih sakit dengan tuduhan Adam sebentar tadi.
" Abang dahaga. " ujar Adam sedikit berbisik di telinga Faiqa. Faiqa mengeliat sedikit. Geli bila kumis nipis Adam berlaga di pipinya.
" Atas meja tu kan ada air. Dah tak reti nak ambik sendiri? " tempelek Faiqa. Panjang muncung mulutnya menghala ke meja di sebelah Adam. Memang sengaja dia letakkan botol air di situ, dah tahu sangat tabiat Adam yang suka minum air tak kira waktu.
Adam geleng kepalanya. Senyuman bak gula tumpah terukir dibibirnya.
Ah, sudah!
Faiqa perasan senyuman Adam tak seperti selalu. Adam senyum nakal. Senyuman Adam penuh maksud tersirat. Jangan-jangan....
" Ish, jom lah tidur. Scary pulak Aika tengok abang senyum macam tu " Tangannya pantas menarik comforter sehingga paras dada. Dia pura-pura tenang padahal hati dah berlanggar sesama sendiri. Nervous.
" Sampai hati. Buat-buat tak layan eh? Ermm..tunggu isnin nanti lah. Diana bole.... "
Faiqa duduk tegak. Mencerlung mata memandang Adam. Fobia Faiqa dengar nama nurse terlebih protective tu.
Adam senyum senget. Sah! bini aku cemburu.
" Cepatlah. Kata dahaga, nak minum air apa? " soal Faiqa dengan suara menyampah. Faiqa tolak badannya keluar dari comforter. Bersedia untuk turun dari katil.
Adam menggeleng. Tubuh Faiqa lantas ditarik masuk ke dalam pelukannya.
" Abang dahaga benda lain. " laju bibir isterinya diragut. Bertindih bibir Adam dengan Faiqa.
Faiqa terpana. Terkejut dengan tindakan spontan Adam. Cepat saja tangan Faiqa menolak badan Adam. Suara Adam kedengaran menakutkan. Lantas Faiqa benamkan mukanya dibawah bantal. Comforter tadi ditarik semula hingga terkapus seluruh badannya. Andai betul tekaannya, Faiqa belum bersedia. Mungkin zahirnya dia milik Adam tapi batinnya tidak.
Adam ketawa. Ketawa yang sengaja di buat-buat. Melepas lagi dia malam ni. Susahnya nak tuntut hak dari isteri sendiri. Faiqa suka sangat mengelak.
It's okay Adam. Kau ada banyak lagi masa. Esok kau cuba lagi. Slow-slow kayuh.
.
.
.
" Selamat Pagi Puan Faiqa "
Faiqa senyum, kepala diangguk sedikit. First time masuk kerja lepas kahwin. Rasa janggal sesangat tatkala semua orang memanggilnya dengan gelaran Puan. Tak nampak macam dah tua sangat ke?
Faiqa buang pandang. Di satu sudut ada tubuh asing yang sedang menunduk memegang telefon di hadapan pintu bilik mesyuarat. Faiqa cuba mengecam wajah itu. Macam kenal tapi siapa eh?
" Faiqa. "
Faiqa kenal suara tu. Itu bukan ke?
" Eh Rizwan. You buat apa kat sini ? Have a meeting? " teruja pulak Faiqa saat melihat sepupu lelakinya itu ada di MH Holding. Faiqa yang sudah berdiri depan Rizwan, pandang Rizwan atas bawah.
" oitt ! jaga mata tu. Tahu lah I makin hensem sekarang " tegur Rizwan bila sedar pandangan mata Faiqa tak lari dari melihatnya
Faiqa pusingkan matanya ke atas. Perasan betol mamat sorang ni.
" Perasan! but I see something different with you. Maybe .... "
" my spec. "
Laju Rizwan menjawab. Faiqa petik jarinya. Itu lah, patut Rizwan nampak beza sangat.
" Precisely! so mana pergi spec you? nampak ke jalan nak datang ke sini tadi. " perli Faiqa disusuli dengan tawa. Rizwan ni harap je muka hensem tapi rabun jauh. Dulu masa kecik lagi kelakar. Pakai spec bingkai warna merah. Rambut pulak belah tepi. Serius muka skema habis.
Rizwan jongket kening. Bingit telinganya mendengar tawa Faiqa
" Helloo.. I dah tak perlukan spec okay, pandangan I dah clean and clear. " balas Rizwan berseloroh. Beribu dia habiskan duit buat rawatan mata. Akhirnya dia berjaya melihat tanpa memakai bingkai kaca lagi. Syukur.
Faiqa tergelak. Macam iklan pencuci muka lah pulak tagline dia ni.
" syuhhh... behave sikit! staff you dah jeling-jeling kita tu " Rizwan memberi isyarat jari di mulut. Meminta agar Faiqa sedar mereka sekarang berada di ofis dan bukannya di rumah Nek Cha.
Faiqa ketap bibir. Adoi, memalukan diri sendiri pulak aku kali ni. Baru Faiqa perasan Qadeja yang tidak berapa jauh dari kedudukan mereka pun dah curi-curi pandang ke arah mereka.
" By the way you buat apa kat sini? " Kali ni suara Faiqa seakan berbisik pulak. Cover line.
" Nanti I story kat you tapi sebelum tu jom kita pergi minum dulu. I belanja. " selamba je Rizwan ajak Project Manager curi tulang kan. nasib company bapak sendiri.
Faiqa mengangguk setuju. Pergi minum je pun, bukan lama pun kan.
.
.
.
" Rafiq! "
Bulat terus mata Adam. Dia tak salah dengar ke?
" Yes Rafiq! Dia dah balik dan sekarang mamat tak guna tu ada dekat KL. " ulang Haqiem buat kali kedua. Dia dah agak mesti Adam akan terkejut. Memang ini tujuan asalnya mengajak Adam keluar lunch hari itu.
" Kau rasa Aika dah tahu? "
Haqiem jongket kedua bahunya. Dia sendiri pun tak tahu pasal itu. Maklumat yang diberikan penyiasat upahannya hanya menjurus kepada kepulangan Rafiq ke Malaysia.
" tapi aku yakin dia pasti akan cari Aika lagi. Budak tak guna macam tu bukannya reti putus asa. " Haqiem gosok tengkuknya. Meskipun Adam ada untuk jaga adiknya tapi sebagai abang dia tetap risaukan keselamatan Faiqa.
Adam mendengus. Digenggam buku limanya seraya dihentak pelahan pada permukaan meja . Rasa dah lama pulak tak bagi orang makan penumbuk. Dengan cuaca panas terik macam ni dengar pulak nama mamat psycho tu boleh baran jadinya.
" Kalau kita buat report semula kau rasa okay tak? " saran Adam. Kalau dulu report ditarik semula disebabkan Datuk Heykal tak nak perbesarkan hal ini tapi sekarang Adam rasa tergugat.
" Kita tunggu dulu. Penyiasat aku pun still pantau pergerakkan dia. Lagipun aku tak nak ayah dan mama risau. Kau pun tahu kan high blood pressure ayah tinggi lately ni. " balas Haqiem serius. Macam-macam hal pulak yang jadi sejak kebelakangan ni.
Adam mengangguk. Kalau dah itu kata Haqiem dia menurut saja.
" Minggu depan aku kena pergi Sabah. Pasal Aika tu kau jangan risau sangat. Nanti aku pesan kat Rizwan suruh tengok-tengokkan dia "
" Rizwan? siapa tu? " Bekerut dahi licin Adam. Dia tak pernah dengar pun nama tu sebelum ni.
" Sepupu aku. Dia asal dari JB. "
Adam diam tak membalas. Dia menunduk menghirup nescafe yang sudah pun sejuk. Jujurnya dia tak suka Faiqa di dekati lelaki lain biarpun sepupu sendiri.
" Ala, relex la bro. Rizwan tu sepupu kita orang je kot. Nothing special about them." Haqiem senyum mengejek. Kelakuan Adam jelas menunjukkan adik iparnya itu seorang yang kuat cemburu.
Adam senyum kelat. Muka Haqiem yang tersengih dipandang. Alamak! terkantoi pulak.
" So kali ni berapa lama pulak kau pergi Sabah? " Kadang curious jugak Adam dengan Haqiem ni. Pergi ke Sabah takkan semata pergi kerja aje. Tak kan tak ada gadis Sabah yang berkenan di hati? padahal awek Sabah kan cantik-cantik. Putih melepak. Kalau aku .... opssss bini aku lagi comel lah.
" Ikut scedule seminggu. Kalau tak settle kerja ikut nasib lah, mungkin up jadi dua minggu. Kenapa? kau takut rindukan aku ke? " seloroh Haqiem. Keningnya diangkat-angkat.
Adam ketawa. Rindu Haqiem? memang tak lah. Aku bukan geng kunyit. Baik aku rindu kat adik dia. Dah sah-sah lah aku dapat pahala.
" so macam mana kahwin, best tak? "
" Best sangat! tapi ... agak tak sesuai nak bercerita dengan kau. Maklum lah kau kan... " sengaja Adam tak meneruskan katanya. Dia tersengih-sengih memandang Haqiem.
Haqiem mencebik. Nak ejek status aku lah tu.
" Berlagak kau eh! tak apa. Kau tunggu lah nanti! " ugut Haqiem geram. Adam belum kenal siapa Rizwan. Mamat tu romeo. Mesti kau yang kuat cemburu tu akan makan hati berulam jantung nanti.
" Kau ugut aku ke abang ipar ? "
" Please stop calling me that nonsense name! "
Terburai ketawa Adam. Lupa pulak Haiqem tak suka dipanggil begitu. Tapi tak lama bila ingatannya mula kembali pada nama lelaki yang masih mengilai isterinya.
Rafiq !
entah entah malam tu ....
ish, takkanlah...
to be continue....
Share this novel