Bab 51

Romance Completed 57501

" Adam cakap macam tu pada akak? Ishh... teruknya. Macam tak percaya pulak Syira. "

Kali ni baru Syira bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Dari tadi dia hanya memberi ruang pada Ainaa untuk meluahkan rasa tak puas hatinya. Tergeleng kepalanya tatkala mendengar cerita dari Ainaa. Adam betul-betul dah kena mandrem ke?

Ainaa mengangguk lagi. Bengkak hatinya pada pasangan suami isteri itu masih belum surut. Sejak Faiqa masuk dalam keluarga meraka, Adam dah tak hormat dia sebagai kakak. Apa saja cakapnya semua tak kena pada pandangan ahli keluarga yang lain. Malik pun sama. Berpihak pada orang luar lebih dari isteri sendiri.

" Betul. Takkan akak nak tipu Syira pulak. Memang Adam tu dah lain sekarang. Semua cakap akak dia dah tak nak dengar. Pasal semalam tu pun dia salahkan akak jugak sebab bagitahu Syira. Padahal akak cakap apa yang betul je. " luah Ainaa dengan muncung panjang sedepa. Riaknya langsung tak ada rasa bersalah bercerita perihal rumahtangga adik sendiri pada orang luar.

Syira sedut pelahan minuman atas meja depannya. Matanya masih tak lepas dari memandang muka cemberut Ainaa. Nampaknya kali ni Ainaa betul-betul marah pada Adam dan Faiqa. Buktinya dari tadi langsung tak ada secarik senyuman di bibir Ainaa.

" Syira mintak maaf kak. Pasal Syira, akak dengan Adam jadi macam ni. " ucap Syira serba salah lantas meraih dan digenggan erat jemari Ainaa. Menebal rasa bersalah Syira pada Ainaa. Kalau bukan sebab dia terlepas cakap semua ni takkan jadi. Tentu Ainaa takkan ada masalah macam sekarang

Ainaa diam. Muka Syira dipandang. Syira lawa. Manis bertudung. Pandai jaga aurat. Bukan macam isteri Adam sekarang. Kalau bukan sebab Faiqa pasti Syira sekarang sudah bergelar adik iparnya.

" Syira jadi adik ipar Akak. "

Lancar ucapan Ainaa menyapa cuping telinga Syira. Mata dipakukan pada wajah serius Ainaa. Biar betul Ainaa ni. Adam kan dah ada Faiqa. Ainaa faham maksud pandangan mata Syira. Pelahan kepala diangguk. Kali ni Ainaa tak boleh duduk diam. Wanita sebaik Syira tak boleh dipersiakan.

" Tapi kak.... "

" Jangan risau. Akak ada plan. "

.
. .

' Akak cakap apa ni? tak habis lagi ke akak nak mengata buruk isteri saya? Sudah-sudah lah tu kak. Malu la sikit berperangai macam ni. Mengata buruk orang lain. Macam diri tu sempurna sangat. Untuk pengetahuan akak la... bukan Faiqa yang paksa saya kahwin dengan dia. Tapi saya yang rela hati nak kahwin dengan dia. Sebab saya cintakan dia. Kalau akak tak tahu cerita sebenar lebih baik akak diam je. Jangan menyibuk masuk campur urusan rumahtangga saya '

Setiap baris kata Adam pada Ainaa semalam masih terngiang-ngiang di telinga Faiqa. Faiqa mengeluh pelahan. Ada juga degilnya Adam ni. Walaupun puas Faiqa melarang tapi Adam langsung tak nak dengar. Nak juga bertegang urat dengan Ainaa yang nyata memang juara dalam perang mulut.

" Hoi, termenung ke? "

Terjongket bahu Faiqa. Segera dia menoleh ke arah tepi. Haqiem yang sedang berdiri tegak depannya dipandang jengkel.

"Hisyhhh Along ni! Terjerit-jerit. Terkejut tahu tak. Nasib baik adik Along yang cantik ni tak ada penyakit darah tinggi tau." gumam Faiqa geram. Entah bila Haqiem boleh muncul dekat situ pun dia tak sedar.

Tersenyum mengejek Haqiem memandang adiknya. Apa-apa je lah adik aku ni. Nak bergurau sikit pun tak boleh. Mood swing memanjang.

" itulah, lain kali jangan suka termenung. Bahaya! nanti orang ingat Aika ada masalah mental pulak. " seloroh Haqiem.

Suka hatinya bila melihat muka cemberut Faiqa. Faiqa manja. Pantang diusik. Lagi Faiqa tarik muka lagi Haqiem suka.

Faiqa mendengus. Nafas di tarik dalam-dalam.

Tanpa membalas kata Haqiem, Faiqa bangkit dari duduk lalu memacu langkah meninggalkan Haqiem yang seakan terpingga-pingga dengan tindakannya.

Haqiem ketap bibir. Segera dia menyaingi langkah Faiqa.

" Eleh. takkan baru setengah hari tak jumpa suami tercinta dah jadi orang sasau. Huh! Dulu bukan main jual mahal kat Adam. Sekarang apa dah jadi ? ke dah..... "

" Diamlah! " pintas Faiqa. Sakit pula hatinya bila Haqiem mengungkit kisah lama. Dulu lain sekarang lain. Dulu benci sekarang cinta. Haqiem bukannya tahu apa.

Faiqa buang pandang. Entah apa mimpi Haqiem ajak dia datang ke sini. Ingatkan habis meeting tadi boleh lah terus balik ke ofis. Alih-alih ke sini pulak destinasi mereka. Haqiem pun satu. Kot ya pun nak ajak shopping tunggu lah time gaji masuk. Ni tak, tengah bulan duit tengah menipis ni jugak lah dia nak ajak. Apa dia ingat kuli makan gaji macam aku ni poket sentiasa tebal ke? Ermm... mampu tengok je lah.

" Amboii.. sejak ada Adam ni bukan main berlagak eh sekarang. Bebel sikit pun dah tak boleh. " Spontan Haqiem tarik pipi Faiqa. Lama. Dah jadi isteri orang pun perangai masih tak berubah. Gedik. Apa lagi menjerit kuat Faiqa menahan kesakitan. Pipi yang sudah merah digosoknya pelahan. Herot mukanya menahan sakit. Kurang asam punya abang. Suka buli adik sendiri.

" Sakit lah. Along ingat pipi Aika ni tiub basikal ke? Aika bagitahu kat Adam nanti baru tahu. " ugut Faiqa. Lengan Haqiem dicubit geram. Padan muka. Kalau macam ni sampai ke sudah lah abang aku ni hidup membujang. Perangai kasar memanjang. Mana tahan gadis nak dekat.

" Manja! sikit-sikit nak mengadu." ejek Haqiem lantas melangkah laju beberapa tapak ke depan. Faiqa ni bukan boleh jangka tindakannya. Kang tak pasal mendapat.

Faiqa kecikkan anak matanya. Belakang Haqiem dipandang. Aku tinggal jugak mamat ni kat sini kang.

" Eh, budak manja. Cepatlah. " panggil Haqiem sedikit kuat. Langsung tak malu pada orang sekeliling. Faiqa yang sudah kaku sedikit dibelakangnya dipandang. Sudah! Dia buat pasal pulak kat sini.

" Tak nak! "

Faiqa mencebik. Tangan bersilang atas dada. Panjang muncungnya. Haqiem ni tak alert langsung. Perkataan manja tu sensitif bagi sesetengah perempuan tau. Dengar dek orang buat malu je.

Haqiem senyum. Kaki dibawa ke arah Faiqa.

" Hisyhh.. Cengeng betol! Sikit-sikit nak merajuk. Macam manalah Adam tu boleh terpikat dengan adik Along ni hah? "

Haqiem sengih. Muka Faiqa dipandang kejap sebelum tangan Faiqa ditarik agar mengikutnya. Mahu atau tak terpaksa Faiqa ikut. Kang tak pasal - pasal orang ingat kami laki bini yang tengah gaduh.

" Love is blind. " balas Faiqa bangga. Gila tak bangga dalam ramai-ramai gadis, dia yang jadi pilihan Adam. Sejak zaman sekolah pulak tu. So sah-sah lah Adam tu terima dia seadanya kan?Hishh.. lupa pulak. Haqiem ni mana nak tahu bab-bab cinta ni. Kekasih pun tak ada. Kesian. Hidup sepi.

Haqiem tayang muka menyampah. Kerja nak angkat bakul sendiri je.

" Dah. Jom masuk "

Bertaut kening Faiqa bila Haqiem yang masih memegang tangannya tiba-tiba berhenti di depan sebuah butik pakaian, yang jadi masalahnya butik pakaian wanita. Haqiem nak cari baju untuk siapa? mama? ke nak belanja baju baru untuk aku? hati dah berbunga riang.

" Eh. Kejap. Along nak cari apa dalam butik ni? "

" Er... " Haqiem gugup. Riaknya serba salah.

" Setakat nak ajak cuci mata baik tak payah. Dahlah. Jom balik. Banyak lagi kerja kat ofis tu yang belum settle. " gumam Faiqa setelah agak lama menunggu jawapan dari abangnya. Muka Haqiem yang serba tak kena itu direnung pelik. Apa kes? Dah macam ayam nak bertelur je.

" Eh, tunggu lah kejap. "

Cepat-cepat Haqiem menghalang bila melihat Faiqa seperti mahu meninggalkannya di situ. Faiqa angkat keningnya. Pulak dah.

" Temankan Along beli barang "

" Beli barang? kat sini? untuk siapa? " Soal Faiqa bertalu. Faiqa panjangkan leher mengintai ke dalam butik. Wahh.. ada sale! boleh lah aku pau duit Haqiem ni.

Haqiem garu kepala. Serba salah nak cakap. Kalau cakap kang kena bahan. Kalau tak cakap pada siapa lagi aku nak mintak tolong. Hermm...

" Perempuan suka barang apa eh? "

" Hah perempuan? " soal Faiqa blur.

" Iye.. Perempuan. " sengaja perkataan perempuan ditekankan. Haqiem maniskan mukanya. Berharap sangat jawapan positif yang diberikan oleh adiknya.

" Baju, kasut, makeup. Hah nak lagi hipster Along belikan handbag. Iphone pun ok jugak. Tapi kalau handbag beli la jenama mahal sikit macam Chanel, LV, Prada, CK.. "

Faiqa diam seketika. Muka Haqiem yang sejak tadi direnung semakin berubah pelik. Macam ada sesuatu je. Haqiem cuba maniskan mukanya biarpun nampak sangat canggung.

" Diam-diam ubi berisi eh. Along dah ada girlfriend ke? Siapa nama dia? Aika kenal perempuan tu? " soal Faiqa dengan riak tak sabar. Wah! berita hangat ni. Mama oh mama... menantu sulung on going laa...

Menggeleng Haqiem pandang adiknya. Kalau bagi peluang Faiqa bercakap macam ni lah. Tak ubah macam kereta api laju. Satu ditanya berjela-jela dia menjawab.

" Ala, cepatlah Along. Bagitahulah siapa perempuan malang tu.... " desak Faiqa kurang sabar. Siapa tak kenal Faiqa, sejenis manusia yang tak ada tahap kesabaran yang tinggi.

" hisyh dia ni... menyibuk je. "

" Ek eleh. Dengan adik sendiri pun nak berkira. " Faiqa tolak bahu Haqiem pelahan. Tak suka betul kalau hadap cerita sekerat-kerat ni. Cerita bagi detail lah. Kalau tak baik letak gam je kat mulut tu.

" Kalau nak baju free jom teman Along. " Laju Haqiem melangkah meninggalkan Faiqa di situ. Walaupun dari awal Haqiem tahu dia akan berdepan dengan soalan Faiqa tapi dia terpaksa. Esok birthday girl. Kenalah carikan hadiah.

Faiqa sengih. Yahooooo.....

" Aika dah mesej Adam? " tanya Haqiem saat kereta BMW hitam miliknya berhenti betul-betul di hadapan lobi hospital tempat Adam bekerja.

Faiqa senyum. Kepalanya di angguk pelahan. Kali kedua Haqiem bertanyakan soalan yang sama.

" Dah. Tapi Adam belum reply lagi. Dalam ward agaknya. "

Habis saja menemani Haqiem membeli barang tadi, terus Faiqa meminta Haqiem menghantarnya ke sini. Nak suprise kan suami tercinta la kononnya.

" Okay. Anything happend. Please call me. " pesan Haqiem. Faiqa angguk sebelum dia melangkah keluar dari kereta. Risau sangat Haqiem ni. Aku pergi jumpa laki aku je kot.

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience