Bilik Haqiem diredah. Teruja betol nak jumpa si abang. Hampir sebulan lebih mereka tak berjumpa.
" Hei, apa ni main redah masuk bilik orang. Dah tak reti nak ketuk pintu ke ? " suaranya sengaja dibuat serius. Dia memandang muka adik kesayangan. Niatnya tadi nak merehatkan diri terbantut dengan kehadiran Faiqa yang tiba tiba.
Faiqa buat tak endah. Dia lantas duduk di atas sofa berhadapan Haqiem. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya. Rindu nak cari pasal.
Haqiem jadi geram, lantas dia bangun dan menarik manja pipi mulus Faiqa. Mengekek dia ketawa bila Faiqa menjerit kesakitan. Dia hanya berhenti bila tangannya menjadi sasaran cubitan ketam Faiqa. Sakit woo...
" Along sampai pukul berapa tadi ? ingatkan terus balik ke rumah "
Faiqa mula menyoal. Sangkanya tadi Haqiem akan terus pulang ke rumah tapi ke ofis pulak langkah kaki lelaki itu. Tak penat ke ? asyik fikir kerja je.
Haqiem di sebelah masih mengosok tangannya yang sakit. Dia mencebik. Acah ambik berat pulak mak ketam ni.
" Baru jer sampai. Rehat pun tak lagi. Dah kena mengadap mak ketam jahat ni. " perli Haqiem. Mukanya mencuka. Sengaja tagih simpati si adik.
" alololo.. manja betol. Layak kahwin dah ni. " ujarnya selamba. Dia ketawa bila Haqiem sengaja buat muka bosan. Dari mama sibuk tanya jodoh aku, baik tanya si Haqiem ni. Usia pun bukannya muda lagi. Sebaya Adam kot.
" I'm still young okey. " Dia gelak kecil.
Tubuhnya direbahkan atas sofa. Tangan pula diletakkan atas dahi. Dia mahu rehat sekejap sebelum mulakan kerja. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan.
" Amboii, tak sedar diri. Ingat diri tu muda belia lagi agaknya. "
Dia menjeling Haqiem yang beriak tenang. Agaknya mungkin faktor sibuk buat Haqiem ni takda masa nak berpacaran. Yelah, perempuan kan suka berkepit 24jam. Kalau asyik bekerja macam si Haqiem ni siapa tahan. Memang kena tinggal la jawabnya.
" Dari membebelkan Along lebih baik Aika nasihatkan Adam tu. Dia pun tak kahwin lagi. " Selamba saja dia meluahkan rasa. Tubuhnya disengetkan mengadap Faiqa.
Faiqa tersentak. Air liur ditelan. Ishh, kenapa tetiba nama Adam yang di sebut ? Adam tu lantaklah dia. Dia bukan abang aku. Dia single ke apa ke bukan urusan aku.
" Kenapa nak libatkan dia pulak? "
Haqiem senyum senget. Lain macam bunyi nada suara Faiqa.
" Bukan dia ABANG kesayangan Aika ke? lagipun sekarang dia dah ada girlfriend tau " Sengaja ditekankan perkataan abang itu. Dia sendiri tak sangka Adam yang dianggap 'beku' tu akan ada awek, lebih awal dari dia pulak tu. Cisss...
Sekali lagi Faiqa terngadah. Dia menunduk menarik nafas. Along dah tahu pasal aku dengan Adam ke?
" Er.. ma..mana Along tahu? " soal Faiqa gugup. Wajah Haqiem dipandang sekilas. Dia tak mahu riaknya dikesan oleh Haqiem. Dari ekor matanya, dia perasan ada senyuman mengejek di bibir abangnya.
" Laa, bukan Aika selalu keluar dengan dia ke? takkan dia takda cerita apa apa. " tanya Haqiem pelik. Faiqa dilihat sudah tak senang duduk. Berkerut dahinya memandang. Apa yang di risaukan Faiqa?
Faiqa membetulkan duduknya. Dia tersenyum kelat. Rasa nak lari pulak dari Haqiem sekarang ni.
" I don't know. He never said anything. By the way dari mana Along tahu? "
Haqiem ketawa. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Teringat pulak mesej yang di terima beberapa hari lepas. Boleh pulak Adam tersalah hantar mesej. Mesej yang penuh dengan kata romantik itulah yang membuatkan dia sangat yakin hati Adam sudah dimiliki.
" Dia salah hantar mesej. " bagitahu Haqiem bila ketawanya sudah reda. Tapi dia tetap nak tahu siapa perempuan pilihan Adam. Hebat sangat ke sampai nak berahsia dengan dia.
Faiqa mengangguk pelahan. Hatinya sedikit lega. Nampaknya Haqiem belum tahu lagi pasal dia dengan Adam.
" Oh ok. err.. Along join tak meeting sekejap lagi? " Faiqa cuba alihkan soalan. Sudahla, dia tak mahu lagi bersoal jawab dengan Haqiem. Dia risau andai tersalah cakap nanti habis semuanya terbongkar. Dari pandangan Haqiem dia yakin lelaki itu tak mencurigai apa apa.
" Of course join. Ada banyak benda Along nak present especially about our branch kat Sabah " Dia bangun dari baringnya. Membetulkan rambutnya yang sedikit kusut. Tengkuknya diurut pelahan. Rasanya sudah cukup rehatnya sebentar tadi.
Faiqa hanya memerhati. Terbit pula rasa simpati. Dia tahu Haqiem penat. Tanggungjawab lelaki itu semakin besar sejak diberikan kepercayaan menguruskan cawangan mereka di Sabah.
Telefonnya berbunyi. Segera Faiqa menyeluk tangan ke dalam poket seluar.
Adam !
Tulisan di skrin telefon dibaca. Dia memandang pula ke arah Haqiem yang sedang merenung tajam ke arahnya.
Glupppp.. air liur di telan kesat.
Panggilan Adam segera dimatikan. Ini bukanlah masa yang sesuai.
Haqiem lontar pandangan pelik . Dia dapat rasakan Faiqa sedang menyembunyikan sesuatu. Apa dah jadi sepanjang dia takda kat sini ?
.
.
.
Selesai saja solat Isyak bersama, mereka meneruskan pula dengan bacaan yassin. Abang Malik selaku anak lelaki tua dalam rumah itu mengetuai bacaan malam ini. Harini genap 10 tahun En. Khairuddin meninggalkan mereka. Masih segar di ingatan masing masing pengorbanan serta kasih sayang yang diberikan oleh si ayah. Belum pun sempat mereka membalas, si ayah telah dulu pergi meninggalkan mereka buat selamanya.
Adam menghampiri Puan Aisyah. Dia dapat lihat mata Ummi yang berkaca. Dia tahu Ummi pasti teringatkan arwah Abah.
" Ummi janganlah sedih. Abah dah tenang kat sana. Kita sama - sama doakan Abah yer. " pujuk Adam. Bahu Umminya diusap lembut. Ketika itu hanya tinggal mereka berdua di dalam bilik solat.
Puan Aisyah senyum segaris. Antara kesemua anaknya dia paling rapat dengan Adam, mungkin kerana perwatakan Adam persis arwah suaminya. Tegas diluar lembut didalam.
" Adam janganlah risau, Ummi dah lama redha. Ummi menangis pun sebab Ummi teringat pesanan terakhir arwah Abah, dia nak sangat tengok semua anak dia berjaya. Alhamdulillah, Ummi dah tunaikan hajat tu. " air mata sudah mengalir di pipi. Teringatkan En. Khairuddin buat hatinya menjadi sebak. Sedekad berlalu masih tak mampu menghilangkan rasa rindu di hatinya.
Adam mengesat pelahan air mata yang mengalir. Hatinya turut menjadi sebak. Selaku anak dia melihat sendiri bertapa cekalnya hati Ummi membesarkan mereka adik beradik.
" Terima kasih Ummi sebab bersusah payah besarkan Adam. Tanpa doa Ummi, Adam takkan mampu dapat semua ni. " lembut saja bicaranya. Dia mengucup pelahan pipi Ummi. Bertapa pentingnya wanita ini dalam hidupnya.
Puan Aisyah mengangguk pelahan. Dia pandang Adam yang masih di sisi. Sepertinya ada perkara yang mahu ditanyakan.
" Adam dengan Faiqa macam mana? "
Bertaut kening Adam.
Muka Ummi dipandang.
" Macam mana apa? Adam okey je dengan Aika. "
Baru petang tadi dia menelefon Faiqa, bertanyakan khabar gadis itu. Baru satu hari tak jumpa, dia dah rasa rindu. Indah rupanya hidup berteman ni.
Puan Aisyah pamer senyum.
" Bila nak suruh Ummi masuk meminang? "
Adam terkedu. Dia menghela nafas panjang.
Aduh, bukan haritu Ummi dah tanya ke? jawapan pun dia dah bagi.
" Err.. Aika belum bersedia la Ummi. " Memang itu jawapan yang diberikan Faiqa tempoh hari. Takkan dia nak memaksa. Faiqa sudi terima dia pun dia dah cukup bersyukur. Tapi takpa dia akan bertanya lagi. Bukan Ummi je yang tak sabar nak dapat menantu baru, dia sendiri pun dah tak sabar nak pegang title seorang suami.
Puan Aisyah menepuk pelahan paha Adam. Dia nekad, kalau Adam lambat sangat bertindak, biar dia sendiri yang turun padang.
to be continue....
Share this novel