Bab 47

Romance Completed 57501

Faiqa mengeluh.

Diletakkan semula fail hitam itu di atas meja. Sudah sejam dia kembali semula ke ofis selepas bertemu ayahnya tadi. Namun sehingga kini satu kerja pun dia tak boleh nak buat. Dia hilang fokus. Dia hilang tumpuan. Kejadian tadi benar-benar menganggu fikirannya.

Siapa perempuan tadi? kenapa mereka berdua nampak mesra sangat. Ada sesuatu yang dia tak tahu ke?

Jangan - jangan ...

Ah, lebih baik dia balik, duduk kat sini pun satu kerja pun dia tak boleh nak buat.

" Eh, you nak pergi ke mana ni? you ada meeting kat luar ke? " soal Rizwan pelik. Tadi baru saja dia meninggalkan Faiqa di bilik Datuk Heykal selepas mereka berbincang mengenai projek resort dan sekarang Faiqa sudah ada di lobi bangunan. Nampak macam tergesa-gesa. Nak ke mana pulak.

" I'm little bit dizzy. I nak balik. Nak rehat dekat rumah. " pelahan saja Faiqa membalas. Nak bercakap dengan Rizwan pun dia rasa tak ada mood.

" hah you tak sihat ke? nak I hantar pergi klinik? " tanya Rizwan risau. Muka Faiqa jelas nampak letih dan tak bermaya.

Faiqa menggeleng. Dia tahu Rizwan risau tapi dia betul-betul nak bersendirian sekarang.

" No need. I just want to rest. See you later. " belum pun sempat Rizwan membalas, Faiqa sudah berlalu meninggalkan Rizwan yang sudah terkulat-kulat disitu.

Macam ada sesuatu je. Namun di biarkan saja soalan itu bermain di hati.

.
. .

Sementara menunggu solat Maghrib, Faiqa berehat dulu atas katilnya. Tadi dia terus pulang ke sini, ke rumah orang tuanya.

Hati Faiqa jadi sakit semula saat teringat tubuh suaminya berdiri rapat di sebelah gadis bertudung yang tak dikenali identitinya.

Adam!

Patut lah kau nampak lain sangat sekarang. Semua yang aku buat serba tak kena depan mata dia. Rizwan sepupu aku yang tak bersalah tu pun kau tak bagi aku rapat. Rupanya kau cuba nak tutup salah diri sendiri. Kau ada perempuan lain kan Adam?

Sabar Faiqa! kau jangan cepat sangat menuduh. Mungkin ada yang kau tak tahu pasal mereka. Kau kena dengar dulu penjelasan Adam. Mungkin mereka sekadar kawan. Tak adil untuk kau terus menjatuhkan hukum macam ni.

Bisikan itu membuatkan Faiqa senyum mengejek. Laju kepalanya digeleng. Menidakkan kata hatinya sendiri. Kalau dah mesra macam tadi takkan hanya kawan. Beg kertas yang banyak-banyak kat tangan Adam tadi tu, mesti perempuan tu punya kan? wah, bukan main sakan bershopping. Mengepau duit laki aku ke apa?

Ah, semak kepala. Menyesal aku bukak hati aku untuk kau. Malam ni kau tidurlah sorang-sorang kat sana. Aku nak tidur sini. Gumam Faiqa masih sakit hati.

.
. .

" Assalamualaikum... "

" Waalaikumussalam. " balas pemilik rumah banglo mewah itu.

Adam yang baru sampai segera menghampiri kedua mertuanya. Di sisi Datin Faridah ada Datuk Heykal yang sedang bersantai sambil menonton tv.

" Aika ada tak? " tak tunggu lama Adam terus bertanyakan soalan itu. Naik pusing kepalanya mencari di mana isterinya malam-malam begini.

Datin Faridah sudah berkerut dahi. Jika tadi Faiqa. Sekarang Adam pulak. Eh, main kejar-kejar ke apa budak berdua ni?

Datuk Heykal sekadar melebar senyum. Sikit sebanyak dia sudah dapat jawapan kenapa Faiqa banyak termenung dan hilang tumpuan semasa meeting tadi. Jadi ini lah puncanya. Datuk Heykal renung muka Adam yang gelisah. Betul-betul macam orang hilang bini lagaknya.

" Aika ada je dalam bilik tu. Adam tak dapat mesej dari dia ke? Tadi dia bagitahu mama dia dah minta izin Adam untuk bermalam dekat sini. " Dahi Adam yang berpeluh-peluh di pandang pelik. Macam kena kejar hantu je.

Adam berfikir seketika. Nafas di tarik dalam-dalam. Dia sendiri pun tak tahu apa yang telah diberitahu Faiqa pada kedua mertuanya. Tapi dia percaya andai dia tersalah cakap pasti masalah akan jadi lebih rumit.

" Err... telefon Adam habis bateri. Tak sempat nak reply mesej Aika. Itu yang Adam datang ke sini, risau pulak Aika balik ke sini sorang-sorang " hentam saja lah. Habis kerah dah otak ni cari idea. Takkan nak terus terang bagitahu kami bergaduh pulak. Nak bagitahu bini aku merajuk lari sampai ke sini? Kang tak pasal ada yang kena high attack.

Datin Faridah mengangguk faham. Barangkali menerima alasan Adam tanpa sebarang syak wasangka. Sedangkan Datuk Heykal hanya pamer riak bersahaja. Orang lelaki ni nampak je tenang tapi dalam hati siapa tahu kan. Macam Adam muka maskulin habis tapi bila bini tak ada kat rumah, tak cukup tanah dia mencari.

" Ayah bukannya nak masuk campur. Tapi ayah tahu kamu berdua sedang ada masalah. Nasihat ayah, banyakkan la bersabar. Tak rugi pun kalau Adam sebagai suami beralah dengan isteri sendiri. Ayah akui Aika memang kuat merajuk tapi kalau pandai pujuk hatinya cepat lembut. " kali ni Datuk Heykal pula yang bersuara. Matanya galak merenung Adam yang sedari tadi berdiri tegak di hadapannya. Dia orang lama. Dia pernah muda dan dia kenal muka orang bermasalah macam mana. Dia yakin pasti Adam dan Faiqa sedang melalui fasa kematangan dalam rumahtangga mereka. Jadi tak salah dia sebagai orang tua menasihati asal tak lebih dari sempadan yang sepatutnya.

Adam menelur liur. Terasa kesat dan berpasir. Telahan ayah tepat mengenai sasaran. Tak mampu lagi untuk dia terus berbohong. Nak tak nak kepala diangguk sebagai jawapan.

" Insyallah ayah. Adam minta izin ke bilik Aika dulu. " tak betah untuk Adam berlama-lama di situ. Lebih baik dia angkat kaki. Mata mama menyeramkan. Suara ayah menakutkan. Ah, salah aku ke? tak! ini semua salah faham.

" Abang, apa dah jadi? Adam dengan Aika tu bergaduh ke? " laju Datin Faridah menyoal sebaik kelibat Adam yang sudah menghilang.

Datuk Heykal kerling sekilas isterinya. Dia tersenyum lebar. Isterinya dah lupa ke zaman muda mereka? bukankah mereka juga begitu. Gaduh-gaduh manja la katakan.

" Biasalah tu Ida. Orang baru nak mula kenal hati budi masing-masing macam itu lah. Macam kita dulu-dulu. Awak kalau tak merajuk satu hari tak sah kan? " tersengih Datuk Heykal bila berjaya membuatkan isterinya muncung sedepa.

Datin Faridah cubit manja lengan suaminya. Orang serius, dia melawak pulak.

" Saya merajuk pun sebab Abang. Suka bergurau tak kena tempat. " balas Datin Faridah geram. Dalam hati mengucap syukur perkahwinan yang dibina atas pilihan keluarga mampu kekal sehingga kini.

" Gurau-gurau manja lah sayang. " Laju tangan Datin Faridah dicium. Melebar terus senyuman sang isteri. Perempuan memang selalu kalah dengan ciuman. Fakta ke auta?

.
.

Adam menghela nafas lega. Selesai saja sesi soal jawab di bawah tadi, laju kakinya menapak naik ke bilik. Bukan main risau Adam tadi bila mendapati Faiqa tiada di rumah mereka. Mahu atau tak terpaksa juga Adam tebalkan muka untuk menapak ke rumah ini. Semuanya gara-gara Faiqa enggan menjawab panggilan telefon dan mesejnya.

Marah sangat ke Faiqa pada aku? sampai lari tak nak balik ke rumah.

Kriukkkk

Faiqa menoleh. Terkejut dia melihat kemunculan Adam di situ. Sampai ke sini Adam cari dia? Wah, Adam datang ni nak memujuk dia ke? Faiqa sudah teruja bila mengingatkan itu.

Faiqa remember what he's doing for you! Jangan mudah sangat nak maafkan dia.

" Sayang... "

Adam menapak pelahan menghampiri Faiqa. Dia duduk di tepi katil sebelah Faiqa. Si isteri yang sedang ralit membaca majalah dipandang penuh perasaan. Muka tenang je. Marah ke tak ni?

" Kenapa balik ke sini tak bagitahu abang? abang cuba call tapi sayang tak angkat. Mesej abang pun sayang tak reply. Sayang buat abang risau. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku kat sayang. "

Wah, bukan main manis ayat kau kan. Suka hati aku lah nak balik ke sini ke tak. Ini rumah family aku. Yang kau tu dah habis melayan scandal kau bershopping ke?

" Sayang, abang tanya ni. Kenapa diam? "

Adam ambil majalah di tangan Faiqa. Namun sesaat kemudian majalah itu ditarik semula oleh isterinya. Sah! muka bersahaja tu tengah marahkan aku. Buktinya isi dalam majalah tu lagi menarik dari muka aku yang kacak bergaya ni.

" Sayangggg... "

Faiqa mendengus. Sakit telinganya mendengar panggilan sayang dari Adam yang langsung tak menunjukkan rasa bersalahnya. Bila dah kantoi, reti pulak dia nak berabang bersayang dengan aku. Kalau tak harammm...

" Telefon habis bateri. Nak cas cable tetinggal kat ofis. " senada Faiqa menjawab tanpa memandang muka Adam. Dia bergerak sedikit ke tengah katil. Pandangan tajam Adam buat Faiqa rasa nak duduk jauh dari Adam.

Adam diam memerhati. Terasa hati bila Faiqa seperti sengaja menjarakkan kedudukan mereka. Sudah lah seminggu Faiqa menjauhkan diri darinya dan hari ni dia terpaksa berdepan lagi dengan kedinginan Faiqa yang entah bila nak pulih.

Cop! kau cakap apa ni Adam. Kau sendiri yang cari masalah. Keluar dengan perempuan sampai terkantoi dengan isteri sendiri.

" Abang tahu sayang marahkan abang. Tapi abang boleh jelaskan semuanya. Pasal tadi tu ... "

" It's okay. Not a big deal. I tak kisah pun. " pintas Faiqa sebelum Adam habiskan katanya. Buat apa dia nak marah kalau betul Adam dah suka dia terima je. Perkahwinan mereka pun hanya atas kertas saja.

Adam garu pelipis. Biar betul Faiqa tak kisah atau Faiqa hanya berpura-pura tak kisah.

" Let's me explain. Antara abang dengan Syira kita orang memang tak ada apa-apa hubungan istimewa. Syira tu kawan satu tempat kerja dengan Kak Ainaa. Kebetulan tadi lepas habis seminar abang terserempak dengan dia, itu yang dia ajak abang teman dia keluar. " jelas Adam. Besar harapannya agar Faiqa percaya apa yang diceritakan.

Faiqa senyum mengejek. Kawan kakak kau? hermm... sesuai sangat lah tu.

Silakan! Pilih lah siapa pun yang kau nak. Mungkin salah aku jugak sebab tak bagi apa yang kau nak kan? sekarang dah jelas kau berubah sebab kau dah tak mampu nak tunggu cinta aku lagi.

" Oh kawan Kak Ainaa. Ermm... patutlah dia tak suka I jadi isteri you. Rupa-rupanya dia nak kenenkan you dengan kawan dia. Hebat! " entah apa yang merasuk Faiqa ketika itu, lancar dia mengeluarkan kata sinis itu. Senyuman mengejek dilemparkan pada wajah suaminya.

Sakit hati? sudah tentu lah Faiqa sakit hati, yang sedang curang itu suaminya takkan dia nak gelak sakan pulak tapi dia sedar di mana Adam dalam hatinya. Jadi tak berbaloi untuk dia marah lebih-lebih.

Faiqa ketap bibirnya. Kalau dulu dia tercari sebab mengapa Ainaa begitu benci padanya sekarang tak perlu lagi kerana dia dapat jawapan itu. Perempuan tadi memang layak jadi pilihan Ainaa. Ada semua ciri-ciri seorang muslimah.

Berdesing telinga Adam mendengar kata sindiran itu. Muka putihnya sudah bertukar warna merah.

" You cakap apa ni? Kalau I nak kat Syira tu buat apa I kahwin dengan you. You jangan nak serabutkan kepala I boleh tak?!" marah Adam tiba-tiba. Turun naik nafasnya menahan marah. Dia tak suka Faiqa cakap begitu. Kalau Syira adalah pilihan Ainaa tak bermaksud pilihan mereka adalah sama. Apa susah sangat ke Faiqa nak faham isi hatinya?

" Serabut apanya? you sendiri yang cari masalah. Jangan nak salahkan orang lain pulak. " tempelek Faiqa. Majalah ditangan dihempas kuat atas tilam. Laju dia turun dari katil. Malas nak layan mood angin monsun Adam. Kan elok kalau Adam tak datang sini. Hati dia pun tak sakit.

Adam perhatikan saja tubuh Faiqa yang hilang di sebalik pintu bilik air. Hati Adam mendongkol geram.

Ini ke yang dinamakan asam garam dalam rumahtangga. Asal jumpa je nak bertekak. Asal bercakap je nak bergaduh.

Adam baringkan tubuhnya di atas tilam. Ligat otaknya memikirkan apa yang patut dia lakukan pada hubungan mereka. Tepi kirinya dipandang. Majalah yang barusan dibaca Faiqa tadi di ambil. Nak jugak tahu apa yang menarik sangat dengan majalah ni sehinggakan Faiqa yang tak pernah-pernah baca majalah tu boleh jadi minat membaca.

Oh, majalah keluarga.

Sah, dia rembat majalah mak mertua aku.

' Hubungan intim eratkan lagi hubungan suami isteri '

Tulisan pada cover majalah itu di baca. Adam pandang pula pada pintu bilik air. Lebar terus senyuman di bibir Adam.

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience