Faiqa menguap kecil. Buku Pediatric Occupational Tehrap itu diletakkan kembali ke tempat asal. Memang dia tak sesuai baca buku ilmiah macam ni. Baru baca mukadimah mata dah layu mintak di dodoi.
Faiqa ketap bibir. Jarinya diketuk pelahan pada permukaan meja. Bosannya! Kata sekejap tapi berkurun dah rasanya ni. Kalau aku tahu lama macam ni baik aku duduk kat rumah je. Boleh golek-golek depan tv sambil makan jajan. ah, sudah. apa aku merepek ni.
" Dr. Adam ni air ... "
Faiqa angkat muka. Berkerut dahinya memandang gadis berbaju purple yang baru muncul di balik pintu. Sama seperti Faiqa gadis itu juga turut terkejut dengan kehadiran Faiqa disitu. Faiqa cuba beriak biasa.
" Err...Sorryyy. Ingatkan Dr. Adam ada tadi. Wife Dr. Adam right? " soal gadis itu dengan senyuman. Pelahan dia melangkah sebelum mug berwarna putih hitam itu diletakkan atas meja di hadapan Faiqa.
" yes, i'm Faiqa " balas Faiqa ramah. Faiqa turut membalas senyuman gadis yang bertag nama Diana itu. Mug yang diletakkan tadi dijeling sekilas. Hmm, not bad. Nurse buatkan air untuk doktor? Memang setiap hari ke macam ni?
" Er.. jangan salah faham Puan. Air ni tak bawak maksud apa-apa pun " cepat saja Diana cuba menangkis tangapan negetif yang mula singgah di benak Faiqa.
Faiqa senyum segaris. Lagaknya bersahaja dan tenang.
" Its okay. Kalau you nak jumpa Dr. Adam pun boleh tapi sekejap lagi lah. " ujar Faiqa. Saja nak offer Diana yang jelas ambik berat pasal Adam. Peminat laki aku agaknya.
Laju Diana menggeleng.
" Eh, tak apa. Saya pun nak hantar air je. Saya keluar dulu ya " Pinta Diana tergesa-gesa. Nak jumpa Dr. Adam? Depan bini dia? ish, memang tak lah.
Faiqa mengangguk pelahan. Agaknya kalau aku tak ada kat sini, sah dia tunggu suami aku kan.
Faiqa senyum senget. Mug tadi dicapai. Dari bagi Adam minum air ni lebih baik aku je yang minum. Tekak aku pun haus jugak ni.
Air tadi disisip pelahan. Hmm, tak ada lah sedap sangat. Aku buat lagi sedap dari ni.
" Sorry sayang, i'm late "
Terkejut Faiqa. Cepat saja tangannya menekup mulut sendiri. Nasib baik air yang di minum tak tersembur keluar.
" Ishh, teruk betul lah perangai abang ni. Cuba ketuk dulu pintu tu. Ini tak, main redah je. Tah apa-apa " bebel Faiqa geram. Adam yang sedang tersenyum manis itu dijeling tak puas hati.
" Membebel ea.. Cium nanti baru tahu "
Adam ketawa. Bibir mungil Faiqa ditarik pelahan. Faiqa tarik muka. Sikit-sikit ugut nak cium. Heran lah sangat.
Adam capai mug di depan Faiqa. Tak sempat bibirnya menyentuh mug itu, Faiqa terlebih dulu mengambilnya dari tangan Adam. Muka Faiqa dipandang pelik.
" Nescafe its not good for you abang. Biar Aika je yang tolong habiskan "
Adam disebelah dah kerut dahi. Mug yang sudah kosong itu dipandang. Pelik, sejak bila Faiqa suka minum nescafe?
" Sayang jeles ke apa ni? tak pernah-pernah pun sayang minum nescafe " Adam senyum senget.
" Jeles? ish, mana ada. Buat apa nak jeles. "
" Sebab air ni Diana yang cute tu tolong buatkan. " selamba saja Adam menjawab. Langsung tak jaga hati bini.
Bulat mata Faiqa mendengar. Diana cute? Hamboii, tak beragak eh laki aku ni.
" Habis tu yang depan abang ni tak cute ke? " mata dah tajam merenung Adam. Tahu lah Dr. Adam cukup pakej tapi tak payah lah nak puji perempuan lain depan aku.
Errghh.. malam ni tidur jangan peluk aku!
Meledak ketawa Adam. Sejak bila pulak Faiqa ada simptom kuat cemburu ni.
" yang depan abang ni lebih dari cute. Nak abang senaraikan ke? Cantik, manja, comel, idaman malaya, pujaan ha.... "
" ish, over lah abang ni! Buat malu je kalau orang lain dengar " bidas Faiqa sebelum Adam menyudahkan katanya. Dia bangun dari kerusi. Buntut pun dah naik kematu tunggu Adam dari tadi.
" Kalau macam tu, abang sambung puji kat rumah la pulak. " Adam kenyit mata. Dia senyum nakal ke arah Faiqa yang sudah berdiri tegak di sebelahnya.
" Jangan nak mengedik sangat boleh tak. Sebelum Aika telan Abang hidup-hidup lebih baik Abang bawak Aika pergi makan sekarang " ujar Faiqa geram. Sling bag diambil dan disilangkan pada badannya.
Adam senyum meleret. Pinggang Faiqa diraih sebelum bibirnya mendarat di pipi Faiqa.
" Alololo... sian bini abang ni... Dah, jom kita pergi makan. Abang belanja makan nasi kukus kat Kampung Baru " pujuk Adam lantas memeluk bahu Faiqa.
Ketika melintasi ruang hadapan unit pediatrik banyak mata asing memandang ke arah mereka. Faiqa cuba memaniskan mukanya sehabis baik. Tangan Adam dibiarkan terus erat memegang jemarinya.
" Dr. Adam! "
Adam menoleh. Kaki di bawa melangkah ke arah Kak Mar yang sedang berdiri di kaunter pendaftaran. Faiqa disebelah hanya diam memerhati.
" Ada apa kak? " Tanya Adam sebaik saja dia berdiri di depan Ketua Jururawat itu.
" Ini Akak nak tanya pasal patient nama Ziyyad tu Dr. Adam atau Dr. Firdaus yang handle? "
" saya yang handle tapi isnin baru saya masuk kerja. Untuk sementara Kak Mar boleh rujuk dengan Dr. Firdaus dulu. Semua detail saya dah bagi pada dia " Pesakit nama Ziyyad itu kembali bermain di fikiran Adam. Kasihan Ziyyad, sel kansernya semakin merebak sekarang.
Kak Mar mengangguk faham. Sempat lagi dia kerling Faiqa disebelah Dr. Adam
" Cantik wife Dr. Adam. Sepadan " seloroh Kak Mar selamba.
Adam tersengih. Faiqa dipandangnya. Merah dah muka bini aku. Malu lah tu kena puji? eh, tapi tadi bukan dia mintak orang puji dia ke?
" ishh, tak ada lah kak. saya biasa-biasa je " balas Faiqa dengan muka merah macam udang kena bakar.
Kak Mar senyum. Suka dia tengok pasangan pengantin depannya, mereka nampak sangat sepadan.
" Saya gerak dulu eh kak. Jumpa isnin nanti. "
Ketika Adam dan Faiqa melangkah masuk ke dalam lif secara tak sengaja mereka terserempak dengan Dr. Sarah yang sudah sedia ada di dalam lif tersebut. Adam dan Dr. Sarah sekadar berbalas senyuman.
Dr. Sarah ketap bibirnya. Sakit matanya melihat aksi mesra pasangan pengantin baru didepannya. Tangan kekar Adam yang masih merangkul pinggang Faiqa dipandang.
Please hati...
please move on....
.
.
.
" Abanggg... lambat lagi ke? cepat lah keluar! " teriak Faiqa. Dia duduk bersandar di tepi pintu bilik air. Kakinya di hentak pelahan tanda tak sabar. Rasa lama pulak Adam mandi kali ni.
" jap jap. 5 minit " balas Adam. Buih syampoo yang penuh di kepala di bilas pantas. Entah apa yang di mahukan Faiqa, dia nak mandi pun tak senang. Kalau jerit je okay lah jugak, ini siap pakej ketuk pintu bagai. Mahu roboh pintu ni kalau di biarkan.
Pintu bilik air dibuka.
" Aaa.... "
Jeda seketika.
Faiqa pandang susuk tubuh Adam yang tegak berdiri. Wow seksinya. Naik siksa mata aku nak memandang.
" ada apa? rindu sangat ke kat abang? " Adam senyum nakal. Dia biarkan saja mata Faiqa meliar meneroka setiap inci tubuhnya. First time dia pakai tuala macam ni. Maklumlah duduk rumah sendiri, apa nak kisah.
" Tak! mana ada rindu. " laju dia menjawab.
" Habis tu kenapa? " Adam gulung senyum.
" err.. kenapa abang pakai macam ni. Baju abang mana? " Faiqa larikan anak matanya. Tak sanggup nak tengok badan ketul-ketul Adam. Macam badang moden dah aku tengok .
Adam ketawa. Alahai sayang... dengan suami sendiri pun nak malu ke? kalau orang lain tengok ni dah lama dia terkam badan abang tau..
" Sayang panggil abang tadi kenapa? "
" ermm.. Aika nak mintak tolong kat dapur " memang Faiqa perlukan pertolongan Adam sekarang. Serius kali ni dia surrender.
Adam yang masih berkain tuala menonong keluar dari bilik. Langkahnya menghala ke dapur yang terletak di tingkat bawah.
" sayang nak abang tolong apa? " soal Adam sebaik mereka berada di ruang dapur.
Faiqa menghantar isyarat jarinya ke arah singki.
" ya allah! apa ni yangggggg.... "
Melopong sudah mulut Adam tatkala melihat apa yang terhidang depan matanya. Dia lantas berpaling ke arah Faiqa yang sudah berubah riak. Cuak.
" sayang tak reti siang ikan ke? kenapa semua ikan ni tak ada kepala? ekor ni kenapa potong sampai habis? " bertalu Adam bertanya. Teruk betol rupa ikan kembung yang di belinya tadi. Nak makan pun tak lalu. Dia tahu Faiqa tak reti masak tapi takkan siang ikan pun tak reti.
" Er.... Itu lah masalahnya. Kepala ikan tu dah penyet. Terlebih tekan kot masa nak belah perut ikan tu tadi. " pelahan saja Faiqa menjawab. Dia rasa nak menangis je sekarang. Malu betul dia nak mengaku yang dia tak pandai siang ikan.
Itu lah bahananya. Dulu bila mama nak ajar, dia menyombong, bagi alasan macam-macam sekarang tebal kulit mukanya nak berdepan dengan suami sendiri.
Adam larikan anak matanya memandang ke arah tong sampah. Spontan tawanya meletus. Keras kejung perutnya. Ngeri pulak dia tengok kepala ikan kembung yang dibuang Faiqa. Ni bukan tahap tekan kuat, ni tahap terlebih dera dah ni. Tersembul keluar, habis mata ikan tu. Adoiii, isteri siapa lah yang ganas sangat ni.
" Sebenarnya... Aika memang tak pandai siang ikan... " Faiqa mengaku salah. Dia buat muka kesian. Ah, mesti Adam kecewa jadikan aku isteri dia kan.
Mati terus senyuman Adam. Terbit pula rasa bersalah sebab ketawakan isteri sendiri. Muka resah isterinya dipandang.
" Kenapa tak bagitahu abang. Kalau tak boleh abang tolong ajarkan. Kalau dah jadi macam ni, memang tak dapat nak buat apa lah dah. Tak kan nak gam cantum pulak kepala ikan ni. " seloroh Adam. Dia senyum paksa. Ikutkan hati nak ketawa dia bila tengok rupa paras ikan dalam singki tu tapi risau pulak kalau Faiqa kecik hati. Kang tak pasal merajuk haru biru nak kena pujuk.
" Habis tu ikan ni macam mana? "
" Buang jelah. Harini kita makan kat luar "
Sekali lagi? ermm... untungnya jadi bini Adam ni. Hari hari makan kat luar. Senang kerja dia.
Lamunan Faiqa terhenti sebaik tubuhnya dicempung Adam. Faiqa yang tak bersedia, segera memaut tengkuk Adam. Menjerit Faiqa minta di lepaskan tapi macam biasa lah Adam mana nak layan, dia buat pekak je. Makin galak lagi ada lah. Di gomol-gomol geram muka Faiqa. Bertambah geram Faiqa bila Adam sesuka hati daratkan bibirnya dibibir mungil Faiqa.
.
.
.
" Gemuklah Aika lepas ni. Asyik makan sedap je. " Faiqa tarik nafas pelahan. Nak tarik nafas pun rasa semput.
Adam di sebelah dah ketawa mendengarnya. Perut Faiqa ditepuk pelahan. Bukan main berselera Faiqa makan tadi. Tak cukup dengan Spagetti Meatball, di oder pulak Chicken Grill.
" Gemuk pun abang tetap sayang. "
" Cliche "
Faiqa mencebik. Bukan boleh percaya sangat cakap orang laki ni.
" Be careful sayang, I see your lips " Selalu sangat Faiqa buat mulut itik macam tu. Nampak comel. Buat Adam rasa nak gomol Faiqa sekarang jugak. Nasib baik tengah drive.
" Berani buatlah. Malam ni abang tidur sorang-sorang. " ugut Faiqa geram. Dah lah dekat rumah tadi Adam buat hal, selamba badak je Adam tanggalkan tuala depan dia. Memang tak malu betol suami aku ni. Eii, tak pasal-pasal aku kena tengok show free.
" Oh, dah berani main ugut sekarang.. takpelah, dah orang tak sudi nak buat macam mana. Tidur atas sofa jelah abang malam nanti " Adam pura pura merajuk. Mukanya beriak sedih. Konon nak tagih simpati si isteri tapi Adam ni dah lupa agaknya selama mereka bersama Faiqa tu mana pernah memujuk. Asyik merajuk adalah.
Faiqa simpan senyum. Muka Adam di pandang.
" Eii... tak malu. Ketua pengawas sekolah boleh merajuk macam ni. "
" Eh, mana ada abang merajuk. " pintas Adam laju.
" Yeke. Kalau macam tu cuba senyum sikit. " Usik Faiqa.
" Tak nak. "
" Nak gurau sikit pun tak boleh. Tapi kalau abang tidur atas sofa Aika kenalah temankan abang kan. Kalau tak nanti Aika takde bantal peluk " Faiqa cubit geram pipi Adam. Rasakan. Mengada sangat
" Tahu takut..." Adam senyum puas. Rasa disayangi lah pulak.
" Abang tolong singgah kat 7e kejap. Aika ada benda nak beli. " Jarinya menunjuk ke arah 7e yang kebetulan terletak di sebelah kiri Faiqa.
Adam mengangguk. Signal kereta diberikan.
" Sayang nak beli apa? "
Faiqa yang baru nak buka pintu kereta menoleh ke sisi. Faiqa sengih.
" Sparepart orang perempuan "
" Alaaa.... takkan dah period dah... abang baru plan nak..... "
Faiqa tekup mulut Adam. Mengomel je kan laki aku ni. Satu yang Faiqa perasan, Adam ni manja dalam diam. Romantik tak kena tempat.
" Nak abang temankan? " tanya Adam sebaik Faiqa alihkan tangan dari mulutnya.
" Tak payah. Abang tunggu je kat sini. Aika pergi kejap je . "
" Okay, take care "
Faiqa capai 2 paket Coklat Cadbury. Lebar saja senyumannya. Tengok paket color pepel ni pun dah buat dia rasa terliur. Gila lah! Baru beberapa hari lepas dia makan tapi rasa macam dah berbulan pulak tak telan coklat ni. Melting sungguh.
Ketika Faiqa nak buat pembayaran di kaunter, tubuhnya dilanggar seseorang. Kuat pulak tu. Terpelanting Coklat Cadbury yang dipegangnya. Faiqa menunduk, dia mengambil semula coklat itu dengan rasa geram. Bahunya yang sakit dipegang. Mana orang tadi? jalan pakai mata ke pakai hidung? dah langgar orang boleh pulak bla macam tu je kan. tak ada adab sungguh.
Tajam matanya melihat gerangan si pemakai jaket kulit hitam yang sedang berdiri tegak depan peti memilih minuman sejuk. Saat melihat sisi tepi lelaki itu, jantung berdengup kencang. Lutut pulak mengigil lemah. Laju kaki di bawa keluar dari situ.
" Cepatnya sayang keluar. Abang baru nak balas mesej ... "
Adam mati kata. Muka isterinya dipandang. Berkerut dahi Adam. Muka Faiqa nampak pucat.
" Sayang, are you okay? kenapa muka sayang nampak pucat sangat ni?" Pipi Faiqa dipegang, sejuk.
" Okay. Aika okay. Dah, Jom balik " Faiqa raih lengan Adam. Kepalanya dilentokkan erat ke lengan Adam. Faiqa takut. Kenapa mesti dia muncul depan aku?
Adam bertambah pelik. Dia mula syak sesuatu. Tapi ....
To be continue....
Share this novel