p/s : Ada ke peminat cerita STC ? kalau ada tq byk2 sb sudi support cerita tak seberapa ni. Kalau dah baca. jangan lupa drop komen ye. Nanti sis improve lagi mana yg kurang - zirarasya
Sunyi dan sepi !
Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri. Faiqa buang pandang ke luar tingkap. Hujan renyai pagi ini. KL macam biasa lah, kalau hujan begini bertambah sesak lah jalan raya. Kalau dapat tidur ni confirm tengahari baru bangun.
Adam fokus memandu. Sesekali dia merengus pelahan. Masalah betul orang Malaysia ni, dah tahu jalan sesak cuba duduk di lorong yang betul. Ni tak asyik nak mencelah je. Signal tak bagi, kena sondol baru nak mengelabah.
Faiqa senyum senget.
Pagi-pagi lagi Dr. Adam dah bad mood ke?
Teringat pulak kejadian malam tadi. Marah betul Adam kat Faiqa. Sampai sanggup tidur depan tv. Eh, kenapa aku rasa Adam macam tiru aku je, malam pertama tidur depan tv. hihi
" Hari ni lunch dengan I "
" hah? " tanya Faiqa seraya menoleh ke sebelah. Adam yang bergaya memakai kemeja slim fit hitam itu dipandang.
" Kita lunch together. Tengahari nanti I datang ambil you. " ujar Adam dengan suara maskulinnya. Sekali dengar boleh jatuh cinta Faiqa. Dua kali dengar rasa nak cekik-cekik je. Takut sangat aku keluar dengan Rizwan lah tu.
" Err.. sorry. Hari ni memang tak dapat. Schedule I padat. Pagi ni I kena attend meeting. Tengahari pula I nak jumpa ayah, nak discuss about resort. Sebelah petang I ada meeting dengan supplier bahan mentah. Maybe next time okay. "
Tengok? padat tak jadual kerja Faiqa sekarang. Macam-macam tergalas atas bahunya. Faiqa dah jadi orang kepercayaan syarikat. Sebab tu Faiqa nak elakkan bergaduh dengan Adam. Seharian dia struggle dengan kerja, ingatkan balik rumah dapat lah rehat, tenangkan fikiran, hilangkan stress alih-alih kena hadap mood angin monsun Adam. Macam mana dia tak hangin.
Faiqa tahu tentu Adam kecewa tapi Faiqa bukan sengaja nak mengelak. Masa yang tak sesuai. Sudah lah Haqiem masih di Sabah. Tak tahu bila nak balik. Jadi banyak perkara yang perlu Faiqa uruskan. Projek resort pun dah nak bermula. Memang fokus utama Faiqa sekarang adalah MH Holding.
Adam menghela nafas.
Rosak plan nak spend time masa dengan Faiqa. Habis fikir Adam malam tadi, dia tak boleh terus biarkan hubungannya dengan Faiqa begini. Makin di biarkan makin banyak anasir jahat yang merasuk fikirannya. Nak tak nak dia perlu segera pulihkan semula keadaan sebelum semuanya jadi semakin rumit.
" It's okay. Settle your meeting first. " tumpuannya masih di jalan raya yang sesak.
" .. but make sure ingat pesan I semalam. Lunch dengan officemate girl. Bukan dengan orang sebarangan especially your cousin! " sambung Adam dengan suara tegas. Ah, Adam tak peduli. Faiqa harus diingatkan selalu. Adam tak nak Faiqa ingkar dan membelakangkan dia lagi.
Dush!
Faiqa rasa terpukul dengan kata-kata Adam. Jelas sangat Adam masih tak nak berdamai dengan dia. Herot mulut Faiqa menahan rasa. Rupanya scene drama Suamiku Cemburu Buta belum habis lagi? masih berbaki lagi sisa kemarahan di hati Adam. Tak apa! kita tengok je lah nanti. Siapa yang lebih makan hati.
" you dengar tak apa yang ..... "
" tak habis lagi ke cemburu you tu? " pintas Faiqa laju. Menjeling geram Faiqa ke arah Adam. Huh. Susah betul kalau dapat suami suka cemburu tak bertempat ni.
" what? tak betul ke apa yang I cakap? "
Faiqa buntangkan mata.
" please.. don't spoil my mood. Kalau you tak ada benda penting nak cakap lebih baik you diam. " balas Faiqa sinis. Sehari tak menyakitkan hati tak sah. Asyik nak cakap benda yang sama je. Serius, Faiqa mula rasa bosan. Kalau dulu Adam semakin mendapat tempat dihatinya tapi sekarang rasa itu semakin pudar seiring dengan tingkah laku Adam yang menjengkelkan.
" kenapa? sakit hati? atau you dah mula bosan bercakap dengan suami sendiri? " tersungging sinis mulut Adam ke arah Faiqa. Walau berkali hatinya melawan rasa marah tapi setiap kali mendengar jawapan Faiqa buat egonya rasa tercabar. Kuat hatinya menyatakan Rizwan memang ada tempat di hati isterinya.
" Memang bosan pun! Asyik cakap benda yang sama je. Sakit telinga nak dengar. " balas Faiqa selamba. Kalau Adam sakitkan hati dia, dia pun boleh buat benda yang sama.
" you ..... "
" just shup up! "
Faiqa palingkan muka ke tepi. Pemandangan kat luar lagi lawa dari pandang muka ketat Adam.
Apa yang Faiqa rasa sekarang adalah nak humban je Adam kat tengah jalan raya. Biar satu badan kena gilis!
.
.
.
" Qadeja! "
" Ya, Puan Faiqa nak keluar ke? " Qadeja pandang Faiqa yang sudah berdiri di hadapan mejanya. Senyuman terukir seperti biasa.
Faiqa mengangguk. Qadeja yang manis bertudung purple dipandang.
" Aah, I nak keluar. Apa-apa you call I eh.. " pesanan dititipkan. Dia berlalu sebaik saja melihat anggukan Qadeja.
Terjenguk-jenguk kepala Faiqa mencari kelibat Aliah dalam restoren makanan segera itu. Jam dikerling. 15 minit dah berlalu. Baru telefon dipegang, kelibat Aliah muncul dengan senyuman sumbingnya.
" Hah muncul pun cik adik manis kita. Kau kalau tak lambat tak sah kan. " bebel Faiqa. Mata dah menjeling ke arah Aliah yang sudah pun duduk depannya.
Aliah cebir bibir. Dah kahwin makin kuat pulak perempuan ni membebel.
" amboi sedapnya mulut je mengata aku. Ajak lunch area ofis kau, memang lah kau dulu yang sampai. Aku ni nak kena redah jem bagai. Nasib baik aku ni jenis sayang kawan tau. " Aliah menyengih. Buku menu dibelek-belek. Erm, apa menu yang best eh?
Faiqa senyum saja. Kalau bukan sebab Adam tak izinkan dia keluar lunch dengan Rizwan, dia pun tak nak menyusahkan diri sendiri. Dah la datang ke sini tadi naik grab. Kalau ada Rizwan kat cafe ofis pun memadai. Janji ada teman.
" masalah kau dengan Adam dah settle? " Terhenti Faiqa menyuap. Kenapa la mesti mention nama Adam masa dia nak makan. Ish, tak suka betul.
" Macam tu jugak. Susah lah kalau jenis kuat cemburu buta ni. Semua benda nak dijadikan isu. " luah Faiqa. Jadi sakit hati pulak ingatkan amaran Adam yang tak sudah.
" Dia cemburu dengan sepupu kau tu ke? kenapa macam pelik sangat perangai laki kau ni? " soal Aliah berkerut dahi.
" Hah kau pun pelik kan. Aku lagi lah bertambah-tambah pelik. Aku dengan Rizwan tu dah macam adik beradik dah. Membesar pun sama-sama. Tak ada maknanya aku nak tangkap cintun dengan dia. Adam tu aje yang over thinking. Tak faham betul lah aku dengan perangai dia. " panjang luahan hati Faiqa. Besar harapannya Aliah dapat menyelami apa yang dia rasakan sekarang. Ais lemon tea disedut rangkus.
Terangguk-angguk kepala Aliah seperti burung belatuk. Dia cuba menghadam setiap kata-kata dari Faiqa. Kalau betul apa yang di sampaikan Faiqa maksudnya Rafiq dengan Adam tak ada beza. Seorang mengongkong. Seorang kuat cemburu. Aduh, gawat ni.
" Habis tu kau ada tanya kenapa dia jadi macam tu? "
Faiqa mengeluh sebelum mengangguk.
" Habis tu apa jawapan dia? "
" kau ingat lelaki ni mudah ke nak mengaku salah? ego tinggi melangit. Lagi aku tanya lagi banyak corner dia. Seminggu aku mogok tak nak bercakap dengan dia, baru semalam dia tegur aku. Alih-alih pagi tadi menyakitkan hati aku semula. Ah, stresslah kalau macam ni." Luah Faiqa sepenuh perasaan.
Pada siapa lagi Faiqa nak bercerita. Pada mama? Haqiem? dah sah-sah dia yang akan kena semula. Lagipun dia lebih selesa dengan Aliah. Aliah lebih tahu tentang perasaannya.
Aliah mengangguk lagi. Dahi Faiqa yang berkerut seolah mengambarkan betapa berselirat otak itu dengan masalah. Apa lah sulit sangat hidup kau ni Faiqa.
" kau relex lah beb. Kau jangan stress-stress. Kang kau pulak yang jatuh sakit. " nasihat Aliah. Kalau la si Khairul tu perangai macam Adam ni, dah lama dia lanyak-lanyak.
Faiqa senyum kelat.
" Aku memang dah lama sakit. Sakit kepala, sakit hati, sakit jiwa. Sikit masa lagi otak aku pulak yang sakit. "
Ketawa Aliah mendengarnya. Geli ulu hatinya. Tengok lah apa yang kau dah buat Adam? sikit masa lagi patient kau bini kau sendiri. Ha, baru padan dengan muka kau.
Faiqa juih bibir. Aliah dijeling geram. Sakit pulak telinganya mendengar ketawa joker Aliah. Ketawa sikit-sikit dah lah. Ni tak, sampai semua orang dah jeling ke arah mereka. Spesis tak tahu malu betul budak Aliah ni.
Aliah tutup mulut. Terover pulak. Sebetulnya, ketawa di tempat awam bukan masalah besar bagi Aliah. Hidupkan kena enjoy!
" Jangan-jangan dia ada masalah kat tempat kerja tak? " tekaan Aliah kali ini membuatkan dahi Faiqa berkerut sedikit.
Faiqa jongket kedua bahunya. Soalan Aliah baginya tak masuk akal. Apa saja lah masalah Adam tu. Takkan stress kat tempat kerja aku yang jadi mangsa?
Kerja? alamak. Meeting dengan ayah.
" Kau dah settle makan belum? jom gerak. Aku ada meetinglah kejap lagi " Faiqa berdiri. Beg dicapai. Menonong dia meninggalkan Aliah yang masih terkebil-kebil di situ.
Tadi Datuk Heykal masih belum pulang ke ofis sebab tu dia mengajak Aliah keluar lunch. Nak ajak Adam? tak kuasa Faiqa nak mengadap bebelan Adam yang tak sudah.
Aliah apa lagi. Cepat-cepat menghabiskan makanannya. Faiqa yang sudah jauh ke depan, di kejar laju dengan mulut terkumat kamit. Geram.
" Hisy.. tunggu lah. Kau ni kan menonong je tinggalkan aku. "
Faiqa pelahankan langkahnya. Agar Aliah dapat menyainginya.
" Eh, apa citer pasal Rafiq? Pasal kau jumpa dia hari tu Adam dah tahu ke? " soal Aliah. Jadi teringat pula Aliah pada mesej Faiqa mengenai Rafiq.
Faiqa gigit bibirnya. Automatik langkahnya jadi pelahan. Dia tak suka bila nama Rafiq disebut-sebut. Kalau boleh biarlah nama itu lenyap ditelan bumi. Rasa bencinya masih tebal pada makhluk itu.
Aliah sudah serba salah. Dahinya digaru kejap.
" Er.. aku ada salah cakap ke? sorry beb "
Aliah letakkan tangan di bahu Faiqa. Diurut-urut lembut bahu itu. Sebab mulut tak ada insuran dia muka yang ceria tadi sudah bertukar mendung.
" Eh tak apa. Kau tak salah pun. Cuma aku je yang tak boleh nak dengar nama dia. " pelahan ucapan itu tapi masih jelas di telinga Aliah.
" Dah! Tak mahu sedih-sedih lagi. Jom aku buat kau happy " lantas tangan Faiqa di tarik. Faiqa yang terkejut hanya mengikut biarpun langkahnya sedikit sumbang. Mulut macam biasa lah. Membebel tak puas hati. Aliah pulak buat pekak saja. Bebel lah kau sorang-sorang.
Aliah berhenti.
Panjang lehernya memandang ke depan. Nak oder perisa apa eh? oreo sedap. Blueberry pun sedap. Ha, coklat hazelnut pon ada. Sedap jugak tu. Yummy yummy...
" Dik, blueberry oreo satu. " Aliah senyum senget. Bab ais krim laju je kau eh? gumam Aliah.
Faiqa buat tak nampak. Dia teruja. Dapat makan ais krim satu hal. Dapat makan free tu lagi buat dia teruja. Meeting? ah meeting dengan ayah je pun.
Ni yang buat Faiqa sayang Aliah lebih ni. Aliah memang BFF terbaik. Dia tahu macam mana nak sejukkan hati aku. Bukan macam ... ah, buat apa aku nak ingat kat dia. Buat semak je. Baik aku nikmati ais krim ni dengan aman dan damai.
" akak pulak? " soal adik kaunter bertudung hijau lumut.
" Blueberry satu, coklat satu eh. " ujar satu suara.
Serentak Aliah pandang ke sebelah kirinya. Faiqa juga turut ikut pandang. Aliah terkedu. Besar anak matanya. Bukan 'suara' tadi yang menjadi fokusnya sekarang tapi lelaki di sebelah suara itu.
Kebetulan apakah ini? Aliah toleh pula ke arah Faiqa.
Reaksi Faiqa? lagi teruk dari dia.
Ternganga.
Terlopong.
Terkesima.
to be continue......
Share this novel