Faiqa melangkah ke arah meja makan di mana terdapat semua ahli keluarganya di situ. Hari ini dia rasa segar sedikit jika dibandingkan dengan hari pertama dia jejakkan kakinya ke sini.
" Morning. "
Senyuman manis terhias di bibir. Ceria saja air muka Faiqa ketika ini. Tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang, dia lantas melabuhkan duduknya di sebelah Haqiem.
Berkerut dahi Haqiem. Terhenti suapan bihun goreng ke dalam mulutnya. Dikerling Datuk Heykal dan Datin Faridah, keduanya sedang berpandangan sesama sendiri.
Mata Haqiem kembali terarah pada gadis yang sudah lengkap mengenakan blouse nude berbunga kecil dan top pants warna yang sama.
" Adik nak keluar ke mana pagi-pagi macam ni? " Haqiem menyoal pelik. Kecil matanya memandang tingkah laku Faiqa pagi ini.
Faiqa sengih.
Tergeleng kepalanya dengan soalan Haqiem yang di rasakan langsung tak menguji minda. Sudah gaharu cendana pula, dah tahu tanya lagi buat apa.
" Apa Along ni. Takkan cantik macam ni nak pergi ke pasar pulak. Aika nak pergi kerja la. Makin lama Aika cuti makin bertimbun kerja kat pejabat tu. Betul tak ayah? "
Faiqa cuba mendapatkan sokongan dari Datuk Heykal. Tersengih saja Datuk Heykal sebagai jawapan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Pagi ni becok pulak mulut Faiqa di meja makan. Dah sihat sangat ke tu?
" Eh, mana boleh. Aika kan tak sihat lagi. Duduk jelah kat rumah. Boleh temankan mama. Kerja kat pejabat tu jangan risau. Along dengan Rizwan masih boleh tolong handle. " pujuk Haqiem. Bersungguh dia cuba menyakinkan adiknya. Dari luaran memanglah Faiqa nampak sihat. Dalaman? belum tentu sihat.
Sehingga ke hari ni semua orang masih lagi tertanya-tanya punca kejadian tempoh hari. Sudahlah balik sendirian. Adam pula langsung tak tunjuk muka. Mahu bertanya lebih risau pula jika pertanyaan itu nanti akan buat kesihatan Faiqa makin terjejas walhal hati Haqiem kuat menyatakan ada sesuatu yang berlaku di antara Faiqa dan Adam.
Faiqa menggeleng. Jari telunjuk segera digoyangkan kiri dan kanan.
" Duduk kat rumah? Ish, tak nak lah. Dah 2 hari Aika asyik terperap je dalam rumah ni. Sikit hari lagi bukan otak je tepu, lemak kat badan ni pun boleh jadi tepu tau " bebel Faiqa tak puas hati.
Sudah-sudah lah tu jadikan Faiqa tawanan yang tak bersalah. Selama dia sakit dia hanya dibenarkan berada di dalam bilik saja, nak turun ke ruang tamu pun tak boleh. Lama-lama boleh bertambah depress otaknya.
Haqiem ketawa. Baru 2 hari dah complain. Dulu 6 bulan ternak lemak tak ada pulak nak bising macam ni.
" Aika sure ke ni dah okey? If not take rest. Ayah boleh bagi cuti seminggu. " sampuk Datuk Heykal pula. Air kopi di sisipnya pelahan dengan anak mata masih lagi memerhatikan tingkah Faiqa di hadapannya.
" Wow, manyak untung ini budak. Tokey besar sudah kasi green light ma. Tunggu apa lagi kasi setuju sahaja lah " lenggok Haqiem acah anak cina tersesat. Haqiem tersengih. Bahu Faiqa di tolak manja.
Faiqa buat rolling eye. Tak suka dengan usikan Haqiem yang tak kena pada tempat. Kalau Datuk Heykal bagi cuti sebulan bergaji pun dia tetap akan menolak.
Kehidupan perlu teruskan. Dia tidak mahu lagi menyiksa dirinya dengan mengingati kisah lepas. Cukuplah. Biar apa pun halangannya, dia yakin, sesuatu yang lebih baik sedang menanti di hadapan.
Tentang Adam, biarlah masa saja yang akan membuktikan segalanya. Jika ini yang Adam mahukan, dia tiada kudrat lagi untuk menghalang.
" Mama risaulah. Kalau apa-apa jadi kat pejabat nanti macam mana? Aika duduk kat rumah jelah. " Datin Faridah mula tayang muka resah. Dia baru bercadang nak usulkan idea agar Faiqa bercuti lebih lama. Alih-alih Faiqa sudah muncul pagi ini dengan lengkap berpakaian kerja.
" Ala, mama tak payahlah risau sangat. Kat pejabat tu ada ramai staff. Along pun ada. Lagipun Aika dah sihatlah. Tengok ni, bukan main banyak Aika ambik bihun ni nak makan. " ujar Faiqa seraya menyuap bihun pula ke dalam mulutnya. Tadi roti sekarang bihun pula. Kebetulan, tekaknya tengah berselera sekarang.
Datin Faridah kacip gigi. Ada jer jawapan Faiqa buat dia cepat mengalah. Dari nak marah terus diam tak terkata bila tengok Faiqa mula membuat mimik muka comel dengan mengerdipkan matanya. Macam anak kecil umur 5 tahun. Padahal dah jadi bini orang pun.
" Okay. Kalau Aika nak pergi kerja jugak boleh. Along benarkan. Tapi dengan satu syarat. " Haqiem senyum penuh makna. Nak halang memang tak dapatlah. Spesis kepala batu jugak Faiqa ni. Salah cakap kang merajuk pulak tepi bucu katil.
" Main syarat-syarat pulak dah. Yelah. Cakaplah. Apa dia? " gerutu Faiqa dengan muka masam. Tahu sangat dah perangai Haqiem ni. Kerja nak mengenakan orang je.
" Pergi kerja, balik kerja dengan Along. Setuju? "
Faiqa mencebik.
Apa-apa je lah Haqiem ni. Suka sangat layan dia macam budak kecik.
" Okay. Fine. "
Datuk Heykal dan Datin Faridah mengangguk setuju. Idea Haqiem memang bernas. Sesuai sangat dengan keadaan Faiqa yang baru saja sembuh.
" Dah siap makan ke belum? Along tunggu kat depan. Lambat tinggal. " Laju Haqiem meninggalkan meja makan. Sempat lagi Haqiem kenyitkan mata ke arah Faiqa yang sudah kelam kabut menghabiskan makanan dalam pinggannya. Bukan sikit bihun yang di ambil tadi. Banyak.
" Abang nampak tak apa yang Ida nampak? " tanya Datin Faridah saat kelibat Faiqa sudah hilang dari pandangan mereka.
Datuk Heykal mengangguk.
" Apa yang abang nampak? "
" Aika sedang berpura-pura ceria depan kita semua. Dan abang yakin ada sesuatu yang sedang dia sembunyikan dari kita semua. " memang itu lah yang mereka suami isteri nampak. Faiqa sedang cuba menutup kesedihannya dengan pura-pura bergembira.
" Habis tu apa perlu kita buat? takkan kita nak biarkan aje keadaan dia macam tu. Ida risaulah. Ida yakin ni semua mesti ada kaitannya dengan Adam. "
Terluah juga apa yang ada dalam fikiran Datin Faridah. Berhari dia memendam rasa. Cuba menafikan naluri seorang ibu. Tapi semakin dia memerhati, semakin kuat rasa itu hadir.
" Abang tahu Ida terlalu risaukan keadaan Aika. Abang pun sama. Tapi Ida kena ingat, anak kita tu dah berkahwin. Selagi dia tak buka mulut, bercerita pada kita tentang masalah rumahtangganya kita tak boleh sesuka hati masuk campur. Abang tak nak keruhkan lagi keadaan. Kita bagi Aika dan Adam masa. Insyallah semuanya akan baik-baik saja nanti." lembut Datuk Heykal memujuk.
Datin Faridah hilang kata-kata. Termakan dengan pujukan Datuk Heykal biarpun fikirannya masih tak berganjak dari memikirkan tentang masalah Faiqa dan Adam.
.
.
.
" Selamat Pagi Puan Faiqa "
Ucapan dari pekerja MH Holdings disambut dengan senyuman manis. Faiqa berhenti sekejap di meja Qadeja. Bertanya serba sedikit tentang kerja yang di tinggalkan beberapa hari ini sebelum dia melangkah semula ke biliknya.
Baru saja Faiqa ingin melabuhkan duduk, perutnya tiba-tiba terasa sakit. Faiqa berdesis. Dalam hati sudah merungut menyalahkan Haqiem. Kalau tidak kerana ugutan Haqiem yang mahu meninggalkannya tadi, pasti perutnya takkan meragam. Sudahlah dia makan dengan cepat. Air pulak tak sempat nak minum. Memang cukup pakej untuk buat perut dia meragam sepanjang hari.
" Hey, what wrong? are you okay? "
Faiqa angkat kepala. Terjengul muka Rizwan di muka pintu dengan muka berkerut.
" Okay. Perut ni ha tetiba pulak rasa sakit. " Faiqa yang duduk sedikit membongkok segera membetulkan duduknya bila Rizwan sudah menapak berdiri di sebelahnya.
Rizwan pandang muka Faiqa yang berkerut. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar acah bos yang sedang prihatin pada pekerja bawahan. Kalau ada perempuan lain tengok ni mesti tergoda habis.
" Salah makan kot. "
Faiqa menggeleng. Tangan masih di atas perut. Rasa sakit tadi sudah berubah menjadi sangat tak selesa pada dirinya sekarang. Nak fokus pada kerja pun tak boleh ni.
" Nak I bawakan you pergi klinik ? "
" Tak payahlah. Ni bukan sebab apa pun. Terlebih makan je agaknya. Lepas makan roti tadi, I makan bihun goreng pulak. "
Rizwan tiba-tiba saja ketawa. Kepalanya digeleng beberapa kali saat mendengar jawapan polos dari Faiqa. Badan kecil bab melantak tak ingat dunia.
" Kenapa you gelak? I tak buat lawak pun. " terjengil mata Faiqa pandang Rizwan yang masih lagi ketawakan dia. Nasib baik cousin, kalau tak mahu ditendangnya Rizwan keluar dari biliknya. Orang sakit dia bantai gelak pulak.
" Memanglah you tak buat lawak tapi jawapan you tu lurus sangat. Agaknya cacing dalam perut you sentap kot tetiba you makan banyak. "
Faiqa buat tak dengar je. Malas nak layan. Rizwan ni pun satu. Dah tak ada benda lain ke nak disebut.
Cacing. Eeii... loya anak tekak.
.
.
.
" Dah settle belum? "
Adam kerling jam. Sudah jam 9 malam. Bermakna sudah 2 jam dia berada di sini. Menghabiskan masa dengan melayan soalan Syira yang di rasakan sangat tak relevan. Buang masa saja.
" Sikit lagi. Untuk dinding Abang Adam rasa color apa yang sesuai? "
Adam menarik nafas panjang. Cuba bertahan biarpun air mukanya jelas menampakkan rasa bosannya melayan soalan dari gadis bertudung hitam di hadapannya.
" Maybe colourfull "
Syira senyum dan mengangguk. Selesai itu cepat-cepat dia menyusun kertas yang ada diatas meja. Syira tahu hati Adam tak ada di situ. Fikiran Adam sedang jauh melayang. Tapi dia tak ambil hati pun. Kesudiaan Adam untuk datang ke sini sudah cukup buat dia tersenyum bahagia. Satu permulaan yang baik untuk mereka.
" Lepas ni boleh tak kalau abang temankan Syira pergi... "
" I'm sorry. I kena balik awal. Esok I ada talk kat seminar. " Laju Adam bersuara sebelum sempat Syira menyudahkan katanya.
Adam mula rasa bosan. Pelik sangat dengan perangai Syira. Setakat nak minta idea untuk konsep kindergarden rasanya tak perlu libatkan dia. Dia bukannya interior design. Setakat nak tanya pendapat, dalam whatsapp pun boleh. Ini tak beriya paksa dia datang ke sini. Dahlah dia sendiri tengah serabut dengan masalahnya bersama Faiqa. Boleh pulak Syira ni serabutkan lagi otaknya.
Syira terdiam.
Jelas riak kecewa di wajahnya. Misi gagal lagi. Tak mudah rupanya mereka nak menjinakkan Adam. Mungkin lepas ni Syira kena plan betul-betul supaya Adam lebih tertarik dengannya. Lagipun ini peluang terbaik buatnya. Menjadi teman pendamping disaat hati Adam tengah terluka di tinggalkan sang isteri yang dianggap tak setia.
to be continue.....
Share this novel