" Habis tu macam mana? Aika setuju ke? "
Muka Haqiem yang kusut di pandang. Ketika itu hanya tinggal mereka berdua di gazebo. Datuk Heykal dan Datin Faridah baru saja masuk ke dalam rumah setelah mendengar penjelasan dari Adam. Adam bersyukur sekurang-kurangnya dia tidak di persalahkan dalam hal ini.
" Nak tak nak dia kena la setuju. Keputusan ayah aku bukannya boleh di ubah " jawab Haqiem bersahaja. Jujurnya, dia juga sependapat dengan ayah, kahwinkan saja Faiqa dengan Adam. Keselamatan Faiqa sudah tentu lebih terjamin. Dia percaya Adam mampu melindungi adiknya.
" tapi Qiem.... aku tak nak Aika kahwin dengan aku sebab terpaksa. Aku risau dia memberontak. " itu yang Adam risaukan. Kalau ikutkan hati memang dia teruja sangat nak di kahwinkan dengan Faiqa, memang itu impiannya. Terasa mahu melompat sampai ke angkasa tapi kalau kahwin paksa macam ni boleh bahagia ke?
Haqiem hembus nafas berat. Soalan Adam tak mudah untuk di jawab. Bila ayah sebagai wali sudah membuat keputusan, mahu atau tidak sebagai anak Faiqa kena la patuh.
" Kau jangan risau, aku kenal adik aku. Perangai Aika tu kadang macam budak kecik, suka kan perhatian. Kalau kau selalu manjakan dia, pandai memujuk nanti lembutlah hati dia. "
Adam sengih. Nampak gayanya dia kena berguru dengan Fakrul. Lelaki tu banyak ilmu. Bab pujuk memujuk ni memang makanan dia.
" yang kau tiba-tiba tersengih ni dah kenapa? dah tak sabar sangat ke nak kahwin dengan adik aku? " bidas Haqiem. Sekilas muka Adam dipandang. Ish, macam tak percaya ini rupa bakal adik ipar aku.
Adam sambung sengih. Hilang terus bayangan bahagia dia bersama Faiqa. Haqiem ni memang tak kasi can langsung dia nak fikir yang indah-indah.
" Harini Aika okay ke Qiem? aku call dia tak angkat, mesej pun tak balas. Risau aku. " Adam luah rasa.
Semakin gundah hatinya bila Faiqa langsung tak pedulikan dia tadi. Main bla macam tu jer. Terasa jugaklah dibuatnya tapi cepat-cepat dia berfikiran positif, memujuk hati supaya tidak berfikir yang bukan - bukan. Dia perlu letakkan dirinya dalam situasi Faiqa berada. Mungkin Faiqa masih kaget dengan apa yang berlaku. Sudah tentu Faiqa perlukan masa untuk terima semuanya. Jadi Adam tak mahu mendesak. Dia boleh tunggu.
Haqiem senyum kelat. Terbayang tangisan panjang Faiqa sebentar tadi. Nampak sangat Faiqa tak setuju dengan cadangan ayah untuk mengahwinkannya dengan Adam. Tapi yang peliknya, bercinta bukan main sakan tapi bila suruh kahwin menangis teresak-esak. Bercinta apa macam tu.
" Biasalah tu. Mood tengah up and down. Dia perlukan masa. Kau sabarlah sikit, sehari dua nanti okaylah tu. " nasihat Haqiem.
Adam hanya mengangguk. Betul cakap Haqiem mood Faiqa masih tak stabil. Dia kena sabar. Dia kena bagi Faiqa masa. Dalam keadaan macam ni dia tak boleh terlalu memaksa.
" Family kau pulak macam mana? dia orang dah tahu ke pasal hal semalam? " Sebatang rokok dikeluarkan lalu dinyalakan. Haqiem kalau stress memang ini saja lah yang di cari. Kena sebatang dua, emosinya akan kembali stabil.
Adam gosok tengkuknya. Terbayang kejadian pagi tadi. Riuh satu rumah bila Kak Ainaa tahu dia di tangkap khalwat dengan Faiqa. Tak sudah mulut kakaknya membebel yang bukan-bukan. Menuduh Faiqa sengaja perangkap dia tapi yang lebih menyakitkan telinga bila Kak Ainaa menuduh Faiqa bakal merosakkan keturunan mereka. Pelik sungguh. Belum apa-apa dah berfikiran negetif macam tu. Sakit jiwa dia mendengar.
" Kalau family kau tak setuju aku tak paksa. Aku boleh bagitahu ayah aku. " Haqiem menyambung bicara bila Adam diam tak berkutik.
Dia sedar latar belakang keluarga Adam jauh lebih sempurna. Keluarga Adam lebih menitikberatkan soal agama sedangkan keluarga dia biasa-biasa saja. Penampilan Faiqa juga mungkin tak menepati citarasa mereka. Sekalipun keluarga Adam menerima Faiqa, dia nak Faiqa diterima seikhlasnya.
" Ummi aku okay. Dia tak kisah kalau Aika jadi isteri aku tapi yang jadi masalahnya sekarang kakak aku. Dia macam tak berapa setuju aku dengan Aika. Tapi aku dah plan lepas kahwin aku nak tinggal rumah sendiri "
Adam senyum bahagia. Terbayang rumah yang dikunjungi awal pagi tadi. Dulu rumah itu di beli kerana minatnya dalam bidang pelaburan hartanah tapi sejak bercinta dengan Faiqa, rumah itu telah pun diubahsuai. Kena dengan konsep moden yang di idamkan. Dia harap Faiqa suka.
" Amboii... diam-diam dah prepair untuk masa depan ek.. Nampak sangat kau tak sabar nak kawin dengan adik aku kan " perli Haqiem sinis. Dia ketawa. Dia tahu Adam memang cinta mati kat Faiqa.
Adam turut ketawa. Sempat lagi Haqiem nak kenakan dia. Bila dah ada kekasih mestilah otak fikir nak kahwin. Lagipun dia dah cukup bersedia ke arah itu. Lainlah Haqiem. Bercinta pun tak pernah.
" to be honest.. tolong jujur dengan aku Kau ni betul-betul ke sayangkan adik aku? "
Kepulan asap rokok dilepaskan ke udara. Tajam anak matanya memandang ke arah Adam. Muka Adam ditenung lama. Dia tahu cinta Adam pada adiknya bukan baru berputik tapi dah lama. Itu dia sangat yakin. Tapi tak salahkan kalau dia nak dengar sendiri dari mulut Adam.
Adam mengangguk yakin. Ya, dia sayangkan Faiqa, malah terlalu sayang.
" Aku betul-betul sayangkan Aika sepenuh hati aku, Qiem.. " jawab Adam jujur. Ketika ini sudah hilang rasa malunya untuk mengakui itu semua pada Haqiem. Biarlah Haqiem tahu. Cintanya bukan main-main
" Kalau kau betul-betul sayangkan adik aku, aku sebagai abang amanahkan Aika pada kau. Kau jagalah adik aku tu sebaiknya, sayangi dia sama macam kami sekeluarga sayangkan dia. Kau tolong lindungi dia dari segala kejahatan manusia. Tapi kau ingat, sekali kau sakitkan hati Aika, kau harus berdepan dengan aku. "
Kata Haqiem penuh dengan ugutan. Bahu Adam ditepuk pelahan. Dia serius dengan katanya. Walaupun dia rasa berat hati nak melepaskan Faiqa tapi dia yakin Adam mampu bahagiakan adiknya. Doanya moga cinta Adam akan sentiasa ada untuk Faiqa.
.
.
.
Faiqa masuk semula ke dalam bilik. Lama dia duduk di balkoni. Melayan perasaan sedih yang bersarang di hatinya. Sempat dia memerhati tingkah dua lelaki yang sedang berborak di gazebo. Sekejap serius, sekejap ketawa. Setiap kali terpandangkan Adam dia jadi teringat dengan keputusan ayah yang mahu mengahwinkan dia dengan Adam. Saat kasihnya baru di semai, cintanya baru nak berputik dia dipaksa berkahwin. Tergamak ayah tentukan takdir jodohnya dengan cara macam ni.
Keluhan dilepaskan. Faiqa kembali duduk di atas katil. Muka yang sembab diraup pelahan. Air mata seakan sudah kering untuk mengalir.
Tadi selepas menangis di sisi mama, dia terus mengurung diri di dalam bilik. Panggilan mama untuk turun makan langsung tak diendahkan. Dia tak nak jumpa sesiapa. Dia mahu bersendirian. Hatinya masih sakit dengan keputusan Datuk Heykal yang melulu.
Apa yang patut dia lakukan sekarang.
Menerima? bererti dia sedang mempertaruhkan masa depannya. Sedangkan dia sendiri pun tak pasti adakah dia benar-benar menyintai Adam ataupun tidak. Jika mereka berkahwin mampukah untuk mereka hidup bahagia?
Menolak? bererti dirinya akan di benci. Dah tentu semakin banyak hati yang akan terluka. Dan dia mungkin akan digelar anak derhaka sebab tak turuti permintaan ayahnya.
Argghhhh.... kenapa mesti Adam?
Padahal berkahwin dengan Adam tak pernah ada dalam kamus hidupnya.
.
.
.
" Mama tahu Aika masih belum bersedia untuk menjadi seorang isteri. Aika masih belum puas hidup sendiri tapi mama yakin Adam akan jaga Aika dengan baik. Keputusan ayah untuk satukan Aika dengan Adam bukan sebab kami benci tapi sebab kami sayang. Kami nak Aika bahagia." itu luahan Datin Faridah ketika melihat anaknya Faiqa sedang termenung di dapur.
Faiqa diam. Dia yang sedang menikmati secawan jus menghantar pandangan kosong ke arah Datin Faridah. Pujukan mama seolah tak memberi ruang untuk dia menolak keputusan ayah. Adil ke macam tu?
" Sampai hati mama tak tolong Aika. Mama diam bila ayah paksa Aika kahwin. Kalau ayah tu marah sangat dengan Aika, ayah boleh pukul Aika. Ayah boleh pukul sekuat hati ayah tapi kenapa ayah mesti paksa Aika kahwin dengan Adam. Aika taknak! Aika tak bersedia! " rintih Faiqa. Dia jadi sebak. Sakit hatinya masih belum habis tatkala memikirkan cadangan gila ayah padanya.
Datin Faridah mengusap lembut belakang Faiqa. Riak muka anaknya di pandang. Ada mutiara jernih di tubir mata itu. Rasa kasihannya semakin menggunung tapi dia tak mampu mengubah keputusan suaminya.
" Aika janganlah macam ni. Mama tahu Aika tak bersedia tapi mama yakin Adam lelaki yang baik. Aika tentu akan bahagia dengan dia. "
Bukan Datin Faridah tidak mencuba. Sudah habis cara dia memujuk suaminya. Namun Datuk Heykal tetap berkeras. Dia tetap mahu meneruskan niatnya mengahwinkan Faiqa dengan Adam. Sebagai isteri apa lagi yang mampu dia lakukan. Ingkar cakap suami neraka jawabnya.
" mama tolong Aika ma.. Aika tak nak kahwin. Aika tak nak jadi isteri Adam. Aika belum bersedia! please ma... hanya mama yang boleh tolong Aika ..." Faiqa terus merayu. Dia sanggup merintih berkali kali asalkan Datin Faridah sudi membantunya. Sekali lagi kepalanya digelengkan. Memikirkan diri bakal dikahwinkan dengan Adam memang buat dia rasa seperti nak mati. Lengan Datin Faridah terus dipegang erat. Dia cuba menangih simpati dari si ibu. Dia yakin seorang ibu pasti takkan biarkan anaknya berkeadaan begini.
Datin Faridah mati akal. Habis ikhtiarnya untuk memujuk bila melihat keadaan Faiqa begini. Bahu Faiqa diusap penuh kasih sayang. Dicium pipi anaknya yang kemerahan.
" Maafkan mama sayang. Kali ni mama betul-betul tak dapat nak tolong Aika "
Air mata Datin Faridah sudah bergenang. Luluh hatinya menolak perminataan anak. Dari kecil anak itu dimanjakan. Diberikan apa saja. Tapi sekarang? Kalaulah dia ada kuasa sudah pasti dia takkan biarkan anaknya sedih begini. Tapi cakap Datuk Heykal bukan boleh di cabar. Nekad sudah keputusannya.
" Kan bagus kalau Aika mati jer. "
Faiqa bangkit. Dia berlari menuju ke bilik. Dibiarkan Datin Faridah yang menjerit memanggil namanya. Dia tak peduli. Dia dapat rasakan semua orang dalam rumah ni memang dah tak sayangkan dia.
to be continue....
Share this novel