Bab 3

Romance Completed 57501

“ Selamat Pagi Cik Faiqa” ucap Qadeja setiausahanya.

Faiqa sekadar mengangguk. Senyuman juga diberikan kepada beberapa orang pekerja lain yang menegurnya. Sudah seminggu bekerja di MH Holding buat dia rasa semakin selesa.

Dia melangkah masuk ke pejabat, dari jauh sudah kelihatan beberapa buah fail di atas meja. Pasti fail projek yang diminta dari Qadeja semalam. Salah satu fail dicapai, fokus dia meneliti maklumat yang tercatat.

Faiqa masih leka dengan tugasnya. Sesekali dahinya bekerut. Ini la padahnya bila dah tua baru nak mula bekerja. Otak pun dah jadi beku..

Tanpa dia sedar jam menunjukkan ke angka satu tengahari. Dia hanya berhenti bila telefon di meja berbunyi. Ada mesej masuk.

‘Adik, jom lunch sama. Along tunggu kat Bakara Cafe’ – Haqiem

‘ Okey ‘
Pesanan dihantar. Beg sandang dicapai. Setelah memastikan meja kerjanya tersusun rapi Faiqa mengatur melangkah keluar.

“ You tak keluar lunch ke? “ soal Faiqa. Dia berhenti sekejap di meja setiausahanya.

Qadeja yang sedang leka menulis, pantas mendongak.

“ Tak rasanya. Lagipun saya ada bawak bekal harini. Nanti saya makan kat pantry je. “ jawab Qadeja ramah. Memang menjadi kebiasaanya membawa bekal ke ofis. Lebih jimat dan sihat.

Faiqa sekadar mengangguk. Senyuman dilebarkan.

“ I nak keluar lunch sekejap. Kalau ada apa-apa you call I " pesan Faiqa sebelum mengatur langkah.

Sapaan Faiqa tadi dalam diam buat hati Qadeja diusung rasa bersalah. Sebelum ni pelbagai telahan negetif tentang Faiqa bermain di fikirannya tapi sekarang dia harus akui Faiqa sama seperti ayahnya Datuk Heykal.

Low profile !

.
. .

Faiqa memerhati sekeliling restoren, dari jauh dia sudah ternampak kelibat Haqiem yang melambai tangan ke arahnya. Dia pamer senyum. Langkah di pacu menghala ke sudut yang terletak agak jauh dari pelanggan lain.

Baru beberapa langkah, dahinya berkerut. Dia melihat ada seseorang di hadapan Haqiem.

Tapi siapa? Dia hanya melihat sisi belakang lelaki yang tidak diketahui identitinya.

“ Hmm.. sampai pun 'mem besar' ni “ sinis saja suara Haqiem. Pipinya sengaja dikembungkan.

Amboii..Nak ejek aku gemuk ke apa?

Faiqa tumbuk lembut bahu Haqiem.
Kurang asam Along ni…

“ Aip.. apa ni tumbuk tumbuk orang! “ Haqiem pura - pura marah.

Faiqa ni pon satu, nak bergurau pon cuba pandang la kiri kanan. Kitakan ada tetamu ni. Oppss.. lupa minah ni kalau dah marah lupa diri .

“ Malu tolak tepi.. Along tu asyik pot pet pot pet. Diam sikit bole tak? “

Haqiem ni kalau ada kekasih confirm lari. Mulut macam bertih jagung!

Haqiem tersenyum senget. Kutuk aku la tu!

Kerusi di sebelah Haqiem di tarik. Dari tadi asyik berdiri jer. Lenguh.

Dari ekor mata, dia dapat merasakan ada orang yang sedang perhatikannya, laju saja dia menoleh.

Glupp ..Membahang wajahnya.. Aduhh..malunya!

“ Hai Aika.. sihat? “ lembut saja suara itu menyapa. Senyuman manis terhias di bibir.

Sempat lagi dia meneliti penampilan Faiqa, simple tapi sedap mata memandang. Solekan terhias nipis, Bibirnya yang mungil di colek sedikit lips bewarna pink lembut. Blouse berwarna putih dan palazo pants separas buku lali. Dia akui Faiqa memang pandai bergaya.

“ Si.. sihat.. Abang Adam sihat? “ Faiqa gugup.

Tambah malu bila Adam dari tadi tak bekelip memandangnya. Sah tengah mengata perangai kanak kanak ribena aku. Along pun satu, bagitahu la Adam ada sekali. Ni tak.. sempat lagi dia gurau kasar dengan aku.

Adam sekadar mengangguk. Dia dapat menangkap rasa tidak selesa Faiqa. Mungkin malu dengan aksi ‘adik beradik’ sebentar tadi. Tapi dia dah biasa tengok. Dari dulu lagi keduanya memang begitu.

“ Kalau tak sihat, tak adalah Abang Adam kesayangan Aika ni ada kat sini. Kan Adam? “ celah Haqiem. Dia dan Adam ketawa berdekah. Sakit pulak telinga Faiqa dengar suara naga jantan berdua ni.

Faiqa mengetap bibir. Haqiem ni memang memalukan betol. Saja je bikin aku sakit hati.

Baru saja dia berniat nak menjawab, seorang pelayan restoren datang bersama hidangan yang di pesan oleh Haqiem dan Adam. Faiqa juga turut memesan makanan.

Beberapa minit menanti, makanan yang dipesan sampai. Spagetti Meatballs dan lemon jus . Sudah cukup buat dia telan air liur.

Menikmati makanan tengahari yang sedap buat Faiqa hilang fokus pada yang lain. Lagipun dia sendiri tak boleh masuk dengan apa yang di sembangkan oleh Haqiem dan Adam. Sesekali terbit ketawa di bibir mereka. Faiqa kerut dahi. Orang laki kalau jumpa memang macamni kan? Ketawa macam kedai ni dia yang punya. Ish..

“ So next plan? Kerja kat tempat lama lagi ke?”

Adam mengeleng. Kali ni dia dapat rezeki lebih baik.

“ Aku baru dapat surat offer, minggu depan daftar kat Prince Court. "

Memang itu keinginannya, berjauhan selama ini buat dia terasa ingin dekat dengan keluarga.

Rasanya 2 tahun juga sudah cukup untuk merawat hatinya yang kecewa. Iyee.. dia kecewa setelah mendapat tahu insan yang dipuja menjadi milik orang lain. Salah diri sendiri jugak, pendam sangat perasaan tu, kan dah kena kebas orang. Haruuu

Faiqa angkat muka.

Woww.. Boleh tahan jugak offer yang Adam dapat. Muda lagi dah dapat gelaran doktor pakar di Hospital Prince Court . Kagum dia jadinya.

“ Good job bro.. pasni kalau yang depan kau ni mood tak berapa bagus boleh lah aku hantar dia kat sana. Bagi kau inject sikit. “ seloroh Haqiem.

Entah kenapa harini mood dia asyik nak mengenakan Faiqa saja.

Faiqa mengetap bibir. Rasa nak telan jer mamat sorang ni. Garfu yang berada ditangan di hala ke muka Haqiem.

Aku cucuk mulut tu dengan garfu ni baru tau.. Tak ada lesen betol.

Adam hanya tersengih. Wajah Faiqa dipandang. Suka dia melihat aksi garang Faiqa walaupun dia tahu gadis itu sekadar bergurau. Faiqa yang dia kenal masih sama seperti dulu. Garang manja.

“ Amboi.. kemain garang. Tengok dia ni Abang Adam.” Usik Haqiem lagi. Lagaknya seperti sedang mengadu kepada Adam.

Faiqa ketap bibir.

Wajahnya sudah memerah menahan geram. Lantas sebiji meatball disumbat ke dalam mulut Haqiem. Haqiem yang terkejut dengan tindakan itu spontan membuka mulut. Kemudian gigih pulak dia mengunyah metaball yang sizenya hampir sebesar bola pingpong.

Faiqa senyum senget. Rasakan padan muka !!
Adam juga turut ketawa walaupun pada awalnya dia cuba menahan.

Serius bro.. jatuh saham kau!

“ Aika !! jerit Haqiem.

Namun suaranya masih cuba dikawal. Nasib saja mereka duduk di meja yang agak tersorok. Boleh jugak cover suara Haqiem yang macam lembu tercekik tulang tu. Hilang title jejaka hot MH. Hahaha..

“ Main main lagi. Padan muka! “ Faiqa tersenyum puas.

Yess.. kali ni dia menang. Bukan selalu dia dapat peluang keemasan seperti ini. Berani la bukak mulut, aku sumbat meatball lagi.

Haqiem mencuka. Tegang saja mukanya. Mulutnya yang sedikit comot disapu kasar. Besar matanya memandang Faiqa.

Faiqa pula hanya beriak biasa. Pura pura tidak nampak pandangan galak itu. Dalam hati nak ketawa tergolek golek dengam aksi Haqiem tadi. Tanpa rasa bersalah dia mintak diri ke tandas. Mengambil kesempatan melarikan diri dari wajah singa Haqiem.

“ Kau dah kenapa? Tersengih jer dari tadi “ Geram pulak aku dengan mamat ni. Syok sangat la tu tengok drama tak berbayar..

“ Tulah kau.. dengan perempuan pun nak gurau kasar. “ Bidas Adam selamba.

Haqiem senyum senget. Tak guna punya kawan.. bukan dia nak kesian kat aku..

“ Aika tu singa jadian. Elok sangatlah kau balik. Pasni kau la pulak jadi mangsa dia” Seloroh Haqiem geram. Masih bersisa marah dia pada Faiqa. Nanti lah!

Adam ketawa sinis. Demi Faiqa dia relakan saja. Lagipun dia tahu cara nak layan Faiqa. Bukan macam Haqiem, gurau tak bertempat.

“ Adam kau masih belum jawab soalan aku. " soal Haqiem tiba - tiba

“ Soalan apa ?” Dahinya berkerut.

“ Kau sukakan adik aku kan? “ tanya Haqiem. Serius saja nada suaranya.

Dulu dia pernah bertanyakan soalan itu pada Adam tapi hingga kini tiada jawapan. Malah dia yakin ada sesuatu dalam hati lelaki itu.

Pandangan matanya tak pernah silap menilai. Mereka berkawan sudah lama, pandangan Adam pada Faiqa lain. Pandangan cinta! iyee dia pasti Adam menyimpan perasan pada adiknya. Tapi kenapa harus pendam? Jujurnya dia tidak menghalang. Malah dia lagi suka jika Adam adalah pilihan Faiqa.

Adam tersentak. Berubah air mukanya. Air liur ditelan. Nafas di tarik dalam. Terasa oksigen semakin kurang dalam tubuhnya.

Otaknya pula ligat menjana jawapan yang sesuai untuk soalan Haqiem tadi. Used you brain Adam!

Pandangan cuba dilarikan. Seram bila dipandang seperti seorang pesalah.

“ Aku….. “

“ Sorry i'm late. Dah settle makan kan ? Jom balik. Dah habis waktu lunch ni “ Faiqa muncul tiba tiba. Kedua lelaki tadi di pandangnya. Asal semua orang diam ni. Ada malaikat maut lalu ke ?

Adam melepaskan nafas lega. Kedatangan Faiqa sangat membantu. Sekurang kurangnya dia terlepas dari soalan maut Haqiem.

Tapi.. dia kenal Haqiem, lelaki itu takkan mudah mengalah. Ahh.. nanti aku siapkan jawapan siap siap..

Haqiem sekadar mengangguk.

Kau tunggu Adam !

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience