Bab 14

Romance Completed 57583

“ Betul kau tak nak aku jemput? “

Aliah bertanya lagi. Sempat juga dia menjeling Faiqa di sebelah. Kedengaran ada suara halus di celahan bibir itu. Berkerut dahinya. Baca mantera ke apa budak ni?

Soalan Aliah dibiarkan sepi. Posisi tubuhnya masih seperti tadi, kaku macam patung cendana. Hanya mulutnya saja yang bergerak gerak dengan bisikan halus yang tak mampu di dengari sesiapa. Dari tadi dia sibuk menghafal dialog yang bakal di luahkan pada Adam sekejap lagi. Setiap ayat dipasak kemas dalam kotak ingatan.

" Hoi, kau dengar tak ni? " jerkah Aliah geram. Satu cubitan halus sudah hinggap di lengan kanan Faiqa. Haa, kan dah kena.

Faiqa mendengus. Segera wajahnya berpaling menghadap Aliah. Keningnya diangkat.

" Nak apa? "

" Kusyuk betul kau dari tadi. Tengah berzikir ke? " seloroh Aliah. Sakit pulak hati dia dengan perangai Faiqa yang diam membatu. Dari tadi tak toleh kiri kanan. Orang tanya pun buat bodoh je.

" Banyaklah kau punya zikir. Ini semua sebab idea gila kau tu tahu tak." bentak Faiqa.

Aliah senyum senget.

Amboii, bukan main marah aku yer. Semalam bukan main pujuk rayu suruh hantar ke sini. Bila dah mengelabah, dia pulak yang kena.

Faiqa jeling Aliah, dia tahu Aliah tak ambik hati. Mereka berkawan dah lama. Dah faham sangat dengan mulut masing masing yang takda insuran.

Ni kalau bukan sebab Rafiq, sumpah dia takkan buat kerja memalukan diri sendiri macam ni. Melamar Adam jadi kekasih gelap. Haish...

“ Nanti aku balik dengan Adam. Kalau ada apa-apa aku call kau yer. Ingat, telefon jangan silent " Sempat lagi Faiqa memberi ingatan. Inilah bahana kalau pandai bawak kereta tapi tak pandai servis. Tak pasal pasal kereta tersadai dekat bengkel.

Aliah sekadar mengangkat ibu jari kirinya, menghantar isyarat OK. Dalam hati dah tersenyum senang bila ideanya di terima pakai oleh Faiqa.

Kereta yang dipandu Aliah mula menyusuri masuk ke kawasan KLCC. Sebaik saja kereta itu berhenti di pintu masuk. Menonong saja Faiqa keluar dari kereta. Aliah tidak ikut serta dalam pertemuan itu walaupun berkali kali Faiqa mengajaknya. Tapi elok jugak, kalau Adam reject nanti takda la dia malu sangat.

Faiqa terus melangkah masuk ke dalam. Jam di tangan di kerling sekilas. Masih awal lagi. Sempat lagi shopping sehelai dua baju. Dia tersenyum sendiri.

Inilah hebatnya orang perempuan kalau tadi resah gelisah. Sekarang nampak mall hilang terus tujuan asal. Nafsu bershopping lebih menguasai diri. Hahaha

Woww.. sale 50%. Kepingan kertas merah yang tergantung pada pintu kaca sebuah butik pakaian wanita menarik perhatian Faiqa.

Galak matanya melihat koleksi baju yang ada. Sehelai blouse berwarna maroon di ambil. Di belek baju itu depan belakang. Ermm.. not bad. Menepati citarasa. Dia menghampiri pula ke arah cermin yg tersedia di situ. Nak tengok depan cermin ok atau tidak.

Tapi bayangan seseorang di dalam cermin itu buat Faiqa jadi panik. Hilang segala rasa ceria yang bertamu. Tak sangka sampai ke sini Rafiq mengekorinya.

“ Aika, wait! "

Suara itu terus memanggilnya dari arah belakang. Sikit pun Faiqa tak menoleh. Langkahnya dipacu laju. Entah apa lagi yang Rafiq mahukan.

“ Kita belum settle lagi Aika. “ rayunya.

Kedengaran suara itu juga sangat dekat di cuping telinga. Belum pun sempat dia menoleh, tangannya direntak kasar dari arah belakang. Hampir saja dia tersungkur jatuh. Sudahlah dia berkasut bertumit tinggi.

Anak matanya mencerlung memandang Rafiq. Rasa nak tumbuk je muka mamat pysco ni. Sejenis manusia tak reti bahasa agaknya.

“ is all over and please.. don’t disturb me ” marah Faiqa geram. Tangannya di rentak kuat. Terlepas. Kakinya di bawa menuju ke Bumbu Desa tempat dia berjanji untuk berjumpa dengan Adam.

Saat dia sudah menghampiri restoren itu, sekali lagi Faiqa menoleh ke arah belakang. Ternyata Rafiq masih lagi mengekorinya. Kerana terlalu panik langkah deras Faiqa menyebabkan tubuhnya hilang imbangan. Nasib baik ada yang sempat membantunya.

Rafiq datang menghampiri. Wajahnya tiba-tiba bertukar bengis.

" Who is he? "

Serius dia bertanya. Matanya sudah jatuh pada lelaki yang sedang memeluk erat pinggang Faiqa. Hatinya membahang. Membuak dengan rasa marah.

" None of your business! " sela Faiqa. Mukanya diangkat memandang Adam yang beriak tenang. Selamba je kau peluk aku kan? ish, ni kalau Haqiem nampak ni masak aku nak menjawab.

“ Jadi betul la tekaan I selama ni, you memang ada lelaki lain rupanya. Sebab tu you beriya sangat nak putuskan hubungan kita kan? “ tuduhnya sinis. Bergerak rahangnya menahan amarah. Segala bukti sudah ada di depan mata. Apa lagi alasan yang mahu Faiqa berikan.

Faiqa menggeleng. Apa Rafiq ingat cinta dia ni murah sangat ke? senang bertukar ganti. Macam ganti baju. Hari ni baju lain. Esok baju lain pulak.

Rafiq mendengus kuat. Geram bila Faiqa masih cuba menafikan. Penumbuk digenggam erat. Lantas rambutnya dikuak kasar. Saat ini dia merasakan dirinya diperbodohkan hidup-hidup oleh Faiqa.

Adam masih beriak tenang. Dia hanya memerhati drama sebabak yang terhidang depan mata. Dia sendiri tak sangka akan bertemu Faiqa dalam keadaan begini, sangkanya tadi dia sudah terlewat.

“ .. nampak aje muka baik tapi belakang I bukan main you kan.. Scandal sana sini. Macam perempuan murahan! " bidasnya masih tak puas hati. Anak matanya tajam menikam wajah Faiqa yang menikus. Dah kantoi baru nak takut.

“ Bro… “

Belum sempat Adam pertahankan diri, Rafiq sudah menyampuk.

“ Betina ni kepunyaan aku! Apasal kau rampas dia dari aku hah? “ jerkah Rafiq kuat. Jari telunjuk sudah naik tepat ke muka Adam. Hilang sudah rasa malu pada orang sekeliling yang mula memandang pelik ke arah mereka.

“ What you talking about? now between us is nothing special right? so if you want to know yes this guy now my new boyfriend. I love him. Puas hati you sekarang? " hilang sudah sabar Faiqa bila dimalukan Rafiq begitu. Apa dia ingat mall ni bapak dia yang punya ke? jerkah orang sesuka hati, panggil aku perempuan murah. To much!

Mencerlung mata Rafiq. Kepalanya digeleng beberapa kali. Bukan itu yang dia nak dengar. Dia masih mengharapkan cinta Faiqa menjadi miliknya tapi sekarang ?? argghhhhhhh….

Adam menoleh ke sisi. Wajah Faiqa di kerling. Dia tak salah dengar kan?

“ Tak! You tipu. You sengaja nak sakitkan hati I. Betul tak? “ Rafiq masih mencuba. Tak semudah tu dia nak percaya cakap Faiqa.

“ it’s up to you. I dah bagitahu kebenarannya. Kalau you still tak percaya, I tak boleh buat apa. “ ujar Faiqa lantas meraih jemari Adam.

Aik, doktor sebelah ni demam ke? sejuk semacam je jari dia ni.

" Faiqa, you... "

" Abang, jom. Aika laparlah. “ rengek Faiqa manja. Tanpa mempedulikan Rafiq dia terus saja menarik tubuh Adam dari situ. Membiarkan Rafiq yang masih terkulat menahan geram.

.
. .

Pandangan mata Adam melemaskannya. Dari tadi bibir itu tak berhenti senyum. Faiqa hanya membiarkan. Dia tak ada mood nak bersuara. Apa yang berlaku tak seperti yang di rancang. Habis punah harapannya. Plan asal hanya nak Adam jadi kekasih sementara tapi bila Rafiq muncul boleh pulak dia mengaku sayang pada Adam. Dan sekarang dia tak tahu nak buat apa. Dia tak nak Adam salah faham dan lagi teruk kalau Adam ambil serius pasal hal tadi. Tapi dia sendiri tak tahu nak mulakan dari mana. Hilang semua ayat skrip yang dia karang malam tadi.

Aliah... please help me....

Faiqa kerling Adam di depan. Ni pon satu masalah. Dari tadi asyik menyengih jer. Terlebih minum air gula ke apa? Apa yang dia seronok sangat? Suka ke aku mengaku sayangkan dia? Bukan dia patut marah ke sebab aku dah libatkan dia dalam masalah aku.

“ Betol ke apa yang Aika cakap tadi? “

Kalau boleh dia nak dengar lagi sekali dari mulut Faiqa. Risau jugak kalau dia yang terlebih overthinking. Tapi kalau betol, balik ni dia akan terus buat solat sunat syukur.

Faiqa yang tak tahu hujung pangkal hanya mengangguk. Dia tak dengar pun apa yang Adam tanya. Fikirannya bukan di situ. Otaknya tengah serabut.

Makin lebar senyuman Adam. Umpama bulan jatuh ke riba. Jadi betul la apa yang dia dengar tadi Faiqa sayangkan dia, dia tak bertepuk sebelah tangan.

Alahai... begini rupanya bila diri di sayangi. Rasa nak kahwin sekarang jugak.

Ummi... Adam nak kahwin !

to be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience