Bab 53

Romance Completed 57501

Faiqa berdesis.

Pagi-pagi lagi dah kena marah dengan Datuk Heykal. Orang lain yang buat salah, dia pulak yang kena marah. Tapi salah dia jugak, kerana terlalu bagi kepercayaan pada orang bawahan. Terpaksalah dia pekakkan telinga mendengar bebelan Datuk Heykal yang tak ubah seperti pita rakaman.

Faiqa capai telefon atas meja tepi macbook.

Ini pun satu lagi masalah. Apa susah sangat Adam ni nak balas mesej. Takkan sibuk sangat sampai mesej dari isteri sendiri pun tak sempat nak balas. Bukannya Faiqa tak tahu jadual kerja Adam macam mana. Hanya pagi dan petang saja Adam akan sibuk di wad. Tengahari macam ni selalunya Adam akan free. Dia akan berada di biliknya. Jadi kenapa susah sangat nak balas mesej.

Faiqa bersandar pada kerusi. Matanya dipejamkan buat seketika.

" Puan Faiqa. Ada panggilan dari Encik Khaidar. Boleh saya sambungkan? " Bunyi interkom mematikan lamunan Faiqa. Bertaut kening Faiqa seketika.

Encik Khaidar? Apa dia nak?

" Okay. Sambungkan. " arah Faiqa. Hati dah berdebar-debar tak tentu arah. Macam mana tak berdebar kalau side supervisor yang menelefon. Kalau ya pun nak update perkembangan terkini kenapa mesti pakai telefon? datang je lah kat sini. Tak pun bagitahu je kat mesyuarat nanti. Kan lebih mudah.

Faiqa betulkan duduknya bila suara Encik Khaidar mula kedengaran di corong telefon.

" Whattt!!!! " jerit Faiqa saat Encik Khaidar menyampaikan berita itu padanya. Faiqa urut dada sendiri. Laju jantungnya berdengup mengalahkan orang baru lepas buat larian marathon.

Haish, apa lah nasib hari ni. Lepas satu-satu masalah yang datang.

Sebaik panggilan ditamatkan, Faiqa segera mendapatkan Qadeja. Dia perlu segera berjumpa dengan Encik Khaidar untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.

" I ada emergency kes kat luar. I nak pakai kereta. You tolong call unit transport, sekarang ya. " arah Faiqa.

Qadeja angguk. Segera panggilan di buat.

" Er.. maaf Puan Faiqa. Tak ada transport yang kosong sekarang. " Bagitahu Qadeja saat telefon kembali diletakkan pada tempat asal.

Faiqa gigit bibir sendiri. Keruh wajahnya. Jarinya diketuk-ketuk pada permukaan meja. Muka Qadeja dipandang sekejap. Siapa yang boleh dia harapkan sekarang?

.
. .

" Kalau permit mereka dah tamat tempoh kenapa you tak renew? Kenapa mesti tangguh? Kenapa mesti benarkan dia orang bekerja tanpa permit? Takkan benda simple macam ni pun you tak boleh nak handle! " marah Faiqa.

Disebabkan rasa marah, bertalu perkataan kenapa keluar dari mulutnya. Panas hatinya. Rasa nak terkam-terkam je lelaki di hadapannya sekarang.

Nasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Kalau tak lagi panjang ceritanya. Bukan setakat kena berdepan dengan Datuk Heykal tapi lebih daripada itu. Reputasi syarikat sudah pastinya akan terjejas.

" Maaf Puan. Kecuaian dari pihak saya. Kami terlepas pandang. Permit yang sepatutnya diserahkan pada kita gagal dibuat oleh pekerja. Ini pun nasib baik kita jumpa permit ni bersama dengan dia tadi. " Jelas Encik Khaidar takut-takut.

Kemunculan Faiqa dengan wajah tegang di unit kecemasan hospital itu buat dia rasa serba tak kena. Dia mengaku, dia cuai. Bila dah jadi macam ni baru dia sedar permit pekerja itu tiada dalam simpanan mereka. Nasib baik segalanya dipermudahkan. Kalau tidak, bertambah rumitlah urusan pendaftaran masuk ke hospital kerajaan ini tadi.

" Next time please alert Encik Khaidar. You leader. Sepatutnya kecuaian macam ni tak perlu berlaku. Anything happen not only you yang kena but one company involved. " sela Faiqa dengan suara yang masih tegang. Jarang Faiqa nak naik angin begini tapi bila dah melibatkan nyawa pekerja, manusia pun boleh bertukar jadi singa. Nasib saja dia cepat sampai ke sini. Kalau la Datuk Heykal tahu perkara ni tak pasal-pasal dia kena mengadap lelaki itu buat kali kedua.

" Baik Puan. Saya mintak maaf lagi sekali. " Menunduk saja kepala Encik Khaidar. Dia mengakui kesilapan yang berlaku berpunca dari kelalaiannya.

" Calm down, Aika. You janganlah stress sangat. " tegur Rizwan. Dari tadi dia perhatikan saja mood Faiqa yang berubah - ubah. Kalau dalam kereta tadi riak Faiqa cemas dan gelisah. Sekarang ni riaknya berubah serius dan tegang. Rizwan sendiri pening kepala. Faiqa yang dikenali bukanlah begini orangnya.

Nafas ditarik dalam-dalam. Rizwan yang berada di tepinya dikerling. Nasib saja Rizwan sudi menghantarnya ke sini. Padahal bukan Faiqa tak tahu Rizwan ada urusan lain. Petang ini saja lelaki itu perlu balik ke Johor Bahru. Ada urusan keluarga di sana. Sudah pastinya kesudian Rizwan ini perlu Faiqa dihargai. Bukan dengan menayangkan muka tegang begini.

" Achually what happened? macam mana binaan konkrit tu boleh runtuh? " kali ini Rizwan pula yang bertanya. Faiqa hanya diam. Memberi ruang kepada Rizwan untuk menyoal Encik Khaidar. Lagipun perutnya tiba-tiba memulas. Barangkali minta di isi setelah seharian di biarkan kosong.

Encik Khaidar pandang Rizwan, matanya beralih pula pada Faiqa yang berada tidak jauh dari mereka. Satu persatu kejadian tadi diceritakan semula pada Rizwan. Mengangguk saja kepala lelaki itu meskipun dia sendiri tidak pernah terlibat dengan projek yang diuruskan.

" I nak ke bawah sekejap. Anything you inform I. " tanpa tunggu jawapan balas dari Encik Khaidar, laju kaki Faiqa melangkah meninggalkan kawasan itu. Perutnya perlu di isi sekarang. Kalau lambat risau perutnya masuk angin pula.

" Makan tu sopan la sikit. Tengok ni. Mulut pun comot. Macam budak-budak. " bebel Rizwan. Spontan tepi mulut Faiqa di sapu. Faiqa cuba mengelak tapi Rizwan terlebih dahulu memegang tepi kepalanya. Tersengih saja lelaki itu memandang.

Faiqa diam. Faiqa mula rasa tak selesa. Aksi yang ditunjukkan Rizwan tadi buat kunyahannya jadi pelahan.

" Laa.. kenapa berhenti? makanlah. Takkan sapu tepi mulut you pun tak boleh? lagipun I sapu guna tisu kan. "

Rizwan angkat kening. Keliru dengan mimik muka yang dipamerkan Faiqa sekarang. Selama ni okey je. Kenapa hari ni nak marah pulak.

" Memang lah tak boleh. Haram! You dah lupa ke yang I ni kan isteri orang. " tegur Faiqa cuba mengingatkan.

Rizwan sengih. Minuman di hadapannya lantas di minum. Faiqa perhati saja lagak Rizwan. Muka bersahaja lelaki itu dipandang geram.

" I belum nyanyuk lagi la. I tahu you isteri orang sekarang. "

Faiqa tersenyum senang. Bagus lah kalau Rizwan masih ingat status dirinya. Mereka memang sepupu tapi dia juga isteri orang. Faiqa tak nak Rizwan melebihi batas yang sepatutnya. Hati Adam perlu di jaga. Dan Faiqa yakin mana-mana suami pasti akan cemburu jika melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain.

Senyuman Faiqa mati tiba-tiba. Dia baru teringatkan tentang larangan Adam padanya tempoh hari. Habislah. Ini kalau Adam tahu dia keluar dengan Rizwan pasti Adam akan mengamuk.

Aduh, macam mana dia boleh lupa.

" Makanlah cepat. Dah settle semuanya nanti I hantar you balik. " ujar Rizwan segera mematikan lamunan Faiqa.

Faiqa angkat kepala. Terjeda bila pandangannya bersatu dengan anak mata Rizwan. Segera dilarikan anak matanya ke arah lain.

Renungan Rizwan buat Faiqa rasa tak selesa. Macam rasa sesuatu. Tapi apa?

Rizwan beristifar dalam hati. Berdehem dia beberapa kali. Cuba membuang perasaan jahat yang wujud dalam hatinya sekarang. Kenapa mesti ada lagi rasa sayangnya pada Faiqa. Behave Rizwan! Haram hukumnya simpan perasaan pada isteri orang.

" It's okay. you just drop I kat bengkel je. Maybe kereta I dah siap." pinta Faiqa sekaligus menolak pelawa Rizwan untuk menghantarnya pulang. Cukuplah kesudian Rizwan menghantarnya datang ke sini.

" Kali ni rosak apa pulak Honda Jazz kesayangan you tu? "

Faiqa sengih.

" Tempature naik. Entah apa yang rosak pun I tak tahu. " Faiqa bab kereta memang buta sikit. Langsung tak tahu bab teknikal. Apa yang dia tahu start enjin tekan minyak. Cukup masa, servis. Bila rosak macam ni mula lah pening kepala. Pening nak cari driver.

" Nak mintak beli kereta baru lah tu. " Rizwan ketawa. Perempuan dengan kereta memang bukan jodoh yang sesuai. Tak pernah sehati walaupun seiring bergerak.

" Tunggulah I kaya dulu. Sekarang duit tak cukup lagi. " Seloroh Faiqa. Bukan dia tak mampu tapi kereta tu banyak jasanya. Sayang nak jual.

Rizwan tertawa halus.

" So sure ke ni kereta you boleh siap hari ni? "

Faiqa mengangguk walaupun dia sendiri kurang pasti.

Rizwan angguk. Jika dah itu kata Faiqa tak perlu lagi dia memaksa. Mungkin Faiqa ada alasannya sendiri.

Jeda.

Rizwan diam. Tumpuannya pada manusia yang berada di dalam cafe hospital itu. Faiqa juga turut diam. Tapi diam Faiqa tak sama macam Rizwan. Diam Faiqa ada makna. Ada sesuatu menganggu fikirannya.

" Can i ask you something? "

" Yes. "

" Do you know plan Nek Cha about us? " Faiqa menyoal serius. Dari soalan ini terus berlegar di fikiran lebih baik dia bertanya. Kebetulan hanya mereka berdua saja di sini.

" Jodohkan kita berdua? " terus saja Rizwan ke main point. Tak ada corner-corner. Dia senyum mengenangkan perancangan Nek Cha pada mereka berdua. Namun perancangan itu musnah bila Faiqa berkahwin dengan lelaki lain. Padahal dia seikhlasnya membuka pintu hati untuk menerima Faiqa jika ditakdirkan mereka berdua di jodohkan.

Faiqa angguk mengiakan. Sesekali matanya dilarikan bagi menghilangkan rasa gugup yang ada . Itulah, tadi beria sangat nak tahu. Sekarang rasa tebal pulak kulit muka. Haish, nak pandang muka Rizwan pun terasa malu.

" Don't worry. Just forgot it. Plan orang tua tak perlu nak difikirkan sangat. " acuh tak acuh Rizwan membalas. Sekaligus memujuk hati Faiqa yang sedari tadi nampak tak keruan.

Faiqa diam. Lama. Sehinggalah hatinya kembali tenang baru dia bersuara kembali.

" Kalau you dah cakap macam tu okey lah. Lega I dengar. Jujurnya I pun tak setuju dengan plan Nek Cha. Tak mungkin sepupu macam kita boleh jadi pasangan suami isteri. Macam kelakar pulak. "

Faiqa tersengih. Tanpa segan silu dia meluahkan apa yang bersarang dalam fikirannya. Reaksi positif Rizwan buat dia rasa lega. Sekurang-kurangnya perasaan Rizwan sama seperti dia. Menolak aturan jodoh dari keluarga masing-masing. Sepupu tetap akan jadi sepupu. Tak boleh di ubah jadi suami isteri. Zaman jodoh menjodoh sudah lama berlalu. Tak sama apa yang jadi antara dia dengan Adam.

Rizwan diam seketika.

Jadi itu tanggapan Faiqa selama ni? Ah, berbeza sangat dengan apa yang ada dalam hatinya.

" Okeylah. Jom. I dah settle makan dah. "

Faiqa bangun. Rizwan juga turut bangun. Selesai saja membuat bayaran mereka jalan seiring. Sempat lagi Faiqa belek telefonnya. Sekali lagi Faiqa mengeluh. Adam ni pergi mana sebenarnya?

" tapi sebelum balik I nak jumpa Encik Khaidar sekejap. "

Rizwan senyum. Kepalanya di angguk tanda mengerti.

.
. .

Laju saja Faiqa menapak keluar dari kereta Mitsubishi Xpender milik Rizwan. Resah hatinya bila melihat kereta Adam sudah ada di bawah garaj.

Salam diberikan. Perlahan saja bunyinya. Dengan penuh berhati-hati Faiqa menapak masuk ke dalam rumah.

Baru saja beberapa langkah dia menapak, namanya sudah di seru. Langkah Faiqa mati serta merta.

Dari jauh Faiqa sudah nampak susuk tubuh Adam di satu sudut ruang tamu rumah mereka. Riak Adam nampak tegang. Secarik senyuman langsung tak ada di wajahnya.

" Lambat balik? Pergi ke mana? "

Glup.

Pertanyaan Adam buat Faiqa meneguk pahit liur sendiri. Hujung bibir diketap. Muka Adam di kerling sebelum dia kembali menunduk.

Pandangan tajam Adam buat Faiqa jadi tak keruan. Pertama kali dia melihat wajah Adam setegang ini.

" Emm, tadi Aika ada mesej. Abang tak baca mesej Aika ke? " lembut saja Faiqa bertanya. Senyuman nipis diberikan demi menyembunyikan rasa gementar yang kian menakluki ruang dada.

" I'm asking you, Faiqa! You pergi ke mana? sampai tak reti nak balik awal ke rumah. " Semakin tegang nada suara Adam menyoal.

Tindakan Faiqa yang seperti acuh tak acuh menjawab pertanyaannya buat hati Adam jadi panas. Tercabar egonya bila Faiqa berlagak seperti tak ada apa-apa berlaku. Anak matanya menikam tepat muka Faiqa yang nampak semakin tak keruan.

" Jawablah! you pergi ke mana?! " marah Adam.

Faiqa terkesima.

Muka Adam di pandang dengan rasa tak percaya.

" Err ... Aika... "

Renungan tajam Adam buat Faiqa hilang kata-kata.

" tadi Aika ...

" I told you so many time Faiqa. Jangan keluar dengan Rizwan! I tak suka! Why you so stubborn hah? susah sangat ke you nak dengar cakap I? " suara Adam mula memekik nyaring. Kini tubuhnya sudah berdiri tepat di hadapan Faiqa.

Setiap deruan nafas Adam terasa kuat menampar pipi Faiqa yang mula berubah pucat.

Faiqa menahan rasa. Seumur hidupnya ini pertama kali dia ditengking seperti ini.

" Bukan macam tu. Aika keluar dengan Rizwan sebab dia tolong... "

" Tolong apa? tolong ambik kesempatan pada isteri orang? sampai malam macam ni baru reti nak balik! " bidas Adam tanpa sempat Faiqa menjelaskan semuanya.

" Tak. Tak. Bukan macam tu. Abang dah salah faham. " Faiqa masih cuba membela diri. Tangan Adam cuba di raih namun cepat saja Adam menyembunyikannya di belakang badan.

Faiqa terngadah.

" Salah faham? you nak cakap I pulak yang salah faham? Habis tu you nak I ikutkan aje perangai tak senonoh you? macam tu? Eh, dah berkali-kali la I larang you, jangan keluar dengan Rizwan tapi you keluar jugak dengan dia! Ingat sikit Faiqa, you tu isteri orang. Isteri yang baik adalah isteri yang patuh dan dengar cakap suami bukannya yang ingkar arahan suami. Lainlah kalau you memang bercita-cita nak jadi isteri derhaka! " selar Adam. Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa amarah yang kian memuncak.

" Abang! "

" Seriously you make me dissapointed. " Adam berlalu. Lagi lama dia berada di situ lagi bertambah sakit hatinya.

Faiqa pandang tubuh Adam yang sudah berada di anak tangga. Mudahnya perkataan derhaka tu keluar dari mulut seorang suami.

Adam dah lupa ke aku ini isterinya? Kenapa mesti dia jatuhkan hukum tanpa bagi peluang untuk aku jelaskan semuanya?

Kadang-kadang apa yang abang nampak tak sama dengan apa yang kita fikir.

Faiqa duduk atas sofa. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Bersendirian dia di situ. Hatinya tiba-tiba jadi sebak. Air mata yang sejak tadi bertakung, pelahan-pelahan turun ke pipi. Teresak-esak dia menangis.

Kenapa Adam kejam sangat malam ni.

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience