Bab 59

Romance Completed 57501

Malam itu majlis dimulakan dengan bacaan tahlil sebelum berakhir dengan upacara memotong kek. Semua sanak saudara meriah berkumpul di halaman rumah Nek Cha yang jarang-jarang sekali di banjiri ahli keluarga seperti ini. Sangat meriah biarpun hanya majlis sambutan hari lahir.

Faiqa lemas.

Soalan demi soalan yang di tanya membuatkan Faiqa mula rasa tertekan. Semua bertanyakan keberadaan Adam di mana. Tak tahu Faiqa nak pusingkan cerita macam mana lagi melainkan memberitahu suaminya oncall malam itu menyebabkan dia hanya datang dengan ahli keluarganya yang lain.

Minuman di ambil. Faiqa bergerak ke satu kerusi kosong yang terletak agak jauh dari pandangan ahli keluarga yang lain.

Dia perlukan ketenangan. Dan bersendirian itu adalah jalan terbaik untuk dia tika ini.

Di satu sudut yang berbeza, hanya beberapa meter dari Faiqa, anak mata Rizwan sedari tadi tak lepas dari memerhatikan gadis itu. Wajah sugul Faiqa benar-benar melahirkan belas dihatinya. Sungguh, Rizwan sendiri masih terkejut dengan apa yang telah berlaku. Langsung tak tercapai dek akal warasnya, Adam sanggup memalukan Faiqa seperti yang dilakukannya siang tadi.

Rizwan bangun.

Kaki di bawa mendekati Faiqa yang sedang duduk sendirian berhadapan kolam renang. Jauh renungan Faiqa, langsung tak menyedari kehadirannya.

" Boleh I duduk? "

Sunyi dan sepi.

Rizwan mengambil nafas. Melihat Faiqa diam dan langsung tak menoleh ke arahnya buat Rizwan mula teragak-agak. Mungkin dia salah aturan. Sepatutnya dia hanya membiarkan Faiqa di situ tanpa di ganggu.

" Duduklah. "

Rizwan yang baru nak melangkah, kembali menoleh ke arah Faiqa yang tiba-tiba saja bersuara. Rizwan ukir senyum. Dia mengambil tempat di sebelah Faiqa.

" Kenapa duduk kat sini sorang-sorang? "

" Saja. "

" Are you okey? "

Soalan formal dah keluar. Rizwan garu dahi. Betul lah soalan dia tu kan? Takkan nak tanya Faiqa sudah makan ke belum, dah sah-sah lah Faiqa belum makan. Balik ke sini tadi Faiqa terus sibukkan dirinya membantu ahli keluarga yang lain menyiapkan keperluan untuk majlis malam ini. Tapi nak bertanya lebih, Rizwan takut. Risau Faiqa akan berkecil hati.

" I'm fine. Don't worry. " Faiqa senyum hambar. Walaupun senyuman itu kelihatan berbeza dari biasa tapi Faiqa dah tak mampu nak sembunyikan rasa hatinya. Hatinya dah remuk. Dah hancur berkecai. Dan lebih teruk lagi Faiqa malu sangat dengan Rizwan atas tuduhan tak berasas Adam.

" Your face can't lie. I know you feel so bad. "

Faiqa menunduk. Dalam diam dia mengiakan tekaan Rizwan padanya.

Kalaulah Rizwan tahu betapa hancurnya hati dia saat ini tentu saja lelaki itu takkan berani mendekati. Kerana cinta dia merana. Adam buat dia jatuh derita. Separuh nyawa dia ada pada Adam. Dan bila Adam biarkan dia melangkah pergi dari hidupnya, dia dapat rasakan dia takkan mungkin ada lagi dalam hati lelaki itu. Sekarang dah terbukti. Cinta Adam dah mati untuk Faiqa Eryna.

" Maybe i'm not the good listener and not a suite someone to give the best advice for you but I’m here for you. You can share anything if you want. " lembut Rizwan bersuara seakan sedang memujuk hati Faiqa yang sedang berduka. Melihat Faiqa bersedih buat Rizwan semakin rasa serba salah. Dia bukanlah jenis lelaki kepoci tapi dia rasa terpanggil bila kejadian tadi berlaku depan matanya. Mungkin saja waktu ini Faiqa perlukan seseorang untuk bercerita.

Faiqa diam. Nak cerita masalah peribadi pada orang luar? ish, memang taklah. Lagi-lagi dengan Rizwan. Lelaki itu sepupunya. Memang tak sesuai. Selagi boleh pendam dia akan pendam. Biarlah dia seorang saja yang tahu apa yang berlaku.

" No. Thanks. I can solve this problem. "

" Kalau you nak I jumpa Adam pun boleh. I akan terangkan perkara sebenar pada dia. "

Laju Faiqa menggeleng. Dia tak setuju dengan cadangan Rizwan yang dirasakan akan menambahkan lagi masalah.

" if you want to help, please don't tell anyone about it. "

Faiqa terdesak. Dia tak nak sesiapa tahu masalahnya dengan Adam. Segalanya pasti akan bertambah rumit jika ada campur tangan dari ahli keluarga yang lain.

Haqiem? itu pun satu lagi masalah. Faiqa sendiri tak dapat bayangkan tindakan lelaki itu pada kawan baiknya sendiri seandainya perkara ini terbongkar.

Hubungan yang terjalin di antara keduanya pasti akan berantakan. Dan Faiqa tak nak perkara itu berlaku.

" It's a big problem Aika. Don't shame. You tak boleh terus pendam masalah ni sorang-sorang. You must have someone to be support you. "

Kali ni Rizwan mula nak tukar profession jadi pakar motivasi pulak. Tindakan Faiqa tu sangat tak betul. Berapa ramai orang kat luar sana mengalami depress akibat masalah yang tak pernah dikongsi bersama orang lain.

" Yes. I tahu I orang luar. I tak ada hak langsung untuk masuk campur urusan you dengan Adam. Tapi dia dah malukan you. Dia tuduh you macam-macam. Takkan you masih nak diamkan diri. "

" Habis tu you nak I buat apa lagi? I dah cuba terangkan semuanya pada dia tapi you sendiri nampakkan? Dia sikit pun tak nak dengar dan percaya apa yang I cakap. "

Faiqa memaksa bibirnya untuk tersenyum. Senyuman yang sekadar menyembunyikan kepedihan hatinya yang sedang nanar diperlakukan oleh Adam.

Rizwan hilang kata-kata. Terlayar di tabir ingatannya luahan Haqiem beberapa hari lepas. Abang sepupunya itu ada melahirkan rasa pelik bila Faiqa tiba-tiba saja mahu tinggal bersama keluarganya. Dia yang mendengar sekadar jongket bahu kerana ketika itu dia memang tidak tahu apa-apa. Jadi inilah jawapan untuk soalan Haqiem tempoh hari. Kepulangan Faiqa ada kaitannya dengan Adam.

" You isteri dia. Sepatutnya dia percayakan you. " Rizwan bersuara akhirnya.

" Yes. I hope too. "

Faiqa pejam matanya rapat. Oksigen disedut pelahan. Alangkah bahagianya kalau malam ni dia tidur dan esok semuanya akan kembali seperti biasa.

" Wei. Korang kat sini rupanya. Merata aku cari. Jomlah masuk. Sesi bergambar dah nak mula tu " sergah Hani yang muncul tiba-tiba.

Hani tersengih. Muka Rizwan dan Faiqa dipandang silih berganti sebelum bahunya dijongket ke atas. Serius je muka apa hal? Berbincang soal hidup dan mati ke?

" Tak naklah. Korang berdua je pergi. " Faiqa pantas menolak. Dalam keadaan mood yang tunggang langgang begini tak ada hati dia nak bergambar. Nak senyum pun rasa dah tak boleh.

" Ala, tak sportinglah kau ni. Jomlah. " pujuk Hani manja. Ditarik lengan Faiqa supaya bangun.

Faiqa cuba keraskan badannya. Namun bila Hani sudah mengeleteknya tak dapat lagi dia nak mengelak.

" Ha, yang abang pulak tunggu apa lagi. Jomlah masuk. Takkan nak suruh Hani pikul abang pulak. Dahlah berat! " ejek Hani sambil tertawa halus.

Rizwan geram. Telinga Hani segera ditarik. Terjerit-jerit Hani dengan aksi spontan Rizwan.

Faiqa ketawa. Terhibur hatinya seketika melihat aksi dua sepupunya sebelum dia juga turut melangkah ke arah ahli keluarga yang lain.

.
. .

" Bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak terngadah kan? Awal -awal dulu tak nak percaya. Marahkan akak, konon nya sengaja nak burukkan bini kesayangan kau tu. Sekarang kau dah sedar kan, apa yang akak cakap selama ni bukan fitnah. Faiqa tu memang tak pernah ikhlas pun dengan kau. Dia hanya pergunakan kau untuk kepentingan dia je. "

Makin panjang mukadimah Ainaa malam itu. Kalau sebelum ni segalanya terpendam di hati, tapi malam ni tak lagi. Ainaa boleh luahkan semuanya. Adam nak marah? Nak sakit sakit? Adam sendiri pun dah macam orang mati bini. Terduduk je atas kerusi sofa tu ha. Termenung tak bersuara. Padan muka.

" Eloknya dulu kau tak payah je kahwin dengan dia. Perempuan macam tu memang tak layak nak dibuat bini. Jenis murahan! Semua laki dia nak. Tak sedar diri tu bini orang. Perangai macam tu memang ahli neraka la jawabnya. " selar Ainaa.

Adam pekakkan saja telinganya. Malas nak layan bebelan Ainaa walaupun ada betulnya apa yang kakaknya itu katakan.

Fikiran Adam jauh melayang. Kejadian siang tadi terus berlegar menghantui fikirannya.

Tak sangka telahannya selama ini benar dan tepat. Kerana ingin hidup bebas, sanggup Faiqa tinggalkan dia. Balik ke rumah keluarga konon. Padahal senang nak jumpa kekasih hati. Ah, bodohnya dia kerana telah di butakan oleh cinta Faiqa Eryna.

" Kau move on jelah Adam. Tak rugi pun kau tinggalkan perempuan macam tu . Kat luar sana ramai lagi perempuan baik yang boleh kau jadikan isteri! "

Ainaa ketawa dalam hati. Kalau Adam tak jadi macam ni, Adam
takkan sedar. Elok lah Adam kecewa macam ni. Ainaa pasti esok-esok semangat adiknya itu akan pulih. Lelaki, mana boleh hidup tanpa perempuan. Kacau jiwa mereka.

" Ainaa! awak ni dah kenapa suka sangat jadi batu api dalam rumahtangga orang! Adam tu kan adik awak, cuba lah awak bagi nasihat yang elok-elok sikit. Ni tidak, dari tadi mengarut benda yang bukan-bukan. " sergah Malik geram.

Tak senang duduk Malik melihat sikap isterinya yang tak habis-habis mahu membakar hati Adam yang tengah terluka. Usahkan mahu membantu, malah menambahkan lagi serabut Adam dengan memburuk-burukkan Faiqa. Dari tadi dia ada di situ mendengar bebelan Ainaa yang tah apa-apa. Segala benda nak di ungkit. Padahal Faiqa yang dikenali tidaklah seburuk yang Aina katakan.

Ainaa mencebik. Mencuka saja mukanya. Ainaa tahu Malik memang tak pernah berada di pihaknya. Kerjanya asyik nak membela orang luar je.

" Nak bagi nasihat apa lagi? nak suruh si Adam ni terima lagi isteri curang macam Faiqa tu? eh, tak payahlah. Buat rosak keturunan kita je. " bidas Ainaa pada Malik.

Pandangannya kembali semula pada Adam yang masih sepi tanpa suara.

" Itulah, dulu lagi akak dah cakap, perempuan macam Faiqa tu tak sesuai untuk kau, tapi kau nak jugak. Sekarang dah terbukti kan, Faiqa tu kahwin dengan kau sebab nak tutup malu keluarga dia je. Bila rasa malu tu dah hilang, mulalah dia ligat nak cari jantan lain. "

Ainaa simpan senyum. Walaupun Adam diam tapi dia tahu Adam sedang menghadam apa yang dia cakap. Ditinggalkan isteri yang disangka curang bukanlah sesuatu yang mengembirakan. Masa macam ni lah sesuai untuk dia masuk jarum. Lambat laun dia yakin Adam pasti akan ikut telunjuknya.

" Dahlah tu kak. " Hanya itu yang mampu Adam suarakan. Nak melarang lebih-lebih pun tak guna. Apa yang Ainaa cakap tu semuanya betul. Dia saja yang bodoh menilai.

" Ha, kau ni esok jadi ke tidak nak keluar dengan Syira? " Ainaa mula masuk umpan. Syira satu-satunya pilihan terbaik dan dirasakan sesuai untuk adiknya.

Adam diam. Ini pun satu lagi masalah. Tak habis-habis nak dekatkan dia dengan Syira. Sekali sekala bolehlah Adam layan. Kalau dah hari-hari nak keluar dengan perempuan macam Syira tu lemas juga Adam nak melayan.

" Ainaa! awak ni dah kenapa? Adam tu kan suami orang, kenapa asyik nak suruh dia keluar dengan kawan awak tu je? " tengking Malik tiba-tiba. Dia makin tak faham dengan sikap Ainaa. Entah apa yang ada dalam fikiran Ainaa sekarang. Langsung tak fikirkan perasaan orang lain. Tak kasihan pada adik sendiri ke?

Ainaa tayang muka tak bersalah. Apa-apa je lah abang oii..

" Kalau dah susah sangat ceraikan je Faiqa tu. Habis cerita. "

" Nur Ainaa Maliha! "

Jerkahan itu buat Malik dan Adam segera menoleh. Ainaa pula walaupun dia tak menoleh tapi jantungnya berdebar laju. Dia tahu pemilik suara itu.

Puan Aisyah yang masih lengkap memakai telekung berdiri tegak depan Ainaa. Riaknya tegang dengan tasbih masih di tangan.

" Agaknya Naa dah lupa ciri-ciri tiga orang yang akan dilaknat Allah. Dua daripadanya ada pada apa Naa sedang buat sekarang. Meruntuhkan rumahtangga orang lain dengan menjadi penghasut! Naa kena ingat. Kita nampak baik dan sempurna hari ni bukan sebab kita tak pernah buat dosa tapi sebab Allah tutup aib kita. Kalau Allah tu tayangkan semua aib kita, ummi pasti kita sendiri pun akan rasa malu nak bercerita hal aib orang lain. "

Adam raut mukanya. Pandangan ummi yang lembut buat Adam jadi semakin serba salah. Berhari Adam menapak di rumah ini dan setiap kali ummi bertanyakan Faiqa, Adam akan cuba mengelak. Tapi sekarang Ummi dah tahu semuanya. Maafkan Adam ummi.

Malik mengangguk pelahan. Setuju sangat dengan apa yang keluar dari mulut Puan Aisyah. Allah tu baik. Dia selalu tutup aib hambanya.

Ainaa? terdiam tak tahu nak balas apa. Setiap kata ummi terkena tepat pada batang hidungnya.

Agak-agak Ainaa boleh ke terima Faiqa lepas ni?

to be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience